kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kaedah perjumpaan dan pertemuan bermakna

Beberapa hari yang lalu kami bertemu di suatu perjumpaan dimana pasukan kerja berbincang tentang tugasan kerja dan tidak terlepas samada untuk mengadakan majlis makan minum dan juga sesi pembelajaran dalam pekerjaan ditempat kerja.

Sekiranya anda tidak mengetahui dengan konsep ini, ia sangat mudah: organisasi menjadualkan sesi pembentangan atau latihan semasa makan tengahari atau mungkin mengadakan sesi ‘pot-luck’.

Dalam sesetengah perjumpaan, makan tengah hari atau juadah disediakan untuk memberi insentif kepada kehadiran.

Makan tengah hari sambal belajar adalah perkara biasa di banyak syarikat dan institusi popular.

Kebanyakan akan berasa senang, bersama dengan rakan dan paling penting perhubungan yang akrab.

Semua orang akan menikmati jaudah, berehat dan tidak tertekan dalam kerja, dan umumnya dalam suasana hati yang baik.

Kebanyakan orang berasa lebih bebas serta berperasaan positif. Tiada yang salah dengan itu.

Namun, persoalannya adalah ‘berapa ramai yang belajar atau mahu mempelajari sesuatu dari keadaan ini’?

Biasanya, jawapannya tidak banyak. Tidak semestinya kita harus ikut dan bersetuju dengan apa yang dikongsikan, tetapi anda hanya perlu tahu mengapa anda lakukan semua itu.

Pembelajaran yang sebenar dan bermakna memerlukan usaha. Ramai akan berfikir mereka dapat menguasai konsep hanya dengan menonton sesuatu persembahan namun realitinya sangat berbeza.

Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa ia memerlukan lebih banyak daripada hanya mendengar tentang topik sebelum sesiapa sahaja dapat menginternalisasi dan benar-benar mendakwa telah belajar sesuatu.

Anda boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk memanfaatkan sesi pantas ini dan mengubahnya menjadi pengalaman pembelajaran yang sebenar.

Yang penting diantaranya adalah:


Anda perlu tahu pembelajaran apa yang anda ingin perolehi atau dapatkan.


Anda perlu fikirkan semula tentang apa yang akan membawa kepada perbezaan selepas mempelajari sesuatu.


Anda perlu mengamalkan dan melakukan semula apa yang telah pelajari.


Anda perlu meninjau semula apa yang anda pelajari dengan segera, dan meninjau semula pada keesokan harinya.


Menunjuk ajar dan berkongsi perkara yang anda telah pelajari dengan orang lain.



Saya juga mencadangkan untuk menghubungkaitkan apa yang telah anda pelajari kepada orang lain terutama proses komunikasi dan koloborasi.

Namun berapa ramai yang memahami konsep ini iaitu fahami, serap dan ambil pengetahuan, buat dan cipta sendiri amalan dan kaedah , kemudian ajarlah seseorang.

Secara jujur, saya tiada apa-apa terhadap perjumpaan dan pertemuan dengan hidangan juadah dan sambal belajar.

Saya fikir cara ini adalah baik untuk menaikkan semangat dan hubungan pasukan, dan sangat senang dan selesa mendengar pembicara sambil menikmati hidangan.

Tetapi sama ada atau benar-benar anda dapat belajar apa-apa daripada penyampai itu benar-benar terpulang kepada anda dan usaha yang anda ingin masukkan sebelum, semasa, dan selepas pembentangan.
Tags: bermakna, perjumpaan, pertemuan
Subscribe

Posts from This Journal “perjumpaan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments