June 30th, 2013

Kalau boleh jangan bela hantu raya

Dah lama Kunta Kinte tak dengar orang guna perkataan tambi. Selasa lepas, masa makan di sebuah kedai India, Kunta Kinte dengar seorang pelayan teriak tambi kepada seorang pelayan lain.

Betullah, bila Kunta Kinte toleh, Kunta Kinte dapati yang teriak tambi itu lebih tua daripada tambi yang dikeloinya. Tambi, dalam bahasa Tamil, ertinya adik.

Dulu kita memang guna panggilan tu. Bila kita pergi kedai India atau di kalangan orang yang cakap Tamil, kita panggil orang yang lebih muda daripada kita tambi. Kalau orang itu kecil atau muda, kita panggil chinna tambi yang ertinya adik kecil.

Kunta Kinte bagi tahu salah seorang blogger Melayu yang belajar di England dan tulis dalam bahasa Inggeris bahawa persamaan kepada Dracula atau ‘vampire’ dalam budaya rakyat Malaysia adalah hantu raya. Yang berbeza hanya pemakanan. Dracula minum darah, hantu raya makan telur.

Tapi hari ini tak berapa berani sebab ada orang yang anggap menghina atau rendahkan martabat orang India. Paria langsunglah tak boleh, sedangkan paria dalam bahasa Tamil ertinya pemalu gendang. Cuma dalam kasta Hindu di Selatan India, ‘paraiyan’ atau pemalu gendang adalah orang kasta rendah.

Tak faham asal usul

Inilah masalah bila kita tak belajar dan tak faham asal usul sesuatu perkara. Benda yang betul dan sopan pun ada yang kata menghina dan tak sopan. Dulu, bukan tambi saja kita guna, banyak lagi istilah harian Tamil dan Cina kita pakai. Tak ada siapa pun sensitif.

Tapi itu bahasa asing. Bahasa peribumi pun banyak yang dah tak berapa tahu. Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa persekolahan, makin banyak warganegara yang kurang fasih atau tak faham langsung bahasa Melayu.

Baru-baru ini, banyak blogger guna ungkapan Inggeris to appoint Dracula to take care of blood bank yang kalau Kunta Kinte terjemah terus ke bahasa Melayu bunyinya lebih kurang “lantik Dracula jaga bank darah”.

Dalam budaya rakyat Eropah, Dracula adalah seorang pembesar dulu kala di wilayah Transylvania, Romania, yang bertukar jadi ‘vampire’ waktu malam dan tidur dalam keranda waktu siang. Dia tak boleh kena cahaya matahari. Kalau kena, hancur berkecai.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka terjemahkan ‘vampire’ sebagai puntianak. Macam puntianak dalam budaya rakyat kita, Dracula hidup dengan menghisap darah manusia.

Jadi, kalau ikut budaya rakyat kita, ungkapan yang boleh ganti Dracula jaga bank darah adalah hantu raya jaga reban ayam. Silap-silap habis telur dibahamnya.

Ikut cerita dulu-dulu, orang yang bela hantu raya kena beri hantu rayanya telur. Kalau tak bagi atau bagi tapi tak cukup, hantu raya akan mengamuk, mengacau orang kampung dan merasuk orang yang lemah semangat. Silap-silap tuannya sendiri pun digasak.

Tapi hari ini, dalam zaman makanan sampah dan restoran KFC serta McDonald ada di mana-mana, Kunta Kinte rasa kalau ada orang yang cari hantu raya untuk dibela, dia bukan saja kena bagi makan telur saja. Silap-silap hantu raya minta ayam KFC dan Chicken McNugget bila ada tugas berat. Maklumlah kalau manusia pun banyak yang tamak dan haloba, hantu raya pun boleh jadi terikut-ikut.

Oleh itu, Kunta Kinte kata, sebelum sesiapa bercadang nak bela hantu raya untuk tujuan sihir dan puja, fikir dalam-dalam, muhasabah diri, lapangkan dada dan ingatlah sihir dan sekutukan Allah dosa besar.

Tapi kalau nak bela juga dan sanggup hadapi balasan Tuhan, Kunta Kinte kata, jangan bagi hantu raya jaga telur apatah lagi jaga reban ayam. Bukan apa, takut bukan telur saja ia makan, ayam pun ia baham juga. Kalau hantu raya itu jenis korporat, reban ayam pun ia jual kepada peniaga besi buruk.

Satu lagi, kepada yang bela hantu raya, jangan sembunyi-sembunyi. Kena bagi tahu orang yang mereka percayai bahawa mereka bela hantu raya pasal tak ada hantu raya yang lebih berbahaya daripada hantu yang kematian tuan.

Berdosa besar

Jadi eloklah awal-awal lagi wasiatkan hantu raya tuan-tuan dan puan-puan itu kepada orang yang tuan-tuan dan puan-puan percayai. Itu pun kalau ada yang mahu warisi hantu raya. Kalau nak buat wasiat cara Islam pun boleh pasal sekarang sudah ada syarikat macam itu yang ditauliahkan oleh kerajaan.

Cuma Kunta Kinte tak tahu sama ada undang-undang benarkan hantu raya diwasiatkan. Duit, rumah, tanah bendang dan saham boleh.

Tapi kalau boleh atau ada jalan lain untuk jadi kuat dan berkuasa, Kunta Kinte nasihat sekali lagi, janganlah bela hantu raya atau apa-apa pun jenis hantu. Berdosa dan bawa bala. Yang bela pelesit, nak bertentang mata dengan orang pun tak boleh. Kan susah? Wallahualam.

Kunta Kinte Original Berita Harian Online Rencana 29/06/2013

Jalan raya dan hari raya

Pejam celik, pejam celik...bulan Ramadan sudah pun hampir tiba bermakna umat Islam akan mula berpuasa tidak lama lagi, seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi umat Islam, inilah bulan yang ditunggu-tunggu untuk meningkatkan amal ibadah. Seperti biasa, pada Ramadan dan Syawal, ditunggu-tunggu seluruh umat Islam di bandar dan desa. Sepanjang Ramadan ramai umat Islam mengambil peluang berniaga, mencari pendapatan tambahan. Sepanjang tempoh perayaan juga, lebuh raya dan jalan raya di seluruh negara menjadi sesak yang luar biasa. Setiap hari perayaan, banyak versi rungutan mengenai kesesakan jalan raya didengar. Ada yang mengadu bahawa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, contohnya, mengambil masa lebih 10 jam, sedangkan pada hari biasa hanya empat atau lima jam saja. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan pula mengambil masa hingga 14 jam sedangkan dalam keadaan biasanya hanya separuh daripada tempoh itu. Begitu juga perjalanan ke selatan tanah air.

Keadaan ini berlaku walaupun mutu lebuh raya dan jalan raya di negara ini yang menyambungkan hampir ke setiap negeri, adalah yang terbaik. Bukan masalah mutu lebuh raya yang dipersoalkan tetapi bilangan kenderaan yang kian bertambah. Ini sebenarnya adalah masalah yang baik atau apa sering disebut dalam bahasa Inggeris sebagai good problem. Dulu, sewaktu belum ada lebuh raya perjalanan mengambil masa yang panjang kerana keadaan jalan yang tidak baik dan berbukit-bukit. Bayangkan suasana ketika itu di mana jalan raya satu lorong yang memaksa setiap pengguna bertarung dengan lori, bas dan sebagainya. Cuma, bilangan kenderaan tidaklah sebanyak seperti sekarang.


Kemampuan miliki kenderaan meningkat

Hari ini diakui mutu jalan raya adalah baik tetapi bilangan kenderaan pula terlalu banyak sejajar dengan peningkatan bilangan penduduk. Kemampuan rakyat untuk memiliki kenderaan juga meningkat. Kedudukan ekonomi negara yang kukuh menyumbang kepada kemampuan rakyat untuk memiliki kenderaan sendiri. Hari ini, boleh dikatakan setiap rumah mempunyai purata dua buah kereta. Ini tidak termasuk motosikal yang jumlahnya juga begitu banyak. Oleh itu, pada setiap masa lebuh raya dan jalan raya di negara ini tidak pernah sunyi daripada kenderaan yang lalu lalang walaupun sesaat. Kesan terhadap pertambahan kenderaan ialah berlaku banyak kemalangan jalan raya. Setiap hari ada saja kemalangan maut walaupun pelbagai operasi dijalankan. Apa pun, peningkatan kemalangan tidak boleh disalahkan kepada bilangan kenderaan. Kebanyakan kemalangan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian manusia.

Kebelakangan ini, kesesakan lebuh raya dan jalan raya, terutama di bandar besar, sering berlaku tanpa mengira masa. Kesesakan berlaku tanpa perlu menunggu hari raya. Di Kuala Lumpur, umpamanya, kesesakan biasanya berlaku sewaktu isi rumah keluar pada waktu pagi atas urusan masing-masing sama ada untuk bekerja atau menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Keadaan reda seketika sehinggalah bila masuk waktu tengah hari ketika ramai orang keluar untuk makan tengah hari yang hampir serentak dengan waktu anak-anak balik sekolah. Pada waktu petang pula sekali lagi jalan raya penuh sesak hingga ke malam apabila orang ramai pulang dari pejabat menuju ke rumah masing-masing atau destinasi masing-masing. Jika hujan, kesesakan menjadi lebih buruk.

Pantang ada cuti umum

Di negara ini, pantang ada cuti umum. Jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat atau Isnin, umpamanya, ramai orang yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau makan angin di tempat tertentu. Keadaan ini juga berlaku mungkin kerana penghuni bandar sudah jemu atau sentiasa mahu lari daripada kesesakan dan riuh pikuk di bandar. Apabila ada saja peluang untuk keluar dari bandar raya, mereka akan berbuat demikian. Untuk pulang ke kampung halaman sama ada di utara, selatan, timur atau barat, tidak menjadi masalah. Jika tidak terlalu banyak kenderaan, perjalanan menjadi lebih lancar dan waktu perjalanan lebih pendek. Tambahan pula, mutu jalan raya di negara ini adalah terbaik. Disebabkan keselesaan memandu, ramai yang mengambil peluang menggunakan hujung minggu atau cuti umum untuk pergi ke mana-mana saja. Bagaimanapun, disebabkan terlalu ramai rakyat yang mengambil kesempatan yang sama, keadaan jalan raya menjadi sesak semula. Waktu perjalanan mengambil masa yang agak panjang pula. Keadaan ini berlaku walaupun hampir setiap lebuh raya sudah mengalami proses baik pulih. Di semua lebuh raya, kerja melebar dan membesarkan jalan – dari dua kepada tiga lorong manakala tiga lorong dibesarkan kepada empat lorong pesat dijalankan. Semua ini dilakukan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Kemampuan ekonomi juga menjadi faktor penting ramai penduduk mampu berbelanja dengan keluar dari kawasan bandar raya. Dengan adanya kenderaan pelbagai guna, ia memudahkan seluruh keluarga dimuatkan dalam sebuah kenderaan. Di negara ini juga sudah banyak tempat menarik yang boleh menjadi pusat tumpuan pada setiap hujung minggu sama ada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan di selatan manakala Kelantan, Terengganu dan Pahang yang masing-masing mempunyai keunikan sendiri, di pantai timur dan Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak di utara. Semua ini ini mempunyai tarikan pelancongan tersendiri. Sebetulnya, untuk menghabiskan cuti, tidak perlu ke luar negara kerana di negara ini ada pelbagai tempat menarik yang masih belum ramai yang berkunjung. Tabiat keluar dari kota sudah menjadi perkara biasa di negara ini dan perlu digalakkan supaya setiap orang dapat membuka minda.


Mior Kamarul Shahid Berita Harian Online Rencana 30/06/2013

Gemuk masyhur

Masalah kegemukan beri inspirasi untuk mencipta idea baru

APABILA laman sosial menyiarkan gambar bekas Ratu Dunia 1994, Aishwarya Rai Bachchan dengan wajah berdagu dua dan pipi bulat, ramai yang memberikan komen termasuk mengejek dan menyindir penampilannya yang sangat mengejutkan itu.

Namun, pelakon terkenal Bollywood itu tetap gembira dengan keadaan diri dan berat badannya. Malah, mengakui tidak akan ‘jaga badan’ meskipun diejek dan disindir kerana menunjukkan perbezaan besar selepas menimang cahaya mata pertama.

"Saya gembira kepada semua orang di luar sana yang menunjukkan perasaan kasih sayang dan positif hingga aspek negatif tidak difikirkan langsung, saya tidak rasa marahpun" - Aishwarya Rai

Kemunculannya aktres berusia 38 tahun itu di Pesta Filem Cannes minggu lalu dan berjalan di permaidani merah menunjukkan beliau sangat yakin dengan penampilan barunya itu walaupun lebih gemuk berbanding sebelum melahirkan anaknya, Aaradhya, November tahun lalu.

Keyakinan dan keberanian ditunjukkan Aishwarya menunjukkan wanita yang pernah dinobatkan dalam senarai wanita tercantik dunia itu secara tidak langsung membuktikan selebriti juga yang tidak terlepas daripada masalah mengekalkan tubuh dan wajah yang cantik.

Malah, ratu cantik itu juga menyedarkan orang ramai bahawa keputusan untuk tampil cantik, menawan dengan tubuh yang sempurna terletak di atas kemahuan diri sendiri bukannya kerana terpaksa atas desakan masyarakat atau tekanan sosial.

Minggu ini RONA menyenaraikan beberapa tokoh dan selebriti antarabangsa yang tampil yakin untuk berhadapan dengan masyarakat walaupun mereka dikategorikan mempunyai tubuh yang gempal, kurang menarik atau ‘hodoh’.

Jessica Simpson

Penyanyi Amerika Syarikat (AS) ini bertahun-tahun dikenali sebagai aktres yang mempunyai tubuh ‘sempurna’ atau kurus. Keputusannya untuk mengandung kali ini menyebabkan beliau tidak kisah dengan penampilan baru, tubuh yang lebih gempal. Malah, beliau dilaporkan tidak kisah dengan sindiran mahu pun ejek ramai terhadap tubuhnya itu.


"Apabila wanita hamil, orang ramai perlu menerima hakikat perbezaan tubuhnya. Waktu ini adalah satu masa yang benar-benar istimewa dan anda sepatutnya boleh menangani dan menghadapinya dengan bijak. Pakai apa yang sesuai dan bangga dengannya," katanya April lalu.

Malah, dilaporkan Jessica mengakui beliau tidak akan tergesa-gesa menurunkan berat badan selepas melahirkan anaknya nanti, sebaliknya mahu menikmati saat bergelar ibu dengan melayan kerenah si kecilnya nanti.

Oprah Winfrey

Masalah kegemukan sering dirujuk pada pengacara jutawan dan perantara program terkenal, Oprah Winfrey. Awal kemunculannya dalam arena penerbitan televisyen, Oprah memang dikenali sebagai wanita kulit hitam gemuk yang berjaya menempatkan diri dalam dunia ‘glamor’ yang selama ini dikuasai orang kulit putih.

Kemudiannya, ketika zaman kemuncaknya beliau berjaya menguruskan badan dengan bantuan jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan melalui program diet Optifast. Program itu menyebabkan beliau kehilangan 27.2 kilogram (60 pounds) dan menjadi inspirasi beribu rakyat Amerika Syarikat menurunkan berat badan dan menjadi lebih menarik serta berkeyakinan.

Namun, badan Oprah seumpama yoyo kerana senang naik dan turun malah sehingga tahun lalu, Oprah yang sudah menamatkan siaran bual bicara berusia 25 tahun dilihat tampil dengan tubuh yang gempal. Nampaknya, Oprah satu-satu selebriti gemuk yang tetap laku walaupun bertubuh sedemikian.

Delta Burke

Bekas ratu Florida 1974 yang juga seorang pelakon mini siri di Hollywood juga menghadapi masalah kegemukan, dan kesannya mengalami tekanan jiwa, kemurungan dan gangguan makanan.
Namun, selepas beberapa tahun beliau mempunyai pandangan positif mengenainya walaupun menerima kritikan daripada orang ramai. Masalah kegemukan menyebabkan beliau mengidap diabetis pada 2000, tetapi itu tidak mematahkan malah memberi inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan buku mengenai gaya hidup positif wanita berbadan gempal ‘Delta Style’ dan cara beliau menangani masalah kegemukan serta diabetis.

Beliau turut membuka butik memasarkan baju sesuai untuk wanita berbadan besar, dikenali jenama BBW dan menerima anugerah EMMY melalui watak Suzanne Sugarbaker dalam drama komedi mini siri Designing Women.

Kirstie Alley

Bintang filem dan drama Hollywood ini memang dikenali sebagai artis berbadan besar atau gempal. Malah, liputan mengenai berat badannya lebih banyak dilaporkan berbanding drama atau filem yang dibintanginya.


Dalam pada itu, beliau sentiasa tampil yakin berhadapan dengan orang ramai walaupun berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg). Beliau yang sentiasa diingati kerana wataknya dalam drama komedi Cheer sebagai Rebecca Howe (1987 -1993), turut menerima dua anugerah Emmy hasil lakonan cemerlang memegang watak itu.

Alley pernah muncul dalam rancangan Oprah Winfrey Show apabila berjaya menurunkan berat badan lebih 33 kg. Namun, selepas itu beratnya terus meningkat sehingga 86 kg. Pada 2010, Alley melancarkan produk kesihatan dikenali sebagai Organic Liaison, iaitu produk pertama diluluskan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) sebagai produk menguruskan badan. September 2011, beliau mengumumkan kehilangan 45.3 kg selepas lebih setahun mengamalkan produk berkenaan.

Sir Winston Churchill

Perdana Menteri Britain pada 1940 -1945 dan 1951-1955, Sir Winston Leonard Spencer-Churchill adalah tokoh politik yang sering dilabelkan sebagai pemimpin gemuk. Salah satu petikannya yang paling terkenal adalah ‘saya mungkin gemuk, tapi awak hodoh, saya boleh berdiet dan kurus tapi wajah yang hodoh tidak mungkin berubah menjadi cantik’.


Ini membuktikan pemimpin yang terkenal memang suka makan di restoran mewah sekitar London itu tidak kisah dengan kata-kata orang ramai mengenai saiz tubuhnya tetapi lebih menumpukan kepada pentadbiran negara. Churchill juga adalah satu-satu Perdana Menteri Britain yang menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan dan sering diingati kerana pembabitannya dalam Perang Dunia Kedua serta pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Malah, bom atom yang dilepaskan ke bandar Hiroshima dan Nagasaki digelar sebagai ‘Fat Man’ mengambil gelaran yang sering diberikan kepada Churchill.


Rohaniza Idris Berita Harian Online 30/06/2013

Benci orang tidak tepati masa

SAYA benci menunggu. Dan saya sangat bimbang jika saya menyebabkan orang lain menunggu saya. Menepati waktu bukan opsyen tetapi wajib.

Mesyuarat pukul 11 pagi. Jarak rumah ke pejabat sehala 32 kilometer. Waktu sudah 10.15 pagi. Bayangkan 32 kilometer (KM) perlu ditempuh dalam masa kurang 45 minit. Tidak mustahil walaupun harus melalui tiga plaza tol. Terpaksalah memecut kereta melebihi had laju. Berjaya sampai 10.55 pagi. Masuk bilik 10.59 pagi. Tetapi tidak cukup kuorum. Masih ada yang belum sampai. Menyirap darah.

Kita pula kena tunggu! Walhal kita dah menyabung nyawa untuk sampai tepat pada waktunya. Kerana takut orang menunggu kita, maka dipecut kereta mengalahkan Lewis Hamilton. Mujur tak langgar orang. Paling teruk pun, gambar dirakam AES (Yang ada pun belum bayar!).

Tunggu lima minit. Tidak mengapa. Boleh belek Twitter. Lima minit menjadi 10 minit, masih tak cukup kuorum. Tambah lima minit lagi, baharulah masuk seorang. Kuorum lengkap.

Dengar alasan yang diberikan:

a) Traffic jam (alasan lazim diguna di seluruh dunia).

b) Saya tidak jumpa bilik mesyuarat/ tidak tahu pun ada mesyuarat.

c) Saya ingatkan mesyuarat mula jam 12 tengah hari. Bila pula ubah ke 11 pagi?

d) Saya jenguk dari luar. Tak nampak ada orang. Rupa-rupanya ada di dalam.

e) Saya baharu terima panggilan ketua unit minta ganti dia ke mesyuarat ini sebab dia tersangkut dalam traffic jam.

Dalam kebanyakan masa, jika anda merupakan anggota mesyuarat, rasa jengkel itu mungkin tidak membuak-buak. Yang kritikal tentulah pengerusi mesyuarat. Kena patuh tatacara bermesyuarat pula. Kalau tiada kuorum, mesyuarat tidak boleh dimulakan. Bila pengerusi marah, dia diejek sebagai pengerusi yang emosi.

Kalau anda, apa reaksi anda?

a) Mencatat nama individu lewat untuk didenda kemudian.

b) Menangguhkan mesyuarat sama sekali.

c) Menyindir setajam-tajamnya individu yang lewat daripada anda.

d) Meneruskan mesyuarat, sambil mengurut dada dan berkata, ‘‘Alhamdulillah aku tak lewat".

e) Kesemua di atas.

Seandainya anda beranggapan aspek menepati masa ini bukan perkara mustahak dalam kehidupan, anda tergolong dalam kategori manusia bermasalah besar. Ini bukan fatwa. Tak layak pun. Tetapi konsep masa ini diberi penekanan khusus dalam agama. Tidak menepati masa bermakna mungkir janji yang bersamaan dengan munafik dan berdusta.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-‘Asr 103:3).

Soal menepati masa atau istilah bahasa Inggeris, punctual turut diberi penekanan dalam agama-agama lain seperti Kristian. Jelas soal menepati masa adalah satu elemen dalam kehidupan yang dititik beratkan oleh semua agama.

Daripada aspek sosiologi, banyak kajian telah dilakukan dalam soal menepati masa mengikut bangsa. Secara umumnya, bangsa-bangsa maju diiktiraf sebagai sangat mementingkan soal menepati masa. Perkara ini boleh diperkukuhkan lagi jika anda berpeluang berada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

Masyarakat Jepun paling serius dalam hal ini. Jika anda terlewat, anda berisiko menyinggung perasaan mereka. Ini bukan persepsi. Tetapi sememangnya termeteri dalam budaya adat resam bangsa Jepun yang mementingkan ketepatan masa. Sebab itu pengangkutan awamnya seperti bas dan kereta api laju sangat-sangat boleh diharapkan tiba dan bertolak tepat mengikut jadual.

Begitu menjaganya masa bagi orang Jepun hinggakan mampu memberi keinsafan pula semasa berkursus di sana. Seorang penceramah terlewat sampai. Tidaklah lama pun. Mungkin 10 minit. Dengan muka sedih kesal yang bukan dibuat-buat, dan kepala menunduk, wanita itu memohon maaf kepada kami. Di pihak kami tidaklah merungut sebab ada yang ambil kesempatan menyedut tembakau di luar, tetapi jadi tergamam melihat perlakuannya. Dan diingat sehingga kini.

Di Malaysia, orang datang lewat boleh selamba sambil gelak-gelak berkata : “Nasib baik aku datang. Kalau aku tak datang langsung..."

Beberapa pengkaji menyifatkan Jepun sebagai negara terbaik dalam kategori konsep menepati waktu. Malah terdapat kajian mendapati pelajar kolej Jepun lewat ke kelas kurang daripada sekali seminggu dan pensyarah mendenda mereka yang lewat dengan memotong markah gred. Ini bukan semata-mata lewat menghantar tugasan atau kerja rumah tapi lewat hadir ke kelas!

Ketepatan waktu mendominasi banyak perkara dalam kehidupan bangsa Jepun. Purata kelajuan berjalan, ketepatan jarum jam di bank dan kecekapan pejabat pos diiktiraf sebagai luar biasa terbaik di dunia.

Menurut pengkaji, tarikh akhir (deadlines) bangsa Jepun adalah realistik kerana apabila sudah terbina, sangat jarang janji dimungkiri. Semasa musim memukat sotong, nelayan akan bangun seawal 2 pagi, bersarapan mengikut waktu secukupnya dan bergerak ke pantai menjelang pukul 4 pagi. Lewat sampai dilihat sebagai penghinaan terhadap ketua mereka, dan betapa pentingnya hubungan kerja itu, tiada siapa mahu mencetuskan penghinaan.

Dalam sesetengah budaya, pemahaman mereka berbeza mengenai konsep masa. Jika dijemput ke majlis pukul 10 pagi, mereka akan muncul sejam kemudian. Menurut pengkaji, orang Amerika Latin adalah tergolong dalam kategori ini manakala orang Arab, boleh menukar jadual itu keseluruhannya. Dijemput pukul 10 pagi, mereka boleh tidak datang langsung!

Di Amerika Syarikat, aspek menjaga masa bangsa maju ini memang boleh kita contohi. Satu insiden semasa bertemu dengan pensyarah komunikasi di Florida State University (FSU) menyaksikan saya sampai selepas tamat acara. Bukan salah saya tetapi pensyarah yang ditugaskan menjemput saya, berborak ‘sedikit lama’ dengan rakan di pejabat Tallahassee Democrat. Bila sampai di FSU, semua sedang makan. Tersipu-sipu jugalah menjawab sapaan sarjana di situ: ‘‘We were expecting you a little bit earlier’'. Demi menjaga muka ‘supir’ tersebut, saya sekadar memohon maaf. Takut balik kena naik teksi pula.

Untuk menjadi bangsa yang maju, kita mesti utamakan menepati waktu. Wawasan 2020 telah disasarkan sebagai tarikh kita menjadi sebuah bangsa negara maju. Kita kena tepati sasaran masa itu. Tidak boleh dianjak atau ditunda lagi.

Pagi ke malam minum kopi,

Sampai berjalan macam zombie,

Tepati masa, tepati janji,

Semua kerja mesti menjadi.



Johardy Ibrahim Utusan Malaysia Online Rencana 30/06/2013

Turki, Syria, Iran dari satu sudut

SEBAHAGIAN daripada rakyat Turki dengan senang hati melakukan tunjuk perasaan menentang Perdana Menteri Tayyip Reccep Erdogan.

Sementara di Syria, sebahagian rakyatnya bermati-matian dengan mengharungi penyiksaan dan kematian untuk menggulingkan Presiden Bashar Assad.

Di Iran pula, sebahagian rakyatnya mengundi untuk menyokong seorang calon presiden, Hassan Rowhani kerana beliau dianggap paling sederhana, bermakna tokoh yang membangkang elit politik dominan republik itu.

Secara umumnya dapat difahami bahawa media Barat menyokong sebarang usaha daripada rakyat Turki, Syria dan Iran yang menentang kerajaan masing-masing.

Maka disebutnya bahawa di Turki, kerajaan Erdogan adalah bersifat autoritarian, mempunyai agenda Islam dan bersikap menolak sekularisme.

Penentangan Barat terhadap Assad adalah jelas daripada awal. Ini kerana Syria dianggap sebagai negara yang berada sezaman dan sefahaman dengan Iraq zaman Saddam dan Libya zaman Gaddafi.

Terhadap Iran pula, ia merupakan negara yang dianggap musuh kepada Barat sejak berlaku revolusi yang menggulingkan Shah Reza Pahlavi.

Adalah menjadi impian kepada Barat supaya sistem Republik Islam Iran tumbang dan digantikan dengan suatu bentuk pemerintahan demokratik seperti apa yang diamalkan oleh kebanyakan negara-negara dunia.

Barat pernah cuba menggagalkan sistem pemerintahan Republik Islam Iran dengan menyokong Iraq pimpinan Saddam Hussein menyerang serta memerangi negara itu dalam Perang Iran-Iraq pada awal tahun 80-an. Tetapi mereka gagal.

Selepas itu mereka mengharapkan suatu penentangan dalaman di Iran. Setiap kali Pilihan Raya Presiden negara itu, Barat akan berusaha mencari tokoh yang dianggap sederhana. Apa yang disebut sebagai sederhana itu bermaksud golongan tidak puas hati terhadap dasar-dasar pemerintahan sedia ada di bawah pimpinan Pemimpin Tertingginya, Ayatullah Khamenei.

Justeru apa yang diharapkan ialah Persian Spring, iaitu kebangkitan rakyat Iran, kalau tidak pun setakat demonstrasi untuk menjatuhkan pemimpin mereka. Tetapi itu tidak berlaku.

Apa yang berlaku ialah Iran bertambah berpengaruh di rantau itu sepanjang tahun 90-an dan 2000-an.

Hizbullah yang merupakan kumpulan politik sokongan Iran menjadi kuasa paling berpengaruh di Lebanon. Ia berjaya mencabar pengaruh Barat bukan saja di Lebanon tetapi di Israel.

Hizbullah pula bersekutu dengan Syria. Ketiga-tiga kuasa politik ini: Hizbullah, Syria dan Iran menjadi paksi yang mencabar hegemoni Barat di rantau itu.

Selepas Amerika Syarikat menakluki Iraq, maka diharapkan semangat demokrasi yang diterapkan di Baghdad akan merebak ke negara-negara lain di rantau itu. Negara yang paling utama diharapkan akan berlaku perubahan ialah Syria.

Kerajaan Baghdad di bawah Saddam dan Damsyik di bawah Assad berkongsi fahaman iaitu Baathisme walaupun kedua-duanya bermusuhan. Justeru apabila Baghdad tumbang, maka Damsyik juga diturut akan terheret sama. Apabila Syria dapat di demokrasikan, maka Hizbullah juga akan lemah dan Lebanon dapat ditarik kembali kepada pengaruh Barat.

Tanpa Syria dan Lebanon, Iran juga akan tergugat. Itulah yang diharapkan daripada rentetan penaklukan Amerika Syarikat terhadap Iraq. Daripada Iraq, ia pergi ke Syria, Lebanon dan akhir sekali Iran.

Tetapi pendemokrasian di Iraq tidak membawa kepada kebebasan di Timur Tengah. Sebaliknya Iraq terpaksa mengharungi penderitaan daripada keganasan yang berlarutan dan berpanjangan.

Sebaliknya Teheran mendapat tapak pengaruh ke atas kerajaan Baghdad. Ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dielak oleh Amerika Syarikat. Washington dan Teheran mendapati diri mereka berada di pihak yang sama bagi menentang golongan Sunah yang bersenjata.

Setelah beberapa tahun berlalu, apa yang berlaku bukannya Persian Spring tetapi sebaliknya Arab Spring. Ia tidak bermula di Syria tetapi tercetus di Tunisia, sebuah negara sekutu Barat.

Tuntutan pendemokrasian berlaku bukan di negara anti-Barat seperti Syria dan Iran, sebaliknya ia berlaku di negara-negara pro-Barat iaitu Tunisia dan Mesir.

Walaupun media Barat mengalu-alukan revolusi ini, tetapi mereka bimbang bahawa dalam demokrasi, pihak yang akan dipilih rakyat adalah golongan berasal dari kalangan gerakan Islam.

Tetapi apa yang disebut sebagai Arab Spring itu menggembirakan pihak Barat kerana ia merebak kepada negara-negara yang bukan sekutu Barat khususnya Libya dan Yemen tetapi lebih penting lagi ialah Syria.

Sementara Arab Spring di Bahrain berjaya dipatahkan dan kerajaan yang merupakan sekutu Barat di situ selamat.

Di Tunisia dan Mesir pula, seperti yang dijangka Barat, kerajaan yang muncul melalui proses pilihan raya ialah pihak-pihak yang berasal dari gerakan Islam, iaitu Islamic Trend Movement di Tunisia dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kedua-dua kumpulan ini menubuhkan sayap parti politik dan menggambarkan diri mereka bukan lagi sebagai gerakan Islam tetapi lebih kepada kumpulan demokrat dan tidak menentang sekular. Mereka mahu menyamakan diri mereka dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki pimpinan Erdogan. Ada pihak menamakan mereka pasca Islamis.

Tetapi media Barat dalam mengalu-alukan mereka, kecurigaan tetap ada. Mereka dianggap sebagai menyembunyikan agenda Islam. Termasuklah Erdogan.

Ternyata Syria tidak semudah Tunisia, Mesir dan Libya. Perang saudara berlaku. Mesir dan Turki mengisytiharkan sokongan kepada penentang Assad. Iran membela Damsyik.

Tetapi Barat mempunyai agenda tersendiri terhadap pasca Islamis ini. Demonstrasi disokong Barat dilancarkan terhadap kerajaan-kerajaan Tunis, Kaherah dan Ankara walaupun kesemua mereka ini dipilih oleh pengundi melalui proses pilihan raya yang dapat diterima.

Arab Spring sudah merebak menjadi Turkish Spring pula. Maka timbullah kata-kata bahawa demokrasi bukan sekadar proses pilihan raya. Ia seharusnya lebih daripada itu. Demokrasi wajar meliputi kebebasan bersuara di samping menghormati suara-suara minoriti.

Parti-parti politik yang menang dalam pilihan raya tidak bermakna mempunyai semua kuasa dalam pemerintahan.

Mereka perlu mengambil kira pihak minoriti yang kalah dalam pilihan raya. Ini kerana negara adalah milik semua, bukannya sesuatu pihak yang menang pilihan raya.

Maknanya Barat bukan saja mahukan demokrasi pilihan raya berlaku di negara-negara Timur Tengah. Mereka mahu kerajaan yang sekular seperti mereka. Sama ada konservatif atau sosialis, sesebuah kerajaan mestilah bersifat sekular.

Walaupun pasca Islamis menerima sistem demokrasi dan toleran terhadap sekularisme, tetapi Barat tidak mempercayainya.

Usaha Erdogan hendak membina semula bangunan warisan Uthmaniah dan masjid baru berseni bina Uthmaniah dipandang sebagai agenda Islam yang bertopengkan demokrasi dan sekular.

Untuk melawan pasca Islamis ini, caranya ialah dengan demonstrasi. Walaupun tindakannya itu akan dibalas dengan demonstrasi yang lain, tetapi ketidakstabilan akibat daripada itu diharapkan akan menggagalkan sebarang agenda Islam daripada golongan pasca Islamis ini.

Barat dengan jelas komited hendak menggulingkan Assad. Presiden Barrack Obama juga sudah membuat keputusan untuk membekalkan senjata dan menyokong penuh penentang-penentang Assad.

Mesir dan Turki juga turut membantu pihak yang menentang Assad. Tetapi setelah Assad berjaya ditumbang kelak, pihak Barat dapat difahami tidaklah mahu kerajaan baru itu terdiri daripada golongan pasca Islamis seperti di Turki dan Mesir. Mereka menginginkan negara Syria yang benar-benar demokratik dan sekular.

Selepas Syria, tentulah harapannya ialah untuk mengubah pula Iran.


ZIN MAHMUD Utusan Malaysia Online Rencana 30/06/2013

Hakim, Politik, Parlimen dan Rumah

Rumah oh rumah

KUALA Lumpur, Petaling Jaya, Damansara dan banyak lagi pusat bandar moden, milik siapa?

Awang bertanyakan hal ini kerana rumah-rumah mewah termasuk kondominium makin melambak bagai tidak terkawal.

Lama-kelamaan tiada lagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, yang rata-ratanya Melayu, akan menetap di kota metropolitan.

Akhirnya orang Melayu tercampak dengan sendirinya ke pinggir-pinggir bandar. Salah siapa?

Apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abd. Ghani di Dewan Rakyat minggu lalu wajar dijadikan renungan.

Menurut beliau, terdapat 7,000 unit rumah berharga hampir RM1 juta dibina di kawasan Parlimennya sejak tiga tahun lalu.

Ramai warga kota terutama Melayu tidak mampu memiliki rumah seperti itu kerana harga yang terlalu tinggi. Setakat mampu mendongak tengok dan geleng kepala.

Sebenarnya bukan di Titiwangsa sahaja, banyak lagi kawasan yang landskap telah berubah dengan dipenuhi kondominium mewah.

Antaranya di Danau Kota dan Setapak sehingga menjangkaui tahap kepadatan penduduk.

Maka Awang setuju dengan saranan Johari agar kerajaan campur tangan dalam soal penentuan harga rumah di Kuala Lumpur.

Tetapi itu sahaja tidak memadai. Kerajaan perlu bertegas memastikan perimbangan antara rumah mewah, sederhana dan mampu milik.

Kalau perlu dibekukan projek rumah mewah di kawasan tertentu, bekukanlah. Janganlah serahkan kepada pemaju dan pasaran hartanah yang mencorakkan segala-galanya.

Walaupun isu perumahan bandar ini agak mencabar, ia boleh ditangani dengan lebih berkesan, asalkan ada kemahuan yang tinggi.

Awang tidak akan bosan bangkitkan isu ini makatolonglah beri perhatian.

Memuaskan...

AWANG ucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana menunjukkan prestasi yang memuaskan pada minggu pertama persidangan Dewan Rakyat.

Ini termasuk mematahkan isu undi popular yang dimainkan oleh pemimpin DAP dan PKR. Hakikatnya parti-parti pembangkang tidak bertanding atas lambang dan logo masing-masing.

Jika mahu diambil kira populariti, UMNO menang 88 kerusi (daripada 120 kerusi yang dipertandingkan), iaitu kurang satu kerusi daripada jumlah kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang.

Memetik Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican, PKR menjadi parti paling tidak popular dan ditolak rakyat. Parti itu hanya memenangi 30 daripada 99 kerusi yang dipertandingkan.

Awang perhatikan, isu undi popular yang dijaja oleh pemimpin pembangkang terutama PKR akhirnya makan tuan.

Turut menarik perhatian ialah pelantikan Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC).

Dalam ruangan ini, bulan lalu Awang pernah cadangkan nama beliau mengemudi BNBBC atas ketokohan, pengalaman dan kewibawaan.

Kepada Shahrir, tahniah. Kepada barisan Ahli Parlimen BN, rakyat akan menilai anda semua danmasih terlalu awal untuk berpuas hati.

Ini baru permulaan.

Kisah hakim

ANTARA isu yang menarik perhatian minggu ini ialah persaraan Hakim Mahkamah Tinggi, V.T. Singham, 65.

Persaraannya yang diumumkan agak mengejutmengundang tanda tanya.

Lebih-lebih lagi selepas dua hari beliau menyabitkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar (semasa menjadi Ketua Polis Selangor) atas kematian penjenayah, A. Kugan ketika dalam lokap.

Dalam keputusannya, Singham menghadiahkan RM801,700 dan ganti rugi teladan kepada keluarga Kugan.

Persaraan Singham turut menarik minat beberapa pengendali blog. Ada yang mendakwakononnya beliau pro pembangkang berdasarkan beberapa penghakimannya yang dilihat memihak.

Sama ada ia benar atau tidak, Awang tidak berani ulas apatah lagi melibatkan hakim dan keputusan mahkamah. Nanti boleh dijatuhi hukuman menghina mahkamah.

Hanya Singham yang layak menjawab persoalan tersebut dan beliau wajar diberi peluang untuk membela diri.

Di Barat dan banyak negara Asia, membahaskan kes-kes mahkamah termasuk keputusan hakim secara terbuka, adalah perkara biasa di bawah amalan demokrasi.

Lagipun hakim di serata dunia, bukanlah maksum selain terdedah kepada kekhilafan dan adakalanya salah laku.

Lalu seorang teman tertarik untuk menjalankan kajian tentang penghakiman Singham dalam beberapa kes yang menjadi perhatian umum.

Begitu juga, untuk lebih memahami siapa sebenarnya beliau, yang Awang teruja ingin tahu.

Kaduk naik junjung

AWANG simpati dengan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang menjadi mangsa salah lapor akhbar Cina berhubung isu Jonker Walk.

Membuka laluan kepada kenderaan di Jonker Walk dan menutup pasar perniagaan di situ yang dikatakan menjadi tarikan pelancong asing, adalah dua perkara yang berbeza.

Tetapi itulah yang berlaku di peringkat awal.

Kenyataan Idris bahawa Jonker Walk akan dibuka kepada kenderaan bertujuan menangani masalah kesesakan lalu lintas, ditafsirkan sebagai menutup sama sekali Jonker Walk.

Akibatnya, Idris diserang oleh media dan NGO Cina. Selepas penjelasan demi penjelasan, beliauterus diserang.

Langkah kerajaan negeri untuk membuka laluan kepada lalu lintas di Jonker Walk (yang ditutup pada lewat petang dan malam pada hujung minggu), turut dibantah habis-habisan.

Awang yakin kerajaan negeri bersikap terbukauntuk membincangkan hal tersebut tetapi isu itu telah dipolitikkan secara keterlaluan oleh DAP.

Pemimpin DAP, Tony Pua dalam reaksinya mengeluarkan kenyataan provokatif. Beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwanya menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kenyataan itu ternyata menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan. Awang tidak terkejut. DAP memang parti paling rasis dan selalu mencabar kepentingan Islam.

Janganlah jadi kaduk naik junjung. Jika mahu diungkit banyak perkara yang boleh dibangkitkan.

Tony juga mungkin mengambil mudah kesabaran orang Islam, yang ada batasnya.

Nasihat Awang, jika beliau tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan di negara ini, elok sahaja beliau berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong.

Tentu lebih bahagia dan makmur hidup di sana daripada di tanah air ini.

Wajibkan mengundi

KESEDARAN politik sebahagian masyarakat Malaysia terutama orang Melayu masih rendah.

Pada PRU-13, kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, tidak mendaftar sebagai pengundi.

Maka Awang lega apabila kerajaan menimbang untuk melaksanakan sistem pendaftaran undi secara automatik apabila warganegara mencecah usia 21 tahun.

Sudah sampai masanya sistem itu dilaksanakan. Di sebahagian negara, ia telah lama menjadi amalan dan diterima baik.

Awang percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melihat ke hadapan untuk melakukan perubahan tersebut.

Bagaimana pula dengan proses membuang undi,apakah ia patut diwajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi?

Awang tidak setuju. Menguatkuasakan undang-undang seperti itu akan menyebabkan rakyat tidak selesa.

Adalah memadai dengan melaksanakan sistempendaftaran automatik sebagai pengundi. Itu pun akan banyak membantu memberikan persekitaran dan ‘dorongan’ kepada rakyat untuk keluar mengundi.

Kesannya, Awang percaya, pasti ketara.



BISIK - BISIK   AWANG   SELAMAT   Utusan    Malaysia    Online    Rencana   30/06/2013

Kuasa politik, ekonomi mendokong kepentingan sesuatu bahasa

PADA tahun-tahun 1970-an, ada seorang pemimpin Asia yang mendidik anaknya supaya belajar bahasa Rusia. Ini kerana beliau yang terkenal bijak menjangkakan bahawa Soviet Union bukan saja terus menjadi kuasa besar tetapi bertambah kepentingannya pada masa akan datang termasuk bagi benua Asia.

Jika Soviet Union bertambah kuat, malahan dapat menyaingi Amerika Syarikat, maka tentulah bahasanya juga menjadi penting dan terpaksa dipelajari oleh banyak orang asing, termasuk di kalangan tokoh-tokoh Asia.

Maka tidak hairanlah Pusat Kebudayaan Soviet pernah dibuka di Jalan Tun Razak pada tahun-tahun 70-an. Kedudukannya hanya beberapa langkah daripada Pusat Kebudayaan Lincoln di Jalan Ampang, iaitu pusat bagi mengembangkan maklumat dan pengetahuan mengenai Amerika Syarikat.

Penulis sendiri pernah cuba belajar Rusia di pusat itu tetapi hanya mampu membaca ejaan bahasa itu yang menggunakan tulisan Cyrillic.

Pada satu ketika sememangnya Soviet Union dilihat sebagai kuasa yang sedang menguasai banyak bahagian dunia. Maka bahasa Rusia yang merupakan bahasa rasmi negara itu bukan saja menjadi penting di seluruh republik-republik di dalamnya seperti Kazakhstan, Ukraine dan seumpamanya tetapi juga negara-negara komunis yang berada di bawah pengaruh Moscow seperti yang berada di Eropah Timur dan juga Mongolia, China, Korea Utara dan Vietnam Utara,

Malah republik-republik bukan Rusia berasal Islam yang mempunyai bahasa sendiri turut mengambil Cyrillic sebagai tulisannya bagi menggantikan tulisan Arab. Mereka tidaklah mengambil tulisan rumi seperti mana Turki, Indonesia dan bahasa Melayu.

Siapa sangka ketika itu bahawa Soviet Union akan tumbang dan republik-republik di dalam gabungannya mengisytiharkan kemerdekaan.

Tanpa Soviet Union, Rusia tidak lagi dianggap penting di luar daripada Persekutuan Rusia. Sebaliknya negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah yang terlepas daripada cengkaman Moscow kini lebih berminat menguasai bahasa Inggeris daripada Rusia.

Malah negara-negara yang menggunakan tulisan Cyrillic seperti Kazakhstan bagi bahasa mereka sedang merancang untuk menukar tulisannya kepada rumi. Itulah yang akan dilakukan oleh Kazakhstan dalam masa lima tahun akan datang.

Itulah nasib bahasa Rusia dan tulisannya, Cyrillic apabila Soviet Union kalah kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dingin. Atas keunggulan Amerika, bahasa Inggeris menjadi bahasa global dan kini semua bangsa mahu menguasainya.

Maka anak pemimpin Asia yang menguasai bahasa Rusia itu mendapati bahasa itu sudah hilang kepentingannya. Bahasa Inggeris sememangnya sudah dikuasai oleh negara itu.

Tetapi kuasa yang menggantikan Soviet Union untuk mencabar Amerika Syarikat adalah China. Maka Mandarin juga meningkat kepentingannya.

Justeru tidak hairanlah bahawa republik kecil Asia itu sudah sekian lama menekankan kepentingan Mandarin. Kesedaran kepentingan Mandarin turut sampai ke Australia, sebuah negara yang dikuasai keturunan Inggeris tetapi mahu dianggap sebagai sebuah negara Asia.

Malah ada pemimpin utama Australia keturunan Inggeris yang menguasai Mandarin bagi memudahkan hubungan mereka dengan China. Keunggulan ekonomi membawa kekuatan bahasa.

Bagi orang Malaysia, tidak ada siapa yang berminat untuk mempelajari bahasa Rusia ketika Soviet Union berada di kemuncaknya pada tahun-tahun 1970-an.

Kalau ada tawaran daripada kerajaan Soviet kepada pelajar Malaysia untuk menuntut di universiti di sana, tentulah dipandang curiga khususnya di Universiti Lumumba di Moscow, kerana ia mendidik para pelajar antarabangsa untuk menjadi profesional komunis.

Tetapi kini, suatu yang dahulu tidak dijangka, sudah banyak orang Malaysia yang pandai berbahasa Rusia. Ini kerana sejak Soviet Union tumbang, banyak anak-anak Malaysia yang dihantar ke sana untuk mempelajari perubatan.

Maka untuk itu, penguasaan bahasa Rusia tentulah menjadi penting. Tetapi di Eropah, bahasa Rusia mempunyai kepentingannya tersendiri.

Ini kerana di atas runtuhan komunis Soviet, maka muncul jutawan-jutawan kapitalis Rusia yang banyak berbelanja dan melabur di Eropah. Dari Jerman, Austria, Switzerland hinggalah ke Greece, jutawan-jutawan ini membuat pelaburan dan berbelanja hinggakan bahasa mereka juga dipandang penting.

Justeru pada keseluruhannya, politik dan ekonomi yang menyebabkan sesuatu bahasa itu meningkatkan kepentingannya.

Tetapi bagaimana pula dengan kepentingan bahasa Melayu?

Apabila berakhirnya Perang Dunia Kedua, maka ternyata kuasa-kuasa Barat tidak boleh kembali menjajah seperti sebelum Jepun menawan Asia.

Setiap negara yang merdeka dari penjajahan Barat mahukan bahasa sendiri sebagai bahasa rasmi.

Indonesia yang bebas daripada penjajahan Belanda mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasanya dengan nama Bahasa Indonesia.

Dengan kuasa politik menguasai sebuah negara besar dan penduduk banyak, tentulah bahasa Melayu dalam bentuk Bahasa Indonesia menjadi penting dan dipandang mempunyai masa depan cerah.

Maka begitu juga dengan Malaya yang merdeka pada tahun 1957. Dengan memiliki bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ia juga dipercayai pada masa itu akan turut menjadi penting pada masa depan.

Ia menjadi lebih penting apabila Malaysia ditubuhkan dengan bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia dengan turut dianggap sebagai bahasa rasmi di Sarawak, Sabah dan Singapura.

Bahasa Melayu wajar menjadi kuat apabila Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia bersatu. Maka penyelarasan ejaan yang dilakukan oleh Tun Razak dan Suharto adalah langkah awal untuk itu.

Tetapi sayangnya Indonesia tidak muncul sebagai kuasa ekonomi yang besar baik pada zaman Sukarno mahupun Suharto. Andai kata ekonomi Indonesia maju, maka kepentingan Bahasa Indonesia meningkat.

Jika kedua-dua Malaysia dan Indonesia maju, maka akan majulah juga bahasa Melayu.



Zin Mahmud Utusan Malaysia Online Rencana 30/06/2013

Merakyat perkhidmatan awam

PADA tarikh 24 Jun lepas, genap setahun Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam yang melibatkan lebih 1.4 juta kakitangan.

Terlalu banyak perubahan dan perkara yang mahu dilakukan beliau sepanjang tempoh berkenaan yang disifatkan sebagai satu amanah yang membawa bersama satu tanggungjawab besar untuk dipikul.

Namun fokus utama beliau kini adalah lebih untuk merakyatkan perkhidmatan awam yang didokong oleh beberapa prinsip antaranya keterbukaan, turun padang dan musyawarah yang dilihat mampu meningkatkan mutu perkhidmatan yang ‘berkiblatkan’ rakyat.

Ujarnya, penjawat awam yang bertugas sebenarnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pada masa sama untuk diri mereka sendiri.

“Dengan sentiasa melaksanakan kerja dengan baik, integriti penjawat awam juga sentiasa terjaga, yang bermaksud melakukan tugas yang terbaik tanpa mengharapkan balasan.

Oleh itu, semangat “Merakyatkan Perkhidmatan Awam" ini diharap dapat dipupuk di kalangan penjawat awam," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan Hafizahril Hamid.

Menariknya, anak kelahiran Kluang Johor ini menyatakan satu cara untuk mengurangkan tekanan berikutan bebanan kerja, beliau yang juga peminat tegar kelab Liverpool sering mengikuti perlawanan kelab berkenaan sebagai salah satu cara untuk merehatkan diri selain giat mengikuti liga bola sepak tempatan yang semakin hangat persaingannya.

MINGGUAN: Bagaimana Tan Sri melihat perubahan dan perancangan yang telah dilakukan dalam tempoh setahun Tan Sri memegang jawatan KSN?

ALI: Sebenarnya, tempoh setahun yang telah dilalui terasa amat singkat. Apabila ditawarkan jawatan ini setahun lalu, saya sedar bahawa ia merupakan satu jawatan yang membawa bersamanya tanggungjawab besar. Sebagai KSN ke-13, banyak cabaran yang dihadapi, sama ada yang timbul disebabkan keadaan semasa dan boleh dijangka, dan juga yang timbul secara mendadak. Sebagai contoh, saya tidak pernah terfikir akan menghadapi situasi seperti pencerobohan di Lahad Datu. Keadaan yang timbul tersebut agak luar biasa, dan tidak pernah berlaku sebelum ini, dan memerlukan kaedah penyelesaian yang berbeza.

Pada masa yang sama, saya juga berhadapan dengan cabaran yang timbul daripada penggunaan media sosial yang meluas. Sebagai KSN, saya telah memulakan dasar keterbukaan dan sering menerima maklum balas secara langsung daripada pelanggan, iaitu rakyat. Ruang diberikan untuk lebih rapat dengan masyarakat melalui media sosial, antaranya melalui Facebook, Twitter dan sebagainya. Pintu saya juga sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengemukakan apa-apa isu dan idea-idea baru untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ini menjadi satu cabaran kerana banyak soalan yang telah dikemukakan melalui media baru, yang kini menjadi sumber utama untuk mengemukakan idea selain melalui akhbar-akhbar. Persoalan-persoalan yang dikemukakan memerlukan maklum balas dan penyelesaian yang pantas. Ini merupakan antara cabaran-cabaran utama yang saya hadapi sepanjang tahun pertama ini.

Mungkin Tan Sri ada memperkenalkan konsep-konsep baru untuk memperkasakan perkhidmatan awam.?

ALI: Saya memperkenalkan satu konsep baru dalam perkhidmatan awam yang dikenali sebagai konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam". Perkhidmatan awam terdiri daripada 1.4 juta penjawat awam, yang juga merupakan rakyat. Oleh itu, jika kita mengambil kira ahli keluarga terdekat penjawat awam seperti ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak mereka, saya menganggarkan bahawa terdapat lebih kurang sembilan juta penduduk kita yang mempunyai hubungan secara langsung dengan penjawat awam. Jumlah ini adalah hampir satu pertiga daripada keseluruhan rakyat di negara ini.

Penjawat awam yang bertugas sebenarnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pada masa sama untuk diri mereka sendiri. Sebagai contoh, penjawat awam bertanggungjawab untuk membina infrastruktur seperti jalan raya, dan pada masa yang sama, penjawat awam juga merupakan pengguna jalan raya tersebut. Justeru itu, untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan merupakan perkhidmatan yang terbaik, penjawat awam perlu sentiasa ingat bahawa kita juga adalah pengguna, yang semestinya mengharapkan perkhidmatan yang terbaik.

Dengan sentiasa melaksanakan kerja dengan baik, integriti penjawat awam juga sentiasa terjaga, yang bermaksud melakukan tugas yang terbaik tanpa mengharapkan balasan. Oleh itu, semangat “Merakyatkan Perkhidmatan Awam" ini diharap dapat dipupuk di kalangan penjawat awam, supaya mereka tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan rakyat, termasuklah diri mereka sendiri.

Apakah dalam merakyatkan perkhidmatan awam terdapat beberapa fokus yang perlu diutamakan?

ALI: Merakyatkan Perkhidmatan Awam merupakan pendekatan yang berasaskan beberapa prinsip. Pertama, keterbukaan. Keterbukaan dan mudah didekati (approachable) oleh rakyat penting supaya mereka berpeluang untuk mengemukakan idea dan isu yang perlu diatasi. Dalam konteks ini, kritikan secara membina amat digalakkan. Keduanya penjawat awam perlu mengamalkan konsep turun padang dengan kerap . Jika kita hanya melihat sekitar kawasan Putrajaya sahaja dan tidak pernah melawat kawasan luar bandar dan lain-lain, bagaimanakah kita mahu memberikan perkhidmatan terbaik? Sebagai ketua, jika seseorang itu tidak pernah melihat sendiri keadaan serta sumbangan yang telah diberikan penjawat awam, bagaimanakah penilaian boleh dibuat, sedangkan kerajaan mempunyai pelbagai perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat di seluruh negara.

Semua ketua-ketua jabatan dan agensi amat digalakkan turun padang dan melihat sendiri penyampaian yang telah dijalankan. Saya juga mahu lihat ketua-ketua ini melihat sendiri kebajikan penjawat awam ini dan memastikan mereka dijaga dengan baik. Mungkin perkhidmatan yang terbaik sudah diberikan kepada rakyat terutama di bahagian kaunter atau barisan hadapan. Tetapi adakah kita melihat sendiri kebajikan mereka di kaunter serta mereka di belakangnya? Apakah tempat kerja mereka sesuai atau selesa untuk bekerja? Ketua-ketua jabatan perlu bertanya dan melihat keadaan ini. Kepada sesetengah orang, apa yang perlu ialah untuk memastikan kenaikan pangkat setiap empat tahun tetapi bagaimana dengan kumpulan yang lain? Kebajikan mereka juga perlu dijaga.

Dalam perkhidmatan awam terdapat skim tertentu, yang mana bagi mereka yang berada di peringkat terendah gaji mereka mereka memperolehi kenaikan gaji selama 15 tahun dan selepas itu akan kekal statik. Jika mereka tidak naik pangkat, maka gaji mereka akan ‘mati’ di situ sahaja. Contohnya, jika gaji mereka mati pada RM1,000. Dengan adanya inflasi, nilainya atau kuasa membeli akan menurun. Ini adalah tidak adil, kerana jika perkhidmatan mereka cemerlang, gaji yang diterima itu tidak setimpal dengan prestasi mereka. Itu merupakan antara sebab kerajaan memperkenalkan cadangan-cadangan baru dalam tempoh setahun yang lepas ini, termasuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan 3 tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Perkara ketiga yang diperkenalkan adalah musyawarah (engagement). Ini agar kita dapat mendengar pandangan dan pendapat, memahami permasalahan serta mendapat maklum balas daripada pihak lain. Apabila sesuatu program atau dasar dibuat tanpa bermusyawarah dengan golongan sasar adakalanya ia akan menjadi program ‘syok sendiri.’ Prinsip-prinsip lain yang dirujuk kepada ialah insaniah, kerjasama Awam-Swasta dan bersama NGO serta prinsip kekitaan.

Bagaimana dengan kejayaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Apakah ia telah berjaya mencapai sasaran dan akan terus dikembangkan?

ALI: Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS diperkenalkan dalam usaha untuk menggalakkan penjawat awam berfikir di luar kotak dan memastikan program yg diperkenalkan berimpak tinggi, berkos rendah dan dilaksanakan dengan pantas. Antara contoh-contoh kerjasama yang terjalin dalam strategi ini adalah kerjasama antara polis dan tentera. Jika sebelum ini polis dan tentera terlibat dalam bidang kerja dan urusan masing-masing, dengan strategi ini dipraktikkan, wujudnya kerjasama padu antara pihak polis dan tentera. Dalam usaha menangani jenayah, terutamanya di kawasan bandar, di mana kami menghadapi kekurangan anggota polis, salah satu cara yang diusahakan ialah dengan menambah anggota. Usaha ini memerlukan latihan dan pelbagai lagi aspek lain perlu diteliti dan ini akan memakan masa yang lama. Oleh itu, melalui NBOS, polis dan tentera telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menangani masalah jenayah serta kekurangan anggota polis. Sebelum ini, anggota polis sahaja yang menjaga kawasan sempadan, sedangkan ia boleh dilakukan juga oleh anggota tentera. Anggota polis digantikan dengan anggota tentera untuk menjaga kawasan sempadan, manakala anggota polis tersebut dibawa ke bandar untuk menguruskan masalah jenayah.

Mereka juga telah mengadakan ‘polisi bersama’, di mana anggota polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas bersama-sama. Kehadiran mereka ini akan dirasai dan disedari oleh penjenayah, namun hanya polis yang mempunyai kuasa untuk menangkap penjenayah tersebut. Semua ini telah dilakukan dengan kerjasama semua pihak terlibat. NBOS pertama yang telah bermula pada tahun 2009 ini telah berkembang sehingga ke NBOS 9. Kerjasama ini telah berkembang kepada pelbagai agensi Kerajaan yang lain. Ia turut melibatkan program-program bersama belia, antaranya IM4U, 1Malaysia1CallCenter (1MOCC). Rakyat hanya perlu dail nombor 03-80008000 dan maklumat semua agensi kerajaan dapat diperoleh, malah boleh disambung ke pejabat kerajaan. Dengan ini, keperluan untuk operator di setiap kementerian, telah berkurang. Sehingga semalam, sudah terdapat 500,000 panggilan dilakukan ke 1MOCC dan 98 peratus daripadanya adalah melalui telefon. Selebihnya adalah melalui e-mel dan lain-lain. Paling penting ialah prestasi penjawat awam akan meningkat apabila kebajikan mereka dijaga. Ini kerana kita selalu memberi keutamaan kepada output mereka - antaranya penjawat awam perlu memberikan perkhidmatan bertaraf dunia, tetapi kita perlu juga melihat kepada kebajikan mereka.

Sehingga kini apakah bentuk perubahan ketara yang telah berlaku di kalangan penjawat awam?

ALI: Pertamanya semenjak mengambil-alih jawatan KSN pada tahun lepas, saya bersama-sama dengan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian-kementerian yang berkaitan telah mengkaji dan memperhalusi mengenai struktur gaji penjawat awam. Kami lihat lebih daripada 180,000 penjawat awam telah mencapai gaji maksimum dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan berdasarkan daripada data yang telah diperoleh, dan ini merupakan antara rungutan dan masalah penjawat awam pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, saya telah mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa tidak perlu ada lagi gaji maksimum dan akan ada kenaikan berterusan setiap tahun, bagi mengatasi masalah kadar inflasi yang juga naik setiap tahun. Seterusnya, kami telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan mengambil kira setiap tahun kita akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik, dan penjawat awam merupakan golongan yang memainkan peranan utama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan mengambil kira terdapat seramai 182,434 penjawat awam yang berada di gaji maksimum pada tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju berkuat kuasa 1 Januari yang lalu semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga KGT atau Kenaikan Gaji Tahunan. Ini bagi membolehkan semua pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah Pergerakan Gaji Tahunan mulai tahun 2013, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. Pendekatan ini sebagai menghargai penjawat awam yang masih produktif dan berprestasi dan bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara. Pada bulan Julai tahun ini, Kerajaan akan memberikan KGT kedua atau double increment kepada semua penjawat awam. Jika selepas itu masih ada lagi mereka yang mencapai gaji maksimum atau tidak naik pangkat, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus setahun dan tertakluk tiada penyelarasan atau semakan gaji yang diluluskan kerajaan untuk semua penjawat awam. Ini merupakan satu titik sejarah dalam perkhidmatan awam yang mana kami telah berjaya memansuhkan gaji maksimum, dan ia adalah penghargaan kepada usaha semua penjawat awam yang berprestasi baik.

Sebelum itu, kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah baik pencen bekas penjawat awam atau pesara, kerana sebelum ini pencen setiap tahun bagi pesara adalah statik iaitu hanya 60 peratus dari gaji terakhir mereka. Jika pencen mereka RM1,000 maka setiap tahun mereka akan menerima jumlah yang sama sahaja. Oleh itu, mulai Januari 2013 Kerajaan telah meluluskan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun bagi pencen pesara, dan sekurang-kurangnya kerugian inflasi telah dapat diatasi bagi pencen para pesara. Jika kita lihat kebelakangan ini jumlah inflasi adalah sekitar 1 hingga 1.8 peratus, dan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun akan dapat menyelesaikan masalah kerugian nilai pencen yang diterima oleh para pesara. Dalam erti kata lain, penjawat awam yang berkhidmat akan menerima paling kurang tiga peratus kenaikan gaji dan bagi golongan pesara pula adalah kenaikan sebanyak dua peratus bagi pencen mereka. Saya berharap penjawat awam tidak perlu lagi risau tentang soal kenaikan gaji, dan hanya menumpukan kepada peningkatan prestasi kerja dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Satu lagi penambahbaikan perkhidmatan awam ialah kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan (time based) bagi sesetengah skim perkhidmatan awam. Jika dahulu penjawat awam yang tamat pengajian universiti akan memulakan perkhidmatan pada Gred 41 dan perlu menunggu lama untuk naik pangkat ke peringkat seterusnya, tetapi tidak dengan pengenalan kenaikan pangkat melalui sistem time-based. Masalah biasanya akan timbul apabila kenaikan pangkat lambat kerana tiada jawatan kosong dan disebabkan itu sistem baru ini diperkenalkan. Ini merupakan usaha dan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan martabat perkhidmatan awam ke arah merealisasikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Jika penjawat awam pencen pada gred yang rendah, dan kemungkinan besar jika kita tidak menjaga kebajikan mereka saya lihat tidak mustahil kadar pencen yang diterima oleh pesara sama paras dengan kadar kemiskinan negara. Oleh itu kerajaan telah tetapkan pencen minimum adalah pada RM800, tetapi saya tidak mahu lihat mereka ini hanya mendapat gaji pada paras kemiskinan.

Jika mereka ini mendapat kenaikan pangkat yang sepatutnya saya rasa, Insya Allah, mereka akan mendapat pencen yang lebih dari paras kemiskinan. Sebagai contoh penjawat awam di Jabatan Kastam Diraja misalnya, ada yang pencen pada gred 52 selepas lebih 30 tahun berkhidmat. Oleh itu kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan atau time-based ini diperkenalkan di mana sebagai contoh penjawat awam Gred 41 yang telah berkhidmat selama lima tahun tetapi tidak naik pangkat, maka melalui skim baru ini mereka akan naik pangkat secara automatik atau gred akan meningkat ke 44. Skim ini telah diperkenalkan bagi profesion perguruan dan kami sedang menyelaraskan perkara ini dengan skim-skim perkhidmatan awam yang lain. Setakat ini kami telah meluluskan kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan untuk lebih 400,000 guru-guru. Sekurang-kurangnya apabila mereka naik pangkat setiap lima tahun dan apabila berkhidmat selama 25 tahun mereka akan naik ke Gred 54 sekurang-kurangnya. Sekarang ini, majoriti penjawat awam berkhidmat lebih 25 tahun kerana umur pencen telah dinaikkan kepada 60 tahun.

Selain dari itu, kerajaan melalui pengumuman YAB Perdana Menteri ketika Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada bulan 11 Mac yang lalu, telah bersetuju untuk mengkaji semula skim-skim perkhidmatan. Sejumlah 81 skim akan dikaji semula, dan pada hujung November ini satu bentuk penambahbaikan perkhidmatan awam akan diperkenalkan, dan Insya Allah ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat.



Utusan Malaysia Online Rencana 30/06/2013

Knowing a good thing when you taste it

Life is not always about turning everything into a comfort zone. In fact, a fair degree of discomfort is necessary for things to happen.

THERE is a restaurant somewhere in Petaling Jaya that I go to quite regularly because of its delicious roast duck.

It is open, as the handwritten sign proclaims, “from 11am until sold out”.

It is always busy and if you go during the normal lunch hour, you will have to wait your turn for a table to be available.

Now, with such a successful business going on, the “economist” in me will say that it should be expanded so that supply will match demand.

My wife asked me, during our latest date there last week, if business would be even better if the owners air-condition the premises and buy new tables and chairs.

The “business expert” in me said no, because ultimately, it is about the content and not the form.

Business is good because the visitors are regulars and the crowd expands because of word-of-mouth advertising.

I suspect they maintain the ambience of the premises because they do not want the people to get too comfortable.

If you put in air-conditioning and throw in free WiFi, chances are the people will stay longer to get out of the hot environment outside, yet still eat the same amount of food.

So, from a business point of view, the renovation costs would take longer to recoup because the actual number of people able to have lunch in the upgraded premises would be substantially reduced.

The “HR expert” in me summarised: The owner of this restaurant does not want us to have a comfort zone here, he just wants us to eat and generate earnings.

Life is not always about turning everything into a comfort zone. In fact, a fair degree of discomfort is necessary for things to happen.

Those of us who start work from the bottom up may aspire for the day when we can enter the comfort zone. So, when you have just table space, you yearn for a cubicle, then a small room, and then an executive room.

Then one day, you think you have finally arrived at your comfort zone where not only are the premises superb, but you have a whole team of people at your command. The things that you used to do by yourself can now be delegated.

Well, many different things can happen at this stage of your career. But I have seen enough to know that the comfort zone desired for in the early stages of one’s career may eventually turn out to be not so comfortable after all, and you may then yearn for the good old days when all you had was just a shared desk.

I have learned over time to count my blessings in the present without projecting into the future, and to appreciate things for their true value.

After all, that’s why people keep going back to the duck restaurant despite the discomfort they may be subjected to – they know a good thing when they taste it.

Soo Ewe Jin (ewejin@thestar.com.my) is much blessed to experience discomfort in the real world with real people, warts and all. The STAR Online Sunday Starters June 30 2013

Fight corruption on all fronts

IN the ongoing war against corruption, we tend to distinguish between major and minor cases, even though the principle elements are the same.

We get excited over the cases where big names and big sums of money are involved because that is an indication that the graft busters are really going after the big fish.

Smaller cases, the so-called ikan bilis, rarely excite us because we think they are too commonplace and not worth the time and resources spent to nail them.

Two cases reported last week exemplify this scenario.

The first case, which hit the front page of this newspaper, was about chartered arbitrator Yusof Holmes Abdullah being charged with solici­­ting RM6mil from a businessman in George Town.

Entrepreneur Datuk Siaw Teck Hwa was charged with abetting Holmes. Both pleaded not guilty.

It is reportedly the first corruption case involving an arbitrator and the arbitration community is reeling from shock that one of its practitioners has been charged with such a serious offence.

Further inside the newspaper, there was a report about a Malaysian lecturer being sacked by his university after he had pleaded guilty to corruption charges in a magistrate’s court in Perth.

Foong Tuck Cheong admitted to taking bribes of A$1,500 (RM4,340) and A$3,000 (RM8,680) to raise his students’ marks.

The RM6mil in the first case and the small sums in the second are poles apart, but the fundamental reasons for the giving and the taking remain the same – to manipulate the outcome of a decision.

And that is why the war against corruption must be fought on all fronts.

Whether it is about a student giving a bribe to hike up his marks or a businessman giving a bribe to influence a positive account in an arbitration dispute, we must be firm that such acts of corruption, big or small, will not be tolerated.

We can do our part by not condoning even the smallest infractions, be it a small sum of kopi duit to escape a traffic offence or a couple of hundred ringgit to guarantee a pass in the driving test.

Often, the adults who commit such offences do it in the presence of their children, and so the vicious circle continues.

Let us bear in mind that values are caught, not taught, and the signals we send out hold the key to how seriously we view corruption.

If the right values are passed on, then the war against corruption can be won.


The STAR Online Focus 30 June 2013

Get a life: Live your dream

I WORK to inspire courage, confidence, and freedom so we can live our best life.

What does my work mean to me? I believe my work contributes to nation building because it addresses wellbeing and productivity. I believe that when we have access to the best version of ourselves, we can utilise more of our potential, and actualise our dreams.

So what?

I believe that the more we live from our strengths and talents, the more discovery, fulfillment, and joy we will experience.

Research proves that what we believe about ourselves makes a real difference to how we perform. That makes self-trust, self-respect, self-awareness and self-worth crucial to the development of personal excellence. Sadly, developing values and identity is not taught in our schools.

Imagine if our children were taught these skills from an early age. Imagine if everyone would participate and practice so that we would create powerful family bonds and a higher quality of life for all. What a gift it would be to the nation!
How many of us go through life not knowing what our talents are and what we should focus on to develop our careers?

“In general, are you good at the things you like? Or do you like the things you’re good at? Which comes first: Being good at something or the enjoyment of something?” asks sports coach Tim Goodenough.

People are different! The answer depends on several factors including how supportive the environment is towards what you like, and how much it means to you to be doing what you’re involved with. Say, your child is naturally gifted when it comes to sports. Does that mean he or she would love sports and easily excel at it? Perhaps. What if the parents insisted the child focused on languages and math instead?

A person who needs extra money to pay his elderly parent’s medical bills would be motivated to perform for a more practical reason.

Are we born with talent? Then again research proves that talent development is highly dependent on the mindset of the protege. Progress is largely determined by how much the person believes in their capability, whether they take a long-term view of themselves in that capacity i.e. “I’m a sportsman,” instead of, “I’m playing the next match against (Kedah).”

I’m saying talent development involves more than skills and drills. It involves commitment, dedication, persistence, resilience, courage, and strength, plus a supportive external environment to support and nurture growth and progress.

Think Google, Starbucks, Apple. What about AirAsia, Limkokwing University, Sime Darby and Genting & Resorts World? What do you think has contributed to their stellar growth and attraction?

In 1996 Hillary Clinton published her book, It Takes A Village. Here the former First Lady focuses on the impact individuals and groups outside the family have on a child’s wellbeing. Clinton advocates a society with a holistic approach, one that meets all of a child’s needs.

Clinton’s critics counter-proposed that the family was the most important element in a child’s upbringing. I concur that talent development begins with us as adults because the more we work on ourselves, the less damage control our children will need later.

“Clever boy! Mummy loves you.” “Pretty girl. Good girl!” Have you heard parents with their children like that?

Well, studies show that children who are praised for looks or intelligence aren’t as high-performing as those who are praised for actual effort.

“Well done Tim! What you did took real courage. You must’ve worked hard on that.”

Stanford University psychologist Carol Dweck says the type of praise matters. Parents and teachers have to pay attention to what children do and praise accordingly.

“Good effort there, John!” drives a child much better than, “Clever boy.” What we give feedback on gets reinforced and becomes more important for them.

Living our dream isn’t hard once you practise Neuro-Semantics, a cutting-edge technology in personal development. Neuro-Semantic coaches work to:

1. Identify talent as early as possible.
2. Develop a growth mindset, characterised by the belief that ability can be groomed and fine-tuned.
3. Create deliberate practice, where we stretch ability purposefully and consistently.
4. Strengthen the identity of the performer. “I am ____. I can______.”
5. Keep building significance of the outcomes. “My contribution is important because_______.”

High performers tend to be self-assured, are unruffled by stressful conditions, and make good decisions under pressure. Are you living your dream?

Try a different method

I AM frustrated when I don’t get response to my calls, letters and emails. I follow up, but nothing happens. This happens more frequently with senior leaders in organisations. Why don’t they just say “No” instead of keeping quiet?

In the first place, look at yourself. Frustration — is that what you choose to feel? Again and again? Check where that’s coming from — is it from expectation, assumption, principle or need? What are you expecting or assuming?

Now ask yourself if it’s realistic to expect that? Is the outcome within your power to control? From that, see if there’s anything you need.

What principles are you operating from? What is your highest meaning that’s driving your thoughts and emotion? “Why don’t they just say so?” “Why do they keep quiet?”

So what do you make of them? What do you make that mean about yourself?

Stop and think. The meanings you’ve come up with — are they fact or interpretation? How do you know for sure?

I’m assuming you want more than just a response. You want a positive response.

Here’s the thing. People make their own meanings about things. Not responding may mean, “No, not ever”, “Not now” or “Ask again in a different way.”  It may mean, “Not if you’re the one asking.”  The point is, we don’t know what it means, do we?

So then what? Move on! How many other ways can you get to what you want? If not from those guys, who? Will you allow anything to stop you from having what you want? Who must you be, what must you do, so that you will find a way forward?

Step back and think

I’M confused and overwhelmed. I want to quit my job because I can’t focus. I feel empty. I’m considering going to an ashram or taking a trip to find myself again. But what I worry about most is not finding a suitable job.

When you find yourself, what will you find? How differently would you “turn up” when you’re finally able to say, “I found myself!  This is ME.”  Imagine how you’ll feel. What will you be feeling? What will you be thinking? How will the people around you and those who know you, respond?

Write down all the ways the newfound you would be. What will  happen to the confusion, overwhelm, lack of focus and the worry?  Notice what has caused the shift, if anything at all. I’m assuming you’d be feeling bright and shiny, upbeat and hopeful by now.

So... looking at the process, it involves

1. Awareness that “now” is not working.
2. Going away to find yourself.
3. Discovering what the new you looks and feels like.
Step back and think... what are you “going away” from? What do you want to go toward? You worry about a “suitable” job.  What is that exactly? Suitable how? List all the conditions of satisfaction that would describe what suitable means to you. Now think.
1. What do I need to do to have that?
2. Who do I need to be?
Realising that you’ll be answering that from “newfound you.”
Step back a little more and you might even see that your “trip” can be made right where you are!



Tessie Lim New Straits Times Online Sunday Life Times 30 June 2013