kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pro Max tingkat keputusan SPM

Tidak mungkin keputusan SPM 2020 dimanipulasikan dan kita tidak perlu was was untuk percaya berita benar.

Kita seharusnya bangga dan yakin dengan ‘keupayaan’ sistem kita yang akan menjadi penanda aras baru dalam era pembangunan pendidikan global.

MUHAMMAD Afif Mohd. Azmi menunjukkan keputusan 8A,1B yang diraihnya dalam peperiksaan SPM 2020 di Johor Bahru, baru-baru ini.


Kalau bukan kita siapa lagi?

Berdasarkan keputusan yang di tunjukkan, banyak teori dan pandangan serta pendapat pakar dalam pendidikan telah di ‘cantas’ .

Kajian yang selama ini dijalankan baik dari dalam negara maupun luar negara nampaknya (atau sebenarnya) yang dimanipulasikan.


Pujian dan penghargaan semestinya diberikan kepada pakar pendidikan Malaysia baik dari Menteri hinggalah ke mereka yang disekolah.

Mungkin ramai tidak sedar akan sistem ProMax dan mungkin itulah formula rahsia kejayaan terhebat dan terbesar diperolehi.

Wabak koronavirus telah menyebabkan sekolah-sekolah di seluruh dunia  ditutup begitu juga Malaysia.

Lebih satu bilion kanak-kanak di seluruh dunia kini kehilangan pendidikan begitu juga dengan anak-anak kita.

Apa yang kita harus sedar adalah kejayaan yang kita dapat atasi termasuklah:

Kanak-kanak tidak akan maju atau berkembang dengan kadar yang sama. Ibubapa didapati berjaya membantu ‘menunjuk ajar’ anak-anak mereka hasil dari persediaan bahan oleh pihak pendidik  yang boleh dimuat-turunkan kerana aktiviti-aktiviti ini hanya memerlukan pemantauan minima dan tidak perlu untuk diajar secara aktif.


Anda hanya perlu memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak untuk menyiapkan tugasan kerja yang diberikan.

Bagi kebanyakan kanak-kanak, peristiwa semasa adalah merupakan tekanan dan menyakitkan hati.

Rutin biasa mereka terganggu, dan ada banyak ketidakpastian apabila mereka dapat kembali ke sekolah.

Ketidaktentuan ini boleh menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan tidak selamat.

Kanak-kanak juga mungkin kehilangan kehidupan sosial mereka dan  boleh mempengaruhi kanak-kanak dengan cara yang berbeza - mereka mungkin merasa kesepian, tidak bermotivasi, tertekan atau tertekan.

Namnu, sekali lagi ibu bapa Malaysia berjaya mendorong anak-anak mereka untuk terus berhubungan dengan rakan mereka, ahli keluarga lain, dan rakan sekelas menggunakan teknologi.

Pendidikan yang dikatakan hilang dan mempengaruhi kesihatan mental turut berjaya diatasi oleh kita.

Diatas kejayaan ini, ada yang secara sinis menyarankan agar sekolah tidak lagi diperlukan, mungkin kerana anak-anak kini mendapat pemakanan yang cukup lagi seimbang.

Hasil dari keputusan yang ditunjukkan, mungkin ramai anak-anak tidak mahu dan tidak perlu lagi kesekolah.

Setelah berminggu-minggu, atau berpotensi berbulan-bulan cuti dari sekolah, menjadikan anak-anak kembali ke pembelajaran selama 6-7 jam adalah satu cabaran.

Dengan mendorong anak-anak untuk terus terlibat dengan pendidik

an ketika berada dalam keadaan PKP, anda akan memudahkan mereka untuk beralih ke kehidupan normal ketika sekolah dibuka semula.


Satu lagi teori yang berjaya diatasi hasil pencapaian SPM 2020 ialah ‘Penutupan Sekolah Akan Mempengaruhi Peperiksaan’.

Dengan pencapaian terbaik sejak 5 tahun lepas , ramai anak-anak akan tentu bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan penilaian yang akan mereka persiapkan melalui kaedah dan cara sistem ProMax 2020.

Jadi, adalah tidak benar jika teori yang menyatakan ketidakhadiran kesekolah akan menyebabkan keputusan peperiksaan yang buruk.

Tahniah dan selamat maju jaya sekali lagi kepada calon Pro Max SPM 2020.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 01 Jul 2021

Tarikh asal  June 12th, 2021, 02:32 pm

Tags: peperiksaan, promax, spm, teknologi, writings
Subscribe

Posts from This Journal “peperiksaan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments