kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mencari pemimpin berintegriti?

Integriti ditakrifkan sebagai kualiti bersikap jujur dan mempunyai prinsip moral yang tidak tergoyah, terletak di persimpangan tindakan yang konsisten dan nilai-nilai yang kuat.

Dengan kata lain, ini adalah kualiti orang yang melakukan perkara yang betul setiap masa, walaupun tidak ada yang melihat, dan terutama ketika sukar untuk melakukannya.

Dalam tinjauan ke atas lebih 3,000 pekerja dan ketua pegawai kewangan pada tahun 2016, integriti diserlahkan oleh kedua-dua kumpulan sebagai sifat terpenting dalam pemimpin.

Forbes menyatakan bahawa integriti berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada kualiti kepemimpinan lain seperti keadilan, ketegasan, dan kestabilan.

Di kalangan pekerja, 75% bersetuju bahawa integriti adalah atribut yang paling penting, sementara 46% Ketua Pegawai Kewangan (CFO) berpandangan sama.

Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin yang baik dalam organisasi, anda seharusnya mempunyai beberapa ciri dan nilai mulia sebagai panduan.

Kelebihan utama dalam mempraktikkan integriti dalam kepemimpinan ialah ia membina kredibiliti dengan pelanggan, pelabur, dan profesional berbakat.

Integriti dalam operasi memerlukan ketelusan untuk memastikan bahawa laporan yang diperlukan difailkan dengan betul dan tepat pada waktu. Ini menunjukkan bahawa komitmen organisasi dipenuhi.

Walau bagaimanapun, kredibiliti juga berasal dari integriti peribadi pemimpin organisasi.

Dari pandangan pihak berkepentingan, Business Insider menyatakan bahawa integriti peribadi adalah penting kerana orang mempercayai anda dan menjalankan urusan dengan anda.

Urusan besar termasuk urusan pengantarabangsaan juga dinilai setiap hari oleh kualiti pemimpinnya.

Pemimpin yang berintegriti juga melakukan pekerjaan yang lebih bermakna dalam mendapatkan kepercayaan rakan sekerja mereka dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik.

Dr Christopher Bauer , seorang ahli pakar ‘etika dan penipuan’ berpendapat bahawa integriti adalah yang paling penting dalam mana-mana organisasi.

Pemimpin perlu memodelkan dan mengukuhkan integriti secara aktif untuk semua orang dalam organisasi serta mewujudkan budaya yang mementingkan integriti.

Catatan LearnLoft menjelaskan bahawa anda berisiko merosakkan keseluruhan budaya organisasi sekiranya anda tidak mengamalkan nilai murni ini.

Pemimpin yang tidak baik sering tercelupar dengan kata-kata mereka, mengatakan perkara yang tidak benar atau membuat janji yang tidak mereka tunaikan. Ini menghancurkan semangat dan budaya institusi.

Mereka yang mempraktikkan integriti biasanya adalah mereka yang menyanjung akan kebenaran dan tidak selesa terhadap pembohongan.

Ini membolehkan anda melihat dunia sebagaimana adanya, bukan seperti yang anda inginkan; kemampuan yang ada pada pemimpin terbaik.

Penolakan untuk berkompromi atau menipu ini akan memberi anda keberanian untuk melakukan apa yang betul dan akan membantu anda mengelak dari turut menipu bukan hanya pihak berkepentingan anda, tetapi diri anda juga.

Ini juga bermaksud bahawa integriti dapat membantu anda terus berkembang dan belajar.

Sebahagian dari kesedaran dan komitmen terhadap kebenaran ini adalah mengetahui berapa banyak yang anda terlepas untuk dipelajari.

Menlo Coaching berkongsi bahawa integriti dalam menerima maklum balas adalah penting kerana sokongan tanpa kritikan tidak pernah membantu pertumbuhan.

Sering kali, pemimpin yang kurang berintegriti akhirnya gagal kerana mereka tidak dapat menerima kelemahan diri mereka sendiri dan mempertimbangkan bagaimana mereka boleh menjadi salah.

Mengamalkan integriti sebagai pemimpin adalah komitmen untuk berjaya.

Secara peribadi, ini membolehkan anda bersedia untuk bertanggungjawab bukan hanya kepada pegawai atasan tetapi juga kepada rakan dan kakitangan anda.

Kejujuran dan keterbukaan ini dapat membantu anda mempelajari apa yang dapat anda lakukan dengan lebih baik dan memperbaiki kesilapan yang tidak akan anda sedari bahawa anda telah melakukan.

Di peringkat organisasi, integriti membolehkan anda memimpin pasukan ke arah visi dan matlamat institusi kerana kompas moral anda akan membawa anda ke sana.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnist 6 April 2020
Tags: integriti, pemimpin, writings
Subscribe

Posts from This Journal “integriti” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments