kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bukan semudah ‘Mencari Ramli’

Secara umumnya ( mungkin dalam bahasa #duksekkungdumah ) senario pentadbiran dan pengurusan negara kita (mungkin juga negara diktator lain) adalah tidak memberangsangkan dan meyakinkan.

Ramai pakar dan ahli penganalisis mencadangkan keperluan pembaharuan, pertukaran , pelarasan agar pemimpin tidak akan menjunamkan dan merugikan negara terutamanya segmen masyarakat yang rentan.


Sejak dari 2018 (selepas PRU14) , rakyat beranggapan mereka yang dipilih adalah dari ‘kaum radikal’ tetapi jelas mereka ini juga adalah acuan ‘narsisis yang dipelajari dari Machiavelli’.

Faktor keghairahan dan "merasa terbaik" setelah keputusan Pilihan Raya Umum 2018, berubah menjadi kekecewaan dan kebencian, berikutan peristiwa 2020.

"Harapan" yang sebelum ini dikecapi seketika berubah kepada ‘kekecewaan’ bagi hampir semua penduduk negara ini,

Sebenarnya,  pilihan apakah atau pilihan yang seperti manakah yang belum pernah ditawarkan sebelumnya yang kita mahu?

Kalau bahasa mudah penunggang agama , kita seharusnya mencari dan memilih ‘Al-Amin’ . Titik ! Tidak perlu diterangkan siapa itu Al-Amin..

Kumpulan ‘Al-Amin’ harus dengan jelas mewujudkan dan menonjolkan visi dan misi , menentukan objektif dan pelan tindakan untuk 5 tahun ke depan, dan menyampaikannya kepada warga Malaysia agar terus bergerak maju.

Pelan perancangan agak mudah di nyatakan, pelaksanaan tindakan yang biasanya menjadi tidak seperti yang diharapkan.


Bukan seperti program ‘Mencari Ramli’ atau ‘Melotop’, namun, untuk memastikan kumpulan Al-Amin yang kepemimpinannya  terbukti, harus memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang sangat dicari oleh semua orang bukanlah semudah program ‘Roda Impian’.

Dalam memilih  pemimpin nombor 1 Malaysia atau  Perdana Menteri (PM) pastinya seseorang itu haruslah individu yang sangat dihormati, yang memperolehi penghormatan dan sokongan dari hampir  semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama.

Seseorang orang yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia, untuk memimpin yang diplih melalui proses pilihan raya dan menjadi Anggota Parlimen


Pemimpin terpilih , harus juga menamakan ‘kelompok bukan kroni’ sebagai  sebagai calon Menteri yang diamanahkan untuk memimpin berbagai Kementerian.

Personaliti pembantu juga harus bukanlah dari  ‘kelompok bukan kroni’; mungkin  ahli korporat terbukti unggul dan hebat dalam bidang masing-masing, yang ‘tiada dosa yang dibuktikan’  atau pinjam slogan lama ( apa kah namaa ) … yang Bersih, Cekap dan Amanah.


Personaliti yang dicadangkan (termasuk yang lain untuk dilantik ke kelompok), akan dilantik sebagai Senator dan seterusnya ke pelbagai jawatan Menteri, berbanding dengan yang dipilih sebagai anggota Parlimen.

Individu dalam ‘kelompok bukan kroni’ TIDAK akan menjadi wakil rakyat atau Ahli Parlimen melalui pilihanraya.

Pemimpin  bersama-sama dengan ahli kelompok, kemudian akan diumumkan sebagai pasukan teras BARU untuk memimpin negara ini, mengubah Malaysia menjadi negara yang progresif dan menjadi panutan di Wilayah ini, memastikan semua rakyat mendapat akses yang sama terhadap kekayaan negara. - melahirkan "Bangsa Malaysia" yang sebenar

Pemimpin bersama-sama dengan kelompoknya, kemudian akan membentuk landasan untuk menarik calon berprinsip ke kumpulan (parti) yang diperbesar.

Calon boleh berkhidmat dan melaksanakan amanah tanggungjawab ditaksir secara bebas, menjadi pilihan.

Calon dikehendaki mengangkat sumpah, menandatangani Akuan Berkanun dan memenuhi syarat-syarat lain sebelum pelantikan mereka.

Calon yang dilantik kemudian mesti diberi alat untuk menjangkau dan melibatkan diri dengan pengundi mereka.

Alat-alat ini merangkumi akses kepada pendanaan, platform untuk penglibatan dan dihubungkan dengan konstituen (untuk melakukan perbahasan yang meriah mengenai perkara-perkara berkaitan yang mempengaruhi konstituen, dan juga mempunyai ahli kelompok yang kadang-kadang mengambil bahagian dengan calon yang terlibat dalam talian dengan konstituen), latihan dan pendidikan.

Pemimpin  bersama-sama dengan kelompok dan calon yang dilantik, kemudian mesti disediakan platform media, bagi memastikan  negara bebas daripada rasuah.

Keadaan negara, ekonomi dan politik ketika ini berada pada keadaan di mana ia tidak dapat ditangani dengan langkah-langkah tersentap yang sederhana tetapi memerlukan baik-pulih yang komprehensif.

Stigma terhadap ahli politik dan parti politik semasa, akan menjauhkan calon berprinsip dari ingin menawarkan diri, kerana mereka secara tidak sengaja akan kehilangan kredibiliti yang mereka miliki jika mereka bergabung dengan parti yang ada, dan pada masa yang sama, memiliki peluang kejayaan yang jauh, dengan berdiri sebagai seorang yang bebas.

Akibatnya, ini juga akan menjauhkan pemilih yang berprinsip dari tampil untuk memilih dengan alasan yang jelas. Ini secara tidak sengaja akan menempatkan negara pada jalan yang sama, dari terus merudum ke bawah sehingga merugikan warganya

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnist 17 Jun 2021
Tags: #duksekkungdumah, amin, cari, pemimpin, ramli, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments