kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Cabaran menandakan tugasan pelajar secara dalam talian

Adalah saya merujuk kepada ‘Ibu bapa, guru bergelut cabaran kelas online sepanjang PKP’ and ‘Banyak masalah timbul bila guru beralih ke pembelajaran online ’ bertarikh 7 April 2020.

Untuk tempoh PKP ini, dikebanyakan institusi pengajian telah pun memulakan PdPc di atas talian.

Dan kini masa untuk calon pelajar menghantar tugasan kerja kursus sudah bermula.

Selain dari proses pengajaran dan pembelajaran tentunya ada proses pentaksiran.

Dalam ‘Standard of Procedures’ para pengajar akan berkumpul untuk memulakan proses penyelarasan menanda kerja kursus, tapi oleh sebab arahan kerja dari rumah maka pengajar yang juga penanda tugasan kertas kerja terpaksalah melakukannya secara ‘jarak jauh’ dan ‘di atas talian’.

Penyelarasan penandaan ada yang melibatkan ratusan dan ribuan tugasan pelajar setiap tahun.

Tugasan diterima di pusat, disusun dan dihantar kepada penyelaras yang kemudiannya bersama kumpulan untuk memulakan penandaan .

Sebaik sahaja di persetujui oleh kumpulan, proses menanda pun bermula.

Dalam keadaan sekarang, calon pelajar akan menghantar tugasan yang telah siap ditetapkan melalui tapak Google Classroom atau tapak platform yang dipersetujui oleh pengajar.

Dalam keadaan biasa, kerja penandaan melibatkan pengunaan beribu-beribu helaian kertas setiap sesi pengajian , kos percetakan dan e-mel yang signifikan, dan masa kakitangan yang banyak.

Pelaksanaan sistem menanda di atas talian mungkin inovasi atau pembaharuan bagi menggantikan sistem berasaskan kertas sebelum ini dalam beberapa kursus pengajian.

Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang baik jika para pengajar dijemput menyertai dan diberikan latihan.

Perlu dingat bukan semua yang celik TMK (IT).

Kalau hanya arahan dan panduan di keluarkan dan pengguna terpaksa menghadamkan semuanya maka kemungkinan suatu kejayaan akan ternampak kekurangannya.

Sekurang-kurangnya peralatan dan perkakasan dengan keupayaan untuk menandakan tugasan secara digital hendaklah diberikan dan dipinjamkan kepada kumpulan penanda.

Para pelajar menyerahkan tugasan secara langsung ke kursus menggunakan dropbox elektronik dalam sistem pengurusan pembelajaran, dan pengajar menggunakan komputer untuk menandakan dan mengembalikan tugasan pelajar secara elektronik.

Bayangkan bagaimana pendidik akan menandakan tugasan esei di atas talian. Satu tugasan boleh terdiri daripada 10-15 muka surat setiap pelajar.

Di institusi pengajian negara maju, perisian peralatan disediakan seperti Stylus ,Track Track atau Track Markup dalam Microsoft Word, GradeMark dari Turnitin digunakan, yang juga membolehkan mereka menyemak plagiarisme dan menyediakan gred akhir.

Pengajar boleh mengakses alat-alat ini pada komputer atau menggunakan mana-mana komputer untuk melakukan penandaan diatas talian.

Bagi yang biasa dengan penggunaan Word, anda perlu tahu membina makro; pintasan yang membolehkan penyisipan teks pra-tetapkan untuk komen yang biasa digunakan ketika menandakan tugasan.

Pembangunan set makro perlu dibangunkan untuk komen yang lebih spesifik untuk disiplin atau pengajar individu.

Para pengajar juga harus didedahkan dan disesuaikan dengan pilihan penandaan diatas talian yang paling sesuai untuk kursus dan pelajar mereka dan memenuhi objektif pembelajaran yang dikenalpasti.

Penandaan diatas talian menyediakan pelajar dengan penjimatan masa, maklum balas yang lebih baik dan peluang untuk mengurangkan kos.

Impak positif terhadap alam sekitar dinyatakan melalui slogan 'menyelamatkan planet, satu tugasan pada satu masa'.
Calon pelajar juga akan mendapat maklumbalas dengan cepat dan tepat pada masa.

Pengajar boleh membuat pembetulan dengan lebih jelas dan lebih profesional, mengurangkan keperihatinan tentang kehilangan kertas, mudah dan selesa dan dengan berkesan mengurangkan penggunaan kertas.

Matlamat untuk inovasi mungkin telah dipenuhi.

Didalam apa usaha melakukan perubahan, cabaran utama adalah penentangan dari pengajar atau kebimbangan terhadap keberkesanan.

Kebanyakan pengajar lebih selesa dengan tugasan menanda kertas secara biasa dan ada yang cuba tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi.

Perbengkelan dan sokongan serta komitmen dari pihak majikan adalah sangat ditagihi.

Tugasan tulisan tangan mungkin lebih mudah, terutamanya untuk pelajar tahun pertama, daripada mempelajari program kompleks yang diperlukan untuk memasukkan formula secara elektronik.

Penjanaan asas kewangan untuk teknologi adalah penting dimana faktor  penyelenggaraan, penggantian, dan latihan terus menjadi faktor kos yang utama.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnist 18 April 2020
Tags: assignments, marking, menanda, tugasan, writings
Subscribe

Posts from This Journal “assignments” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments