kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Impian

Dengan perintah pelaksanaan darurat dan #dudukdirumah , kita semestinya bersyukur kerana dalam masa yang sama peminat sukan bolasepak berpeluang menyaksikan kejohanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia/ Euro 2020 dan juga Kejohanan Bolasepak Amerika Selatan.

Sungguh pun begitu, mereka yang berkemampuan melanggan Astro atau kemudahan akses internet berkelajuan tinggi dan gajet yang membolehkan siaran tidak terganggu sahaja yang akan berasa puas dan tidak lupa bil elektrik yang tiba-tiba melambung dengan pertukaran meter yang baru.

Penyokong setia sukan no 1 negara, masih tetap menaruh harapan bahawa pasukan Harimau Malaya akan layak secara merit dalam dua kejohanan yang disertai dan hampir melupakan sukan dan permainan yang lain.

Yang pasti, impian untuk kelayakan Piala Dunia sudah tiada lagi (dan eloklah begitu kerana dengan ranking 153 dunia memang terlalu jauh untuk bertanding dengan sekurang-kurangnya ranking 32 keatas dunia).


Sementara di peringkat Asia, Harimau Malaya berkedudukan 32 dari 47 pasukan tersenarai (Sumber: AFC and FIFA Rankings (bertarikh  27 Mei 2021)


Dari beberapa petikan media, mana-mana jurulatih pasukan mengimpikan dan berangankan kejayaan sehingga ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.


Harimau Malaysia gagal dalam usaha mereka berikutan kekalahan kepada Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam dalam Kumpulan G di Dubai.


Kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada hari Selasa adalah saguhati kecil, namun, membolehkan pasukan untuk kelayakan Piala Asia tahun depan.


Dengan mengumpul 12 mata dari lapan perlawanan untuk kedudukan ketiga, kita masih dikatakan dapat melakukannya dengan lebih baik.


Tekanan dan harapan tinggi memang tersedia sepanjang masa, tapi apakah yang dapat disimpulkan jika sebelum kejohanan sasaran ditetapkan pada 15 hingga 16 mata sahaja. Nampak sudah, keyakinan awal tidak tersirat.

Sekali lagi, kedengaran alasan pandemik Covid-19 mempengaruhi momentum  setelah kejayaan 2019 , dan jenakanya adalah pandemik hanya menyerang pasukan yang memberi pelbagai alasan.


Malaysia kini akan bertarung dengan 23 pasukan lain untuk salah satu daripada 11 tempat Piala Asia yang ada.


Peminat juga tertanya,  tahap apakah yang dimaksudkan dengan bekerja lebih keras dan akan lebih bersedia dalam mencapai sasaran Piala Asia .


Tidak cukupkah keperluan perancangan lebih awal dari kejohanan kelayakan sebelum ke Dubai dan tentunya FAM dan pegawai pasukan telah pun bersedia. Apa sebenarnya perancangan yang dimaksudkan?


Dari awal lagi, ramai yang tahu bahawa pasukan dari Asia Timur dan Barat sukar ditewaskan.


Pasukan kebangsaan dikatakan memerlukan program pemulihan dan memerlukan persediaan semula yang bukan berbentuk ujikaji lagi.


Permainan berpasukan adalah sentiasa berkaitan dengan kerja sepasukan.

Proses  pembaikan , bekerjasama dan beraksi dengan lebih mantap sepatutnya sudah tersedia memandangkan para pemain adalah kumpulan profesional.

Proses pentaksiran sukan haruslah berbentuk saintifik.


Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia membuat penampilan di pentas Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007 namun sudah lebih 40 tahun pasukan negara gagal melangkah secara merit sejak edisi Piala Asia 1980 di Kuwait setelah sering terkandas di pusingan kelayakan.


Percaya atau tidak, andainya ini tidak berlaku, maka Piala AFF dan Sukan SEA pula akan dijadikan impian.


Yang sentiasa kelihatan , adalah kita dengan impian kebelakang kita, yang tetap menjadi impian

Tags: #dudukdirumah, impian
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments