kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kekalkah pembelajaran di rumah selepas pandemik?

BARU-BARU ini Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara ditutup mulai 9 November hingga ke tarikh akhir sesi persekolahan tahun ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Penutupan sekolah, bagaimanapun bukan menjadi waktu untuk guru bercuti kerana mereka perlu meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) sehingga tamat penggal iaitu pada 17 dan 18 Disember ini.

Pendek kata secara tidak langsung, semua pembelajaran akan dilakukan secara ‘home-based learning’ mengikut kesesuaian serta garis panduan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Kementerian Pendidikan.


Proses pembelajaran perlu terus dilakukan kerana jika tidak, ia akan menjejaskan cara pemikiran serta tahap keyakinan pelajar.


Kita kini berada di dimensi pendidikan di rumah (homeschooling).


Gangguan kepada kehidupan dan pembelajaran kita akibat pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan penataan semula pendidikan yang belum pernah terjadi sebelumnya.


Kita mungkin mengalih sementara kaedah bilik darjah tradisional (sekali lagi) kepada alternatif persekolahan dari rumah dalam jumlah yang banyak dilakukan melalui proses penerokaan , penciptaan.


Penggunaan pilihan pembelajaran maya yang lebih luas, ibu bapa (dengan bantuan para guru) akan mengambil tanggungjawab untuk pendidikan anak-anak mereka dan mencabar andaian lama mengenai bagaimana orang belajar.



Bagi sebilangan ibu bapa, penerimaan pendidikan di luar persekolahan mungkin bersifat sementara, hanya berlaku selama wabak melanda dan kesannya terhadap persekolahan standard.


Sama ada pengalaman belajar di rumah ini bersifat sementara atau berkekalan, ibu bapa akan melihat dengan lebih dekat bagaimana anak-anak mereka belajar dan merasa diberi kuasa untuk membantu membimbing pendidikan anak-anak mereka sekarang dan masa depan.


Hampir semua murid dan pelajar di negeri kita kini berada di rumah. Ibu bapa juga sekali lagi bergelut untuk menyesuaikan diri ketika turut bekerja di rumah bersama anak-anak mereka. Pelan pembelajaran jarak jauh juga menyaksikan tahap kejayaan yang berbeza-beza.


Dalam beberapa keadaan, ibu bapa yang anak-anaknya tidak kerap masuk ke pengajaran Zoom atau secara maya sebelum ini tentunya terkesan lagi. Ini merupakan permulaan yang merugtidak menguntungkan untuk gelombang baharu pembelajaran di rumah sewaktu Covid-19 yang mana pada kemuncaknya memberi kesan kepada lebih satu bilion pelajar di seluruh dunia.


Bagi keluarga yang berkemampuan, mungkinlah ia tidak menjadi masaalah, namun, bagi lebih kurang 36 hingga 40 peratus keluarga pastinya akan terus ketinggalan.


Di negara-negara maju seperti Amerik Syarikat, tinjauan USA Today / Ipsos mendapati bahawa 60 peratus ibu bapa yang ditinjau mengatakan bahawa mereka mungkin akan memilih pembelajaran di rumah pada musim gugur ini berbanding menghantar anak-anak mereka ke sekolah, meskipun sekolah telah kembali memulakan pembelajarannya seperti biasa.


Tinjauan Gallup yang terbaharu kadar pembelajaran di rumah secara persendirian (bukan kerajaan) meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu, dengan COVID-19 mendorong banyak keluarga untuk meneroka pelbagai pilihan pembelajaran.


Idea-idea pembelajaran kendiri, termasuk bagaimana ibu bapa dapat memupuk rasa ingin tahu dan kreativiti anak-anak mereka selama ini daripada persekolahan tradisional mungkin akan membantu perkembangan seterusnya.


Andainya lebih ramai ibu bapa memilih untuk melakukan pembelajaran secara persendirian, pastinya Kerajaan akan melaksanakan peraturan lebih ketat bagi pengawasan persekolahan di rumah dan juga alternatif-alternatif lain. Ini merupakan perubahan pendidikan yang bersejarah, kawalan birokrasi mulai terjejas.


Ini menunjukkan ibu bapa menjadi pelopor kepada model pembelajaran baharu dengan menolak kawalan kerajaan terhadap pendidikan ketika wabak. Tahap pemerkasaan dan keterbukaan ibu bapa terhadap inovasi dan pilihan pendidikan mungkin akan bertahan atau lebih kuat meskipun pandemik berakhir.


Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Analisis 12 November 2020


Tags: pembelajaran, writings
Subscribe

Posts from This Journal “pembelajaran” Tag

  • Pembelajaran

    Pada hari yang kebiasaan, pembelajaran adalah sesuatu yang dilakukan lebih kurang sama di setiap persekolahan. Pelajar duduk, mendengar gurunya,…

  • Proksi Lemah Pembelajaran Berkesan

    Pernahkah kita berfikir bahawa salah satu petunjuk proksi lemah bagi pembelajaran berkesan adalah penglibatan, Namun ia adalah istilah yang…

  • Ke arah pembelajaran di rumah

    Artikel Sekolah tutup bukan waktu guru bercuti bertarikh 11 November 2020 menjadi perhatian. Ini adalah berikutan pengumuman dari Menteri Kanan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments