kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mampukah selebriti menjadi ahli politik?

MENJELANG pilihan raya ke-15 nanti, ramai yang akan mencuba nasib untuk menjadi calon atas apa juga tiket parti dan pengiat seni atau selebriti mungkin juga tidak terkecuali.

Mungkin kita tertanya-tanya mampukah selebriti menjadi ahli politik yang baik? Ini kerana politik merupakan peperangan tanpa pertumpahan darah. ”

Selebriti boleh menjadi tokoh yang sangat popular dan mungkin mendapat tempat istimewa di hati orang ramai, jadi tugas menjadi lebih mudah bagi mereka untuk memenangi pilihan raya.

Namun memenangi pilihan raya dan menjadi ahli politik yang baik, merupakan dua perkara yang berbeza.

Setiap selebriti termasuk aktor, pelakon atau pengiat seni lain didapati menyusur jari (melibatkan diri) mereka sekurang-kurangnya dalam satu potongan kek politik.

Selebriti merupakan mereka yang harus bekerja keras dalam bidang tertentu dan seterusnya mencipta nama untuk dirinya sendiri.

Untuk meninggalkan bidang pekerjaan yang mereka pilih dan memasuki bidang lain (di mana mereka tidak tahu apa-apa atau tahu sebahagiannya sahaja) akan menjadikan mereka berhadapan bencana besar dan dengan menjadi ahli politik (sepenuh masa) tentunya akan menjadi lebih mengharukan.

Daripada segi politik, mereka mungkin tidak dapat melakukan keadilan terhadap tugas mereka yang mengambil tanggung jawab sebagai ahli politik.

Tetapi ada juga dan hampir segelintir yang berjaya kerana keinginan dan dorongan mereka untuk memartabatkan masyarakat, misalnya, M.G. Ramachandran, Sunil Dutt , Amitabh Bachan, Ronald Reagan (Presiden Amerika Syarikat) , Arnold Schwarzenegger (gabenor California/ bintang Hollywood),

Selebriti Malaysia juga mewarnai dunia politik seperti Dira Abu Zahar (UMNO) , Fahmi Fadzil (Ahli Parlimen PKR), Aishah (PAS), Erra Fazira (UMNO) , Herman Tino dan lain-laia lagi.

Kita tidak menolak bahawa selebriti boleh menjadi ahli politik lebih baik.

Sudah semestinya tetapi mereka juga mempunyai kemahuan dan keinginan yang kuat untuk berkhidmat kepada masyarakat dan juga melakukan sesuatu yang memanfaatkan masyarakat. Dan, politik sama sekali berbeza dengan bidang seni atau perfileman.

Walaupun ada yang sangat berjaya sebagai selebriti atau bintang, namun tidaklah semudah untuk mengharapkan hal yang sama ketika memasuki politik.

Bakal calon perlu menghadapi cabaran dengan tekad dan keberanian.

Para selebriti harus menggunakan populariti mereka untuk bekerja untuk tujuan sosial dan menyampaikan mesej kepada mereka yang mengidolakan dan memuja mereka.

Kerana kita tidak dapat menilai buku dari kulitnya . Jadi, kita tidak boleh menilai seorang ahli politik berdasarkan populariti mereka.

Keinginan untuk berkhidmat, melayani dan memikirkan kebaikkan orang ramai harus menjadi pertimbangan seorang ahli politik dan bukannya status selebriti. – BebasNews

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnists 25 Mac 2021

Tags: politik, selebriti, writings
Subscribe

Posts from This Journal “selebriti” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments