kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Teori bercanggah dalam kaedah pembelajaran jarak jauh

Artikel Contradic theory: How one classroom is using the Education Ministry’s digital learning platform successfully oleh Dzof Azmi, 3 Mei 2020 harus membuka mata para pendidik dan anak sekolah.

Tentunya ramai dari kita yang tahu bahawa negara kita memang sudah ada platform atau tapak pembelajaran diatas talian sejak pertengahan 2019.

Yang menariknya adalah cubaan menjadikan sebuah teori kepada amalan harian dengan cara ‘penerokaan atau pengembaraan’ yang sangat sedikit dapat diramalkan, banyak masalah untuk diselesaikan, dan sebenarnya, pada kebanyakan masa tidak tahu apa yang pasukan tersebut lakukan.

Juga, menurut pakar dan pihak atasan di Kementerian Pendidikan, pendidikan jarak jauh memang tidak begitu berkesan di Malaysia. Nasib baik, ini adalah perkara yang pasukan tersebut tidak ketahui ketika mereka bermula.

Ia bermula dengan perbincangan dengan ibu bapa lain di dalam ‘kelas’ mengenai apa yang akan berlaku sekiranya perintah kawalan pergerakan negara (PKP/MCO) – pertama kali bermula pada 18 Mac 2020, untuk membatasi penyebaran Covid-19 – dan berpanjangan melebihi dua minggu.

Konsensus dan matlamat adalah jelas iaitu untuk memastikan bahawa anak-anak dan guru dapat melakukan kerja sekolah dari rumah.

Maksudnya disini adalah Platform Pembelajaran Digital (DLP) Kementerian Pendidikan di moe-dl.edu.my, memang sudah tersedia dan mudah untuk digunakan oleh setiap pelajar dan guru di Malaysia. Mudah, bukan?

Namun, ia bukanlah keadaan yang sebenar.

Pada kebiasaan, guru kelas akan mempunyai ID pengguna dan kata laluan bagi murid/pelajar mereka; namun kejadian berlaku semasa cuti sekolah bermula dan kebanyakannya berada di kampung atau kawasan yang akses internet adalah lemah.

Dan itulah adalah sebab utama, pembelajaran jarak jauh tidak akan berjaya di Malaysia. Begitu juga dengan bukan semua memiliki akses internet yang baik.

Bagi yang pernah terlibat dengan Universiti Terbuka, pembelajaran jarak jauh telah berlansung sekian lama dimana ketika itu teknologi yang digunakan adalah ‘telefon’ dan ‘mesin faksimili’.

Begitu juga dengan penghantaran melalui teks perkhidmatan ringkas (SMS).

Cuma yang terkini yang agk mudah dan senang digunakan adalah Google Classroom.

Cuma dalam keadaan biasa, dimana akses kepada internet adalah terhad , tidak semua pendidik mau pun murid dapat mengakses semua ciri-ciri pengunaan yang dimaksudkan.

Sungguh pun begitu , kelas boleh dijadualkan mengikut ketetapan yang dimahukan.

Masalah lain yang di hadapi ialah pelajar dari keluarga besar yang harus berkongsi satu komputer.

Dalam memberi peluang kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan kebangsaan, anak-anak yang tiada peperiksaan perlu menunggu giliran untuk menggunakan PC di rumah.

Ini adalah sebab kedua mengapa “pembelajaran jarak jauh tidak akan berjaya di Malaysia”.

Kajian oleh Kementerian Pendidikan pada bulan April 2020 menunjukkan bahawa 36.9% pelajar di seluruh negara tidak memiliki alat elektronik. Sudah tentu, itu tidak sama dengan tidak mempunyai akses.

Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2017 melaporkan bahawa 75.9% rakyat Malaysia memiliki telefon pintar, jadi kemungkinan anak-anak sekurang-kurangnya tahu bahawa beliau boleh berhubung dengan seseorang yang memiliki peranti. Tetapi berapa banyak komputer peribadi yang dimiliki setiap rumah secara realistik?

Ibu bapa hanya mampu menyediakan dengan apa yang mereka ada.

Kita boleh mencuba banyak perkara, dan jika tidak berjaya, kita terus mencuba sehingga ada yang berjaya.

Ramai guru yang berjaya memberikan tugasan aktiviti setiap minggu, dan anak – anak melakukan kerja sekolah hampir setiap masa.

Ada yang berhasrat untuk terus menggunakan sistem setelah PKP tamat kerana ia jauh lebih mudah dan lebih fleksibel daripada menguruskan buku kerja manual.

Ketika cadangan ini berjalan, ia hanya melibatkan satu kelas yang terdiri daripada 33 kanak-kanak dan memanfaatkan platform rasmi Kementerian Pendidikan.

Tetapi esok sekolah atau kementerian akan memberitahu bahawa keputusan telah dibuat untuk menggunakan sesuatu yang lain. Tidak ada dasar yang jelas, tidak ada arah hala tuju untuk kemajuan.

Walaupun begitu, demi kepentingan pendidikan anak-anak, kita tetap harus mencubanya kerana objektifnya adalah pendidikan anak.

Objektifnya adalah bahawa pembelajaran tidak berhenti hanya kerana kita tidak dapat pergi ke sekolah, atau kita tidak mempunyai akses Internet. Dan keputusan “tidak melakukannya” tidak menjadikan kita lebih dekat dengan objektif kita.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 28 Mei 2020
Tags: jarak jauh, pembelajaran, writings
Subscribe

Posts from This Journal “pembelajaran” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments