kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hubungan pemimpin dan pengikut

Tapisan isu yang dimaksudkan merupakan suatu campuran tabiat, akses kepada media dan penggunaan alat pintar.

Peningkatan utama dan penting adalah tapisan sosial, yang bermaksud mereka yang berada dalam rangkaian yang memang kita kenali.

Panduan yang paling berharga untuk mendapatkan pemahaman yang berguna adalah mereka yang kita percayai, mereka yang menjalankan kegiatan dimana kita dapat ikuti untuk membantu kita maju dan masuk akal.

Yang pasti adalah tidak akan ada pengikut tanpa pemimpin.

Banyak penyelidikan pengurusan menumpukan kepada sifat-sifat kepimpinan individu dan organisasi hierarki.

Memimpin dan menjadi pengikut dalam pengertian tradisional adalah keupayaan pemimpin untuk membuat orang lain mengikuti beliau melalui motivasi dan ganjaran.

Pemimpin juga mampu memutuskan siapa pengikutnya.

Memimpin dan mereka yang yang menjadi pengikut, apabila dilihat disudut hubungan dua hala dan lebih simetrik, (dan bukan sebagai atribut individu), mengikuti secara dinamik yang sangat berbeza.

Memimpin dalam makna baru ini bukanlah keupayaan atau kedudukan generik, tetapi sangat kontekstual.

Memimpin juga bukanlah berasaskan kedudukan, tetapi berasaskan pengiktirafan.

Para pengikut, akan memutuskan siapa yang harus diikuti, mengapa dan bila.

Pemimpin adalah orang yang dipercayai untuk berada di barisan hadapan, di dalam konteks, mereka yang akan memberi makna dan kelebihan bagi orang lain.

Mereka yang diiktiraf sebagai pemimpin adalah seseorang yang memberi inspirasi, memberi kelebihan tenaga, dan mampu membantu orang lain.

Satu lagi perbezaan dari pengurusan tradisional ialah kerana kepelbagaian konteks dan kelebihan keperluan perhubungan , pastinya tidak boleh hanya ada seorang pemimpin sahaja.

Oleh itu,seseorang individu selalunya mempunyai beberapa orang yang beliau ikuti dalam keadaan tertentu.

Dari sudut pandangan yang diambil, adalah sangat bermasalah jika seseorang hanya mempunyai seorang pemimpin.

Kita kini berada pada tahap awal untuk memahami kepimpinan dalam konteks baru, kerangka perhubungan.

Proses interaktif kepimpinan dan pengikut harus dilihat sebagai sementara dan responsif, bukan hanya di sosial media tetapi sebenarnya, lebih banyak mengenai kepimpinan baru daripada maklumat logistik dan dalam organisasi.

Corak hubungan ini boleh merupakan penghalang atau membolehkan.

Pengetahuan sedia ada di otak pemikiran adalah satu set sambungan saraf yang sesuai dengan corak komunikasi kita.

Cabarannya adalah untuk melihat semua tapisan dan hubungan sebagai corak komunikasi yang sama ada membuatkan kita terperangkap atau membuka peluang baru.

Menjadi pengikut atau mengikut adalah proses pembelajaran kreatif yang terbaik melalui pemerhatian dan mereplikasi amalan yang diingini.

Memimpin adalah melakukan kerja dengan cara yang telus dan reflektif.

Setiap hubungan manusia berfungsi sebagai model untuk sebarang kemungkinan.

Ketika kita melihat orang lain, kita menerapkan perlakuan mereka ke dalam persembahan kita sendiri.

Pembelajaran adalah proses sosialisasi asas.

Apabila kita terlibat dalam perhubungan, kita mewujudkan potensi baru untuk tindakan dan memahami sesuatu.

Azizi Ahmad Free Malaysia Today Pandangan 12 November 2019
Tags: hubungan, pemimpin, pengikut, writings
Subscribe

Posts from This Journal “hubungan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments