August 26th, 2010

Resepi Masakan ~ Sweet Sour (Manis Masam)






Bawal Manis Masam ~ Bawal Sweet Sour

INGREDIENTS:


1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan] 
garam dan kunyit 

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang) 
3 ulas bawang putih (dimayang) 
1 cm halia (dihiris halus) 
5 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar sos cili 
2 biji cili merah (dipotong nipis) 
1/2 cawan air. 
1 biji tomato (belah 6) 
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) 
Garam dan gula secukup rasa 
minyak 

METHODS:

1.       Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.

2.       Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.

3.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4.       Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.

5.       Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6.       Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.


Siakap Manis Masam - Siakap Sweet Sour


INGREDIENTS:


1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] 
garam dan kunyit 

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang) 
3 ulas bawang putih (dimayang) 
1 cm halia (dihiris halus) 
1/2 cawan sos tomato 
3 sudu besar sos cili 
2 biji cili merah (dipotong nipis) 
1/2 cawan air. 
1 biji tomato (belah 6) 
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) 
Garam dan gula secukup rasa 
minyak 

METHODS:

1.       Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2.       Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.

3.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4.       Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

5.       Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6.       Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.

7.       Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


 
Udang Manis Masam - Prawn Sweet Sour
 

INGREDIENTS:


500 gm udang besar [bersihkan] 
1 s/b kunyit 
1 s/k garam 
minyak 

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang) 
3 ulas bawang putih (dimayang) 
1/2 cawan sos tomato 
3 sudu besar sos cili 
2 biji cili merah (dipotong nipis) 
1/2 cawan air. 
1 biji tomato (belah 6) 
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) 
Garam dan gula secukup rasa 

METHODS:

1.       Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2.       Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

3.       Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

4.       Masukkan juga cili potong dan gula.

5.       Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.

6.       Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

 
via Chef Nikman


Sotong Goreng Tomyam




INGREDIENTS:


500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit] 
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan] 
3 helai daun limau purut [koyakkan] 
3 tangkai cili besar 
3 tangkai serai [ketukkan] 
1 labu bawang besar [mayang] 
1/2 cawan air asalm jawa 
5 tangkai daun ketumbar 
2 biji buah tomato [belah 4] 
minyak 
garam 

BAHAN TUMBUK:


5 biji cili api 
5 biji cili merah 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 

METHODS:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan 
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas. 
4. Masukkan air asam . 
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata. 


via Chef Nikman


Ikan Cencaru Sumbat



INGREDIENTS:


4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang] 
minyak 

BAHAN SAMBAL (MESINKAN)

2 batang serai [racikkan] 
4 ulas bawang merah 
6 tangkai cili merah 
2 s/b kelapa parut 
garam dan gula secukup rasa 
1/2 cawan 
daun kunyit [mayang halus] 
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji] 

METHODS:

1.       Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.

2.       Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.

3.       Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4.       Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.

5.       Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6.       Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.



via Chef Nikman


Udang Berempah



INGREDIENTS:


500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper 
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk 
3 biji cili merah tumbuk kasar 
3 sudu teh jus limau kasturi 
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris 

METHODS:

1.       Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.

2.       Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,

3.       Kacau sehingga udang kemerahan.

4.       Masukkan daun sup


via Chef Nikman


Singgang Ikan Tongkol/Aye/Kayu



INGREDIENTS:


1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan 
3 ulas bawang putih dimayang 
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis 
2 cm kunyit hidup........] 
5 keping asam keping/gelugor 
garam 
ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai] 

METHODS (MICROWAVE):

1.       Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.

2.       Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.

3.       Keluarkan dan masukkan ciliapi.


METHODS (NORMAL):

1.       Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.

2.       Rasakan garam dan masukkan cili api.


via Chef Nikman