December 30th, 2013

Antara BR1M, bantuan bencana, kenaikan harga

TAHUN 2013 sudah mula melabuh tirai dan 2014 bakal menjelma. Banyak pahit manis sudah dilalui sepanjang tahun ini. Ada yang dapat dijadikan teladan ada yang perlu dijadikan sempadan. Namun kepada kita rakyat negara ini masih dikira sangat bertuah sebab banyak mengamalkan sikap bertolak ansur, baik sesama rakyat sehinggalah ke peringkat kepimpinan negara.

Malahan kita masih boleh tersenyum dan berjabat tangan dalam apa sahaja keadaan meskipun berlainan pendapat dan berlainan agama. Inilah indahnya negara tercinta Malaysia.

Namun ini tidak semestinya akan kekal selamanya jika tidak dipelihara secara saksama dan terurus. Maksudnya, situasi ini bukan wujud dengan sendiri dan tidak terjamin akan kekal sebegitu. Malah tidak keterlaluan kalau kita ibaratkan ia seperti pepatah lama, 'sekali bah sekali pantai berubah.'

Selepas tamatnya musim berpolitik dan pilihan raya, nampaknya gelombang besar yang timbul hasil daripadanya masih belum berakhir dan ia dapat dilihat dengan nyata riaknya yang masih bergolak dan berkocak.

Semua parti komponen Barisan Nasional menerima impak besar begitu, juga parti lawan pembangkang masih lagi saban hari cuba merapatkan saf dan memperbaiki strategi termasuk mengadakan rombakan dalaman melalui pelbagai cara dan upacara.

Namun bagi rakyat biasa yang tidak terlibat secara aktif dan khusus dalam politik kepartian berlainan pula persepsi mereka. Kalau kita buka telinga dan mata, komentar di warung kopi dan laman sosial banyak mengupas komentar golongan ini yang rata-ratanya meluahkan rasa jelik, marah, benci, geram dan sakit hati terhadap para politikus yang masih lagi rakus kononnya ingin memberi bakti kepada rakyat jelata.

Namun kesemuanya tidak dapat dibuktikan secara realistik melalui bentuk tindakan dan diterjemahkan kepada pembaikan perkhidmatan bagi kehidupan sebenar rakyat yang semakin terhimpit dengan masalah ekonomi keluarga yang asas, termasuk keperluan tempat tinggal, makan minum, persekolahan, dan kesihatan.

Meskipun kita diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi hakikatnya bantuan sekali setahun itu tidak memberikan sebarang makna jika dihadiahkan pula dengan pelbagai kenaikan yang berganda-ganda terhadap barang kepenggunaan.

Bermula dengan gula, minyak nampaknya melarat pula kepada tambang perkhidmatan bas sekolah kemudian berjangkit kepada tarif elektrik dan tidak mustahil pula tol, kemudiannya mungkin teksi, bas biasa dan apa sahaja akan menyusul seolah-olah tanpa noktah.

Kita perlu ingat bahawa dalam teori ekonomi hierarki kehendak, keperluan utama manusia adalah kehendak asas iaitu makanan, tempat tinggal, dan pendidikan. Sekiranya perkara asas ini gagal diberikan solusi dan tidak dapat dipenuhi maka besar kemungkinan negara akan menuju ke arah kehancuran. Manakan tidak perut yang lapar, otak yang kosong dan tempat tinggal umpama di kolong tentu menyebabkan rakyat lebih terdorong menjadi 'polong.'

Kemudian negara dikejutkan dengan bencana di luar jangka banjir besar pula melanda. Katanya lebih buruk daripada bah besar puluhan tahun lalu. Malahan terburuk sehingga di luar jangkaan sehingga pusat penempatan banjir yang selama ini tidak dilimpahi air bukan setakat menerima impak biasa, malah sesetengahnya tidak dapat beroperasi kerana ditenggelami air.

Tentunya kerugian bukan sekadar wang ringgit tetapi melibatkan harta benda dan punca pendapatan juga turut terjejas. Bayangkanlah nasib para petani dan nelayan, para penternak dan peniaga biasa yang sudah tentu tidak mampu untuk bangun serta-merta untuk membina kembali kehidupan baru.

Kedatangan tahun baharu bermakna perbelanjaan luar jangka turut bertambah termasuk keperluan persekolahan anak-anak. Kepada mereka yang bergelar jutawan tidak ada apa yang perlu dirisaukan, tetapi kepada rakyat di pedalaman yang kini bukan sahaja menjadi miskin dan papa kedana akibat banjir dan bencana yang melanda tetapi turut hilang punca pendapatan.

Kemudian harga barang dan perkhidmatan pula dinaikkan. Meskipun banyak pejuang NGO yang prokerajaan cuba untuk merasionalkan tindakan-tindakan drastik memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menaikan harga gula, petrol dan sebagainya tetapi sampai bila mereka berupaya menyokong pagar-pagar yang menjadi duri kepada keputusan tidak bijak dan tidak kena pada masanya ini terus berlaku.

Umpama harimau jinak tetapi dibiarkan kelaparan dan selalu dipermainkan dan ditarik ekornya tentulah ia akan latah. Apabila latah tentu rasional tidak lagi menjadi pertimbangan kerana ia satu tindakan yang berlaku di luar kotak jangkaan dan jangkauan biasa. Malah jika ia berlaku kerosakan yang bakal menimpa sukar untuk diperbaiki lagi.

Selain daripada itu, nampaknya maklum balas terhadap bencana di negara kita masih ditakuk lama. Operasi bantuan dan pengagihan turut tidak mencapai standard yang sepatutnya. Malah budaya sudah terhantuk baru tengadah nampaknya masih terpakai, menggambarkan gerak kerja berkaitan dengannya. Sebut sahaja bencana, itu juga yang terpampang di hadapan mata.

Walhal, banjir dan pelbagai tragedi lain bukan kali pertama dan sudah tentu strategi menangani dan mengurangkan impaknya sepatutnya sudah ada dan siap siaga pada sebarang masa dan ketika. Tidak timbul lagi rayuan di sini sana, tidak cukup pelbagai perkara.

Majlis Keselamatan Negara tentu sudah cukup tenaga kerja dan terjamin tahap profesionalisme dalam menerima amanah mereka. Tetapi nampaknya seperti ada yang kurang, baiklah kaji semula peranannya secara sama rata agar tidak calar lagi imej kepada warga rakyat jelata.

Kita khuatir segala apa yang berlaku di tahun 2013 ini menjadi rentetan pilu dan bakal menimbul keluh kesah yang berpanjangan pada tahun 2014 yang bakal mendatang.

Kerisauan juga seperti berasas apabila BR1M yang diberikan menimbulkan impak negatif yang dijadikan modal oleh musuh pemerintah yang mengaitkannya dengan umpan kepada kenaikan harga yang berterusan.

Ramai yang berpendapat biarlah BR1M tidak diberi asalkan harga barangan dan perkhidmatan tidak dinaikkan. Malah biar bonus tidak diberi dan gaji tidak dinaikkan asal harga rumah masih kekal di takuk lama. Itu hanya sebahagian daripada keluhan.



Dr. Ahmad Zaki Ismail ialah Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Utusan Malaysia Online Rencana 20131230

Tsunami purba pernah melanda Aceh kira-kira 7,500 tahun lalu

SEMBILAN tahun lalu, Banda Aceh pernah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter yang kemudiannya disusuli dengan badaian ombak ganas tsunami setinggi 30 meter meranapkan wilayah itu hingga menjadi 'padang jarak padang terkukur'.

Ramai yang beranggapan peristiwa 'tidak disangka' itu merupakan bencana alam pertama dan terburuk yang pernah melanda Aceh dan beberapa lagi negara di rantau ini sehingga meragut lebih 286,000 nyawa.

Ini kerana, sebelum ini tidak ada maklumat sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis yang boleh membantu orang ramai untuk memahami risiko kewujudan bencana itu di wilayah berkenaan.

Tsunami sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun 'Tsu' bermaksud pelabuhan, manakala 'Nami' membawa maksud gelombang dan jika digabung, kedua-dua perkataan itu membawa maksud 'Gelombang Pelabuhan'.

Namun, penemuan sebuah gua di Lhong, Aceh oleh sekumpulan penyelidik pada tahun 2011 telah menghasilkan satu teori baharu mengenai kejadian tsunami di wilayah itu.

Berdasarkan penemuan terbaharu itu, para penyelidik mendapati kejadian tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004 bukanlah yang pertama di wilayah berkenaan.

