kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Gunakan skala dalam mengiktiraf dan menghargai pekerja

Pengiktirafan pekerja adalah satu pengiktirafan yang seharusnya diberikan kepada mana-mana pekerja samada secara formal atau tidak formal mengenai tingkah laku seseorang, usaha atau hasil kerja yang menyokong matlamat dan nilai organisasi, dan yang jelas telah melampaui jangkaan normal.


Untuk menjadi benar-benar berkesan dalam tugas dan kerja, anda perlu memahami kaedah psikologi memuji orang lain untuk kerja baik yang mereka telah lakukan, menerapkan prinsip pengiktirafan pekerja kendiri dan menggalakkan orang lain untuk memulakannya dan menerapkannya dalam perhubungan kerja mereka.


Penghargaan adalah merupakan satu keperluan asas manusia. Kakitangan bertindak balas terhadap penghargaan yang dinyatakan melalui pengiktirafan kerja yang baik kerana ia mengesahkan kerja mereka dinilai oleh orang lain.


Apabila pekerja dan hasil kerja atau karya mereka dinilai, kepuasan dan produktiviti mereka meningkat, dan mereka bermotivasi untuk mengekalkan atau memperbaiki kerja yang baik.


Pujian dan pengiktirafan adalah penting dan keperluan kepada  sesuatu tempat kerja yang luar biasa.


Kebanyakan manusia mahu  dihormati dan dihargai oleh orang lain kerana sumbangan mereka.


Setiap orang tentunya ingin dan mahu serta perlu diktiraf sebagai individu atau ahli kumpulan terhadap  pencapaian kerja yang dilakukan dengan baik atau untuk usaha yang berani.


Semua orang mahu 'di tepuk di belakang' untuk membuat mereka berasa gembira dan dikatakan baik serta hebat.


Beberapa sistem penilaian prestasi telah pun wujud, dari jenis klasik ke canggih.


Sebahagian daripada sistem penilaian prestasi ini berfungsi lebih baik daripada yang lain, dan terdapat beberapa pertindihan di antara pelbagai sistem.


Sistem yang paling berjaya disesuaikan dengan organisasi di mana ia digunakan.


Tidak kisahlah apa pendekatan sistem penilaian prestasi yang digunakan oleh organisasi anda, terdapat satu elemen yang mampu dapat membuat mereka bekerja dengan lebih baik, dan elemen itu adalah anda.


Skala angka lebih digemari dan disukai berbanding skala teks atau lisan kerana ia lebih konsisten, boleh diukur, dan menggunakan piawai metrik atau pernomboran yang boleh digunakan dengan cara yang sama untuk pelbagai kumpulan pekerja.


Skala teks yang diperkenalkan didapati menterjemahkan banyak kekaburan ketika penilaian dijalankan.


Mereka yang terlibat boleh menggunakan perkataan yang berbeza untuk menggambarkan tahap pencapaian yang sama, atau memilih kata-kata yang boleh dilihat sebagai terlalu positif atau negatif, yang menjadikannya sukar untuk membandingkan prestasi pekerja.


Skala angka jelas menentukan apa yang bermakna bagi setiap penarafan, oleh itu penarafannya secara menyeluruh difahami oleh penilai dan mereka yang dinilai.


Di samping itu, skala angka atau pernomboran boleh diukur, yang membolehkan anda membandingkan semua penarafan untuk menentukan bagaimana prestasi diagihkan merentas seluruh tenaga kerja (iaitu, peratusan pekerja yang berprestasi, kurang prestasi, atau memenuhi jangkaan), dan jika perlu menentukur penyebaran.


Skala berangka atau pernomboran juga memberikan alasan untuk keputusan bayar untuk prestasi kerana penilaian yang standard membolehkan anda membandingkan dan menilai prestasi pekerja.


Skala berangka atau pernomboran  juga menyediakan justifikasi dan memberi sokongan terhadap menetapkan keputusan anomali terhadap prestasi kerana penilaian yang standard membolehkan anda membandingkan dan menilai prestasi pekerja.


Kelebihan terbesar menggunakan skala penarafan 5-poin adalah bahawa ia mempunyai titik tengah dan membolehkan pembezaan tanpa perlu menambah skor atau nilai yang banyak.


Dalam skala 5 poin, 3 ialah titik tengah pertengahan. Skor satu bermakna lebih baik; dua skor bermakna terbaik.

Jika kita menggunakan skala 7-poin, kita akan melihat terlalu banyak pembezaan. Markah tambahan tidak ditentukan secara jelas berdasarkan titik tengah.


Penilai harus membuat anggaran titik tengah yang diperolehi secara tidak pasti atau artifisial; menentukan sendiri kedudukan mana yang lebih baik untuk menentukan titik nuetral dan dan ini menyebabkan ketidakkonsistenan.


Sebaliknya, skala 3-poin tidak membenarkan pembezaan yang cukup.


Penilai hanya boleh memilih sama ada neutral atau terbaik, yang membenarkan atau membolehkan skor berpotensi yang lebih baik, dan menyebabkan ketidaktepatan.


Skala penarafan ini sering menyebabkan terlalu banyak pekerja dinilai sebagai netral.


Skala 4-point tidak mempunyai titik tengah neutral atau pertengahan, memaksa penilaian menjadi sama rata ke arah satu hujung atau yang lain.


Secara amnya, penilaian 4-poin menyebabkan terarah kepada pembahagian skoran yang terlalu tinggi dan menghasilkan penilaian positif yang berlebihan.


Berikut adalah garis panduan yang disyorkan untuk taburan skala 5-poin untuk seluruh organisasi besar (1000 atau lebih pekerja).


1s dan 2s (tidak memenuhi jangkaan): 5% hingga 10%

3s (pencapaian sederhana): 40%

4s (pencapaian tinggi): 30% hingga 45%

5s (pencapaian luar biasa): 10%


Penggunaan yang disyorkan untuk skala 5-point adalah untuk memaklumkan bahawa nilai 1 dan 5 sebagai ‘petanda’ yang bermaksud perbincangan harus dilakukan dengan serta-merta dan keperluan untuk bertindak adalah sangat diperlukan.


Para pekerja atau kakitangan diberi penarafan 1 adalah calon yang akan diusahakan berada luar dari organisasi dengan maksud "ada masalah di sini kita mungkin akan bertindak sekarang".


Sebaliknya, pekerja yang diberi nilai 5 adalah "sangat baik, mereka ini adalah salah satu yang terbaik yang pernah di lihat; kita perlu merancang untuk masa depan orang ini secara agresif ".


Yang penting adalah untuk mewujudkan implikasi sebenar bagi pengurus yang memilih untuk menilai pekerja sebagai 1 atau 5.


Anda tidak boleh menilai mereka dan biarkan mereka seperti itu.

Azizi Ahmad Mingguan Amanah E-Mel Pembaca Edisi 176  10 - 16 November 2019

Tags: iktiraf, penghargaan, pengukuran, penilaian, pentaksiran, skala, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments