kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Siapa sebenar musuh dalaman moden?

TUDUHAN siapa sebenar pengkhianat semakin berleluasa dalam medan politik dan media massa.


Siapakah sebenar  ‘musuh dalaman’ moden dan dalam konteks manakah mereka muncul?





FOTO: Wikimedia Commons/Gage Skidmore from Peoria, AZ, United States of America / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

FOTO: Wikimedia Commons/Gage Skidmore from Peoria, AZ, United States of America / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

Sekiranya watak-watak yang digambarkan dalam retorik politik atau liputan media hari ini dipertimbangkan untuk Anugerah Juara Pengkhianat, pencalonan untuk kategori ‘pengkhianat’ tentunya akan penuh.


Jika media massa sanggup untuk menganjurkan majlis ini tentunya media cetak dan portal media akan berjaya meraih keuntungan dalam jualan. Wallahualam.


Tetapi eloknya tidak perlulah anjuran sebegini diadakan kerana siapa yang membuka pekung (peniup wisel) padahlah nasib orang tersebut.


Tuduhan pengkhianatan dan ketidaksetiaan semakin ketara dalam politik semasa dalam beberapa tahun terakhir, dari Brexit dan dasar pemerintahan Trump (bagi antarabangsa), hinggalah  peristiwa di parlimen tempatan.


Oleh itu, tuduhan pengkhianat dan pengkhianatan bukanlah perkara baru: ia sering selalu bersama  senario politik dalam masa pergolakan.


Walau bagaimanapun, objek dan penutur tuduhan pengkhianat adalah berubah-rubah, mencerminkan ketidakamanan politik dan masyarakat yang paling akut.


Dalam membaca dan  meneroka mengenai tuduhan pengkhianat dan pengkhianatan dalam politik moden , terdapat banyak naratif ancaman dan pengkhianat di Barat bahkan sebelum Brexit dan Trump.


Selain politik Inggeris dan Amerika, isu khianat dan pengkhianatan dilaporkan di lebih 40 negara.



Tiga corak tuduhan pengkhianat yang dominan dalam politik moden: negara kerajaan autoritarian yang menggambarkan gerakan penentangan mereka sebagai ‘lajur kelima’; kecurigaan penduduk Muslim barat sebagai pengganas yang berpotensi; dan penggunaan bahasa pengkhianat untuk menunjukkan perbezaan pendapat parti dalam politik.


Dengan menggambarkan pembangkang sebagai ancaman eksistensial terhadap negara, pemerintah mengubah persaingan politik menjadi retorik survival dan kestabilan nasional.


Penentangan politik di negara kita dan sejumlah negara luar telah dikatakan akibat dari pendanaan luar, tidak stabil, dan mengkhianat dalam beberapa tahun terakhir.


Tuduhan ini dilaporkan secara meluas oleh media sebagai bukti pemerintahan tidak demokratik di mana ianya berlaku dan membantu mewujudkan identiti demokratik yang positif melalui kontras.


Tuduhan pengkhianatan telah berfungsi sebagai cara untuk menghilangkan kesalahan atas berbagai masalah (dari ketakutan terhadap keganasan hingga pengangguran) pada sasaran yang sudah dikenali dan diketahui.


Bahasa pengkhianat juga telah digunakan untuk menunjukkan perbezaan pendapat dan pertikaian parti di seluruh spektrum politik (contohnya, dalam konteks pembelotan parti, gabungan dan melompat parti, dan persaingan perwakilan kerusi dalam pilihan raya kecil).


Kesan utama dari tuduhan pengkhianatan dalam politik dan media adalah mereka mewujudkan kumpulan yang disenyapkan dan di kecualikan dalam negara demokratik, dan juga kumpulan autoritarian.


Kajian juga menunjukkan bahawa kumpulan agama, etnik, migran, dan politik telah dituduh melakukan pengkhianatan dalam beberapa tahun terakhir, dan tuduhan ini menegaskan kesahihan pelaku dan polisi politik tertentu.


Yang penting, ‘musuh dalaman’ telah muncul semakin banyak dalam retorik politik negara kita sebelum BN, PN atau MN dan pemilihan-pemilihan ‘siapa PM’.


Tuduhan pengkhianat tidak hanya dilakukan oleh gerakan populis sayap kanan, walaupun ada kaitan rapat dengan tuduhan pengkhianat dengan perkauman, xenofobia, dan ketakutan pada imigrasi dan keganasan.


Kebiasaan bahasa pengkhianatan adalah melalui penggunaannya oleh semua pihak di dalam dan di luar pemerintahan menunjukkan kebimbangan popular yang tidak dapat di selesaikan dan pergeseran spektrum politik dalam demokrasi ke arah perspektif ‘kita’ berbanding ‘mereka’, yang sebelumnya sebahagian besar dikaitkan dengan politik autoritarian atau populis.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnists 20 Ogos 2020


Tags: musuh, pengkhianat, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments