kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pemilihan wakil pelajar: Pentadbir harus berkecuali

Anak saudara saya baru saja bertemu saya kerana beliau sedang menjalani Program Orientasi Sekolah di tempat saya tinggal.

Beliau juga memaklumkan bahawa kampus beliau baharu sahaja selesai menghadapi pilihan raya kampus untuk memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Pilihan raya kampus umumnya dilaksanakan bagi menentukan siapa yang akan mewakili pelajar selama setahun.

Pelajar yang dipilih adalah pilihan pelajar sendiri berdasarkan kesediaan calon untuk menjadi wakil dan suara kepada pelajar umumnya.

Wakil pelajar yang dicalonkan dan dipilih berpeluang mengasah bakat dan mempelajari bagaimana menjadi ‘pemimpin’ masa depan dan bukannya ‘tukang angguk’ kepada pentadbir dan penasihat pelajar.

Wakil yang dipilih tentunya sesuai mewakili pendapat dan pandangan pelajar dan bukan ‘pak turut’ bagi pensyarah dan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Terdapat beberapa calon pelajar telah di singkirkan dan ditolak pencalonan mereka kerana diketahui bahawa mereka adalah ‘pemimpin pelajar sebenar’ dan bukan ‘pemimpin pelajar’ yang tiada prinsip pejuang asli tapi hanya sekadar ‘memakai blazer 2 kali setahun untuk bergambar kenangan’.

Umum mengetahui, calon akan di usik untuk diambil tindakan jika ‘bersuara dan menentang arus’ termasuk menggunakan Akta 174 Pindaan 2019 terutama dari pensyarah penasihat dan pensyarah JHEP  yang jelas kelihatan mencampuri urusan pemilihan pelajar sehingga proses pemilihan wakil pelajar menjadi tidak adil.

Sungguh pun ada beberapa wakil pelajar (yang  telah dipilih menjadi wakil pelajar) yang turut tidak bersetuju tetapi hampir kesemuanya memilih untuk ‘membatukan diri’ kerana turut diusik akan dikenakan tindakan.

Wakil pelajar dan pelajar umumya; akan terus bimbang dan risau dan jika terus dipegang teguh ini akan dibawa sehingga mereka menjadi dewasa dan apa lagi menjadi ‘pendidik’ kelak.

Pentadbir,  pensyarah maupun Pegawai di JHEP tidak seharusnya menghalang dan menyekat calon pelajar yang ‘berwibawa’ , yang lantang memperjuangkan isu pelajar dan hanya ingin memastikan calon-calon yang mereka gemari menang. (Biasanya mereka yang dilatih menjadi ‘pengampu dan yes-man’).

Mungkin inilah didikan yang mereka mahu untuk anak bangsa masa hadapan kita, dan senang juga mereka menyalahkan pelajar jika dilahirkan ‘bakal guru’ yang tidak berkualiti.

Jelas, bahawasanya ‘pencabulan hak’ pelajar sudah dimeterai.

Pilihan raya kampus adalah proses latihan untuk generasi muda mengaplikasikan demokrasi dalam memilih wakil, sesuatu yang akan diamalkan selepas keluar dari alam kampus.

Jika “pentadbir guru” sendiri yang mengajarkan kepada pelajar  pembelajaran politik kampus yang tidak betul, tidak mustahil ilmu pengetahuan yang didedahkan dan diterapkan oleh mereka  ini akan diteruskan.

Fungsi institusi pendidikan adalah untuk membentuk dan membangunkan ilmu yang betul, benar dan integriti dalam jiwa pelajar.

Pegawai Unit Pilihan Raya dan SPRM seharusnya tidak  membenarkan prinsip ‘Bersih, Cekap, Amanah dan Integriti’ dibuang dan diabaikan sebegitu sahaja.

Belajar dari kesilapan dan kegagalan adalah diharuskan dengan niat untuk memperbaiki diri.

Ketika dalam fasa pembelajaran, ketika belajar tidak salah untuk melakukan kesilapan dan kesalahan dan kita harus ‘gagal’ dalam proses tersebut.

Pengajar sering mengingatkan pelajar juga  tentang hakikat risiko yang mereka akan hadapi, jika ditangkap melakukan kesilapan, kesalahan dan gagal dalam misi perjuangan.

Bersedialah dengan pepatah ‘berani buat, tanggung sendiri’, tetapi pengajar berpandangan ‘jika tak buat salah, jika tak diambil tindakan, manakan kita tahu kesannya’.

Jika bersedia menghadapi dan menerima risiko, maka teruskanlah perjuangan dengan penuh semangat dan ilmu.

Tak  perlulah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar cuba untuk mengikut rentak politik nasional, namun belajarlah dari gerakan politik dulu, kini dan selamanya.

Gerakan politik kampus tidaklah sampai ketahap membuang pakatan dan harapan yang diimpikan..

Pelajar yang diplilih dan diberikan amanah menjadi wakil pelajar, tentunya tahu akan had ‘kuasa’ yang mereka ada; tidak perlulah cuba dan menggugat keputusan dan dasar kampus yang tidak mesra pelajar menjadi sukar.

Sejak ‘persatuan mahasiswa dan pelajar’ diragut kuasanya dan diambil autoriti penuhnya, maka tidak banyak yang boleh dilakukan oleh wakil pelajar. Ini mungkin berbeza dengan ‘institusi pendidikan’ tempatan lain.

Namun, dengan kuasa yang kecil, wakil pelajar mampu untuk mempengaruhi pelajar yang diwakilinya untuk bersifat lebih kritis dan vokal dalam memperjuangkan isu-isu pelajar, kemasyarakatan dan negara.

Tetapi dengan apa yang berlaku sekian lama, campur tangan pihak ‘ketam’ yang  bertanggungjawab dalam pemilihan wakil pelajar , mereka yang berpotensi untuk mewakili pelajar dengan baik sering dihalang dan ini merupakan satu ‘pengkhianatan’ terhadap hak asasi pemilih.

Bagi pelajar yang dipilih selepas ‘calon juara’ ditolak , tanya pada diri sendiri, mampukah anda memberi suara dan khidmat yang ditagihkan atau memang anda juga merupakan ‘pelatih ketam’ masa hadapan.

Kepada ‘pegawai ketam lagi ‘apartheid’, berilah tunjuk ajar yang betul, benar dan lurus; perlukah pelajar ditakutkan dan di’lembik’kan dengan ‘tangan kuasa’ anda.

Bantulah mendidik ‘bakal pemimpin pendidik’ menjadi senang dan tenang, didik mereka bagaimana bersuara dan menyuarakan, latih mereka merencana dan mencorakkan diri dari penentang pembangunan kepada pemimpin berintegriti; sesungguhnya mereka yang paling vokal sekali pun tidak akan memberi kesan buruk kepada diri anda.

Berilah mereka peluang dan memilih calon yang mereka mahu dan kembalikan kuasa memilih pada tangan mereka.


Becker Lamborgh Mingguan Amanah Forum Edisi 191 1-7 Mac 2020
Tags: kampus, pentadbir, pilihanraya, wakil pelajar, writings
Subscribe

Posts from This Journal “pilihanraya” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments