December 24th, 2012

Berpolitik perlu ada prinsip

NAMA TAN SRI SHAHRIR SAMAD sememangnya satu tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Berkecimpung dalam politik sejak tahun 1970-an lagi dan pernah dilantik memegang jawatan dalam Kabinet semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir.



Semua asam garam dan sepak terajang politik pernah dilaluinya tetapi tidak menjadi kudis bagi beliau. Pengalaman mematangkan dirinya dan akhirnya sekali lagi membuat comeback pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Turut dikenali sebagai ahli politik yang berpegang teguh kepada prinsip dan integriti, Shahrir sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan melet ak jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selepas kalah pada pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan UMNO 2009.

Bagaimanapun segalanya tidak menjadi masalah bagi beliau kerana sehingga kini berkhidmat untuk rakyat sudah menjadi sinonim dengannya.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, MAZNAH MOHD. ARSHAD dan HANIZA HASSAN, beliau berkongsi pandangan mengenai keadaan politik semasa, pilihan raya selain kedudukan UMNO dan BN.

MINGGUAN: Bagaimana Tan Sri melihat perkembangan politik tanah air kebelakangan ini terutama di peringkat negeri Johor sendiri?

SHAHRIR: Saya yakin kita mampu untuk mengukuhkan kedudukan tiang seri UMNO dan kubu Barisan Nasional (BN). Ini berdasarkan penerimaan bukan sahaja di kalangan ahli parti malah masyarakat berbilang bangsa. Di Johor sendiri kita sudah melakukan gerak kerja sejak habis Pilihan Raya Ke-12 (PRU12) lagi.

Bagaimana peluang UMNO dan BN dalam mempertahankan kedudukan dan kejayaan di negeri Johor?

SHAHRIR: Sebenarnya UMNO dan BN Johor telah membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sejurus selepas tamat Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 di mana semua pemimpin Johor berkumpul di Janda Baik dan berbincang mengenai pendekatan yang harus dilakukan di peringkat bahagian dan kawasan masing-masing. Perbincangan tersebut menjurus kepada sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi PRU13 dan bagaimana pendekatan yang seharusnya kita pilih bagi mengekalkan momentum kemenangan dan kejayaan BN dan UMNO di negeri ini. Jadi beberapa keputusan berasaskan analisis PRU12 telah diambil dan keputusan inilah yang menjadi asas strategi dan gerak kerja UMNO di negeri ini.

Antara pendekatannya adalah fokus kita lebih kepada kumpulan di luar parti iaitu masyarakat dan pengundi kerana dua elemen berkenaan adalah perkara penting dan kita cuba untuk mendekati mereka dari segenap segi. Pada asasnya, kita digesa supaya UMNO Johor terus menumpu kepada peranannya mendekati semua kumpulan masyarakat tidak kira bangsa dan agama dengan tujuan untuk kekalkan sokongan dan kemenangan bagi calon yang bertanding PRU13 nanti. Insya-Allah kita boleh pertahankan kemenangan di sini. Dari soal jentera pilihan raya pula, semua nampaknya sudah bersiap sedia untuk gerak kerja pilihan raya dan yang terbaru kita sudah mula edarkan maklumat pengundi secara rumah ke rumah untuk mendapatkan data pengundi yang ada dalam kawasan dan di luar kawasan Johor. Kerja sudahpun berjalan. Saya ingat awal tahun depan kita sudah tahu berapa peratus yang dikenalpasti berada di kawasan masing-masing dan berapa peratus yang tak dapat dikesan.

Bagi kumpulan kedua (mereka yang gagal dikesan) itu kita perlu fikir satu gerakan lain dan berusaha macam mana untuk sampaikan apa-apa maklumat kepada mereka. Jadi secara keseluruhannya, kedudukan UMNO tidak berapa jadi masalah kerana gerak kerja semua baik.

Apakah Tan Sri melihat UMNO sudah banyak berubah di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?. Jika ada bagaimana untuk menanganinya?

SHAHRIR: Saya lihat ada perubahan di mana fenomena politik untuk merebut jawatan sudah berkurangan. Jika perlu diubah pun ialah sikap dan prinsip perjuangan pemimpin di peringkat atasan dan pertengahan kerana mereka mungkin masih terperangkap dan terjebak dalam politik jawatan dan bukan politik masyarakat. Politik jawatan ini adalah politik yang inginkan jawatan. Kita sepatutnya tidak berfikiran ada jawatan baru boleh berpolitik. Seharusnya kita tanamkan semangat politik untuk membantu masyarakat dan mendokong prinsip politik UMNO adalah politik masyarakat. Apabila kita kurangkan politik jawatan, orang takkan berebut, malah mereka akan lebihkan kerja dengan masyarakat, bergaul dengan kelompok berkenaan. Yang menjadi masalah apabila mereka lihat soal jawatan itu loncatan untuk berpolitik dan sebagainya.

Kita perlu sedar bahawa jawatan ini kadangkala tak guna ada jika kita tak boleh mempengaruhi masyarakat. Jawatan itu bertujuan untuk bantu masyarakat dan bukan untuk naik lebih tinggi. Jika kita terlalu sibuk pada jawatan akhirnya kita tidak akan membawa apa-apa kejayaan kepada parti.

Sebagai tahun 2008, fenomena inginkan jawatan terlalu ketara dan kita boleh lihat sesiapa yang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dilihat sebagai calon yang sesuai untuk bertanding biarpun mereka bukan calon yang popular dan tidak dicalonkan di peringkat bahagian. Namun fenomena itu tidak berlaku sekarang dan saya percaya Presiden Parti memahami sindrom ini dan berusaha untuk memperbaikinya dengan mencari calon yang berkelayakan untuk menang, popular dan mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat secara menyeluruh.

Dalam isu calon yang bakal bertanding, bagaimana Tan Sri melihat gesaan Presiden parti supaya terus menyokong parti walaupun nama mereka tidak naik sebagai calon?

SHAHRIR: Perkara ini sudah diulang banyak kali, tetapi tidak tahulah kalau ada yang masih tidak faham. Kita perlu berbalik kepada yang asal iaitu kita berparti untuk dapatkan undi dan sokongan masyarakat. Bagaimana untuk dapat sokongan itu? Jawapannya kita perlu bersama masyarakat dan membantu masyarakat.

Berdasarkan perlembagaan, antara peranan dan tanggungjawab ahli adalah menjadi calon dan menyokong perjuangan parti dan jika tak jadi calon, kita perlu sokongan calon yang dipilih. Saya ingat tiada masalah, yang jadi calon tu pun wakilkan parti dan masyarakat dan kita yang tak jadi wakil rakyat ni perlu membantu calon.

Mungkin ada masa sampai rezeki kita untuk jadi calon. Lagipun banyak jawatan lain yang masih ada. Bukan semua nak jadi wakil rakyat. Jika kita ada prestasi yang baik boleh letak tempat (jawatan) lain.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian masih mampu menjadi duri dalam daging (contoh sabotaj dan sebagainya) pada pilihan raya akan datang jika nama mereka tidak menjadi calon?

SHAHRIR: Saya ingat di cawangan dan bahagian kurang masalah, yang bawah ni baik-baik saja. Mereka faham dan yang menjadi masalah adalah pemimpin pertengahan yang nak naik atas dan pemimpin atas yang takut diturunkan ke bawah. Mereka lebih gemar melihat politik itu untuk jawatan dan kedudukan serta bukan untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat.

BN merupakan parti yang berjaya dan ramai yang berminat dengannya. Antara mereka yang berminat adalah mereka yang inginkan jawatan dan kedudukan. Ia tak boleh untuk dielakkan jadi parti dan pucuk pimpinan harus memahami dan menggunakan kaedah yang difikirkan diplomasi untuk mengenepikan individu tersebut walaupun dia rapat dengan kita walau orang itu rapat tapi tak cukup syarat untuk jadi calon, kalau dia tak popular, tak dapat sokongan biarpun berjawatan tak bekerja dan tidak membawa perpaduan.

Saya ingat Presiden Parti faham tentang keadaan itu. Kita kena dapatkan sokongan masyarakat dan bukan sokongan dalaman sahaja. Saya rasa individu sebegini lebih baik merajuk dari sabotaj. Macam kita di Johor ada fahaman...kalau nak merajuk..kita merajuk tiga hari sahaja, masuk hari keempat kita mula bekerja. Jika ia dapat dilakukan calon dan parti itu akan berjaya.

Apakah Tan Sri melihat mereka ini masih berperangai seperti warlord dan bagaimana mahu mengubah perkara ini?

SHAHRIR: Tiada warlord...kalau ada pun mereka jaga kawasan masing-masing. Saya pun tak tahu siapa yang warlord. Kita jaga kawasan masing-masing, tidak perlu fikirkan siapa yang nak jadi menteri besar kerana yang penting kita jaga dan menang di kawasan masing-masing. Soal lain-lain seperti siapa nak jadi menteri besar itu biar Perdana Menteri fikirkan.

Tan Sri sangat dikenali sebagai seorang pemimpin yang memegang kuat kepada integriti. Bagaimana Tan Sri melihat orang muda di dalam UMNO apakah mereka mempunyai pendirian sama, lebih baik atau masih banyak yang perlu diperbaiki?

SHAHRIR: Politik tiada prinsip itu politik apa?. Kalau berpolitik kita kena ada prinsip...perjuangan itu sendiri perlu ada prinsip jadi saya rasa prinsip bukan hanya kepada yang tua kerana semua kena ada prinsip dan boleh amalkannya. Kita kena utamakan perjuangan yang jelas tidak kira muda atau tua.

Prinsip perjuang bukan memonopoli tua, muda atau satu-satu generasi. Malah prinsip itu sendiri adalah percuma, tidak perlu berbayar cuma modalnya dalam hati iaitu keikhlasan kita berjuang. Masyarakat menilai semua itu. Hati kita ini pengundi boleh baca...orang boleh nampak macam mana kita berpura-pura.

Jadi bagi saya semua orang perlu ada prinsip supaya perjuangan kita tidak tersasar dan berada di landasan yang betul. Soal prinsip itu milik generasi muda atau tua bukan pokok utama. Kita berprinsip untuk berbakti kepada masyarakat yang percaya dan mengundi kita. Kita berusaha dan bertawakal.

Dalam soal pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina yang dilihat tidak begitu menyokong BN, mungkin ada lagi yang boleh dilakukan untuk menarik sokongan dan keyakinan mereka?

SHAHRIR: Saya mengambil contoh di Johor Bahru. Apa yang ingin saya hujahkan adalah kejayaan dan pencapaian yang dinikmati oleh masyarakat Tionghua masa kini adalah hasil pemuafakatan dan perbincangan antara badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili mereka dengan kerajaan yang memerintah iaitu BN.

Di Johor masyarakat Tionghua menikmati pembangunan dan keistimewaan iaitu perayaan Chingay, gendang 24, sambutan Pesta Tanglung yang masuk tahun ke 24, muzium warisan, sistem persekolahan yang sistematik, peluang perniagaan, Kolej Selatan yang kini dinaik taraf sebagai Kolej Universiti dan tarian naga.

Kesemua yang diperolehi dan dinikmati oleh masyarakat Tionghua adalah hasil pemuafakatan antara dua buah pihak tanpa perlu ada unsur desakan seperti mana yang dimomokkan oleh pembangkang yang mana masyarakat Cina memerlukan pembangkang untuk terus menikmati lebih keistimewaan di negara ini.

Bagi saya, tiada gesaan dan desakan daripada pakatan pembangkang itupun masyarakat Cina boleh menikmati semua itu, jadi apa relevannya dakwaan seperti itu. Semua sudah sempurna dan seimbang. Malah sokongan antara semua kaum di Johor sudah cukup baik.

Dalam menjadikan UMNO/BN sebagai parti yang relevan untuk orang muda serta mampu pergi jauh pada masa depan, apa yang perlu dilakukan?

SHAHRIR: Saya yakin UMNO dan BN serta parti komponen lain menjadi pilihan orang muda zaman sekarang kerana mereka lebih cenderung untuk melihat fakta daripada auta atau temberang pihak pembangkang yang lebih gemar melihat sesuatu perkara itu dari sudut politik dan bukannya berhujah atas fakta yang sahih.

Sebagai contoh, saya mengikuti blog seorang anak muda yang dahulunya aktivis pembangkang namun kini dia berstatus atas pagar, tidak ke arah pembangkang namun tidak juga menyokong kerajaan. Dalam isu Pengerang dan Lynas, dia berhujah dengan melihat fakta dan menolak dakwaan pembangkang mengenai keburukan dua projek mega itu.

Pihak pembangkang kini semakin berani dalam cubaan mereka mengubah nilai antaranya menyokong pluralisme, Islam liberal LGBT dan sebagainya. Bagaimana Tan Sri melihat soal ini?

SHAHRIR: Usaha mereka mengubah nilai antaranya menyokong pluralisme, Islam liberal LGBT itu lagi merapatkan hubungan antara masyarakat Johor. Ia akan membuatkan orang Johor tolak pembangkang. Di Johor elemen agama itu kuat. Apa yang pembangkang bawa sekiranya mereka berjaya, Johor akan terasa dulu dan mungkin sistem sekolah agama ditutup atau diswastakan. Malah Lembaga Tabung Haji juga akan menerima nasib yang sama iaitu diswastakan manakala Universiti Islam Antarabangsa pula mungkin akan jadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan bukannya institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Yang pastinya sebagai orang Johor, kita tidak boleh terima semua itu. Jangan kerana kuasa dunia, akhirat kita korbankan.

Pembangkang mengguna pakai taktik 'jangan jadi harimau dulu' dimana sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa dan jika sudah dapat kuasa berkenaan baru kita keluarkan taring dan kuku kita. Mereka berjanji apa saja asalkan dapat sokongan. Ini namanya membohong diri sendiri, kenapa kita tak ikut saja jalan yang benar. Bagi saya ia hanyalah temberang.

Pilihan raya akan datang ini dilihat sebagai paling hebat pernah berlaku dalam sejarah. Bagaimana persediaan Tan Sri sendiri dalam menghadapi pilihan raya ini

SHAHRIR: Apa pun tak jadi masalah bagi saya sebab tugas saya nak jadikan Johor Bahru sebuah kawasan boleh menang. Tugas penting untuk sesiapa pun calon untuk Johor Bahru perlu ada karakter sayangkan kawasan ini dan masyarakatnya. Kalau dia sayang masyarakat dia takkan duduk senang kalau ada seorang anggota masyarakatnya susah.

Perasaan sayang itu datang dari hati. Kita kena hormat masyarakat dan sayang mereka, kalau kita percaya pada mereka...mereka akan datang balik kepada kita dan percaya kita. Pokoknya saya akan bekerja selagi daya dan berusaha untuk merealisasikan impian menjadikan Johor Bahru sebuah kawasan yang mampu menang.



Utusan Malaysia Online Rencana 23/12/2012

Be quick to decide on issues

THE MALAYSIA Education Blueprint may provide solutions and the answers to matters pertaining to our education system but there are some outstanding issues that need serious and urgent attention.

·Level of BM and English Language (EL) in national type schools

There is a difference in the way Bahasa Malaysia (BM) and the English Language is taught to primary level pupils in national type schools (SJK) compared to other national schools (SK).

I was definitely taken aback. Since pupils in SJK schools will eventually go to national secondary schools and learn the same syllabus as their SK peers, why are these children being discriminated and deprived of what they should learn in primary school?

Are we assuming national type school students are incapable of absorbing what their friends of the same age in national schools are learning?

·New syllabus without textbooks

A new English Language syllabus was introduced in 2010. However, there were no textbooks published or released to go with the new syllabus. Is it not ironic that textbooks have yet to be printed?

When a new syllabus is introduced for government schools, we need a standard reference that is put together in a textbook as it facilitates classroom teaching and learning. Although we are in the digital era, we still need textbooks. Textbooks serve as a guide for teachers to plan and execute lessons.

·Standardised vocabulary list

Many pupils are not interested in reading neither are they interested in building their vocabulary.

Most primary school pupils move on to secondary school not knowing the meanings of simple words, idioms and proverbs. What may seem simple to some children may seem difficult to another. So much time is wasted in just translating words before comprehending a text.

If the national curriculum could provide standardised lists from primary to secondary levels for both Bahasa Malaysia and the English Language, it will certainly be a boost for the students, teachers and parents.

·Thinking skills in English Language

Language learning at present involves mainly four major skills – reading, writing, speaking and listening. What is lacking during English Language lessons is the learning of thinking skills.

Since children these days are exposed to all kinds of reading and learning materials from a young age, introducing thinking skills from primary level will be to their advantage.

Thinking skills involves reasoning, problem-solving, analysing, evaluating and decision-making. Initially when students were learning Science and Mathematics in English, there were elements of thinking skills incorporated into the system.

English Language teaching at present needs to incorporate more knowledge-based context. and the subject (English language) itself should evolve from its linguistic form into a purposeful and meaningful form. This will encourage students to start thinking in English.

I think the above issues need to be given more attention as such improvements would indeed make our education system a better one.

S. SHARMINI Johor Baru The STAR Online Opinion Sunday December 23, 2012