kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mengakulah anda sebenarnya juga pembohong

KITA pernah mendengar ungkapan ‘siakap senohong gelama ikan duri, suka bercakap bohong, lama-lama jadi pencuri”. Jarang sekali seseorang mahu mengaku dirinya berbohong dan ahli politik kebanyakannya pembohong yang hebat.


Namun begitu, percaya atau tidak, kita sendiri juga suka berbohong mengenai sesuatu. Perhatikan fakta berikut.


• Kita berbohong kira-kira 3 kali dalam setiap 10 minit perbualan.
• Kita juga dibohongi sebanyak 200 kali sehari.
• Kita mengesan pembohongan dengan ketepatan 54% sahaja.
• Antara 75% dan 82% pembohongan tidak dapat dikesan.
• Daripada pembohongan yang kita katakan, 25% adalah untuk kepentingan orang lain.

Menurut buku ‘Lying’ (berbohong) yang dihasilkan oleh pengarang tersohor dan juga ahli sains saraf Sam Harris, beliau menulis, meskipun kita berdepan dengan situasi yang getir iaitu hidup atau mati yang memerlukan seseorang itu berbohong; beretika adalah lebih baik, dan orang mulia tidak berbohong.


Beliau berpendapat, pembohongan menyebabkan keretakan hubungan yang tidak dapat diperbaiki, menyebabkan kita tidak mempercayai orang yang dipercayai sebelum ini.
Jadi berbohong mengakibatkan integriti kita terkorban.


Soalnya, mengapa pemimpin berbohong


Menurut Rockwell, seorang pakar kepemimpinan (dan ‘pelik’ menyenaraikan beberapa sebab yang biasa mengapa mereka (pemimpin) tidak segan dan malu untuk ‘berbohong’. Diantaranya ialah :



• Membina imej dan memberi gambaran siapakah mereka
• Menjaga dan menyelamatkan ‘air muka’ walaupun mereka telah berbohong
• Mengelak kemelut berterusan dan berpanjangan.
• Menyelesaikan dan menamatkan konflik.
• Mengalihkan perhatian atau salah arah.
• Memanipulasi orang lain.
• Melindungi maklumat.
• Menjatuhkan orang lain.
• Meningkatkan harga diri.
• Menipu diri mereka sendiri.


Pemimpin berperanan menetapkan visi dan membimbing orang mereka ke arah yang dipercayai sesuai untuk mereka dan organisasi.


Kedengarannya tepat, namun begitu anda harus mengambil kira cabaran yang tidak diketahui munculnya – pemimpin sering dijumpai ketika orang ramai berada di persimpangan dan mencari-cari tindakan seterusnya yang terbaik.


Pemimpin perlu menjaga kepercayaan dan semangat pengikut mereka ketika mereka sedang bergerak untuk terus maju. Kesemua tekanan ini boleh menyebabkan orang baik (melakukan dan) mengatakan perkara yang buruk.


Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Analisis 03 Februari 2021
Tags: bohong, pembohong, pembohongan, writings
Subscribe

Posts from This Journal “pembohong” Tag

  • Pembohong Terhormat

    Seperti bentuk penipuan lain, berbohong adalah fakta kehidupan. Ahli psikologi Bella DePaulo dari University of California di Santa Barbara…

  • Bilangan pembohong di Malaysia meningkat

    Kemampuan untuk memahami bila, kenapa dan bagaimana orang berbohong membantu anda mewujudkan hubungan yang lebih jujur dan menghalang bencana…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments