December 9th, 2013

Kemunculan VAT 69 lemahkan PKM

MINGGUAN Malaysia sekali lagi tampil dengan usaha membongkar fail sulit tentang gerakan komunis di Malaysia, terutama gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.

Selepas membongkar fail sulit Pengerusi PKM pada bulan lalu, Mingguan Malaysia sekali lagi tampil dengan laporan-laporan ekslusif berdasarkan fail sulit yang selama ini menjadi rahsia, membongkar kekejaman seorang pemimpin PKM yang sangat dikehendaki pasukan keselamatan Cheung Thian Thye atau lebih dikenali sebagai Chong Chor.

Pendedahan fail sulit tentang gerakan PKM pada siri pertama sebelum ini telah mendapat sambutan ramai pembaca sehingga menjadikan akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia akhbar yang ditunggu-tunggu ramai.

Sehubungan itu, Mingguan Malaysia, sekali lagi diberi keistimewaan tampil dengan siri kedua untuk membongkar keganasan komunis dan gerakan PKM menggunakan pendekatan kekerasan, kekejaman dan keganasan untuk menjadikan negara ini sebuah republik, yang selama ini tidak diketahui ramai.


Gerabak kereta api tergelincir dari landasan akibat serangan pengganas komunis. - Gambar ihsan NSTP

KEMUNCULAN pasukan VAT 69, yang lebih dikenali sebagai 69 Komando atau Batalion 69 Komando, boleh dikatakan hampir serentak dengan kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM) memperhebatkan kembali perjuangan bersenjata mereka bagi menakluk dan seterusnya menjadikan negara ini sebuah republik melalui tindakan kekerasan, keganasan dan kekejaman.

PKM kembali memperhebatkan perjuangan bersenjatanya pada 1969 mengambil sempena tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei, 1969 untuk mengeksploit krisis perkauman ketika itu untuk menakluk negara ini setelah PKM hampir lumpuh semasa kempen Darurat 1948 hingga 1960, yang turut dikenali sebagai Darurat Pertama.

Jawatankuasa Pusat PKM pada sambutan ulang tahun ke-20 Perjuangan Bersenjata Fasa Pertama telah mengeluarkan kenyataan bertajuk ''Hold High the Great Banner of the Armed Struggle and Valiantly March Forward'' memberi isyarat PKM membakar semangat pengganas komunis untuk bangkit semula dalam konflik bersenjata dengan kerajaan Malaysia.

Maka dengan kenyataan itu, bermulalah fasa kedua Perjuangan Bersenjata PKM yang berlarutan selama lebih 20 tahun lagi sehingga PKM meletakkan senjata pada 1989 dengan menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia di Hatyai, Thailand.

Ia merupakan perang yang tidak didedahkan tetapi tidak kurang keganasannya, di mana PKM melaksanakan dasar tidak ada keganasan terhadap orang awam dan hanya melibatkan perang dengan pasukan keselamatan di dalam hutan tebal termasuk dengan VAT 69.

Ketika fasa kebangkitan semula itu, PKM membuat kerjasama dengan pertubuhan bawah tanah Tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF), selain memperhebatkan serangan gerila ke atas pasukan keselamatan serta menubuhkan unit penggempur terbaru di Pahang dan Negeri Sembilan di bawah pimpinan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PKM, Cheung Thian Thye yang lebih dikenali sebagai Chong Chor.

Sebelum itu, Chong Chor yang merupakan Komander Unit Penggempur Kelima di Perak yang terpaksa berundur ke Betong, di sempadan Perak-Thailand setelah menerima tekanan daripada pasukan keselamatan semasa Darurat Pertama, diarah memimpin pasukannya mara semula ke Perak dan ditugaskan menubuhkan Unit Penggempur Keenam di Pahang sekitar tahun 1972.

VAT 69 yang ditubuhkan pada 1969 diberi tugas penting menjalankan risikan, mengumpul maklumat serta menjejaki pengganas komunis bagi menumpaskan gerakan komunis ketika itu.

Sumbangan dan jasa VAT 69 terlalu besar dalam usaha menumpaskan gerakan PKM bersama-sama pasukan keselamatan yang lain, bagi mengekalkan keamanan untuk membolehkan kerajaan meneruskan pembangunan bagi memberi nikmat kepada seluruh rakyat negara ini.

Jika ketika pusingan pertama insurgensi komunis semasa era Chong Chor, yang keganasan dan kekejamannya lebih dikenali daripada namanya, tetapi kehebatan VAT 69 pada era kedua insurgensi komunis itu lebih terserlah sehingga menyebabkan kegiatan dan gerakan PKM menjadi huru-hara dan tertekan.

Memerangi

VAT 69 ditubuhkan mengikut model Special Air Service (SAS) di Britain.

Ia merupakan sebahagian daripada Pasukan Polis Hutan (PPH) yang ditubuhkan pada 1969 oleh Tun Abdul Razak bagi memerangi habis-habisan gerakan komunis ketika itu.

VAT yang merupakan sebuah pasukan elit PPH diberi peranan penting bagi menjejaki kegiatan dan perancangan PKM, selain membuat risikan dan menyalurkan maklumat itu kepada pasukan keselamatan yang lain termasuk polis dan tentera untuk menggempur kem, pusat latihan dan tempat-tempat rahsia simpanan senjata dan makanan komunis di dalam hutan-hutan Malaysia.

Walaupun jasa mereka tidak pernah diberi penghargaan yang setimpal oleh masyarakat, namun perjuangan mereka sedikit pun tidak tergugat untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Anggota VAT 69 mempertaruhkan nyawa mereka dan mengorbankan keluarga mereka demi keselamatan negara dan memastikan negara ini terus berada dalam keadaan aman.

Ketika rakyat tidur lena anggota VAT 69 bersengkang mata dan meredah hutan tebal mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara.

Selalunya mereka bergerak dalam kumpulan kecil antara tiga hingga enam orang bagi membolehkan pasukan keselamatan menggempur dan menawan semula kawasan-kawasan yang dikuasai komunis dan mengelakkan komunis menceroboh kawasan-kawasan penduduk.

Kehebatan VAT 69 memang diakui apabila berjaya membongkar dan mengesan tempat simpanan senjata dan barangan makanan yang disorok atau ditanam, dan kubu-kubu komunis di dalam hutan tebal di Semenanjung, selain membunuh anggota komunis dan melindungi perkampungan-perkampungan Orang Asli (ASAL) daripada ancaman komunis.

VAT 69 ditubuhkan pada 1969 apabila allahyarham Datuk Merican Sutan yang menjadi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman mendapat inspirasi daripada kejayaan SAS menjalankan operasi di dalam hutan tebal dan bergerak dalam kumpulan kecil serta berjaya melepasi keadaan yang teruk dalam tempoh yang lama. Usaha mereka ini berjaya mengumpulkan maklumat risikan tentang pergerakan komunis.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131208

Kempen keganasan PKM dirancang teliti

RAMAI lebih mengenali Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh sebagai pemimpin pengganas Parti Komunis Malaya (PKM). Hanya yang pernah hidup di zaman Darurat atau membaca buku sejarah zaman Darurat, nama Chong Chor atau Cheung Thian Thye (gambar) dikenali sebagai antara ketua pengganas PKM paling kejam dan licik mengelak diri daripada kepungan pihak berkuasa.

Chong Chor mengetuai Unit Penggempur Kelima PKM di Perak dan kemudiannya, Keenam PKM di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pasukan komando khas polis VAT 69 menjadikan Chong Chor sebagai sasaran utama paling dikehendaki dalam misi pemburuan mereka.

Ikuti pendedahan eksklusif Mingguan Malaysia mengenai Chong Chor, ketua pengganas komunis paling kejam yang dipetik daripada dokumen rahsia kerajaan yang tidak pernah disiarkan selama ini. - PENGARANG


Rejimen kelima PKM mengadakan perarakan dalam kem mereka di belantara Perak pada tahun 1950-an.

PENTADBIRAN Tentera British (BMA) mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 20 Jun 1948. Serentak dengan itu, kira-kira 1,000 anggota Parti Komunis Malaysia (PKM) dan pertubuhan-pertubuhan palsu yang didalangi PKM.

Bagaimanapun, mengikut fail sulit mengenai ketua unit penggempur (Assault Unit) yang sangat dikehendaki pihak berkuasa, Cheung Thian Thye atau lebih dikenali sebagai Chong Chor, mendedahkan ramai ketua utama PKM sudah pun ‘masuk hutan’ seawal Mac tahun itu ekoran strategi parti untuk melancarkan perang untuk memastikan komunis menguasai Tanah Melayu.

Bagaimanapun, Chong Chor mengakui parti tersebut benar-benar tergamam dengan tindakan pantas dan drastik terhadap BMA.

‘‘Ini kerana sebelum parti itu sempat menyempurnakan penyusunan orang-orangnya termasuk kaedah komunikasi, operasi besar-besaran menangkap anggota komunis dilancarkan’'.

Ramai daripada suspek dan anggota PKM diusir pulang ke China. Sebulan kemudiannya pada 20 Julai 1948, BMA mengisytiharkan pengharaman PKM.

Susulan daripada tindakan BMA tersebut, Setiausaha Agung PKM, Chin Peng memanggil mesyuarat di sebuah kampung di Batu 11, Air Kuning, Kampar di Perak bagi membentuk Regimen Kelima di negeri itu. Seramai enam pegawai kanan PKM peringkat Perak turut hadiri termasuk Chong Chor.

Pada mesyuarat itu, Chin Peng mengarahkan pembentukan Rejimen Kelima Tentera Rakyat Malaya Anti-British (MPABA) menerusi penyatuan tiga batalion yang sudah sedia wujud di negeri itu.

Menurut fail sulit, Chin Peng dipetik sebagai berkata, ‘‘MPABA hendaklah menyusun semula konsep taktikal PKM dan mengukuhkan struktur dalaman pasukan gerila dalam usaha melaksanakan strategi perang’'.

Chin Peng juga menegaskan penggunaan strategi Maoist iaitu ‘kawasan dibebaskan’ untuk membebaskan Tanah Melayu. Untuk mencapai matlamat tersebut, strategi revolusi PKM akan dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu:

1) Menguasai kawasan pendalaman kecil dan kemudian mewujudkan ‘kawasan dibebaskan’ di wilayah yang dikuasai PKM;

2) Merencatkan sistem ekonomi BMA menerusi tekanan gerila dan meningkatkan bekalan dan peralatan gerila menerusi serang hendap dan serangan ke atas balai polis, tentera dan kawasan pasukan keselamatan lain.

3) Menambah unit gerila menerusi pengambilan orang di kawasan yang dikuasai atau dibebaskan, maka itu memaksa kerajaan keluar dari kawasan pendalaman.

‘‘Pelan strategi perang seumpamanya, telah terbukti berjaya dilakukan di China," kata Chin Peng, seperti dicatatkan dalam fail sulit ini.

Berikutan arahan terbaharu Chin Peng ini, pada 9 Julai 1948, Batalion Ketiga PKM melancarkan serangan pertama ke atas Balai Polis Langkap. Menurut Chong Chor, pasukan seramai 40 anggota yang diketuainya menggali semula kawasan persembunyian senjata di Batu 11, Jalan Air Kuning, Kampar.

Bagaimanapun, serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan. Chong Chor mengakui kesilapan daripada segi penyelarasan dan perancangan.

Satu lagi gerombolan diketuai rakan Chong Chor bernama Ah Lek berjaya menyerang hendap kenderaan pasukan keselamatan dan meletupkan jambatang di Air Kuning.

Pada 24 Julai 1948, satu lagi serangan dilancarkan ke balai polis Sungai Merbau di Tapah. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya merampas satu raifel tetapi gagal meletupkan stesen janakuasa di situ.

Pergerakan Chong Chor berjaya dihidu oleh pasukan keselamatan. Semasa berkhemah dalam hutan Kuala Woh di Bidor, pasukan komunis ini telah diserang dan memaksa mereka berundur semula ke Batu 11, Jalan Air Kuning di Kampar.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131209

Perginya tokoh keamanan

DIKENALI sebagai pemimpin yang sangat berpegang kepada prinsip dan sanggup dipenjara demi rakyatnya. Namun setelah dibebaskan, bukan keadilan yang dipinta, bukan pembalasan yang dicari. Beliau mencari kedamaian dan penyatuan merentasi bangsa dan kaum.

Penerima Anugerah Nobel Keamanan ini ialah Presiden Afrika Selatan pertama yang dipilih secara demokrasi selepas dibebaskan dari penjara pada 1990.

Begitulah hebatnya Nelson Mandela - pejuang kebebasan yang menjadi penanda aras moral bagi bangsanya serta simbol Afrika Selatan. Beliau perjuangan menentang penindasan kulit putih yang menghambakan kulit hitam di tanah air mereka sendiri.

Nelson Mandela memaknakan dasar apartheid sebagai - "kaum yang terlalu memilih siapa yang miskin dan siapa yang kaya… siapa yang hidup dalam kemewahan dan siapa yang hidup dalam kehinaan... siapa yang layak mendapatkan makanan, pakaian dan kemudahan kesihatan... dan siapa yang layak hidup dan siapa yang harus mati."

Begitulah berpengaruhnya dasar apartheid orang kulit putih di negara yang bukan milik mereka. Kisah perhambaan ke atas kaum kulit hitam oleh orang kulit putih di Afrika Selatan bukan rekaan.

Tetapi generasi muda mungkin tidak tahu kisah menentang apartheid oleh Mandela yang membawa beliau meringkuk 27 tahun dalam penjara.

Lewat malam Khamis lalu (Jumaat pagi waktu tempatan), ikon penentang dasar penindasan kaum dan pejuang keamanan ini telah meninggal dunia di rumahnya akibat jangkitan paru-paru pada usia 95 tahun.

Walaupun keadaan kesihatannya yang merosot kerana telah lama menghidap masalah paru-paru serta batuk kering sejak berada di penjara, namun pemergiannya tetap menyentak peminatnya di seluruh dunia.

Sesungguhnya beliau akan dikenang sebagai insan pemaaf dan tidak memusuhi mereka yang pernah memenjarakannya. Beliau lebih mementingkan perdamaian serta perkongsian kekayaan yang terdapat di negaranya antara penduduk kulit putih dan kulit hitam. Dan kita sedia maklum tidak ramai manusia di dunia yang memiliki sikap semulia itu.

LATAR BELAKANG

Sosok tubuh yang diberi nama Nelson Rolihlahla Mandela dilahirkan di Mvezo di daerah Umtatu pada 18 Julai 1918. Nama Rolihlahla sendiri dalam bahasa Xhosa yang dituturkan puaknya, Thembu, bermaksud si pembawa masalah.

Moyangnya, Ngubengcuka, ialah raja bagi puak Thembu yang menguasai wilayah Transkeian. Namun kerana datuknya berkahwin dengan wanita dari puak Ixhiba menyebabkan mereka tidak layak mewarisi takhta tersebut.

Bapanya, Gadla Henry Mphakanyiswa, antara ketua puak dan penasihat kepada keluarga diraja. Sebagai penganut tuhan Qamata, bapanya mengamalkan poligami dengan mempunyai empat isteri yang tinggal di kampung berlainan.

Ibu Mandela, Nosekeni Fanny merupakan isteri ketiga dan beliau mempunyai 13 orang adik beradik, empat lelaki dan sembilan wanita.

Dibesarkan ibunya yang menganut agama Kristian di perkampungan Qunu, beliau dihantar ke sekolah Methodist berhampiran dan mendapat nama Nelson yang diberi salah seorang gurunya.

Mandela pernah menyifatkan semangat dan darah perjuangannya diwarisi daripada bapanya yang sangat berbangga dengan sikap melawan dan memberontak, tetapi pada masa dan keadaan yang betul.

Selepas kematian bapanya akibat kanser paru-paru, ibunya menghantar Mandela tinggal bersama Penjaga WIlayah Thembu, Chief Jongintaba Dalindyebo yang memberi peluang lebih baik dalam hidupnya serta membentuk peribadi yang lebih jelas.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Clarkebury Boarding Institute in Engcobo iaitu sekolah elit kulit hitam yang mengagungkan budaya Barat. Namun Mandela mempunyai pemikiran yang berbeza.

Mandela melanjutkan pengajian peringkat ijazah di University of Fort Hare dalam jurusan kesenian. Pada peringkat awal walaupun dikelilingi oleh-ahli Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) serta gerakan anti-imperialis, namun Mandela menolak untuk terlibat bersama mereka.

Namun setelah menganggotai majlis perwakilan pelajar di universiti berkenaan, beliau terlibat dalam tindakan memboikot perbezaan kualiti makanan, menyebabkannya digantung pengajian. Mandela memilih keluar dari universiti tersebut tanpa menamatkan pengajian.



HAFIZAHRIL HAMID Utusan Malaysia Online Rencana 20131208

She was an idealist, not a terrorist

SITI Aishah Abdul Wahab, the innocent girl who left Malaysia 40 years ago on a government scholarship to study in London, but became an ardent believer and follower of Maoist ideology, should not be treated as a superstar.


Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar was in the right when he warned a social media columnist to not go overboard by comparing the government's treatment of Siti Aishah with its treatment of Chin Peng (NST, Dec 1).

Even world-famous American singer Bob Dylan was charged with inciting hatred in France after he compared Croats to Nazis in an interview with Rolling Stone magazine.

The nipping in the bud by the authorities to prevent unhealthy polemics was the right thing to do, as we should judge each case based on its own merits.

Chances of Siti Aishah returning slim
Alfian ZM Tahir | November 29, 2013


She was an idealist, not a terrorist ~ Hasan Talib

Siti Aishah was never a threat to this country, nor are her hands stained with blood. She was simply a dreamer, an idealist and a romantic, who was caught up by the socialist ideological fervour that swept campuses all over the world in the 1970s.

For 40 years, the "enslaved" Siti Aishah lived peacefully in cold Britain, which she has called home, turning her hand to charity work. It would be difficult for her to come back to hot and humid Malaysia, unless it was to the cool hills of Genting or Cameron Highlands.

It is best for Siti Aishah to remain in Britain, as it is now her natural home more than anywhere else. Bringing her back would be like bringing Robinson Crusoe back to cold and grimy London.

Since blood is thicker than water, it is understandable that her sister travelled to London to meet her, hoping that Siti Aishah would "repent" and follow the teachings of Islam. Siti Aishah promise her sister that she would read the Quran.

Her sister came back without her, as Siti Aishah needed to stay for another nine months in Britain to settle some unfinished business --the police investigation in the alleged slavery case.

Meanwhile, the Malaysian High Commission in London has given its assurance that it would assist in consular matters if needed.

The whole episode was not about Communism or Maoism, but one of the sad case of a bright young girl lost in an ideological dream, who decided to break off all relationships with her parents, siblings and relatives in Malaysia.

Her discovery by the British media only helped to strengthen her courage to meet and unite with her long-lost sisters and brothers.

In the case of Siti Aishah, it is up to God to enlighten her. And, with the Quran given by her sister, perhaps she can now find life more meaningful. Let her have her peace.

Hassan Talib, Gombak, Selangor New Straits Times Online Opinion Letters-to-the-Editor 07/12/2013