kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hanya yang bermaruah sedia digugurkan

“Kalau nak pecat, silakan. (Kalau akar umbi) nak pertahankan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, (pun) silakan,” demikian tegas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa. (4/1/2021)

Dan saranan beliau menjadi kenyataan pada 5/1/2021. Kemungkinan juga kita akan turut mendapat Menteri Wilayah Persekutuan yang baru?

Hampir semua media turut membawa tajuk “Annuar Musa di pecat … di gugur … di lucutkan, cuma satu portal kemudiannya melembutkan kenyataan dengan memberi kenyataan ‘di gantikan’.

Jawatan Setiausaha Agung PN/MN/BN kini dikatakan akan beralih kepada pengganti beliau iaitu Datuk Ahmad Maslan berkuatkuasa serta merta.

Yang patah tumbuh hilang berganti; habis manis sepah dibuang, itulah sepak terajang dalam dunia politik Malaysia.

Anda boleh naik dengan cepat, jatuh merudum pun sebagaimana anda dinaikkan.

Samada masuk melalui pintu biasa, main belakang atau tebuk atap kah, bersedialah dengan apa yang akan berlaku.

Langit tidak selalu cerah; namun ada cahaya dihujung jalan . Aduh, dah berapa pepatah, sudah berapa petikan boleh dicatatkan setakat ini.

Sungguh indah , senario politik dan perjalanan hidup seorang ahli politik yang bernama YB.

Yang terkini, seorang lagi Menteri dikatakan bersedia melepaskan jawatan beliau.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatan sebelum 1 Februari 2021 jika keputusan itu dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.


Adakah ahli politik kita kini terkena sumpahan ‘kerana mulut, badan binasa’?

Tak lupa juga kita mungkin, dengan ‘masin mulut engkau, ya!’

Dalam keadaan biasa, ahli politik yang gagal, tidak cekap atau korup di mana-mana negara dan negeri perwakilan, di mana pengundi memilih mereka pada pilihan raya boleh juga memecat mereka.

Adakah cara lain untuk melakukan ini untuk Ahli Parlimen/ADUN yang sedang berkhidmat di kawasan pilihan raya kita?

Dengan keadaan yang bergolak dan goyah ini, nampaknya ‘jeneral perang’ sendiri telah memutuskan demikian.

Apakah yang rakyat pengundi dapat dari keadaan ini? Yang kita dapat adalah tajuk ‘gugurnya seorang YB’.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Analisis 05 Januari 2020
Tags: ganti, gugur, maruah, pecat, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments