kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mencari makna ekuiti (keadilan)

Bagi pelajar yang pernah mengambil matapelajaran psikologi dan sosiologi tentunya anda semua telah pernah melihat gambar ini, bukan?

Dalam bentuk gambar-bernilai-1,000-perkataan, gambar ini mempermudahkan perbezaan yang mendalam antara persamaan (kesaksamaan) dan ekuiti (keadilan).equity.jpg

Ada yang menyebut persamaan dengan kesaksamaan dan ada yang menyebut ekuiti sebagai keadilan.

Dari gambaran ini, kita sebenarnya mungkin telah mulai memahami bahawa memperlakukan semua orang secara sama tidak akan membawa kepada keadilan, dan sebenarnya, perlakuan yang sama sering berlaku dan menjustifikasi dan membenarkan hierarki kaum. Ya, gambar ini banyak mengajar kita.

Namun tetapi, sudah tiba masanya untuk kita terus maju.

Gambar ini,  gambaran mulia pergerakan ekuiti  adalah mengenai isu ketuanan di tempat kerja.

Maaf kawan-kawan. Tetapi ia adalah keadaan yang sebenar berlaku.

Pertama dan terpenting, budak lelaki yang paling rendah itu  diposisikan sebagai masalah.

Dia memerlukan banyak kotak untuk melihat apa yang berlaku di sebalik atas pagar. Dia adalah model patologi: dia sebenarnya bersifat kurang daripada yang lain.

Oleh kerana beliau adalah paling rendah atau pendek (melalui  paparan) maka beliau dianggap tidak utuh, tidak normal, terutamanya jika dibandingkan dengan budak lelaki paling tinggi.

Dan kerana dia lebih pendek dia dilihat sebagai masalahnya, dia memerlukan lebih banyak bantuan pertolongan dan sebenarnya, sangat memerlukan.

Kisah atau naratif yang dominan dan penindasan tentang mereka yang berkulit ‘tidak putih’  dan ‘keturunan darah’ terserlah ke dalam gambar ini: mereka yang bukan berkulit putih adalah mereka yang tidak berada , senang, kaya dan hebat dan adalah mereka yang memerlukan  lebih banyak bantuan dan pertolongan.

Ini adalah ciri ketuanan. Keadaan ini sangat biasa dan banyak berlaku terutama mengenai politik perkauman; mereka yang bergelar ‘tuan’ lebih banyak mengambil dari memberi.

Tentu anda biasa mendengar perkara sebegini sebelum ini bukan?

Bahkan mereka yang "memusatkan ekuiti" memasuki kerangka ini, mereka yang susah dan tidak berkemampuan memerlukan sumber dan dana kerana mereka sememangnya tidak mampu dan mempunyai  untuk memilikinya sendiri.

Sudah tiba masanya untuk kita membebaskan dan melepaskan diri dari idea-idea "ekuiti" yang penuh dengan ciri ketuanan ini, dan benar-benar mengenali kemanusiaan dan kemampuan penuh tidak kira perbezaan darjat.

Cuba anda bayangkan jika anda mampu, 3 orang didalam gambar tersebut dengan semua ukurannya sama. Tanah di bawahnya lereng, melengkung di bawah seorang dengan begitu ketara sehingga orang itu sama sekali tidak dapat melihat melepasi pagar.

Tapak asas di mana orang-orang ini berdiri tidak sama, dan asas itu, mungkin kita katakan sistemik, perbezaan menyebabkan ada yang dapat menonton permainan yang sedang berlangsung, sementara yang lain tidak dapat.

Ya, mereka yang berada di lereng memerlukan satu atau dua kotak untuk berdiri, tetapi hanya kerana mereka berada di tanah yang lebih rendah untuk bermula  bukan kerana mereka lebih rendah atau pendek.

Berdasarkan gambaran dalam memulakan perbualan di sekitar "Kesaksamaan dan Keadilan (Equality vs Equity)", kita pada dasarnya menyalahkan orang itu kerana beliau pendek, sedangkan pada hakikatnya, kita tidak berada di tapak persaingan yang sama dari mula. Kita tidak ‘ dibolehkan’  berdiri di padang permainan yang sama rata.

Sebenarnya kita,  dengan alasan dasar, praktik, prasangka, dan berat sebelah, terpaksa berdiri dan berada di tahap yang lebih rendah ... DAN kemudian ‘mereka’ memberitahu kita agar harus gembira dan bersyukur berada di dalam keadaan yang sedia ada  walaupun tidak diberi ‘kotak’ yang mencukupi untuk dilihat di atas pagar.

Landasan yang tidak sama yang kita terpaksa berdiri adalah aspek gambaran yang perlu kita ubah. Memahami bahawa kotak-kotak itu diperlukan kerana tanah yang landai adalah kunci untuk mengurangkan ketuanan. Dengan gambaran baru ini, mari kita dekolonasikan peraturan di mana kita berdiri dan mengapa. Itulah ekuiti.

570

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik
Tags: ekuiti, keadilan, kesaksamaan
Subscribe

Posts from This Journal “keadilan” Tag

  • Agenda bumiputera Najib

    TUN Razak telah dengan berani melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang isi kandungannya kelihatan memihak kepada bumiputera. Sudah tentu dasar ini…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments