October 24th, 2012

Berintegritikah rakyat Malaysia

Strategi atasi masalah ketelusan perlu dicari

Beberapa hari selepas peristiwa 11 September 2001 di World Trade Center, seorang anggota bomba New York menemui sebuah bekas habuk rokok yang mempunyai logo sebuah syarikat di bawah runtuhan bangunan. Beliau terus mengembalikannya kepada tuan punya. Ia mendapat liputan meluas di Amerika Syarikat.

Di Los Angeles, seorang pemandu teksi, Adam Woldemarim diberikan ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927) selepas wang yang disimpan di dalam sebuah beg komputer riba tertinggal di dalam teksinya. Sementara di Thailand, seorang pemandu teksi memulangkan 8.2 kilogram perhiasan emas bernilai AS$410,000 (RM1.2 juta) kepada pemiliknya selepas tertinggal di dalam teksinya. Pemilik wang memberikan pemandu teksi itu emas bernilai AS$6,400 (RM19,200) sebagai ganjaran. Semua insiden ini membabitkan integriti seseorang yang patut dicontohi dan diamalkan.

Penulis cuba cari maklumat seperti ini di Malaysia malangnya, tiada dan kalau adapun hanya membabitkan nilai yang kecil.

Jika kita merujuk kamus dwibahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), integriti bermaksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Integriti dipengaruhi oleh faktor sekeliling dan adalah garis panduan, penanda aras, titik rujukan atau matlamat yang digunakan untuk membuat keputusan yang bergantung kepada ketepatan dan kejujuran. Oleh yang demikian, penghayatan integriti juga adalah sejajar tuntutan Islam yang mengajar umatnya supaya menghayati akhlak mulia seperti diperjuangkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Isu integriti bukan hanya rasuah

Perlu kita ingat, isu integriti bukan hanya berfokus kepada isu rasuah, malah ia adalah konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja menuntut integriti merangkumi ketepatan waktu, kerahsiaan dan penyampaian maklumat, memberi perkhidmatan, perhubungan dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan sebagainya.

Jika diteliti lebih mendalam, kita dapati seseorang yang terbabit dalam rasuah, penipuan atau jenayah, biasanya bermula daripada perbuatan tidak berintegriti dalam isu kecil. Orang yang tidak berintegriti membolehkan mereka terjerumus dalam kes lebih besar seperti rasuah, pecah amanah, menipu atau menggelapkan wang syarikat.

Bayangkan seseorang pekerja yang menunjukkan mereka berkerja keras di depan bosnya, tetapi apabila bos tiada, akan menghilang atau tidak berada di tempat masing-masing. Ada dalam kalangan bos pula yang menyalahgunakan masa untuk membuat kerja peribadi. Kepemimpinan sepatutnya melalui teladan.

Setiap pekerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang, mempunyai komitmen, memiliki kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas mengikut kehendak organisasi dan mengetepikan kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.

Di luar negara, tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU) digunakan oleh orang yang berhak saja dan perkara ini jarang berlaku di negara kita. Seseorang boleh membeli akhbar yang disediakan di tempat awam dengan memasukkan wang ke dalam peti yang disediakan dan mereka hanya mengambil senaskhah surat khabar.


Ramai yang tak berintegriti

Penulis berpendapat cara ini masih tidak boleh dilaksanakan di sini kerana kemungkinan pembeli mengambil lebih daripada satu naskhah adalah besar. Sebagai contoh surat khabar yang diedarkan secara percuma, masih ada orang yang mengambil lebih daripada satu naskhah, padahal mereka perlu senaskhah saja untuk dibaca. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak berintegriti.

Justeru, penulis berharap pemberian baucar RM250 kepada pelajar kolej untuk membeli buku, tidak disalahgunakan dengan membeli barangan lain dan mengambil resit palsu daripada kedai tertentu. Integriti tidak hanya perlu dimiliki oleh penerima baucar, tetapi juga oleh pemilik kedai buku. Begitu juga dengan pemberian RM200 kepada remaja yang tidak bekerja, pemantauan sebaik baiknya perlu dilakukan agar ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan yang tidak berfaedah atau disalahgunakan oleh penagih dadah.


Cari kaedah terbaik

Pihak berwajib perlu mencari strategi bagi mengatasi masalah integriti. Sekadar memberi ceramah, penulis rasa ia kurang berkesan dan tidak lagi relevan pada masa kini. Kaedah terbaik dan sesuai perlu dicari untuk menerapkan nilai murni terutama kepada generasi Y yang mempunyai fikiran yang berbeza dengan generasi sebelumnya, memandangkan golongan inilah yang akan menjadi peneraju negara pada masa akan datang.

Bagaimanapun, kita perlu ingat sebaik mana pun sistem yang diwujudkan, jika orang yang melaksanakan sistem itu tidak berintegriti, sistem tidak akan dapat berfungsi dengan baik.


Akhbar Satar ialah Pengarah Institut Jenayah & Kriminologi Universiti HELP Berita Harian Online Rencana Rabu, 24 Oktober 2012

Titles: Friendship is forgotten when friends are Datuks

I REFER to Johan Jaaffar's article "What's in the name" (NST, Oct 13).

In a segment of comic strip Hagar The Horrible, Hagar says to his buddy Lucky Eddie: "I get no respect! Everywhere I go, people call me barbarian." Lucky Eddie asks: "What do you want them to call you?" Hagar replies: "MR barbarian would be nice!"

Even a barbarian sees the importance of what's in the name, and expects people to address him correctly.

A name and one's title signify not only one's identity, but more importantly, shows one's social standing in society. A person with the title Tan Sri, Datuk Seri and Datuk expects nothing less than the observance of protocol.

You may have been his childhood friend, but he will feel offended if you call him by his name in the presence of others.

If you want to continue to be on the guest list, make sure you address his wife as Puan Sri, Datin Sri or Datin. Your Tan Sri friend my be forgiving, but not his wife.

Ironically, when a person has been conferred the title Tan Sri, Datuk Seri and Datuk, he loses his name given by his father.

For most people, it doesn't matter if their names are not mentioned. But they will be offended if you don't address them as Tan Sri, Datuk Seri and Datuk.

So, what is in the name, asked Johan. It means a lot to many people. Some will buy the title while others print the title on business cards.

I remember meeting my ex-boss many years ago. I greeted him by saying: "How are you Mr Ali?" He was silent. I then said, "Oh, I forgot, how are you Dr Ali?", to which he responded smilingly: "That sounds better."

You see, he had completed his PhD from an American university.

In the film The American President, starring Michael Douglas and Martin Sheen, Douglas told Sheen to address him by his name as they were buddies, to which Sheen answered: "Yes, Mr President."






Hassan Talib, Gombak, Selangor | letters@nstp.com.my   New Straits Times Opinion 24 October 2012