kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pencari telur kutu

Pencari salah orang atau ”pencari telur kutu” adalah orang yang suka dan gemar mencari kesalahan, walaupun kecil atau tidak penting, di mana sahaja mereka berada atau melihat sesuatu keadaan.

Sebagai contohnya, setelah menyaksikan sebuah tayangan filem atau persembahan, pengkritik ini akan menyenaraikan setiap perkara sekecil-kecilnya yang tidak disukainya.

Harusnya kita digalakkan untuk menggunakan istilah lain seperti “pengkritik tidak rasmi” dan semasa bercakap tentang seseorang yang sangat kritikal, walaupun kritikan itu kelihatan tidak penting.

Sekiranya seseorang itu kerap mencari sesuatu yang boleh dikeluhkan, dikritik atau gemar memberi komen yang agak “menyeramkan atau tidak mempedulikan hal orang lain”, orang tersebut mungkin memilih untuk menjadi pencari telur kutu.

Perkataan ini, berasal dari idea pencari telur kutu (nits ~ lice eggs) dari rambut seseorang.

Pencari kesalahan sangat berhati-hati dan teliti dalam mencari kesalahan seperti pencari telur kutu di kepala dan rambut seseorang.

Kini dengan kehadiran dan perkembangan teknologi maklumat yang meluas, dunia telah menjadi satu perkampungan global.

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah meningkatkan peluang untuk mengetahui dan menjalinkan hubungan dengan penduduk dari seluruh dunia.

Dengan kata lain, kita tidak dapat membina hubungan yang baik dengan orang sekeliling jika terus mencari kesalahan orang lain.

Mencari kesalahan orang lain adalah sifat yang tidak baik dan membuat hidup tidak bahagia dengan encari kesalahan orang lain, anda merasa puas untuk sementara tetapi itu akan mendatang kesan negatif kepada diri sendiri dalam jangka masa yang panjang.

Kebiasaan atau gemar mencari salah orang lain hanya akan menjejaskan hubungan sosial anda dan seterusnya akan menimbulkan rasa kekecewaan pada diri sendiri.

Oleh itu, anda hendaklah selalu beringat bahawa sebagai manusia tidak ada yang sempurna termasuk diri anda.

Apa sahaja kesalahan yang anda dapati pada orang lain selalu didasarkan pada unjuran anda tentang betul dan salah, wajar atau tidak wajar, dapat diterima atau tidak dapat diterima, dan itu tidak boleh menjadi kebenaran hakiki.

Sebaliknya, dengan melihat pada aspek positif pada orang lain anda akan mendapat banyak kebaikan dan jika anda ingin bahagia dalam hidup, anda harus menerima orang lain seadanya bukan hanya mencari kesalahan mereka.

Azizi Ahmad Malaysia Kini Surat 15 Jul 2020
Tags: kutu, lice, salah, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments