kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kita suka pilih ahli politik kurang cerdik

Kempen pilihan raya negeri 2020 sedang berjalan, dan jelas bahawa melakukan atau mengatakan perkara yang tidak difahami bukanlah penghalang kejayaan politik.

Malangnya, terdapat beberapa mekanisme psikologi yang menyebabkan mereka ‘yang tidak sepatutnya’ terpilih menjadi ‘yang bertanding’.

Ini mungkin disebabkan pemilih ‘terpaksa’ memilih ‘parti’ dari ‘calon yang bertanding’.


Ramai ahli politik dikatakan bereputasi tidak menyenangkan akibat kesalahan mereka sendiri.

Ramai yang menganggap mereka ‘tidak menyenangkan’tetapi hanya mereka jugalah yang berani menghadapi ‘ketidak senangan’, jadi selalulah menganggap yang terburuk.

Jika ahli politik menggubal dasar yang tidak baik, mereka adalah orang yang mengerikan.

Mereka berubah fikiran dan membalikkannya atau membuat pusingan U.  Mereka lemah dan tidak sesuai untuk memimpin.


Ahli politik yang menjanjikan peningkatan dan pembaharuan  (memotong cukai, meningkatkan perbelanjaan)? Mereka jelas berbohong.

Ahli politik berjanji untuk melakukan sesuatu yang tidak popular (menaikkan cukai, mengurangkan perbelanjaan)? Yang pasti, ianya akan berlaku.

Situasi sebegini sudah berlangsung sekian lama, jadi mengapa kita terganggu?


Ramai ahli politik jelas menyukainya, tetapi pasti ada juga yang benar-benar mahukan yang terbaik dan bersedia  menerima pendapat negatif.

Untuk rekod, bukan semua ahli politik ‘tidak cerdik’ (walaupun definisi anda tentang ‘tidak cerdik’ mungkin berbeza), tapi pastinya ramai dan pengundi nampaknya sangat menderita dengan mereka.

Sebilangan yang dilantik menjadi Menteri dan timbalan Menteri juga didapati ‘kurang bijaksana’ sungguhpun begitu mereka tetap menjadi ‘yang bertanding’.


Jika kita perhatikan beberapa pemimpin dunia seperti Boris Johnson; beliau sebenarnya sangat cerdas / berbahaya, tetapi berpura-pura ‘kerdil’. Maksudnya disini ialah orang yang cerdas harus berpura-pura bodoh untuk mencapai kejayaan politik.

Secara logiknya, kita mahukan orang pintar yang memahami pendekatan dan kaedah terbaik untuk mentadbir negara dengan cara yang terbaik.

Tetapi tidak, orang kelihatan tertarik dengan demonstrasi kebolehan intelektual yang dipersoalkan.


Terdapat pelbagai faktor ideologi, budaya, sosial, sejarah, kewangan dan faktor lain yang terlibat, kerana politik merangkumi semua perkara ini, tetapi terdapat juga beberapa proses psikologi yang diketahui yang boleh menyumbang kepada fenomena ini.

Mereka yang yakin adalah lebih meyakinkan . Mana-mana ahli politik yang diketahui sebagai tidak berkeyakinan (secara kiasan) musnah. Jadi keyakinan itu penting dalam politik.

Walau bagaimanapun, kesan Dunning-Kruger menunjukkan bahawa orang yang kurang cerdas biasanya sangat yakin berbanding mereka yang lebih pintar.

Penilaian kendiri adalah kemahiran metakognitif yang berguna, oleh itu, jika anda mahukan mereka yang yakin secara intrinsik mewakili parti politik anda secara terbuka, orang yang cerdas akan menjadi pilihan yang tidak baik dalam banyak cara.

Kajian telah menunjukkan bahawa apabila seseorang yang yakin terbukti bersalah atau berbohong, mereka kemudiannya akan dianggap kurang dipercayai atau boleh dipercayai daripada orang yang kurang yakin.

Ini dapat menjelaskan gambaran negatif politik, yang kebanyakannya merupakan rangkaian individu yang yakin membuat janji-janji besar dan gagal menunaikannya. Perkara semacam itu benar-benar menyusahkan orang.

Dan mereka yang keperibadian kurang cerdas didapati lebih yakin, bijak memujuk dan sebagainya.

Kita sering terpedaya dengan subjek dan perbincangan intelektual dan kompleks dalam apa jua keadaan.

Ramai yang tidak memiliki pengalaman dengan masalah ini, atau merasa terlalu menakutkan untuk tidak terlibat, kerana melakukannya dengan jayanya memerlukan banyak masa dan usaha. Tetapi politik, terutama demokrasi, memerlukan orang ramai untuk terlibat.


Kajian personaliti atau keperibadian menunjukkan bahawa ramai orang menunjukkan orientasi bertujuan, "kecenderungan untuk mengembangkan atau menunjukkan kemampuan dalam situasi pencapaian".

Ini juga ditunjukkan melalui Undang-Undang Remeh Parkinson (Parkinson’s Law of Triviality) , di mana orang akan menghabiskan lebih banyak masa dan usaha dengan fokus pada sesuatu yang remeh yang mereka fahami daripada sesuatu yang rumit yang tidak mereka fahami.

Majoriti orang terdedah kepada banyak kecenderungan bawah sedar, prasangka, stereotaip dan lebih suka "kumpulan" mereka sendiri.

Ramai yang suka akan perkara tidak logik dan selalu tidak disokong oleh bukti dan kenyataan yang sebenarnya, dan orang benar-benar tidak suka diberitahu perkara yang mereka tidak mahu dengar.


Ramai juga gemar akan status sosial; kita perlu merasakan bahawa kita lebih unggul daripada orang lain dalam beberapa cara untuk mengekalkan rasa harga diri kita.

Akibatnya, seseorang yang lebih cerdas mengatakan perkara rumit yang mengandungi fakta yang tidak selesa (tetapi tepat) tidak akan menarik minat sesiapa, tetapi seseorang yang kurang cerdas tidak mencabar status sosial seseorang, dan jika mereka akan mengatakannya perkara-perkara sederhana yang menyokong prasangka yang melekat dan menyangkal fakta yang tidak selesa, adalah dianggap baik.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Analisis 17 September 2020

Tags: cerdik, pilih, politik, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments