December 24th, 2013

Kehilangan bahan-bahan budaya Melayu Nusantara

KISAH kehilangan bahan-bahan budaya Melayu lama dari simpanan tanah air telah dipersoalkan semenjak dahulu lagi. Pada tahun 1821 dilaporkan kehilangan khazanah bahan-bahan kajian dunia Melayu di bawah pengawasan Sir Stamford Raffles, apabila kapal yang mengandungi banyak artifak dunia Melayu Nusantara tenggelam di Lautan Hindi akibat malapetaka taufan.

Jika bahan-bahan tersebut terselamat dan dipamerkan di muzium British, banyak ungkaian lama tamadun Melayu pasti dapat hasilkan. Mungkin beberapa aspek sejarah dan warisan dunia Melayu beroleh tanggapan dan pengertian baru.

Pada tahun 1960 Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra pernah mengarahkan Allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard, Ketua Pengarah pertama Muzium Negara, supaya berusaha mengumpulkan semula pelbagai artifak lama dari Britain dan lain-lain punca untuk dipamerkan kepada khalayak negara kita yang baru merdeka pada ketika itu.

Tan Sri Mubin berjaya pada peringkat tertentu mengumpulkan beberapa artifak lama tersebut termasuk diari atau buku-buku catatan pegawai pentadbir Inggeris, surat-menyurat antara Stanford Raffles dengan Temenggung Hussein Johor, surat-surat daripada Gobenur W. Farquhar kepada pegawai-pegawai tinggi Inggeris dan pelbagai catatan awal darihal Kuala Lumpur, catatan diari Sir Henry Gurney dan lain-lain. Mubin Sheppard juga berjaya mendapatkan pelbagai alat-alat perhiasan Melayu zaman Hindu dan Portugis yang tersimpan di Lisbon dan London.

Entah bagaimana, hal berkaitan artifak warisan Melayu, sama ada yang di Semenanjung ataupun di wilayah Kepulauan Melayu Nusantara lebih banyak terdapat di Barat daripada di wilayah sendiri. Terkini ialah berita bahawa sebahagian daripada artifak lama berhubung dengan senibudaya dan tulisan lama berkaitan dunia Melayu Nusantara sedang dinilai dan dirancang untuk diagih-jual oleh pihak berkuasa Universiti Leiden di Belanda. Jika berita ini benar, satu kerugian besar kepada sumber pengkajian tamadun Melayu mungkin terakibat.

Perihal pelbagai bahan sejarah dan warisan memang sedia tersimpan di Universiti Leiden. Dokumen dan artifak asal berkaitan adat, persuratan Raja-raja Melayu, manuskrip asal pantun, puisi, syair, kaba, kaligrafi Islam, tambo (teromba) yang ada di universiti itu telah sekian lama menjadi bahan rujukan para sarjana.

Dalam senarai artifak dan bahan-bahan ini sedia terdapat juga tulisan pada kulit binatang ternakan, serpihan batu bertulis, struktur megalith serta pelbagai lagi versi tulisan jawi yang menjadi medium penulisan semasa dan selepas Islam berkembang di Asia Tenggara mulai abad ke 10.

Menurut maklumat terkini Universiti Leiden di Hague Belanda sedang dalam proses mengecilkan (dan akhirnya mungkin menutup) jabatan kajian dunia Melayu/Indonesia walaupun kajian mengenai Indonesia dan negara-negara Asia Tenggara diteruskan. Ini berupa susulan beberapa perkembangan mutakhir yang menampakkan bahawa pengajian Melayu/Indonesia menguncup popularitinya, barangkali akibat menurunnya permintaan untuk kajian penyelidikan pasca-graduasi (post graduate) berkaitan pengajian Melayu dan Indonesia.

Universiti itu menurut sumber tertentu juga sedang menimbang untuk menjual himpunan artifak-artifak seni budaya dan warisan berunsurkan dunia Melayu yang begitu banyak dikumpulkan semenjak zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Universiti Leiden juga dilaporkan sebagai menyusun langkah menjual artifak dan bahan warisan itu secara pembidaan.

Ini bertentangan dengan apa yang berlaku di China di mana pengajian Melayu-Indonesia sedang meningkat di Universiti Beijing dan beberapa pusat pengajian lain di negara itu.

Sejarawan khasnya akan mengingati bagaimana gigih sarjana-sarjana penjajah mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan warisan dari Asia dan Timur Jauh selama ini, khasnya selepas berakhirnya zaman penjajahan British, Perancis dan Belanda. Mereka memunggah bahan-bahan sejarah dari Mesir, Afrika, India, Pakistan, Semenanjung Tanah Melayu, Hong Kong, Vietnama, Kemboja, Indonesia dan lain-lain. Dari permata Kuhinoor hingga ke tulisan Kamasutra, Hikayat 1001 Malam; dari emas hingga ke lesung pijak - semuanya diangkut dan dipunggah untuk koleksi pameran dan kajian mereka.

Tentang pengajian budaya timur atau Orientalisme pula, professor-professor ulung terdahulu seperti Roolvink, Teeuw, Josselin de Jong, George Coedes, Snouck Hurgronje dan lain-lain menjadi masyhur kerana mereka bersarjana tentang bahasa, adat, tradisi lisan, serpihan candi, batu bersurat, bahasa Melayu kuno, tulisan Palavi dan sebagainya.

Sir Richard Winstedt pula menjadi terkenal dengan kajian dan tulisannya berkaitan Malay Subjects atau Pengajian Melayu setelah menjadi pegawai daerah dan pegawai pentadbir Inggeris bersama R.J Wilkinson, A Caldecott dan Mubin Sheppard.

Malah beliau dan Prof. de Jong dari Universiti Leiden pernah berkolaborasi menulis tentang adat di Minangkabau dan Negeri Sembilan, satu-satunya mata pelajaran dan artifak yang kini paling banyak terkumpul di Leiden.

Sekiranya bahan-bahan tamadun Melayu dan Nusantara ini hilang daripada bidang pengkajian sarjana akibat dasar Universiti Leiden menjual atau mengagihkannya kepada pelbagai pihak, yang lebih kerugian ialah bangsa Melayu dan warga Nusantara sendiri.

Dalam himpunan yang bernama Adatrechtbundel, misalnya, seseorang pengkaji budaya Melayu khasnya adat Melayu - sama ada adat Perpatih atau adat Temenggung, akan beroleh pelbagai naratif kajian yang berguna dan meyakinkan. Dalam kumpulan ini akan disuai tulisan-tulisan Wellinck, Marsden, Overbeck, Datuek Batuah, Raffles (semasa beliau di Bencoolen 1821) dan lain-lain.

Yang menjadi rebutan ialah versi asal (original) bahan-bahan penyelidikan tersebut. Versi salinannya (jika dalam bentuk dokumen) yang juga bernilai, akan hanya terasas kepada kandungan penyelidikan bukan nilai sejarah atau nilai dari sudut warisannya.

Walau apapun, sebagai negara membangun dan yang masih tercari-cari akan sumber-sumber pengajian orientalisme kita sendiri, memiliki bahan-bahan tersebut bersama dengan apa-apa artifak seni budaya yang lain akan tetap tinggi nilainya. Jabatan Arkib Negara, Muzium Negara, Perpustakaan Negara serta beberapa IPTA kita seharusnya tangkas dan lekas bertindak untuk membuat keputusan menyiasat bahan bahan ini.

Dulu semasa Allahyarham Tan Sri Mubin menjadi Ketua Pengarah Muzium Negara pasca merdeka, berjaya beliau membawa balik beberapa artifak yang relevan dengan budaya dan warisan kita.

Kini, walaupun perhatian dan keutamaan yang diberikan terhadap sejarah, warisan dan budaya semakin menurun dan berkurangan, seperti ketiadaan dana perolehan dan pemuliharaan, harapan masih tinggi agar usaha murni mengumpul semula bahan-bahan warisan kita dapat berulang semula sepertimana ditunjukkan oleh Tan Sri Mubin setengah abad lalu.



TAN SRI DR. RAIS YATIM ialah Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Utusan Melayu Rencana 20131224

Softening the impact of toll hikes

IT has been reported that the Government is studying ways to lower hikes for tolls for peak hours and season pass holders.

Toll highways are meant to provide free-flowing and hassle-free travel in return for paying a toll.

However, most of our toll roads are so congested that one has to queue to pay toll and then queue again in choker-block traffic after the tollgates.

It is only fair that toll collection be suspended when the traffic is not free-flowing and resume only after the jam has been cleared.

This will be the just and fair proposal.

If the concessionaires are penalised this way they will definitely and earnestly expend funds to improve the situation and eliminate queueing.

The current situation of collecting toll irrespective of traffic condition do not penalise the concessionaires and allow them to ignore the plight of the toll-payers.

The other principle of collecting toll is to allow the concessionaire to recoup their capital and make a fair business profit.

Once the capital expenditure is recouped, the toll should be removed as is the practice in developed countries worldwide.

Our concessionaires of most of our tolled highways have not only recouped their capital expen-diture many times over, but have been milking the public and making exorbitant profits year in, year out.

All the public is asking for is fair play and as such where the capital expenditure has been recouped with their due equitable profits, the toll should be removed.

Frustrated Toll Payer Petaling Jaya The STAR Online Opinion Letters to The Editor 24/12/2013