kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sebab sebenar saya perlu menulis setiap hari

Jika anda tidak merasa seperti seorang penulis, tidak perlulah anda gusarkan lagi.

Saya memutar jari saya dan menatap skrin.

Saya menulis satu kalimat dan kemudian memadamkannya.

Saya mula memerah otak fikiran untuk mencari kata sifat ideal yang sempurna.

Pada hujung jam yang melelahkan, saya melirik ke bawah dokumen perkataan saya.

"Alamak, tak sampai pun 300 patah perkataan."

Saya menutup komputer riba saya sambil berkata didalam hati, alahai, esok lah; esok lagi lebih baik agaknya.

Ia akan lebih baik esok tetapi tak semestinya bukan.

Keesokan harinya, saya menghabiskan masa dua jam membelek dan memerah fikiran untuk menyambung penulisan saya.

Kiraan saya masih tidak mencapai 1000 perkataan.

Jika anda juga seorang penulis, anda mungkin membaca ayat itu dan berkata "Alah, okay lah tu dan tak dak hal punyalah. Anda tidak perlu menulis ribuan perkataan untuk menulis dengan baik. Anda mestinya betul lah.

Masalahnya? Saya tidak menulis dengan baik.

Ini bukanlah kisah bagaimana saya mula menulis. Sebaliknya, adegan ini berlaku hampir sedekad selepas saya mula menulis secara diam-diam.

Setelah hampir empat belas tahun sejak saya mula agak serius menulis; termasuklah buku dan penulisan artikel di media , saya tidak pasti berapai ramaikah perkongsian penulisan saya telah mencapai pembaca , namun apa yang saya pasti adalah mendapati diri saya bergelut untuk ayat rentetan bersama-sama.

Beberapa karya itu (dan sebahagian besar buku dan penulisan saya) masih memerlukan pembetulan dan penghayatan dan maklumbalas.

Sepanjang tempoh penerbitan dengan lima buah buku sudah diterbitkan dan sebuah buku masih lagi tergantung (walaupun lessen penerbitan telah di meterai), dan lebihannya di majalah dan media tiada yang yang mampu lagi menyinar dengan gahnya.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Ramai penulis telah mengutamakan dan menyarankan kebaikan menulis setiap hari. Mereka mengatakan ia akan membuat anda produktif. Mereka mengatakan ia akan membantu anda dengan pengakhirannya anda akan menjadikannya hasil sebuah buku. Mereka akan mengatakan ia membantu anda memikirkan idea anda.

Memang seronok dikataan sebagai sesuatu manfaat yang baik. Hakikatnya, ianya bukan yang terbaik.

Alasan sebenar untuk menulis setiap hari adalah kerana ia membuatkan anda merasa seperti seorang penulis.

Ini adalah salah satu analogi yang baik: Salah satu peraturan menulis fiksyen adalah memastikan dan menentukan watak utama mesti; tidak kira mengapa atau sebabnya , ia harus menjadi satu-satunya yang boleh mengalahkan antagonis. Hanya selepas sang wira mampu merangkul keupayaannya yang unik, maka barulah beliau dapat memenuhi tujuannya.

Dalam erti kata lain, apabila protagonis merasakan dirinya seperti wira, maka penjadualannya turut berubah.

Apakah perbezaan antara kehidupan sebenar dan fantasi? Mudah: penjahat tidak pernah hilang atau terhapus.

Setiap hari matahari akan terbit dan begitu juga halaman kosong anda, dan perkara trsebut menunjukkan ‘peluang untuk’ mengalahkan anda.

Ini bermakna setiap hari anda mesti merasa seperti seorang penulis.

Jika anda masih merasa seperti seorang penulis, kemenangan berada dalam jangkauan anda.

Jika anda tidak merasa seperti seorang penulis, tidak ada yang lebih penting lagi.

Anda mempunyai kebolehan untuk menulis dan mempunyai idea yang baik. Anda mempunyai ‘ringkasan diri’ yang mengagumkan dari hasil kerja masa lalu.

Namun, tiada yang penting jika anda merasakan ianya seperti satu penipuan.

Sebenarnya, semua kelayakan itu akan membuatkan anda berasa lebih teruk.

Anda harus mengekalkan rentak dan irama untuk membiasakan diri melakukan sesuatu.

Ia tidak berlaku dengan hanya membaca. Ia tidak berlaku dengan mempelajari pelajaran baru. Ia tidak berlaku kerana anda mendapati beberapa "kaedah dan cara yang mudah".

Anda hanya boleh membuat satu pilihan terpenting yang boleh anda buat dan lakukan untuk kerjaya menulis iaitu: Setiap hari, duduklah. Setiap hari, tulis. Setiap hari, lakukan apa yang anda perlu berasa seperti seorang penulis.

Selebih dan selalunya ia akan jadi dan berlaku dengan sendiri.

Azizi Ahmad Bebas News Columnists 25 Januari 2020
Tags: menulis, writings
Subscribe

Posts from This Journal “menulis” Tag

  • Tubuh yayasan bela nasib pengarang

    PERSOALAN nasib dan kehidupan pengarang sama penting dengan membicarakan sesebuah karya kreatif. Selepas karya diterbitkan, penerbit lebih…

  • Mengapa saya menulis

    Sebelum memulakan tulisan, izinkan saya memetik petikan berikut: “Kalau hidup di dunia ini, perkayakanlah jiwamu kerana seorang yang miskin…

  • Mengapa pendidik perlu menulis? – Azizi Ahmad

    Artikel ini disiarkan di The Malaysian Insider Rencana 7 February 2016 12:29 AM . Oleh Azizi Ahmad. Transformasi pendidikan negara…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments