Kuasa
Sebilangan besar penduduk dan rakyat masa kini dikatakan dibesarkan di negara yang menawarkan harapan keadilan yang lemah.
Pihak penguatkuasaan seperti Jabatan Polis, SPRM akan menyiasat isu rasuah, jika ada laporan aduan dibuat dan/atau setelah diarahkan oleh pihak yang lebih berkuasa.
Ahli politik akan didapati mengelak dan mereka cipta drama dan cuba mengelakkan ketidakbenaran kononnya.
Parti politik mempunyai standard moral, namun fleksibel, dan jika seorang menteri atau kabinetnya mengaibkan diri, mereka boleh mengundurkan diri (tetapi tidak pernah pun secara etika mereka berbuat demikian).
Ahli politik pembangkang, wartawan, aktivitis, badan amal dan pakatan rakyat yang bersangkutan pekerjaan beranggapan bahawa jika mereka mendedahkan kesalahan , ada kemungkinan kemungkaran akan berhenti.
Negara kita kini dikatakan tidak ditadbir secara yang sepatut dan seharusnya.
Diatas kertas cetakan media kelihatan negara berubah kepada tidak menjadi lebih baik.
Kerosakan kehidupan awam yang pernah dicabar kini berlalu tanpa hukuman (terutama kepada mereka yang digolongkan dalam kedudukan elit).
Kod lama yang mengekang mereka yang berkuasa telah terbukti tidak berguna terhadap ahli politik yang mengatakan: "Kita boleh melanggarnya dan tidak ada yang dapat menghentikan dan menghalang kita."
Pentadbiran negara sekarang terletak sebagai masalah dasar dan tertentu saja.
Adakah kita mendengar dan mengatakan bahawa semua ahli politik berkata tidak benar?
Anggota kerajaan sedia ada tentunya berkata mereka ‘bersih, cekap dan amanah.
Para ahli majlis menteri hari ini tidak hanya mengelakkan persoalan.
Sebilangan dari mereka didapati tidak berkata benar dengan lantang, keras dan yakin.
Ini mungkin seperti sesuatu yang hilang, dimana tidak lama dahulu tuduhan rasuah memerlukan siasatan polis.
Sebagai contoh, pihak polis mempunyai asas prima facie pada sesuatu aduan untuk menyiasat kontrak yang bernilai berbilion-bilion yang pemerintah telah keluarkan dari Perbendaharaan kepada rakan dan sekutu.
Kronisme bukanlah kesalahan kecil dalam penilaian.
Apa sahaja kini berada di sisi pemerintah yang berkuasa.
Mereka yang menguasai bilangan kerusi pilihanraya untuk mentadbir negara tahu, mereka mempunyai majoriti kerusi dalam pilihan raya berikutnya dan apa sahaja ‘skandal’ yang berlangsung , mereka akan tetap bertahan.
Sungguh pun rakyat pengundi pernah percaya mereka dapat memenangkan perubahan adalah dengan menidakkan peraturan mereka yang berkuasa yang bersembunyi di balik topeng kebajikan.
Tidak ada cara mudah untuk mengatasi para penguasa yang tidak memiliki rasa malu, yang merasa tidak perlu berpura-pura berbudi luhur kerana mereka dapat memerintah tanpa hukuman.
Satu-satunya jawapan adalah memberitahu diri anda untuk terus bersedia dengan harapan samar bahawa akan tetap ada keadilan yang akan muncul bertahun-tahun dari sekarang. Namun ini bukanlah slogan yang paling menggembirakan.
Azizi Ahmad sedang membantu memikirkan sesuatu yang positif