Ramai memang tahu , adalah tidak selalunya mudah melakukan perkara yang betul.
Kadang kala sukar untuk mengetahui apakah perkara yang betul.
Pengalaman peribadi yang buruk dan persekitaran kerja yang penuh tekanan menjadikan pemikiran jangka panjang dan moral peribadi menjadi tercabar untuk dilaksanakan secara konsisten, atau mungkin tidak sama sekali.
Kehidupan berlalu, (datang dan pergi) kepada kita dengan pantas.
Begitu pantas sehingga wajar untuk bereaksi terhadap pengalaman hidup dengan membuat pilihan yang paling tidak menyakitkan pada masa tersebut.
Kita sering memilih untuk menghilangkan rasa tidak selesa yang sementara dengan keputusan untuk membuat anda keluar dari masalah buat masa kini.
Tetapi selalunya, keputusan pantas adalah keputusan yang salah.
Keputusan yang mudah adalah keputusan yang salah.
Keputusan yang menetapkan keadaan "sekarang" adalah keputusan yang salah.
Kenyataan bahawa anda merasa terpaksa mengambil keputusan menjadikan anda lebih sukar membuat keputusan yang tepat.
Anda tidak berfikir lurus.
Pandangan anda terhadap keadaan yang berlaku seringkali tergelincir dari ketetapan.
Ini adalah keadaan yang berat sebelah secara besar-besaran
Fikiran dan badan anda menjerit kepada anda untuk melakukan apa sahaja untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan yang sedang memendam anda pada masa ini.
Oleh itu, penting untuk diingat bahawa betapa pentingnya membuat keputusan yang tepat.
Kebenaran yang sebenar adalah apa yang berlaku keatas kehidupan anda , adalah hasil daripada keputusan langsung dari semua keputusan jangka pendek yang luar biasa, (yang tertekan, yang menyakitkan); yang anda buat pada setiap keadaan dan masa.
Setiap keputusan , menyumbang kepada keputusan yang anda akan hasilkan pada suatu hari, dimana anda mencipta masa depan anda.
Sekiranya anda membuat keputusan yang salah secara konsisten, walaupun yang kecil, anda akan mendapat keputusan yang memalukan dan mendedahkan anda terhadap penipuan yang selama ini anda lakukan.
Sekiranya anda secara konsisten mengambil "jalan mudah" dan menempuh jalan pintas dengan harapan "menjadi cepat kaya", maka anda akan dapati di masa depan di mana anda terus miskin, samada mental dan kewangan.
Sekiranya anda menyalahkan orang lain atas kesalahan anda dan enggan membuat pembetulan atau belajar dari keputusan buruk yang anda buat pada masa lalu, maka hasil hidup anda hanya akan menjadi kesengsaraan dan kesombongan.
Anda akan hanya menjadi siapa yang anda ingin jadi.
Itulah sebabnya melakukan perkara yang betul biasanya akan menjadi perkara yang betul.
Kerana melakukan perkara yang salah akan membentuk anda menjadi jenis orang yang tidak anda mahukan.
Dan itu tidak membawa kepada hasil dan gaya hidup yang anda mahukan untuk diri anda sendiri.
Untuk beberapa ketika yang singkat, membuat keputusan yang salah terasa sangat tepat.
Tetapi itu akan menjadi sesuatu keseronokan kesalahan yang akan anda sesali pada masa depan yang terdekat.
Memanglah ianya sukar pada masa itu. Tetapi jauh lebih mudah daripada hidup dalam dunia penderitaan dan keperitan yang anda buat dengan pilihan yang buruk dan keputusan yang berpandangan pendek.
Adalah lebih mudah melakukan perkara yang betul.
Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Analisis 25 Februari 2021