kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pakar Pakau

Saya sedang membaca beberapa berita sensasi di portal media apabila satu mesej WhatsApp diterima bersama satu lampiran fail disertakan.

Mesej dari salah seorang rakan yang sering berhubung dengan saya berbunyi ‘ … cuba hang tengok no.8, hang agak macam mana …?



Saya membelek tajuk mesej ‘Senarai Penghargaan Pakar Rujuk 20XX’.


Terus saya, membaca dan melihat satu senarai penerima pakar rujuk yang dimaksudkan.



Sambil saya juga melihat senarai penerima lain , tetapi no 3 dan no 8 yang dimaklumkan membuat saya tergeletek seorang diri.


Saya juga terfikir dan sedia maklum akan betapa sanggup mereka yang dimaksudkan bersedia mengaku mereka adalah ‘pakar rujuk’.



Tapi saya bersangka baik, kerana anugerah tersebut memperakui kebolehan dan kemahiran mereka sungguhpun hakikatnya mereka bukanlah orang yang sepatutnya menerima penghargaan tersebut.

Bagaimana mereka sanggup menerima anugerah yang mereka sendiri tahu mereka tidak patut atau layak menerimanya?



Saya juga meminta rakan saya untuk membuat ‘aduan’ kerana tidak puas hati dengan pemilihan penghargaan kepada Unit Integriti, tetapi rakan saya terus senyap dan menghilangkan diri.

Sekiranya perkara sebegini diteruskan maka, selagi itulah isu seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sebagainya tidak akan menjadi telus.




Bagaimana anda (penerima) sanggup ‘berbesar hati’ menerima perakuan walhal anda tahu anda ‘masih sedang menjalani perubatan kesihatan’ sekian lama tetapi bersedia menerima penghargaan dalam sukan, permainan dan rekreasi.

Semua tahu bahawa ‘mereka’ tidak mampu berlari mau pun bergerak cergas untuk menjadi pakar rujuk sebagai ahli sukan, permainan dan rekreasi.


Ini benar-benar meletupkan fikiran saya ketika memikirkan bagaimana mereka  membuat ringkasan diri (resume) dan bagaimana pihak pentadbir dan pengurusan telah mengenal pasti diri mereka sebagai "pakar".

Sekiranya seseorang itu dianggap pakar, maka mereka tentunya memperoleh gelaran itu dengan membuat karya yang luar biasa dan dikenali oleh industri.

Sekiranya seseorang itu "pakar", mereka yang dalam industri mereka akan tahu siapa mereka.

Mereka tidak perlu menulis "pakar" atau ‘berbesar hati’ dengan penghargaan  dan seharusnya ‘menolak atau tidak menerima’ penghargaan’ kerana mereka tentunya tetap akan dikenali.

Ramai tahu akan siapa sebenar yang seharusnya di beri gelaran pakar sejati dan tentunya tidak ramai yang sebenarnya pakar.

Sekiranya ada yang memanggil anda sebagai "pakar"  ianya merupakan sanjungan dan anda harus berasa seronok dengan diri anda.

Namun, secara jujurnya anda sepatutnya  tidak menambahkan judul gelaran ke ringkasan diri anda, atau profil sosial anda, atau pernah berkata, "Ya, saya pakar dalam bidang saya oleh rakan sebaya dan melalui penghargaan yang diberikan." Kerana ia hanyalah sesuatu yang tidak benar dan betul.

Azizi Ahmad adalah pembaca tumpang gembira andainya rakan yang layak menerima penghargaan
Tags: pakar, pakau
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments