August 25th, 2010

National Geographic Top 35 Photos of 2009

The attached photos are AMAZING - the intricate details of nature were very beautifully captured - just beyond words to describe them. Spare a bit of your time to appreciate the beauty of those photos and it will make you appreciate nature more!



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 via
sandra sim


Urgent From Maybank

 All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when witfhdrawing money through ATM machine, Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin

3. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.. Sila maklum kepada semua kenalan


Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank


via "asmah ahmad"

Resepi Murtabak...




home-made martabak... garing and yummy...
 

here are the ingredients yang i gunakan untuk buat this home-made martabak...

dua biji bawang besar - didadu...


daging cincang...


kulit popia..


dua ulas bawang putih - dicincang halus...


rempah kerutuk...


dua biji bawang besar (yellow onion) di dadukan dan diasingkan pada dua bahagian
300 - 500gram daging cincang (you can change it to chicken or mutton)
dua ulas bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu besar rempah kerutuk (or you can use rempah kari)
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menggoreng
kulit popia (ikut saiz yang disukai - i'm using saiz besar)
 

goreng bawang besar dan bawang putih...

 

mula-mula sekali, dadukan bawang besar dan asingkan kepada dua bahagian... bawang putih jugak dicincang hingga lumat... panaskan satu sudu besar minyak di dalam kuali... masukkan sebahagian bawang besar yang telah didadu dan juga bawang putih... goreng sehingga naik bau tapi jangan sampai garing... macam orang putih cakap, just sweat the onions... muhahaha...
 

masukkan daging cincang... gaul rata-rata...

 

masukkan rempah, lada hitam dan garam secukup rasa...

 

utup api dan masukkan sebahagian lagi bawang besar...


lepas tuh bolehlah dimasukkan daging kisar tadi... gaul rata-rata seketika... kemudian masukkan rempah, lada hitam dan garam secukup rasa... masak sehingga sebati... apabila dah masak, padamkan api dan masukkan bahagian kedua bawang besar... gaul lagi sehingga rata...

inti martabak yang sudah masak...
 

pecahkan sebiji telur...


gaulkan dengan inti (mengikut saiz martabak)...

 

okay, time nak masak martabak... i pakai dua keping kulit popia bersaiz besar untuk buat sebiji martabak... mula-mula masukkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau... kemudian sendukkan lebih kurang 1 1/2 senduk inti martabak ke dalam telur tadi dan gaul sehingga rata... i gunakan kuali untuk bakar roti canai tuh untuk masak martabak, but if you don't have it, you can just use any other kuali pun takpa... janji besar lah... unless you nak buat mini martabak using small kulit popia.. bergantung kepada your own creativity lah...
 

letakkan inti di atas lapisan pertama kulit popia dan ratakan...


tutup dengan sekeping lagi kulit popia..



goreng sehingga garing...


letakkan sedikit minyak ke dalam kuali... kemudian letak dulu sekeping kulit popia... tuangkan inti martabak ke atas kulit popia tersebut dan ratakan.... kemudian ambik sekeping lagi kulit popia dan letakkan dibahagian atas... kalau rajin, gunalah brush and brush sikit hujung-hujung kulit popia yang kedua tuh dengan telur supaya dia melekat dengan kulit popia yang kat bawah tuh... kalau tak pun takpa, sebab inti tuh akan melekat kat both... goreng kedua-dua belah sehingga garing...

via asmah ahmad


Food For Berbuka ~ Kampung Food




LEMAK CILI PADI TERUNG TELUNJUK.. 

 Salam semua, waaa pagi2 lagi dah ada N3..hahaha, pitam ke, atau ada yang nak pingsan. Exceli ni masak semalam, tapi saja letak hari ni..eh hari ni Selasa kan ...Laa lupa nak ucap salam hari Selasa. Kali ni nak share satu masakan kampung, tapi kalau u all dok pekan/bandar kira masakan bandar lah yea. Terung telunjuk (contoh disini...) ni sebenarnya ada 3 - 4 pokok di rumah mat. Sampai tatau nak buat apa tah. Jadi mat pun cuba lah masak lemak cili padi, kali ni letak isi kupang dan juga cendawan telinga kera atau black fungus. Sedap koo, pedas2 manja tapi tak delah sampai terbakar bibir seksi koo orang....Ok lah jom kita tengok resipi, kot2 boleh masak nanti..


BAHAN-BAHANNYA :-)

15 biji terung telunjuk, kerat pangkalnya, belah 2 tapi jgn putus dan rendam
10 keping cendawan "black fungus", cuci dan rendam
1 cawan isi kupang, dibersihkan
2 batang serai, dititik
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)


15 - 20 biji cili padi merah, jenis thai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
 

1. Satukan bahan2 tumbuk halus, serai titik dan santan cair ke dalan periuk. Kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan kupang dan cendawan black fungus (toskan dahulu). Masak sekejap. 

2. Tambah terung telunjuk (toskan dahulu), asam gelugor dan tuang santan pekat. Masukkan garam secukup rasa dan sediki gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Bila terung lembut sedikit, matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

LEMAK LABU DENGAN DAUN TURI..


Assalammualaikum, hari ni mat rasa lega sungguh, sat tadi call majalah SAJI dan kes boleh dianggap selesai, TAPI selagi bukti tak kelihatan, mat tak boleh kata selesai 100%. Pihak Saji akan membuat "Ralat" atau pembetulan pada keluaran saji Hari Rayananti..moga2 benar lah bagai dikata. Kita tunggu dan lihat. OK, hari ni mat cuma masak lauk kampung saja, tu pun atas permintaan. Bercerita pasal daun turi atau ada setengah negeri panggil daun geti, mempunya nilai2 perubatan, antara yang mat tau menurunkan tekanan darah, dari daun, buah dan bunga dia semua ada khasiat. Kali ni mat letak labu. Rasa labu yang manis dan daun turi yang pahit2 lemak saungguh lah sedap, lepas tu sambal belacan jangan lupa, ikan masin wajib ada, tak pun ikan goreng..nak sedap lagi ulam dengan petai atau jering...peghhhh!!!...pengsannnnnn!!...


BAHAN-BAHANNYA :-)


1 biji labu saiz sederhana
1 cekak daun turi@daun geti yang muda
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
5 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
 

1. Labu dikupas bersih, potong dadu besar2, cuci dan toskan. Daun turi @ geti, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Ketepikan. 

2. Dalam periuk, satukan udang kering tumbuk, bawang besar hiris, bawang putih, labu dan santan cair, kacau dan jerang hingga mendidih. Perlahankan api dan masak hingga labu sedikit lembut. 
3. Masukkan daun turi kacau rata dan masak sekejap, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga daun turi masak dan labu lembut tapi tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan...boleh pingsannn koooo!!!

 UBI REBUS & SAMBAL TUMIS

Salam petang Rabu semua, eh..eh..eh..tau2 dahh petang..kejap lagi dah malam pulak...hahaha, time so fast lahh now days..betul tak?...Kadang2 tu nak kentot pun tak sempat, tau2 dahh sampai masa.....Pernah makan ubi rebus?...Hahaha, soklan punn, kalau yang baca sure kata...pehal budak ni, tanya soklan "mengong"...Tapi ada jugak yang tak makan ubi, yelah ubi ni angin, kang makan over limit mula lah memasing menembak, segala angin2 toksid keluar...yang kena tembak pun sure macam nak pitam.. Memandangkan cuaca mendung dan hujan renyai2, jadi petang ni kami rebus ubi dan makan dengan sambal tumis ikan bilis, disertakan juga kopi panas...ohhh..heavennnn!!!... Nak cerita sikit, kali ni mat rebus bukan ubi cikai2 yea, ini satu spesis ubi dari Indonesia, yang depa dok panggey "Ubi Medan", pokok dia comey, kurang lebih 4 1/2 kaki macam tu, kontot jee koo...lepas tu usia penanaman cuma 4 bulan, saiz ubi dia tak delah besar gedebak, cuma sebaya lengan budak2 je, tapi kan rasa dia, hmm nice and berkanji...Rasa yang ni perlu ke mat letak resipi?...yelah ubi rebus tu sapa yang tak tau, cuma ubi, kerat2, kupas, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk, bab sambal tumis tu, mesti semua pandai buat..betul tak....Tapi kan dari tak de mat share resipi sambal tumis cuka tu yeaa...

BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS CUKA :-)


1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam 10 minit, toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 camca besar cuka makan
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
 

1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan ikan bilis dan cuka, kacau rata. 

2.Tambah garam dan gula secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar dan sedikit air, masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi....air kopi jangan lupa...hehehe... 

 
 

HIDANGAN ALA-ALA KAMPUNG..


 Salam semua, ok hari kan saja mat nak share menu makan siang kami, biasa lah kat kampung, bahan2 mentah banyak, boleh pi kutip kat kebun, kat tepi rumah....tapi awas, jangan pi curi kat kebun orang lain pulak. Rasa2nya resipi tak payah leer letak, sebab semua dah sedia maklum jenis2 masakan dan cara memasaknyaa....betul tak?... Cuma sini mat nak tekan sikit..kegunaan set2 pinggan lama dalam menaikkan indentiti sesuatu masakan tu... Zaman dulu, set2 seperti dalam gambar tu femes digunakan seharian, sekarang ni kalau kat kampung masih ada lah, cuma kalau orang pekan depa guna yang lagi modern.... Tau tak, set2 lama sekarang ni menjadi buruan penggemar2 antik.. Harga dia pun dah mula "panas"...Tak kecuali mat pun kolek juga, kadang ada juga segelintir mausia agak pelik dengan hobi mat ni, tapi aku apa ada hal, tak jadi kudis langsung dengan bisikan2 beracun depa tu...yang penting guaa beli tak pinjam duit mak bapak koo orang.....uikk..ter emosi kejap..sabar2 tak boleh marah, nanti cepat tuaa....memang dah nak tuaa punn.....
 

 Ok seperti sedia maklum, lauk ikan tu mat masak asam rebus tumis, resipi yang kerap kali juga dah letak kat blog, kali ni guna ikan "kapak", selalunya orang buat ikan masin tau, kali ni dapat yg segar, kita masak leer asam rebus tumis dan as a compliment, mat letak 2 - 3 pokok sawi bok choy yang dibelah dua, kasi cuci bersih2 dan campur....sedap i tell u..tapi tu tekak aku laa, kang puji2 melambung, org lain try kata tak sedap pulak. Yang sebelah tu lagi lah popular tak kira kat kampung atau bandar, masak lemak putih pucuk ubi, yang ni kalau kat kampung wajib ada...kira lauk2 masa darudat pun yea, masak tu ikut lah style masing2..tapi ada orang kata kalau adatekanan darah tinggi tak elok makan pucuk ubi...hmm tapi kan pada pendapat mat lah, kalau kita dah rebus, zat dia sudah berkurangan, jadi ok kot kalau makan, cuma jgn leer melantak sampai tak sedar diri pulak yeaaa...yg tu kan kalau nak sedap, rencah dia letak udang kering..kalau nak titik kan serai pun sedap juga..ikut selera masing2..
 
 
 

 Yang kaler merah ala2 lauk raja bersiong tu, sayur bayam merah..yang tu bonda mat tanam sendir dan paling sedap dan senang, masak rebus jee...sedap dihirup2, bayam tu pun bagus, kaya dengan zat besi..tak caya ko tengok popeye, sebab apa dia kuat?..sebab makan bayam leer...hahaha. Ok, yang sebelah tu kan benda WAJIB ada, pendek kata ikan masin ni kalau takde dalam set masakan kampung, ibarat hilang seri majlis....yang tu ikan tenggiri jeruk...makan dengan bubur pun sedap...goreng dengan kailan pun sedapp, buat nasi goreng ikan masin pun sedap jugaaa...tapi kan mat suka time nak makan tu ko lenyekkan sikit daging ikan tu dengan cili padi pastu perah jus limau kasturi..hmmm...boleh pingsann tergolek kat situ jugaaa!!!!!!

 
Dannn...benda penting bagi orang melayu dan juga kaum2 peranakan (dan rakyat Malaysia amnya)...Sambal belacannnn...waa laaweiii!!..ini kalau tak de....boleh meroyan, macam orang mati bini gamaknyaa...kurang kick sungguh lah santapan hari tu...betul tak semua. Selalu kan mat buat sambal guna campuran cili merah campur juga cili padi....atau ada kala 100% cili padi....Berasap telinga i tell u....silap2 koo orang sendawa keluar api macam naga....hahahaha...Nak sedap lagi belacan tu kan dipanggang atas api bara, lepas2 bakar ikan tu kan, bakar pulak belacan...lagi satu sambal belacan WAJIB kita tumbuk dengan lesung batu baru lah origanal....no blender2 okeyy!!...Jadi sila lah yea cuci mata...Enjoyyy!!!!
 

 ASAM REBUS TUMIS

 Cuaca tak menentu ni kalau makan asam rebus sedapkan, ada sambal belacan, ulam petai atau pun ulam2man lain dah cukup sangat, kena pulak nasi hangat yang berasap2 tu....Kalau nak real lagi makan kat pangkin..aduhh lagi laju makan....

BAHAN-BAHANNYA :-)


1 biji nenas masak ranum, kupas, buang empulur dan potong2
3 ekor ikan sepat masin, cuci, bersihkan, kerat 2 dan rendam
3 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan secubit gula
1 camca teh serbuk kunyit
5-6 biji cili merah*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
 

1. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit hingga harum. Masukkan nenas dan gaul rata. Masak sekejep, tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan campakkan asam gelugor. Biar mendidih. 
2. Masukkan kuib ikan bilis, ikan sepat masin dan juga secubit gula. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan juga daun kunyit. Masak hingga nenas lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api, dan hidangkan....


MASAKAN KAMPUNG 2

Lemak putih nangka muda, rendang ayam serai, sambal belacan dan ikan masin goreng tergolong dalam masakan kampung juga lah kan , walau pun mudah dapat dibandar. Bahan2 mentah dia kalau dipasar memang senang didapati, cuma kalau di kampung, kami tanam sendiri di kebun2, dan ada juga yang tumbuh melata di tepi2 jalan...
 

Resipi2 untuk masakan ni mat dah sertakan secara ringkas di bawah...Kalau rasa ingin mencuba silakan lah yea...Kalau rasa payah, beli jee lah yang dah siap dimasak, cuma kalau masak sendiri lebih puas hati dan boleh test skill memasak kita....Selamat mencuba untuk semua!!
 
MASAKAN KAMPUNG

 


Hari ni cuaca mendung dan hujan2, jadi tengah hari tadi kami makan masakan simple yang biasa org2 kampung masak, mat tak letak resipi sebab semuanya lauk2 yang senang untuk di masak..soo kita cuci mata aje lah yeaa untuk n3 yang ini....harap maklum!!!
 
 
Urap Pucuk Ubi dan juga ikan masin bulu ayam goreng bertepung..
 
 
 
 
Lemak putih kobis dan Ikan kembong goreng (mat guna kunyit basah).
 
Dan juga sambal belacan mangga, fuh!!!, memang terangkat walaupun pedasss..
 
via "Ab Hadi Yaacob"