Lebih dari sebelumnya hari ini , dengan begitu banyak tekanan pada kita semua, dan dengan begitu banyak penderitaan, kita semua memerlukan masa untuk ketawa. berjenaka dan melakukan perkara yang lucu.
Memang kedengaran seperti sesuatu yang sangat bertentangan.
Dan itu tentu tidak bermaksud bahawa kita harus selalu memikirkan krisis dan kesusahan yang ditanggung oleh kita bersama.

Tetapi walaupun dalam kedukaan, kemampuan bergelak ketawa adalah benar-benar baik untuk jiwa.
Semasa saya mula bekerja di awal karier, jika seseorang meminta saya menggambarkan seorang pemimpin yang hebat, saya mungkin akan mengatakan seseorang yang mempunyai visi, keyakinan, keberanian, pemikiran strategik, pemikiran pertumbuhan. Tetapi tidak kepada mereka yang lucu dan mampu berlawak jenaka.
Namun berjenaka, bergurau (humour) boleh menjadi alat kepemimpinan yang kuat ketika dikendalikan dengan kecerdasan emosi - empati, untuk mengetahui apa yang sedang dilalui oleh orang lain; keaslian, untuk melihat diri kita dan orang lain dengan jelas; dan rendah hati, dapat mentertawakan diri kita sendiri
Sebelum pandemik, mana-mana pejabat kerap mengadakan mesyuarat bersemuka.
Ada instistusi atau organisasi yang hampir setiap hari, dari pagi sampai petang bermesyuarat tanpa penghujung. Dan kini, mesyuarat diteruskan dalam talian.
Ada yang sangat suka bermesyuarat kerana mereka akan berpeluang dan menonjolkan diri , namun ada yang terpaksa berada bersama kerana mereka merupakan ahli jawatankuasa mesyuarat.
Mesyuarat yang tiada penghujung bukanlah ‘musyawarah’ yang diinginkan, dan mereka yang bermesyuarat sering tidak menunjukkan wajah yang perlu ditunjukkan.
Salah seorang bekas rakan ahli mesyuarat pernah berkata kepada saya, “ishhh, kita ni macam dalam persidangan memeterai perjanjian damai dalam kisah perang berpanjangan, nooo.”
Salah seorang pengerusi (yang dianggap baik pernah mengetuai institusi) tahu ahli mesyuarat tidak senang dengan keadaan, lalu beliau memulakan mesyuarat dengan berkata , “Selamat datang ke ‘détente’ (istilah, dalam diplomasi, usaha untuk mengurangkan ketegangan. untuk fasa Perang Dingin.).
Bagi yang faham, kami semua tertawa. Itu cukup untuk mengubah naratif.
Kita sebenarnya bukan bermusuhan; kita hanya terlibat dalam konflik konstruktif.
Dengan tidak menganggap sesuatu secara peribadi, kita dapat mencetuskan kolektif genius. Daripada ‘memekak tiada kesudahan’, kita mendapat sumbang saran.
Pasca wabak, kita semua perlu memimpin secara berbeda dan dengan cara yang "radikal berkemanusiaan", dengan kesedaran diri yang lebih besar dan hubungan yang benar dengan orang lain.
Bayangkan ini sebagai aspirasi bagi setiap organisasi: semua orang bersatu di belakang tujuan yang berani.
Tetapi jika masih ada mereka yang tidak dapat melepasi keadaan seperti dulu, bagaimana keadaan menjadi sepatutnya, itu tidak akan berlaku. Mereka memerlukan pemikiran yang betul.
Berjenaka (humour), apabila digunakan pada waktu dan dos yang tepat dapat memanusiakan para pemimpin, menjadikan mereka jauh lebih sesuai.
Memang, ini bukan untuk semua orang - sebilangan orang tidak semestinya lucu.
Tetapi ketika kita melihat disekeliling dan mencari alasan untuk ketawa, ianya akan menjadi seperti persekitaran yang berbeza di dalam bilik.
Suasana atau mood akan meningkat, kita berasa bertenaga. Kita perlu melihat bahawa kehidupan yang lebih besar daripada apa yang kita lalui pada masa ini.
Dengan bersikap lucu, berjenaka kita oleh:
1. Mampu mengurangkan tekanan. Humour adalah alat kepimpinan yang sah, dan memerlukan banyak kecerdasan (emosi dan intelektual) untuk menggunakannya dengan baik. Ia boleh menjadi injap pelepas yang meringankan rasa putus asa dan mengurangkan konflik.
2. "Tidak ada pengebumian tanpa ketawa, tidak ada perkahwinan tanpa air mata." Kisah ini adalah peringatan bahawa walaupun dalam keadaan yang paling menyedihkan kita, mungkin ada alasan untuk tersenyum, kita mungkin harus melihat lebih dekat untuk mencarinya. Cerita Benny Hew ~ Bekas Pemain Badminton Di Jangkiti Covid-19 Berkahwin Sebelum Beliau Meninggal boleh dijadikan renungan.
3. Ketawa bersama, tinggal bersama. Kita memang memerlukan jenaka dan gelak ketawa. Ia adalah bagus untuk kita, secara individu dan bersama, kerana kita merasakan kesejahteraan dan kekitaan.
Seperti dikatakan Daniel Goleman, yang menulis secara meluas mengenai kecerdasan emosi, : "Pemimpin yang memiliki kesedaran emosi, pandangan positif, dan kerja berpasukan memainkan peranan penting dalam berkongsi jenaka dan gelak ketawa (humour) dan keseronokan di tempat kerja .... Pasukan yang tertawa bersama mendapat manfaat daripada peningkatan penglibatan, komitmen, dan produktiviti. " Inilah rahsia kejayaan yang berkekalan: ketika kita bahagia, kita termotivasi, dan ketika kita termotivasi, kita akan berprestasi.
4. Apa yang anda ketawakan? Adalah satu soalan untuk refleksi diri. Cuba anda tanya rakan sekerja , ‘Apakah yang membuat anda ketawa seorang diri?’ Ia tentu akan membuat seseorang itu tergamam. Sekiranya anda mampu mencorak semula pergeseran kecil dan membuat mereka ketawa, ia adalah seperti menarik nafas panjang - perspektif segera.
“Mampu berketawa adalah seperti pengelap kaca depan. Ia tidak menghentikan hujan, tetapi ia membolehkan anda terus berjalan. "
Kepada keluarga dan sahabat, rakan sekerja dan pelanggan, menambahkan dorongan kesahihan dan keaslian dapat mengurangkan keributan. Kita menjadi mesra. Kita menjadi lebih manusiawi. Kita tidak membina tembok kata; kita menolong orang mendaki untuk menghubungi kita. Bila ada humour, ada kemanusiaan.
Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 04 Februari 2021