kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Integriti menjadi hak cipta idealis

Dihormati adalah sesuatu yang di inspirasikan; tetapi sekarang, ia adalah seperti sesuatu tanggapan yang tinggi, sesuatu untuk diajarkan di kelas sains moral, kemudiannya di sapu dibawah tikar atau permaidani apabila meningkat usia tetapi kemudiannya anda belajar semula dari 'sekolah kehidupan'.

Adakah hanya saya atau adakah kekurangan integriti yang mengejutkan di dunia hari ini?

Adakah penting sama ada anda memuat turun bahan dari internet secara haram, menggunakan sumber dari tempat kerja untuk keuntungan peribadi, atau dengan sengaja menyatakan separuh kebenaran?

Soalan seperti itu, perasaan bertanggungjawab tetapi berpandangan kosong secara rutin biasa diperolehi: orang lain pun melakukannya, jadi masalah betul atau salah tidak menjadi hal.

Ironinya, definisi termudah untuk integriti adalah melakukan apa yang betul walaupun tidak ada yang melihat.

Tetapi sekarang nampaknya sifat ini telah menjadi hak cipta idealis. Atau lebih teruk lagi, mereka yang tidak cerdik.

Semua orang melakukannya, jadi menelan pil pahit dan meneruskannya adalah falsafah yang lebih mudah untuk dijajakan.

Siapa yang peduli jika anda memulangkan wang yang tersilap dimasukkan ke akaun bank anda ?

Hujahnya adalah bahawa hanya ada sedikit keuntungan, kecuali untuk kepuasan peribadi; sebaliknya, berkomitmen untuk berintegriti menempatkan anda di alam nyata sementara mungkin tidak bagi rakan anda yang lain.

Saya rasa apa yang kita lupakan adalah bahawa tatakelakuan peribadi kita adalah berkaitan dengan nilai hidup kita.

Apa yang kita anggap sebagai kepuasan diri sebenarnya adalah harga diri.

Dan perkara-perkara kecil menjadi penting, kerana masalahnya hanya bertambah apabila anda semakin tinggi di rantaian barisan kepimpinan.

Bagaimanapun, jika anda tidak boleh dipercayai dalam perkara-perkara kecil, secara semula jadi anda tidak boleh dipercayai dalam perkara yang lebih besar.

Kita mungkin akan bertanya apakah pemimpin yang tidak menunjukkan integriti membuat keputusan sedemikian kerana kedudukan mereka.

Kita diingatkan kepada Nabi junjungan kita Muhammad Al-Amin (yang bermaksud ‘benar’), bagi ahli politik tentunya kepada Abraham Lincoln, yang komitmennya terhadap kejujuran sangat jelas sehingga diberi gelaran ‘Honest Abe’.

Mungkin kita tidak setaraf Rasulullah s.a.w., tetapi jika Lincoln dijadikan ikutan, maka kita juga boleh.

Tetapi lelaki itu adalah presiden. Sekiranya ada yang boleh mempertikaikan kompromi atas nama pejabat, itu adalah dia.

Dengan jelas, adalah mungkin untuk menunjukkan tahap ketabahan moral itu, bahkan dalam posisi berkuasa.

Ini bukan hanya soal kebenaran diri. Integriti menolong kita menghormati kemanusiaan orang lain.

Kita menyedari bahawa mereka juga memiliki nilai dan berhak atas hak, dan peluang untuk pertumbuhan, dan kebahagiaan, sama seperti yang kita percayai.

Ia adalah mengenai menghormati diri sendiri dan orang. Jadi tidakkah ini mencabar kita untuk melakukan yang lebih baik?

Lincoln pernah berkata, "Marilah kita percaya bahawa kebenaran adalah kekuatan yang sebenar dan dengan itu marilah kita dengan berani melakukan tugas kita sebagaimana yang kita memahaminya."

Seratus enam puluh tahun kemudian, perkataan 'berani' untuk terus menjadi ikon.

Pada era sekarang, integriti memerlukan keberanian dan tidak gentar. Tetapi walaupun kita kekurangan, adalah di harap kita dapat mengenali kehilangan watak dalam diri kita, dan bertekad untuk berkembang
Tags: idealis, integriti
Subscribe

Posts from This Journal “integriti” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments