kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tidak ada orang yang sentiasa bijak dan pintar

Cetak duit: 'Wan Fayhsal cerminan akal sengkek kepimpinan negara' 20 November 2020 menjadi perhatian


Ramai yang tampil mengkritik 'teori cetak duit' dan pengampunan hutang oleh Ketua Armada Bersatu dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu


Sumber:  Shogun IV Teefour is with Yusof Radin and Shogun Kt.

Salah seorang pemimpin Pejuang yang masih dalam pendaftaran, Tariq Ismail berkata senator Bersatu itu cuma manifestasi kedangkalan pemikiran yang sengkek yang turut melanda kepimpinan negara (terutama golongan MUDA) sekarang dan jelas sekali senator teramat kabur akan kenyataan permasalahan  yang melanda negara.

Wan Fayhsal juga disarankan supaya meneliti penstrukturan semula hutang negara yang dilakukan sekitar tahun 1997 hingga 2010 yang tidak memerlukan kepada pencetakan wang.

Sungguhpun , Wan Ahmad Fayhsal mempertahankan cadangannya dengan mengatakan bahawa pengkritiknya “salah faham” dengan cadangannya dan membuat andaian palsu, kerana tajuk ini memang teknikal dan perlu perbincangan lanjut dan asas tentang asal usul wang, dan perbankan moden.

Sumber : Ab Rahman Dolmat Khairul Hakim

Rasanya kita belum lagi reda dengan isu jenaka kisah ‘kereta terbang’ oleh ‘bapa’ Menteri dari Bersatu dan kini di pertontonkan pula isu ‘intelektual’ mengenai “pengampunan hutang” dan “pencetakan wang” yang dibawa oleh ‘pemimpin muda’ berstatus Timbalan Menteri (Senator) juga dari Bersatu.

Di media sosial, terdapat beberapa lakaran kereta terbang dan penciptaan wang kertas yang dimaksudkan.

Kepimpinan ‘abah’ mungkin di usik lagi dan mungkin penduduk Malaysia turut berfikir bagaimana sistem pendidikan kita turut berjaya menghasilkan mereka yang berpendidikan tinggi; yang kreatif, inovatif dan holistik.

Pernah juga disuarakan agar mereka yang berhasrat menjadi barisan Menteri, ahli politik dan pemimpin sebagainya perlulah sekurang-kurangnya lulusan lepasan universiti namun mereka ini memang berkelulusan universiti bahkan ada dari luar negara.

wan_fasyal_duit.jpg
Sumber: Facebook


Tentu sekali tidak ada yang akan bangun untuk berfikir, "Saya ingin melakukan sesuatu yang sangat bodoh hari ini."

Pilihan yang kelihatan bijak namun akhirnya agak berbahaya.


Hanya yang ‘benak dan bebal’ yang akan muncul sambil berfikir, "Bagaimana saya dapat menarik dan mendapatkan pasukan agar bersama dengan arus saya?"

Anda berhasrat untuk memotivasi pasukan anda, tetapi mereka tentunya akan jatuh lemah lagi dengan apa yang anda tunjukkan.

Anda berhasrat untuk mengeratkan hubungan, tetapi sebaliknya hubungan menjadi tegang.

Kita semua telah dan akan  berusaha melakukan yang baik tetapi tidak berjaya.

Anda tentunya dan  memang  serius; anda memang berhasrat untuk menolong orang lain dan diri anda sendiri.

Kita semua menyedari dengan mengambil kira fakta  bahawa apa yang kelihatan bermanfaat sebenarnya memudaratkan.

Tidak ada sesiapa pun yang sengaja memilih kegagalan.

Peraturan yang tidak relevan ADA alasan yang baik.

Peraturan dirancang untuk memudahkan, melindungi, atau meningkatkan kejayaan.

Berjaga-jaga dan berhati-hati dalam membuat kenyataan nampaknya bijak.

Tetapi terlalu berhati-hati adalah bodoh, terutama dalam persekitaran yang bergolak.

Kegagalan menilai dasar dan prosedur mengakibatkan perilaku membuang  sumber , tenaga dan masa.

Bukankah sepatutnya diperbincangkan dahulu diperingkat akar umbi untuk menghilangkan peraturan yang tidak perlu dan kuno.

Bertindak bijak dan pintar adalah keadaan tertentu.

Anda akhirnya menjadi benak dan bebal apabila anda tidak menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

Bertindak bijak dan pintar juga  mengikut masa.

Apa yang baik, bijak dan pintar semalam boleh jadi ‘benak dan bebal’ keesokanya.
Pemimpin yang cerdas menjadi benak.

Apabila anda percaya sesuatu itu benar - tetapi tidak - anda akhirnya melakukan perkara yang bodoh.

Berjawatan dan berkedudukan tinggi di kerusi kepimpinan tidak meningkatkan darjah kecerdasan (IQ) anda; bahkan ia mungkin menjadikan ‘benak dan bebal’.

Niat yang baik kelihatan bijak pada awalnya.

Tetapi niat baik tidak menghilangkan keyakinan diri dan pemikiran yang tertutup.
Lebih baik menganggap anda bodoh ketika anda pintar daripada berfikir bahawa anda pintar ketika anda bodoh.

Bagaimana jika anda tidak tahu sebanyak yang anda fikirkan?

Bagaimana jika seseorang lain yang betul?

Sekiranya anda adalah orang yang paling pintar di dalam bilik, anda keliru.

Tidak ada orang yang sentiasa  bijak dan pintar.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 21 November 2020

Tags: bebal, benak, bijak, pemimpin, pintar, realisitik, wang, writings
Subscribe

Posts from This Journal “benak” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments