kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Risiko kekeliruan antara pengurusan dan kepimpinan

Sungguhpun persekitaran pekerjaan perlu diuruskan dengan baik. ‘manusia hanya mampu digalakkan, diberi inspirasi dan dibimbing’. Petikan dari salah satu kenyataan dari ahli falsafah sosial, Charles Handy mengenai tingkah laku organisasi.

Kita tentunya berasa tidak selesa dengan bagaimana pengurusan (yang perlu dikhaskan untuk beberapa perkara) dan kepimpinan (yang semua mengenai orang) telah dicampur-aduk.

Kini kerap kita melihat istilah "pengurusan" telah disalahgunakan oleh mereka yang menggunakannya sebagai alasan untuk menyalahgunakan kuasa ke atas orang-orang yang bekerja dengan atau untuk mereka dan seharusnya kenyataan "menguruskan orang, bukannya memimpin , adalah salah dan telah mengakibatkan terlalu banyak tempat kerja yang tidak berfungsi dan tidak berpuas hati ".

Ramai yang berasa tidak puas hati dan mendapati banyak urusan yang tidak berfungsi dengan baik daripada ‘kebahagiaan bekerja’ dan sebahagian besar sebabnya adalah kepimpinan buruk dalam semua manifestasinya.

Memang peranan kepimpinan tidak mampu dipersoalkan kerana mereka sering bertindak secara berselindung dan terpaksa cuba untuk menyampaikan harapan komersial, memenuhi matlamat strategik dan menjaga pasukan agar produktif dan bermotivasi.

Tidak ramai yang dapat menyesuaikan permintaan yang sering bertentangan ini dengan mudah tetapi kebanyakan pengurus, (menurut mereka yang bekerja untuk mereka), perlu melakukan lebih baik.

Tiada siapa yang suka "dikawal dan dikendalikan": para pekerja bukanlah sumber yang mudah dikawal dan digunakan oleh orang lain sebagaimana yang mereka lihat patut.

Para pekerja lebih suka dianggap mempunyai pilihan menjalankan kerja, dan setakat yang mampu lakukan.

Bagaimanapun, "dalam menegakkan hak untuk masa kita bekerja, kita sebebenarnya telah menyerahkan kuasa ke atas bahagian yang paling aktif dalam kehidupan kita kepada orang lain dalam keyakinan bahawa ia adalah kepentingan kita untuk melakukannya".

Kebanyakan pekerja tidak mempunyai pilihan dalam perkara ini. Mereka memerlukan pekerjaan yang dibayar dan kebanyakannya lebih suka menghabiskan waktu untuk melakukannya untuk menjadi bahagia dan produktif.

Manusia mempunyai kecenderungan semulajadi untuk menyenangkan dan mencuba dan melakukan pekerjaan yang baik, tetapi tidak ada yang membunuh motivasi dan semangat lebih cepat daripada tingkah laku, sikap dan amalan pengurusan yang lemah.

Jika ditanya para pekerja mengenai apa yang tidak disukai mengenai ‘ketua mereka’, pastinya kita akan mendapat respon seperti; sikap dan tingkah laku yang tidak profesional yang diantaranya ‘tidak terurus’, mengambil terlalu lama untuk bertindak balas, sentiasa membuat perbandingan untuk keputusan dan kedekut dengan terima kasih dan pujian.

Menyerah tugas dan kemudian "menggunakan kaedah pengawalan jarak jauh " sehingga selesai menyakitkan orang-orang seperti pengurusan mikro, takut untuk memberikan tanggungjawab dan melambakan tugasan disaat akhir dan mahu perkara disiap kan dengan segera .

Kesan ‘demotivasi’ yang lebih serius terserlah seperti lebihan pemantauan, di kambing hitamkan , menyanjung perkara yang salah bukan apa yang benar, mengalihkan idea tanpa pengakuan dan menahan maklumat yang diperlukan untuk melakukan pekerjaan.

Gambaran ini menjadi menjadi lebih teruk lagi apabila menyebut tekanan kerja dengan pengurus yang mengekalkan budaya menyalahkan lagi melemahkan, pembulian berpanjangan, mengkritik mereka di hadapan pekerja lain dan menakutkan pekerja sehingga sentiasa takut kehilangan kerja mereka.

Tiada siapa inginkan ‘si celupar’ mengawal atau menakutkan kita. Kita akan lebih selesa berasa selamat penuh kepercayaan di tempat kerja mereka.

Tetapi apabila ketakutan atau intimidasi secara halus atau rahsia mula digunakan sebagai alat pengurusan maka ia adalah satu perjalanan singkat ke budaya toksik di mana orang tidak mempunyai autonomi dan takut membuka mulut mereka kerana takut dipersalahkan.

Pada tahap yang sangat praktikal, institusi atau organisasi yang membenarkan amalan pengurusan tidak berfungsi yang tidak diselesaikan akhirnya akan membawa kepada kadar ketidakhadiran yang tinggi, penyakit jangka panjang dan perpindahan pekerja.

Ramai mungkin berfikir bahawa organisasi besar yang dipimpin oleh pengurus berkaliber tinggi akan tahu lebih baik daripada melanggar kepercayaan para pekerja di tempat kerja.

Aliran kerja perlu dibahagi-bahagikan dan orang perlu tahu apa yang mereka perlu lakukan, mengikut masa, dan kepada standard apa; tetapi itu menguruskan kerja, bukan individu. Perbezaannya sangat penting..

Jika seseorang tahu apa yang dikehendaki , tahu akan kepentingan dan keperluan untuk dilaksanakan, dia akan melakukannya tanpa perlu orang lain menyuruh.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 18 Mac 2020
Tags: kekeliruan, kepimpinan, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments