kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Suara membantu anda memilih wakil calon anda

Kita disiarkan dan dikongsikan dengan berita tentang politik terutama ahli-ahli politik yang menghadiri persidangan di parlimen.

Kita juga dikongsikan mengenai calon-calon yang berkempen  untuk calon pilihanraya kecil atau mungkin kita sering mendengar ‘pembesar’ kita berucap melalui media sosial.

Mungkin kita perlu mengetahui dan kita mungkin perlu tahu keperibadian mereka dengan hanya mendengar atau menggunakan suara.

Mungkin kelihatan sukar dipercayai, tetapi suara anda dapat memberitahu banyak perkara tentang anda.

Ia bukan sahaja terdengar unik, ia membawa maklumat berguna dan kadang-kadang tidak dijangka.

Jangan terkejut dengan petunjuk tersembunyi yang mudah dikesan hanya dengan mendengar suara seseorang.

Ketinggian, kekuatan, dan ciri khas lain mengenai anda dapat dipelajari daripada mendengar anda bercakap. Dan anda juga tidak perlu dilihat, semuanya akan jelas tanpa melihat.

Sepanjang tempoh saya menjalankan kelas dan kuliah dahulu, saya juga sering mengamati dan mendengar suara pelajar saya untuk mengenal pasti mereka-mereka yang berpotensi terutama untuk menjadi pendidik guru diantaranya:

Suara anda dapat menunjukkan keperibadian anda terutama mengenai bersosial dan keramahan, atau lebih khusus lagi, jika anda ekstrovert atau introvert.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, peserta mendengar ucapan yang dihasilkan komputer, yang dimodelkan agar terdengar seperti suara introvert dan ekstrovert.

Hasilnya, para peserta dapat mengenal pasti keperibadian. Ekstrovert bercakap lebih cepat dan lebih kuat, dan introvert, sebaliknya, meluahkan pemikiran mereka dengan cara yang lebih tenang dan perlahan.

Memulakan dengan "Hello, apa khabar!" atau “Assalamualaikum!” yang ringkas mungkin dapat memberitahu orang betapa anda boleh dipercayai atau tahap kebolehpercayaan.

Terdapat 64 versi perkataan ini didengari oleh sukarelawan dari kajian lain. Dan hampir semua peserta memilih mereka yang mempunyai getaran nada yang tinggi di akhir perkataan sebagai lebih dipercayai. Bagi wanita, sebaliknya, yang mempunyai nada rendah di akhir perkataan dianggap lebih dipercayai.

Suara anda dapat menunjukkan berapa ketinggian anda. Dalam dua ujikaji yang pernah dijalankan,  peserta diminta untuk mengenal pasti dua peserta yang bersuara rendah dan dalam dari lima peserta.

Dan 62.17% peserta dapat membezakan pembicara yang lebih tinggi. Semakin tinggi orangnya, semakin rendah dan semakin dalam suara mereka.

Ternyata kitaran haid tidak hanya mempengaruhi perubahan mood dan hormon, tetapi juga mempengaruhi suara.

Menurut kajian ini, suara menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu menghampiri tempoh ovulasi. Jadi wanita dengan nada suara yang lebih tinggi mungkin lebih subur.

Suara juga mampu menunjukkan kekuatan lelaki, iaitu kekuatan badan atasnya.

Peserta satu kajian mendengarkan suara lelaki dari pelbagai negara, bertutur dalam bahasa ibunda mereka, dan kemudian menilai kekuatan mereka.

Hasilnya, mereka dapat menentukan dengan tepat betapa kuatnya lelaki itu. Lelaki yang lebih kuat mempunyai suara yang lebih dalam.

Suara anda boleh mempengaruhi kerjaya anda. Kajian ini mendapati bahawa orang yang mempunyai vokal terketar-ketar atau tersekat kelihatan kurang berpendidikan dan kurang cekap. Dan ini berlaku terutamanya bagi wanita. Ini bahkan boleh mempengaruhi keputusan dan menunjukkan mereka harus memilih calon lain.

Perubahan suara mungkin menunjukkan kesan penyakit Parkinson. Pesakit mengalami kelambatan pertuturan, suaranya menjadi lebih perlahan  dan seolah sesak nafas.

Mereka mula bercakap secara monotonous, dan dikuti dengan nada gegaran diakhir perbualan.

Mungkin kita tidak boleh percaya kesemua ini tetapi anda boleh cuba mengesan peribadi seseorang (terutama calon wakil anda)  berdasarkan suara mereka.  Anda boleh cuba terhadap diri anda dulu, bagaimana?

Azizi Ahmad Malaysia Kini Ulasan 28 Ogos 2020

Tags: calon, suara, wakil, writings
Subscribe

Posts from This Journal “suara” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments