kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Jangan jadikan guru kedai serbaneka

SAYA tertarik dengan artikel ‘Cukuplah berjanji, bantulah kurangkan beban guru' bertarikh 4 November 2020.

Saya menerima dan terbaca satu pesanan dari salah seorang rakan pendidik yang tidak dapat saya henti berfikir dan menumpang sedih.


Ia adalah peringatan penting kepada para pendidik bahawa sebenarnya anda bukanlah kedai serbaneka, dan beroperasi 24/7.



Ini juga merupakan permintaan untuk kita menetapkan batasan kebaikan kepada diri kita sendiri.


Para pendidik juga memerlukan lebih daripada itu; kebenaran untuk log keluar, bekerja berdasarkan jam kontrak, berhenti (atau pulang)  dan berehat.


Itu mungkin bermaksud membuat orang lain kecewa (pentadbir, keluarga, pelajar), tetapi untuk anda berjaya melalui musim pengajaran yang sangat sukar ini, kita harus melindungi dan menjaga masa kita sendiri.

Proses ini dimulakan dengan menetapkan garis asas masa anda akan memulakan kerja.

Bagi kebanyakan pendidik, itulah hari kontrak bekerja , seperti jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang atau 5.00 petang.

Apa sahaja yang jatuh di luar waktu itu mestilah  menunggu hari kerja berikutnya.

Anda harus jelaskan ini  dengan ibu bapa dan pelajar mengenai bila mereka dapat menghubungi anda dalam jangka masa tersebut.

Semasa anda bersama pelajar (sama ada secara peribadi atau bersemuka secara diatas talian), anda tidak perlu menjawab.

Sangat wajar bagi anda untuk menetapkan jangkaan untuk berkomunikasi dengan memaklumkan bahawa respon adalah dalam masa 24 jam.

Untuk memberi peluang kepada diri sendiri, anda akan menetapkan beberapa had untuk diri sendiri.

Bagi sebilangan daripada kita, ini bermakna meninggalkan komputer riba buat seketika.


Orang lain mungkin memutuskan untuk tidak meletakkan aplikasi yang berkaitan dengan kerja pada peranti peribadinya.

Perkara terhebat yang pernah saya berikan kepada diri saya sebagai pendidik adalah menutup penerimaan e-mel kerja saya dari telefon pintar saya.

Adalah idea yang baik untuk menetapkan mesej masuk untuk pelajar dan keluarga, jadi mereka mendapat respons automatik jika mereka menghubungi anda di luar waktu anda dan peringatan yang lembut bahawa anda akan menangani masalah mereka esok atau Isnin.

Kita semua faham bahawa ini bukan masa biasa.

Setiap orang berada di bawah tekanan yang tinggi, dan akan selalu ada situasi dengan keadaan yang meringankan.

Kita dapat menjadualkan panggilan malam dengan ibu bapa yang sedang berjuang dengan jadual kerja mereka yang tidak membenarkan perbualan siang hari.

Kita tentunya akan memberi respon kepada teks lewat malam dari pelajar yang berada di ambang kegelisahan tidak dapat menyelesaikan tugasan mereka.

Memang dan tentunya terdapat ruang untuk itu. Tetapi itu adalah pengecualian, bukan peraturan.

Sangat sukar apabila ada di antara kita yang berusaha menetapkan batasan, dan tidak semua orang berada di atas keadaan yang sama.

Mengatakan tidak kepada ketersediaan berterusan pastinya lebih berkesan jika semua orang di sekolah mengasaskan dan menghormati waktu pejabat.

Dengan cara itu, anda boleh mengelakkan masalah seperti "Baiklah, Tuan/Puan …. menjawab e-mel dan mesej saya pada waktu malam, jadi mengapa anda tidak boleh?".

Kita tahu kita sudah dibandingkan;  jangan sampai kita memberi alasan lain kepada orang lain.

Mengehadkan ketersediaan anda adalah untuk kepentingan anda. Ini adalah strategi pertahanan terhadap serangan.

Memang tidak mudah. Sebagai pendidik sudah tentu kita ingin menolong orang lain.

Dan saya tahu, anda mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan. Tetapi kita tidak boleh mencurahkan sesuatu dari bekas yang kosong.

Membenarkan diri anda meninggalkan tempat kerja di tempat kerja adalah mustahak jika anda akan menjadi pendidik yang diperlukan oleh pelajar anda pada waktu pagi.

Dan kemungkinan besar inilah yang anda perlukan di sepanjang tahun persekolahan ini dan seterusnya.


Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Analisis 05 November 2020
Tags: guru, kerja, pendidik, serbaneka, writings
Subscribe

Posts from This Journal “serbaneka” Tag

  • Guru bukan kedai serbaneka

    Terbaca satu pesanan daripada salah seorang rakan pendidik yang membuatkan saya tidak berhenti berfikir dan menumpang sedih. Guru itu…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments