August 21st, 2013

Garpu dalam kemaluan

Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.


Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.


Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.


Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.

Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’ kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.


Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.


Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.


Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita. - Daily Mail




Harian Metro Global Rabu 21/08/2013

Lelaki perkosa kambing dilarang dekati ladang

Wiltshire: Seorang lelaki yang mengadakan seks dengan seekor kambing dilarang mendekati semua ladang di Britain bagi melindungi haiwan berkenaan.

Robert Newman mulanya menafi melakukan seks dengan kambing itu di sebuah ladang di Wiltshire April lalu.


Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu mengubah pengakuannya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Wiltshire Barat Laut, semalam.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 12 September depan. Buat sementara waktu, mahkamah mengarahkan dia tidak mendekati semua ladang ternak haiwan serta tidak keluar rumah antara 7 pagi hingga 7 malam.


Minggu lalu, seorang lelaki Amerika menghadapi enam tuduhan jenayah kerana melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas melakukan seks dengan seekor kucing berulang kali.


Ryan Havens Tannenholz, 28, dari Idaho gemar berpakaian seperti anjing yang digelar Bubblegum Husky sebelum memperkosa kucing itu.

Setahun lalu, seorang bapa tiga anak dari Gloucestershire didapati bersalah mengadakan seks dengan anjing bekas isterinya.


Nicholas Saunders, 46, ditangkap mengadakan seks dengan anjing benama Shasha di atas katil bekas isterinya, Kelly Thacker.

Harian Metro Global Rabu 21/08/2013

Obses Internet Sakit Jiwa

Umat Islam masih dalam ‘mood’ menyambut perayaan Aidilfitri yang tradisi ziarah menziarahi, berjumpa saudara lama tidak bersua dan mengunjungi rakan tentunya menjadi agenda utama sejak 1 Syawal lalu.

Kalau anda perasan iklan TV syarikat telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis), pastinya anda menyedari senario terutama membabitkan remaja yang lebih banyak bersemuka dengan gajet berbanding muka saudara-mara iaitu mengadap Internet tanpa henti.

Terdapat tiga kategori pengguna Internet seperti yang disarankan laman Facebook bertajuk ‘Amalan Terbaik Komputer’ iaitu golongan memanfaatkan Internet kemudian berkongsi, menghabiskan masa dengan hiburan dan memindah naik foto.

Golongan pertama memanfaatkan kemudahan Internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat yang turut menambah pendapatan kewangan, merapatkan persaudaraan dan sebagainya.

Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia serta akhiratnya. Sementara itu, golongan kedua menghabiskan masa berada di depan komputer bermain ‘game’, mendengar lagu, sembang kosong menerusi bual siber dengan sesiapa saja, ‘merayau’ tanpa tujuan dan sebagainya boleh dianggap mengecewakan.


Masanya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah boleh menyebabkan anda menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hitungan amalan satu persatu termasuk masa yang dimanfaatkan.

Manakala golongan ketiga menggunakan Internet untuk memindah naik dan turun foto tidak senonoh, melayari laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim, memusnahkan rumah tangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan sebagainya termasuk dalam aktiviti yang boleh mengundang laknat dan murka Allah.



KOMUNIKASI tanpa gajet lebih baik.

Malah, Internet dan gajet memainkan peranan penting yang mempengaruhi serta memberi impak besar kepada pengguna terutama remaja dan kanak-kanak.

Mengulas mengenai isu ini, bekas Profesor Madya Informatik Kesihatan yang berkhidmat selama 26 tahun di Universiti Sains Malaysia, Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad berkata, penggunaan Internet perlu dikawal bagi mengelak menjadikan manusia kurang berkomunikasi serta terlalu mempengaruhi minda.

KEMAS kini apa saja di Facebook.

“Seorang kanak-kanak perlu membesar dalam suasana semula jadi yang merangkumi pengalaman bermain di luar rumah dengan rakan, berkhayal dan membaca fiksyen bermoral namun persoalannya adakah anak kita melalui pengalaman begitu?

“Adakah mereka sekadar terpaku di skrin gajet atau mampukah ia meningkatkan kreativiti dan membuatkan dunia kanak-kanak lebih terbuka luas atau mungkin ia merampas zaman kanak-kanak itu sendiri” soal Mastura.

Menurutnya, bagi me­njawab persoalan terbabit, pengguna perlu mempertimbangkan kebaikan dan keburukan gajet yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui Internet.


KANAK-KANAK perlu dibimbing ketika menggunakan Internet.


“Antara kebaikan yang jelas ialah penerokaan ‘online’ yang jelas selari dengan sifat kanak-kanak dalam proses ingin tahu.

“Kebanyakan jawapan kepada persoalan yang biasa dikemukakan mampu dijawab gajet berinternet,” katanya.

Mastura menambah, kehidupan sosial seperti Facebook serta Twitter dan pembelajaran maya mampu memberi kesan positif.

“Masalah hanya akan timbul apabila generasi ini terlalu obses dengan gajet dan Internet sehingga mengancam kesihatan fizikal dan mental,” kata­nya.

“Baru-baru ini, saya bersama beberapa rakan makan di restoran dan ketika menunggu hida­ngan, sempat pula melihat gelagat beberapa kanak-kanak yang asyik dengan gajet masing-masing.

“Terlalu asyiknya mereka seolah-olah berada dalam dunia tersendiri. Mereka lebih senang dan ramah berkomunikasi dengan gajet, namun tidak sesama sendiri,” katanya.

Dr Sharifah Mastura turut membangkitkan persoalan termasuk:

1. Adakah senario ini menjadi lumrah kehidupan pada zaman digital?

2. Adakah hubungan keluarga dan proses pembesaran kanak-kanak sedang melalui proses transformasi luar biasa?

3. Adakah gajet digital meningkatkan kreativiti dan membuatkan dunia sosial kanak-kanak lebih terbuka luas atau gajet itu merampas kesejahteraan zaman kanak-kanak?

Menurutnya, sistem pendidikan berubah secara drastik apabila guru dan pensyarah meng­gunakan Facebook dan laman web untuk memberi arahan dan berkomunikasi dengan pelajar mereka mengenai tugasan yang perlu disiapkan.

“Keghairahan mereka terhadap gajet menyebab­kan ada yang mengabaikan makan, kurang tidur, lalai menyiapkan kerja sekolah dan kurang berkomunikasi dengan ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, kecenderungan menjadikan hobi berinteraksi dengan gajet digital turut menjadikan kanak-kanak kurang aktif secara fizikal yang boleh mengakibatkan otot tidak bergerak dan badan tidak berpeluh.

“Apabila mereka kurang bersenam, ia akan meningkatkan risiko kegemukan, penyakit jantung dan kencing manis,” katanya.

Terdapat juga ibu bapa yang mendedahkan komputer tablet kepada anak di bawah umur dua tahun meskipun terdapat kajian menunjukkan aplikasi termasuk yang konon­nya direka untuk bayi dan kanak-kanak seawal usia dua tahun tidak memberi manfaat pendidikan, sebaliknya menimbulkan risiko pembangunan sosial dan emosi.

“Kanak-kanak di bawah usia dua tahun seharusnya belajar membangunkan diri menerusi permainan kreatif dan bereksperimen dengan persekitaran, bukannya skrin gajet komputer,” katanya.

Pengalaman pendidikan terbaik membabitkan interaksi de­ngan orang dewasa dan kanak-kanak lain, aktif secara fizikal, meneroka persekitaran dengan menggunakan semua deria dan belajar untuk berkomunikasi.

“Untuk mengurang­kan risiko kesihatan terhadap kanak-kanak, ibu bapa disarankan supaya mengehadkan masa peng­gunaan gajet digital kepada satu jam saja setiap kali anak meng­gunakan gajet.

“Galakkan anak membuat aktiviti fizikal supaya mereka menerima rangsangan semula jadi untuk pembesaran yang sihat,” sarannya.


Tanda-tanda anda terlalu bersosial di Internet.

1. Baca, komen dan mempromosi blog orang lain tanpa usul periksa.
2. Menggunakan ‘hashtag’ (#) dalam e-mel rasmi.
4. ‘Check in’ di Foursquare di mana saja anda berada.
5. Memeriksa telefon anda (Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya) adalah aktiviti pertama dilakukan sebaik bangun dari tidur.
6. Mengemas kini status meskipun sedang keluar atau makan dengan manusia sebenar.
7. Anda kongsi segala-galanya.
8. Kata-kata anda terhad kepada 140 patah perkataan saja.
9. ‘Like’ status anda sendiri.




Afiq Hanif Harian Metro Online Rabu 21/08/2013