kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Anda sudah menjadi pemimpin, dengan atau tanpa gelaran

Di Malaysia, peluang berada pada kedudukan tinggi atau sebagai calon kenaikan pangkat tidaklah susah; namun ada yang langsung tidak berpeluang kecuali ‘mereka adalah orang mereka’.

Rasanya yang biasa adalah ‘anda kenal siapa, anda orang siapa dan sesiapa itu kenal dan mahukan anda’.


Tanyalah pada orang-orang lama yang pernah melaluinya, ada yang tersengih, ada yang tak mahu bercakap langsung mengenai ini dan ada juga yang sudah pun ‘meroyan’ kerana peluang atau masa beliau sudah ditamatkan.

Dan selepas tidak memegang kedudukan, mulalah ‘orang-orang tersebut’ akan mencanang kesana-sini,  mengeluar kenyataan ‘tidak waras’, menunding jari dan menyalahkan orang lain.

Mereka yang inginkan kedudukan atau kenaikan pangkat di institusi atau organisasi mereka seharusnya hendaklah mengambil lebih banyak kerja kepimpinan, dan dipertanggungjawabkan untuk bahagian yang lebih banyak bergerak.

Walaupun idea untuk menjadi pemimpin nampaknya bagus , ia sebenarnya adalah sesuatu yang ‘agak mundur’.

Bukan secara tiba-tiba anda diurapi sebagai pemimpin. Anda sebenarnya diberi tanggungjawab dan sekiranya anda ingin menjadi pemimpin, bertindak dan bersikaplah seperti seorang pemimpin.

Kepemimpinan bukanlah mengenai kedudukan atau gelaran untuk anda, bukan juga untuk ‘memerintah’ orang lain.


Menjadi pemimpin yang baik dan hebat bermaksud memikirkan keperluan pasukan sebelum diri anda sendiri, membantu orang lain untuk berkembang dan memaksimumkan potensi mereka, dan berkongsi kredit apabila tiba waktunya (dan menanggung beban bersama).

Semakin banyak sifat pemimpin yang anda mula tonjolkan , semakin jelas pemilihan untuk anda untuk mempromosikan diri yang sebenar.

Dengan meletakkan diri anda sebagai seseorang yang bersedia untuk mengambil lebih banyak tanggungjawab (setelah membuktikan diri anda dalam jangka masa yang lebih lama), agak  sukar untuk mengabaikannya.

Selain dari itu, dari masa ke masa, anda akan menguntungkan pasukan anda secara keseluruhan dengan usaha anda;  ini menjadikannya kemenangan peribadi dan kolektif.

Katakan anda adalah seorang eksekutif yang berusaha untuk menjadi seorang pengurus suatu hari nanti.

Walaupun tidak sesuai untuk meminta rakan sekerja anda bertanggungjawab terhadap kuota tugasan tertentu, itu tidak bermaksud anda tidak boleh mula melakukan perkara lain yang biasanya dimulakan oleh seorang pemimpin.

Sebagai contoh, jika rakan sepasukan anda bergelut dengan tugasan terakhirnya, tanyakan apakah dia mahu mengikuti anda untuk mempelajari cara menyelesaikan tugasan  yang seterusnya dan berbincang semasa rihat mengenai apa yang berlaku. Jadi anda boleh membantunya meningkatkan dan memperbaiki tugasan beliau .

Sekiranya di hujung tempoh tugasan anda tahu rakan setugas anda akan bergelut untuk menyiapkan tugasan, jadilah orang yang tampil dengan meningkatkan semangat dan mendorong orang lain untuk memberikan semua yang mereka ada, anda telah membantu sedikit sebanyak dalam hal ini.

Sekiranya anda terbeban dengan permasalahan dan isu yang bertimbun  dan ‘pentadbir’ anda bertanya kepada kumpulan apa yang salah, jadilah orang pertama yang menyuarakan bagaimana anda secara peribadi boleh membantu melakukan yang lebih baik , tanpa menunding jari menyalahkan orang lain.

Sebaliknya, jika sesuatu yang hebat berlaku, jadilah yang pertama untuk membincangkan pekerjaan luar biasa yang dilakukan orang lain dalam projek tertentu  dengan memberi pujian kepada rakan sepasukan, atau memikul beban yang sukar. Anda akan meletakkan diri anda sebagai seorang yang mementingkan kerja berpasukan.

Sekiranya anda mula bertindak seperti itu, anda sudah menjadi pemimpin, dengan atau tanpa gelaran.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 22 April 2020

Tags: pemimpin, writings
Subscribe

Posts from This Journal “pemimpin” Tag

  • Menilai kualiti kepimpinan diri sendiri

    Kebanyakan dari kita dilihat tidak pandai menilai kualiti kepemimpinan sejati dan lebih tertarik dan mempercayai mereka yang kelihatan berjaya…

  • Apabila anda ‘tidak ngam’ dengan atasan, sukar ke?

    ‘Tidak ngam’ dengan orang yang kuasa lebih tinggi boleh membunuh kerjaya, tetapi ada beberapa strategi yang dapat menjadikannya lebih…

  • Pemimpin tulen I

    Setiap organisasi atau pertubuhan memerlukan pemimpin dan kepemimpinan yang cemerlang tidak terhad kepada golongan atasan, eksekutif dan pengurusan.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments