kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sindrom ‘minta maaf’ dan ‘U-turn’ melanda negara

SINDROM mengeluarkan kenyataan dan kemudiannya meminta maaf kembali semula ketika Sindrom Covid-19 ini melanda negara kita Ini seiring dengan kenyataan U-turn’ yang diperkatakan dalam media.

Mungkin ramai dari kita telah biasa dengan meminta “maaf” seiring dengan “apa khabar” dengan alasan yang tidak diketahui sama sekali.

Dari mana kita belajar dan mengambil tabiat ini tentunya tidak pasti.

Tetapi tanpa keraguan, ia mengganggu kehidupan seharian kita.

Setelah membaca mengenai fenomena ini, tentu kita menyedari betapa kerapnya mereka mengatakan bahawa mereka ‘minta maaf’.

Kebiasaannya ia bukan mengenai kesopanan, tetapi mengenai apa yang kita ucapkan dan katakan adalah kurang berharga daripada apa yang orang lain katakan.

Selalu juga untuk menjaga keharmonian dan setiakawan, apabila kita berbincang mengenai sesuatu yang ‘panas’ , kita akan meminta maaf dan mengurangkan ‘kepanasan’ yang sedang berlansung.

Apabila pelajar ingin bejumpa dengan pengajar, kita akan menyebut ‘maaf tuan’ kerana menganggu masa tuan.

Sejujurnya , sejak bila kita memerlukan kebenaran untuk ‘mengambil masa’ pengajar ketika masa bekerja?

Kajian oleh Schumann dan Ross mendapati kaum perempuan (secara statistik) terbukti ‘memohon maaf’ dengan kerap dalam kehidupan harian berbanding kaum lelaki .

Kenyataan bahawa wanita lebih kerap meminta maaf memperkuat peranan gender yang ada di teras masyarakat kita dengan menjadikan wanita kelihatan lebih mengalah.

Kita tentunya pasti melihat hubungan antara berapa kali “maaf” dan jantina seseorang dalam pengalaman harian kita.

Oleh itu, konsep ‘Sindrom Maaf’ muncul dalam banyak hubungan harian kita.

Konsep jalinan hubungan antara pelajar dan pengajar juga jelas. Dengan alasan, pelajar perlu akan kebenaran untuk bertemu orang yang lebih tua, berpengalaman, dan pakar mengenai perkara tertentu, maka Sindrom Maaf muncul.

Tentunya pengalaman paling umum yang kita alami adalah ketika rakan kita mengajukan pertanyaan, tetapi mereka mengawali dengan, “Saya minta maaf jika ini adalah pertanyaan bodoh.”

Kita juga sering mendengar ungkapan, “Tidak ada soalan bodoh,” keluar dari mulut orang yang sama dengan yang kita ajukan kepada “soalan bodoh” kita.

Tapi ada juga pengajar baik yang menyatakan ‘anda tidak perlu meminta maaf kerana menyoal atau meminta sesuatu’.

Mungkin ada sesuatu tentang bercakap dengan seseorang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan mengenai sesuatu perkara yang menimbulkan kerisauan, kerana tidak ada yang mahu dilihat sebagai bodoh atau tidak faham.

Kekerapan permintaan maaf dikaitkan dengan kekurangan keyakinan dan lemah.

Mengurangkan nilai pendapat sendiri akan membuatkan kita kehilangan peluang untuk dilihat setaraf

Selalunya kita tidak secara aktif perlu memikir untuk meminta maaf kepada orang lain, namun ada norma sosial dan budaya yang tertanam dalam diri kita yang membuat kita berfikir bahawa meminta maaf adalah tanda kelemahan.

Memang sukar untuk dilihat sebagai yang seorang yang unggul, dan kita sering tidak sengaja menunjukkan tanda kerapuhan.

Apabila anda meminta maaf atas alasan yang tidak wajar, anda juga meletakkan beban jaminan kepada orang yang menerima permintaan maaf.

Ini sering memberi kesan negatif seseorang terhadap anda.

Kerap juga ditempat kerja anda melihat rakan yang ‘suka sangat meminta maaf’, mereka sebenarnya orang yang suka mendesak, tidak cekap atau tidak layak untuk dipimpin.

Meminta maaf tanpa alasan adalah tidak perlu. Maafkan mereka jika benar-benar ‘kesalahan’ berlaku dan yakinlah dengan tindakan anda.

Memang bukan mudah untuk memperlihatkan ‘apa yang maksudkan dan memperkasakan kenyataan anda dan tidak mudah dilakukan’.

Untuk lebih positif , daripada meminta maaf, ucapkan “terima kasih.”

Kita tentunya menghargainya apabila seseorang menerangkan banyak perkara untuk kita , dan dengan mengucapkan “terima kasih” ianya lebih bermakna.

Tidak ada perkara yang membuang masa pengajar, terutama pada waktu pejabat, jika ada sesuatu yang dipelajari .

Tidak ada alasan untuk meminta maaf kerana meluangkan masa dan ruang untuk mengajukan soalan di kelas, dan percaya atau tidak, pengajar adalah betul mengatakan bahawa tidak ada perkara seperti soalan bodoh.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 16 April 2020

Tags: maaf, writings
Subscribe

Posts from This Journal “maaf” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments