kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hargailah apa yang kita ada

Ramai dari kita sering tidak mengambil kisah atau mengabaikan sesuatu sehinggalah kita kehilangan sesuatu.

Ini boleh disamakan dengan perihal kenyataan murid dan pelajar sekolah yang didapati mengharap sekolah dibuka semula setelah sekian lama ‘duduk diam dirumah’.

Sebahagian para pekerja umumnya juga merasai keadaan demikian.

Kita sering inginkan kebebasan dari bekerja dan ke sekolah dan setelah sekian lama sekolah ditutup, kita merasa tidak selesa dan tidak senang sebenarnya.

Apabila kita bekerja dan bersekolah, kita akan mengatakan ia meletihkan atau membosankan.

Tetapi apabila kita ke sekolah ia menjadikan kita lebih berguna kerana kita akan sibuk dengan aktiviti dan berinteraksi dengan rakan dan guru kita.


Mengapa kita sering menganggap sesuatu itu tidak berguna walhal perkara tersebut merupakan sesuatu yang bermakna buat diri kita?

Kita sering melakukan ini terhadap sesama kita dan harta benda. Ramai orang tidak menyedari hal ini sehingga keadaan itu berlaku dan berlalu.

Kita selalu menganggap sesuatu perkara itu remeh dan kita gagal menyedari nilai sebenarnya sehingga mereka hilang dari kehidupan kita.

Fikirkan teknologi, internet dan telefon bimbit anda. Anda tidak menyedari betapa pentingnya telefon bimbit dalam kehidupan harian sehingga anda harus menjalani beberapa hari tanpanya.

Nikmatilah perkara-perkara kecil dalam hidup kerana suatu hari anda akan menyedari bahawa itu adalah perkara besar.

Kita sering mengatakan kita tidak tahu apa yang kita ada sehingga ia tiada bersama kita. Hakikatnya adalah, anda tahu apa yang anda ada, namun anda tidak pernah menyangka akan kehilangannya.

Kelekaan dalam perhubungan akan menyebabkan kita kehilangan rakan dan pasangan anda.

Kebahagiaan tidak datang sebagai hasil dari mendapatkan apa yang tidak anda miliki, melainkan menyedari dan menghargai apa yang anda miliki.

Sekiranya seseorang pernah membuat anda bahagia, ada kemungkinan besar mereka tetap akan melakukannya.

Fikirkanlah, mungkin anda bosan dengan rutin yang biasa anda lakukan, tetapi itu tidak bermakna anda harus menyingkirkannya.

Jangan kehilangan sesuatu yang anda miliki untuk sesuatu yang anda fikir anda mahukan.

Apabila kita terpisah, kita turut berasa menyesal.

Anda mengakhiri sesuatu hubungan kerana anda fikir bahawa anda boleh memperolehi yang lebih baik, tetapi setelah itu, anda menyedari bahawa anda mempunyai sesuatu yang luar biasa.

Kadang-kadang ianya sudah terlambat dan anda mesti belajar dari keputusan yang telah diambil.

Apa yang mengganggu seseorang adalah cubaan menepati citra yang mereka bina dalam fikiran mereka. Tidak ada yang sempurna cuma hanya sesuai untuk anda.

Hargai apa yang anda miliki sebelum ia menjadi sesuatu yang pernah menjadi milik anda.

Apa yang anda miliki sekarang adalah semua yang telah anda usaha untuk mencapainya.

Hanya kerana sesuatu itu menjadi kebiasaan tidak bermaksud ia perlu ditukar.

Hargai semua perkara yang anda ada dalam hidup kerana anda tidak pernah tahu bila masanya akan berakhir.

Bersihkan kekeliruan di dalam fikiran anda dan sedarlah apa yang anda ada sekarang.

Jangan tunggu sehingga anda kehilangannya untuk melihat berapa banyak yang anda telah kehilangan.

Jangan tunggu sehingga anda menyedari bahawa tanpanya, asas anda untuk membina semula akan mulai runtuh.

Kita juga mesti sedar bahawa ada orang lain lebih bahagia (walaupun mereka kekurangan) daripada kita.

Terlalu kerap orang tidak menyedari apa yang mereka ada kerana mereka cuba mencari sesuatu yang lebih baik.

Masalahnya ialah apabila mereka menyedarinya, mereka akan merangkak kembali.

Semua orang jatuh ke dalam perangkap bahawa padang rumput sentiasa lebih hijau di seberang.

Membuat kesilapan adalah sebahagian dari fitrah manusia. Adalah penting untuk memberi seseorang itu peluang yang lain.

Biasanya kita hanya menginginkan sesuatu apabila kita belum mendapatkannya.

Dan apabila kita telah memperolehinya, kita akan kembali bosan dengan semua perkara buruk dan mula bertanya mengapa kita menginginkannya semula.

Jangan ambil mudah mengenai sesuatu kerana mungkin tidak akan ada hari esok.

Masalahnya, sangat sedikit orang yang dapat melihat kesan dari apa yang mereka lakukan sekarang dan bagaimana ia berkaitan dengan masa depan mereka.

Ramai orang membuat kesilapan dan meninggalkan perkara yang paling mereka gemari. Mereka gagal menghargai perkara baik yang pernah mereka miliki dan akibatnya akan terus menyesali keputusan mereka.

Ramai menginginkan sesuatu yang lebih, sesuatu yang baru, tetapi kadang-kadang perkara yang paling berharga adalah apa yang ada bersama kita setiap masa. Hanya kerana sesuatu tidak berlaku untuk anda sekarang tidak bermakna ia tidak akan berlaku.

Sama seperti anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga ianya tiada, anda tidak tahu apa yang anda hilang sehingga ianya berlaku.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnists 28 April 2020
Tags: hargai, writings
Subscribe

Posts from This Journal “hargai” Tag

  • Hargai

    Memperolehi keputusan yang cemerlang dan baik dalam peperiksaan, terutama mendapat sebanyak mungkin A adalah matlamat utama calon pelajar. Ia…

  • Mengapa kita menghina usaha baik orang lain

    Mengapa orang mengkritik dan menghina niat usaha hebat orang lain – kita tidak dapat menghargai kerja dan perbuatan baik orang lain kerana…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments