kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mampukah selebriti menjadi ahli politik?

Baru-baru ini, kita di hebahkan mengenai kekurangan beberapa ahli YB dalam berbahasa dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengucapan awam mereka.

Berikut kejadian tersebut, terdapat
selebriti yang menawarkan diri membantu ahli YB untuk membetulkan dan memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengucapan mereka dengan lebih berkesan.


Saranan juga dapat dilihat dimana , selebriti yang terkesan dengan memperolehi pendapatan sara hidup diberi peluang untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah kerana kononnya para pendidik guru sekolah (lulusan Bahasa Inggeris) juga di dapati ‘tidak menguasai’ Bahasa Inggeris yang sepatutnya.

Kemudian, terdapat berita
spekulasi bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), akan diketengahkan di kerusi Ampang menentang penyandang Menteri (yang juga bekas Naib Presiden PKR).

Ketika itulah kita mungkin boleh  mula berfikir mengenai "Bagaimana jika selebriti menjadi ahli politik"?

Ini adalah kerana “Politik adalah peperangan tanpa pertumpahan darah "

Secara teknikal jawapannya adalah 'ya'. Tetapi isu  yang mungkin timbul adalah, apakah mereka akan berupaya menjadi ahli politik yang baik atau tidak?

Selebriti boleh menjadi tokoh yang sangat popular dan mungkin mendapat tempat istimewa di hati orang ramai, jadi menjadi tugas mudah bagi mereka untuk memenangi pilihan raya.

Memenangi pilihan raya adalah satu perkara  tetapi untuk mempertahankan dan menjadi ahli politik yang baik adalah perkara lain.

Setiap selebriti termasuk aktor,  pelakon atau pengiat seni lain di dapati  menyusur  jari (melibatkan diri) mereka sekurang-kurangnya dalam satu potongan kek  politik.

Selebriti adalah mereka yang harus bekerja keras dalam bidang tertentu dan dengan itu berjaya mencipta nama untuk dirinya sendiri.

Untuk meninggalkan bidang pekerjaan yang mereka pilih dan memasuki  bidang lain (di mana mereka tidak tahu apa-apa atau tahu sebahagiannya sahaja)  akan menjadikan mereka berhadapan bencana besar dan dengan menjadi ahli politik (sepenuh masa) tentunya akan menjadi lebih mengharukan.

Dari segi politik, mereka mungkin tidak dapat melakukan keadilan terhadap tugas mereka yang bertanggungjawab sebagai ahli politik.

Tetapi ada juga dan hampir segelintir yang berjaya kerana keinginan dan dorongan mereka untuk memartabatkan masyarakat, misalnya, M.G. Ramachandran, Sunil Dutt , Amitabh Bachan, Ronald Reagan (Presiden Amerika Syarikat) , Arnold Schwarzenegger (gabenor California/ bintang Hollywood),


Selebriti Malaysia juga mewarnai dunia politik seperti Dira Abu Zahar (UMNO) , Fahmi Fadzil (Ahli Parlimen PKR), Aishah (PAS), Erra Fazira (UMNO) , Herman Tino dan lain-laia lagi.



Kita  tidak menentang kenyataan bahawa selebriti tidak boleh menjadi ahli politik lebih baik.

Sudah tentu, mereka boleh tetapi mereka perlu mempunyai kemahuan dan keinginan yang kuat untuk berkhidmat kepada masyarakat dan juga melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat. Dan, politik sama sekali berbeza dengan bidang seni atau perfileman.

Walaupun ada yang  sangat berjaya sebagai selebriti atau bintang, namun tidaklah semudah untuk mengharapkan hal yang sama ketika memasuki politik.


Bakal calon perlu menghadapi cabaran dengan tekad dan keberanian.

Para selebriti harus menggunakan populariti mereka untuk bekerja untuk tujuan sosial dan menyampaikan mesej kepada mereka  yang mengidolakan dan memuja mereka.

Kerana kita tidak dapat menilai buku dari kulitnya . Jadi, kita tidak boleh menilai seorang ahli politik berdasarkan populariti mereka.

Keinginan untuk berkhidmat, melayani dan memikirkan kebaikkan orang ramai harus menjadi pertimbangan seorang ahli politik dan bukannya status selebriti.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 15 Mac 2021

Tags: politik, selebriti, writings
Subscribe

Posts from This Journal “selebriti” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments