kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Whatsapp, Telegram atau Signal: Yang mana pilihan anda?

Sekiranya pilihan aplikasi pesanan tersulit atau terenkripsi (encrypted) anda adalah di antara Signal, Telegram dan WhatsApp, jangan buang masa anda kecuali memilih Signal.


Ini bukan mengenai yang mempunyai ciri yang lebih menarik , lebih banyak dendangan dan tiupan wisel atau paling senang digunakan - ini mengenai privasi dan kerahsiaan murni.


Sekiranya itu yang anda mahukan, tidak ada yang mengalahkan Signal.


Anda mungkin sudah mengetahui apa yang berlaku. Pada 7 Januari, dalam ciapan (tweet) yang tersebar di seluruh dunia, mogul teknologi Elon Musk meneruskan perseteruannya dengan Facebook dengan mengajak orang ramai menjatuhkan pengunaan pemesejan WhatsApp dan menggunakan Signal. Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Jack Dorsey turut membalas ciapan  panggilannya.


Pada masa yang sama, rangkaian sosial sayap kanan Parler menjadi huru-hara berikutan serangan di Capitol, sementara pemboikot politik melarikan diri dari Facebook dan Twitter.


Ini adalah keributan sempurna seolah dirancang, jumlah pengguna baru di Signal dan Telegram telah meningkat puluhan juta sejak itu.


Kejutan itu juga mengaktifkan semula keselamatan dan privasi terhadap aplikasi pemesejan secara lebih meluas.
Di antara tiga aplikasi muat turun yang kini menguasai pasaran, terdapat beberapa persamaan.


Ketiga-tiganya adalah aplikasi mudah alih yang tersedia di Play Store dan App Store, dan yang menyokong pemesejan merentas platform, mempunyai ciri kumpulan sembang, menawarkan pengesahan multifaktor, dan dapat digunakan untuk berkongsi fail dan foto.


Semuanya menyediakan enkripsi (atau kaedah tersulit) untuk panggilan teks, suara dan video


Signal, Telegram dan WhatsApp semuanya menggunakan enkripsi penyulitan end-to-end di beberapa bahagian aplikasinya, yang bermaksud bahawa jika pihak luar memintas teks anda, mereka akan sukar memperolehi teks mesej dan tidak dapat dibaca.


Ini juga bermaksud bahawa kandungan mesej anda yang tepat seharusnya tidak dapat dilihat oleh orang yang bekerja untuk mana-mana aplikasi tersebut semasa anda berkomunikasi dengan pengguna peribadi lain.


Ini menghalang penguatkuasaan undang-undang, mobile carrier anda dan entiti pengintip lain daripada dapat membaca kandungan mesej anda, walaupun mereka memintasnya (yang berlaku lebih kerap daripada yang anda fikirkan).


Perbezaan privasi dan keselamatan antara Signal, Telegram dan WhatsApp memang tidak boleh dinafikan keberkesanannya.

Berdasarkan keterangan yang disertakan , mana satukah pillihan anda

Signal

Tidak mengumpul data, hanya memerlukan nombor telefon anda untuk digunakan


Percuma, tiada pengiklanan, di biayai oleh Signal Foundation badan tidak mengambil keuntungan

Sumber terbuka (Open source) sepenuhnya

Kaedah tersulit (encryption) : Signal Proctocol

Telegram


Mengait data pautan anda : Nama , nombor telefon, rakan kontek, ID pengguna

Percuma, Jangkaan Pelantar Pengiklanan dan ciri premium, dibiayai oleh pengasas


Hanya sumber terbuka (open-source) separa

Kaedah tersulit (encryption) : MTProto




WhatsApp

Mengait data pautan anda : Terlalu banyak

Percuma, versi perniagaan juga percuma, dibiayai oleh Facebook

Bukan sumber terbuka (open-source), kecuali untuk tersulit (encryption)

Kaedah tersulit (encryption) : Signal Protocol



Baiklah, setelah disenaraikan ciri-ciri yang perlu diketahui , elok kita bertanya diri soalan berikut:

Adakah WhatsApp lebih senang dan mudah digunapakai berbanding Signal dan Telegram? Ya.

Adakah lebih menarik perhatian anda? Pasti. Adakah ianya selamat?

Kita tidak akan tahu kecuali kita melihat lebih banyak kod sumbernya. Tetapi adakah ia lebih bersifat tersulit dan peribadi? Tidak mengenai berapa banyak data yang dikumpulkannya secara perbandingan. Untuk privasi sebenar, ramai telah beralih menggunakan Signal dan kita disyorkan melakukan perkara yang sama?



Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 26 Januari 2021
Tags: mesej, signal, telegram, whatsapp, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments