Dalam keadaan yang dikatakan sukar ini kita boleh melihat ‘siapa kita sebenar’ dan itulah hikmah yang kita perolehi dari kesan wabak pandemik Covid-19 diseluruh dunia.
Perkongsian keadaan di pusat membeli belah, di pasar raya (termasuk rak kertas tandas yang kosong); koordinasi percakapan pembelian kertas tandas di farmasi dan pertanyaan untuk mendapatkan bahan sanitasi agak keterlaluan.

Dunia kehidupan menjadi bingung dan gila agaknya, mungkin ini merupakan satu pentunjuk dan mungkin juga merupakan satu ujian dan demonstrasi yang baik dari kecekapan kerajaan menangani krisis dan kebolehpercayaan dengan teman dan keluarga.
Ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana pengendalian keadaan Covid-19 akan diatasi.
Tidak ada kerajaan yang akan ‘cuba bermain dengan api’ atau berlagak pandai dan jujurnya dalam situasi ini nampaknya menjamin Jabatan Penerangan yang tidak bersifat partisan dan tanpa penglibatan politik.
Dalam krisis yang sedang melanda ini, orang ramai memerlukan maklumat lebih dari sebelumnya.
Walau bagaimanapun, kita hampir tidak dapat menyelesaikannya selepas pergolakan politik yang melanda dan sementara itu para penjawat awam telah pun berusaha melakukan yang terbaik.
Adalah sangat penting untuk warganegara dimaklumkan mengenai arahan dan tindakan pihak kerajaan.
Talian ‘Hotline’ tidak menjadi ‘panas’ jika tidak ada maklumat untuk disampaikan.
Apa yang membanggakan adalah bagaimana pentadbiran semasa tidak lagi mengeluarkan versi bahasa Inggeris dari kenyataan akhbar atau ucapan.
Semua kenyataan adalah dengan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan.
Ada cubaan dari akhbar asing yang mengisytiharkan Malaysia telah terkunci sepenuhnya, sekalipun ia hanya sekatan pengawalan pergerakan.
Kenyataan laporan yang salah boleh dielakkan jika pernyataan Bahasa Inggeris telah dikeluarkan lebih awal. Benarkah?
Kita hanya berharap rakyat Malaysia tetap tenang dan tidak terperangkap dalam kepanikan yang tidak wajar dalam mengendalikan dan menghadapi krisis ini.
Sungguh pun digesa dan dinasihati untuk ‘kekal dan duduk diam dirumah’ namun masih ada yang bertindak mementingkan diri dengan mengingkari panduan nasihat yang diberikan.
Kita bukan tidak boleh bergerak atau terpaksa menguncikan diri, tetapi, hanya perlu mengawal dan mengurangkan pergerakkan.
Terdapat perbezaan besar dengan apa yang berlaku di Wuhan di mana kenderaan , pengangkutan awam terhenti dan jalan ditutup dengan penguatkuasaan yang ketat berbanding keadaan kita.
Terdapat juga orang ramai yang tamak dan mementingkan diri dengan membeli dan menyimpan stok makanan berlebihan sehingga menyekat dan menghalang pembelian orang lain.
Memang itukah sikap kebanyakkan dari kita, melambakkan keperluan di masa-masa yang tidak menentu.
Kita seharusnya bersyukur kerana masih ada lagi rakan yang tetap teguh dan baik, dan keluarga yang saling menyangi.
Dua minggu yang akan datang akan mendedahkan banyak tentang diri kita, tentang satu sama lain dan mungkin memberi kita petunjuk tentang bagaimana keadaan akan berakhir apabila pilihan raya akan datang.
Sementara itu marilah kita berharap rakyat Malaysia akan berhenti melambakkan stok yang tidak sepatutnya.
Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnists 20 Mac 2020