June 29th, 2010

Pentaksiran Pembelajaran

My third writing

PENULIS:  Azizi Ahmad

ISBN:  9789834605643

HALAMAN:  159

TAHUN CETAKAN:  2010

Follow me on Academia.edu

Buku ini dihasilkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pendidik, pelajar dan ibubapa mengenai konsep pentaksiran pembelajaran yang diamalkan di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang mementingkan keberkesanan dalam menjalankan pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai.


Penerangan yang cuba disampaikan adalah dalam bahasa yang mudah dan jelas agar pembaca mengetahui istilah, kandungan dan kaedah yang boleh dijalankan secara kendiri. Pembaca yang pastinya kaum pendidik dan pelajar serta ibubapa akan berupaya mengetahui kaedah pentaksiran untuk pembelajara  yang dijalankan  yang cuba ditunjukkan.

Melalui penulisan ini juga adalah diharap pembaca dapat serba sedikit panduan mengenai pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan disekolah dan di institusi pendidikan awam dan swasta di Malaysia dan diluar negara.

Tujuan utama ini adalah mendedahkan pelajar kepada konsep asas, teori dan amalan tentang prinsip pentaksiran pembelajaran yang berkualiti dari pelbagai domain. Antara lain, topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :

Teori asas pembinaan alat pentaksiran pembelajaran, pendedahan kepada pelbagai jenis alat pengukuran termasuk pentaksiran alternatif seperti pengunaan portfolio, pentaksiran autentik, pentaksiran berasaskan  prestasi, isu kebolehpercayaan dan kesahan instrumen

Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid cuba mendapatkan kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan informasi dan maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau mengetahui . Pembelajar, penuntut atau murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan cabaran atau cara menyerap minda pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu.

Sebelum seorang pengajar boleh merancang halatuju pengajaran dan menjalankan aktiviti bilik darjah atau kuliah, pengajar hendaklah mengetahui atau meramalkan pemikiran pelajar, dengan maksud apakah yang akan difikirkan oleh pelajar. Persoalan yang harus difikirkan pengajar adalah apakah yang benar dan betul bagi murid dan pelajar beliau.  Proses ini melibatkan bukan sahaja samada “adakah murid atau pelajar mempunyai jawapan yang betul atau salah? ” . Ianya lebih bermaksud dengan bagaimana membolehkan membayangkan secara jelas dan terang dan berupaya memahami gambaran dan pola-pola yang dibentuk pada minda mereka secara teratur dan tersusun agar ianya lebih bermakna dari sudut perspektif pelajar atau murid. (Earl, 2003)


Azizi Ahmad Kuala Lumpur 2007

Bil. No Rujukan Tahun Terima Tahun Daftar Judul Status Terkini Tarikh Status Editor E-mel Telefon
3 4287 2007 20/06/2007 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN TERBIT 29/06/2010 Rohaida binti Baharudin rohaida@dbp.gov.my 03-2147 9436