Buktinya, gua yang ditemukan itu dipercayai adalah kesan badaian tsunami purba yang pernah berlaku kira-kira 7,500 tahun lalu di wilayah sama.

Ketua penyelidik agensi Pemantau Bumi Singapura, Charles Rubin, berkata, kali terakhir tsunami melanda perairan itu adalah kira-kira 2,800 tahun lalu.

Beliau juga memberitahu, kajian mendapati, empat lagi tsunami telah berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini.

Gua batu kapur tersebut dikatakan terletak beberapa ratus meter sahaja dari kawasan perairan Banda Aceh dan terlindung daripada ribut dan angin kencang.

Kajian fizikal yang dijalankan penyelidik juga mendapati, dasar gua itu mengandungi pasir dan bahan-bahan hakisan yang dibawa oleh ombak sejak ribuan tahun dahulu.

Dalam pada itu, analisis radio karbon yang dilakukan ke atas bahan-bahan tersebut termasuk cengkerang, organisma laut, dan mikroorganisma menunjukkan, sudah 11 kali tsunami berlaku di perairan itu sebelum kejadian sama berulang pada tahun 2004.

Penyelidik juga tidak menolak kemungkinan terdapat dua gempa bumi raksasa berlaku di rantau itu sekitar tahun 1393 dan tahun 1450.

"Mesej yang dibawa daripada penemuan ini adalah kemungkinan besar peristiwa tsunami pada tahun 2004 lalu akan berulang untuk 500 tahun lagi," katanya ketika membentangkan penemuan itu pada persidangan American Geophysical Union di San Francisco baru-baru ini.

Indonesia merupakan negara kepulauan yang terletak di kawasan yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik iaitu kawasan yang sering mengalami ancaman gempa bumi dan letusan gunung berapi.



NORAZLINA ISMAIL Utusan Malaysia Online Rencana 20131230

Usah adakan sambutan Ambang 2014

TAHUN 2013 semakin meninggalkan kita. Lambaian 2014 semakin mendekati kita. Terlalu banyak kisah yang berlaku sepanjang tahun 2013 ini. Yang paling mendebarkan dan ibu segala kisah ialah Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Kisah paling menyedihkan pula buat seluruh negara ialah bencana banjir besar yang melanda hampir empat buah negeri - Pahang, Terengganu, Melaka dan Johor.

Oleh yang sedemikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar tidak menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 dengan 'konsert' dan 'mainan mercun serta bunga api' kali ini. Cukuplah dengan mengadakan solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat di masjid dan surau seluruh negara.

Sama-sama kita berdoa agar negara ini lebih aman dan makmur serta dijauhkan daripada bencana dan malapetaka pada tahun 2014 dan tahun-tahun mendatang. Bagi kaum bukan Islam, beribadatlah di rumah ibadat masing-masing.

Hampir setiap tahun di beberapa negeri mengalami banjir sehingga menyebabkan jutaan ringgit barangan rosak dan hilang. Malah, sehingga kini mangsa-mangsa banjir masih lagi trauma dan kebingungan yang amat sangat terutamanya dalam memyediakan keperluan keluarga kerana hampir seluruh barangan dapur dan rumah telah musnah akibat banjir besar ini.

Oleh itu, saya mencadangkan agar semua kerajaan negeri (yang tidak terlibat banjir), berganding bahu mengaturkan bantuan-bantuan kemanusiaan yang amat-amat diperlukan oleh mangsa banjir ini.

Bantuan-bantuan yang sedia ada masih lagi tidak mencukupi dan banyak lagi kekurangannya.

Sikap yang prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia selama ini, amat dipuji dan tidak perlu diragui lagi. Seluruh dunia mengakuinya keikhlasan rakyat Malaysia yang suka membantu.

Cadangan tidak diadakan sambutan ambang 2014 ini juga adalah untuk mengelakkan keselamatan warga Malaysia yang mengunjungi lokasi sambutan tersebut terancam gara-gara politik kotor penyokong pembangkang yang bercadang menganjurkan Himpunan Gulingkan Kerajaan.

Dengan membatalkan sambutan tahun baru tersebut, pihak polis boleh bertindak tegas kepada mana-mana individu yang berhimpun di Dataran Merdeka atas apa alasan sekalipun. Keselamatan rakyat Malaysa harus kita pertahankan.



JAMAWI JAAFAR ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Utusan Malaysia Online Rencana 20131230

Peristiwa apa bakal berlaku menjelang detik 2014

APA yang akan berlaku esok? Itulah persoalan yang timbul menjelang 31 Disember yang menandakan berakhirnya tahun 2013 dan kemunculan tahun baharu 2014. Detik 31 Disember menjadi perhatian kali ini bukan sahaja kerana menunggu ketibaan tahun baharu 2014 sebaliknya apa yang akan berlaku di ibu negara khususnya Dataran Merdeka.

Setakat ini, lebih 1,000 laporan polis telah dibuat berhubung rancangan mengadakan perhimpunan haram yang dinamakan Himpunan Gulingkan Kerajaan. Mengikut laporan, beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai terlibat dengan perhimpunan itu. Jika berlaku, sudah tentu ia akan bertembung dengan sambutan ambang tahun baharu yang bakal berlangsung di tempat yang sama. Alasan perhimpunan termasuklah menyatakan kegelisahan terhadap kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.


Tidak hairanlah, ada pihak yang sengaja mencipta kalendar 'selamat menyambut tahun barang naik 2014'. Kita mengalu-ngalukan terhadap usaha mana-mana pihak yang menyatakan keprihatinan atau bantahan terhadap cadangan yang akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini. Baguslah ada pihak yang mahu mendengar denyut nadi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.


Cuma yang membimbangkan ialah bagaimana bentuk keprihatinan itu? Adakah dengan mengadakan perhimpunan seperti yang dirancangkan? Adakah pendekatan itu betul? Apakah mereka memberi jalan keluar terhadap masalah kenaikan kos ini? Atau mereka sekadar bercakap sambil menyembunyikan fakta yang mendorong kenaikan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Tema perhimpunan itu yang mahu menggulingkan kerajaan juga sudah menampakkan niat di sebalik perhimpunan itu. Pihak-pihak ini begitu ghairah mahu mencontohi negara-negara yang berjaya menggulingkan kerajaan yang sah melalui perhimpunan. Apakah hasilnya? Ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Negara-negara ini tidak ke mana pun. Mungkin suasananya lebih teruk berbanding 'kehidupan masa lalu' yang dikatakan dicengkam pemimpin yang tidak demokratik atau 'berkuku besi'. Kesannya, apabila negara berada dalam keadaan kucar-kacir, rakan-rakan terutama para pelabur menjauhkan diri.

Ternyata perhimpunan seumpama ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah sebaliknya menimbulkan masalah baru atau menambah masalah. Adakah menggulingkan kerajaan akan menyelesaikan masalah atau perasaan tidak puas hati rakyat terhadap sesuatu isu? Setakat ini, perhimpunan ini digerakkan berasaskan kepada rasa tidak puas hati rakyat dengan beberapa cadangan kerajaan seperti kenaikan tol, tarif elektrik, kos perkhidmatan atau pengangkutan awam dan sebagainya yang akan meningkatkan kos sara hidup. Di Malaysia, slogan yang dapat membantu menghentam kerajaan mampu menarik perhatian ramai kerana ia melibatkan kebanyakan rakyat.


Dulu ada perhimpunan yang dikaitkan dengan pengundi para pilihan raya umum (PRU). Mereka menuntut supaya diadakan PRU yang bersih daripada pengundi hantu. Apabila senarai itu kelihatan bersih tanpa bukti pengundi hantu, mereka mendakwa kerajaan membawa pula pengundi hantu luar negara termasuk dari Bangladesh.

Malangnya kenyataan dan dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti yang jelas. Apabila gagal berbuat demikian, pihak berkenaan seolah-olah mahu 'mencuci tangan'.

Walaupun dakwaan itu gagal, hakikatnya, mereka sudah berjaya mempengaruhi rakyat dengan maklumat yang tidak tepat. Apabila pihak kerajaan muncul dengan fakta, penjelasan itu berlalu begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh mereka yang sudah termakan dengan segala tohmahan berkenaan. Mereka tetap menolak penjelasan kerajaan. Mungkin pihak di sebelah kerajaan gagal menyusun strategi untuk menangkis segala serangan atau tohmahan yang semakin pantas 'menjalar' hanya melalui telefon bimbit.

Dalam isu kos sara hidup misalnya, setiap orang mahukan kos yang rendah malahan seboleh-bolehnya mahu kerajaan memberi semuanya secara percuma, tidak perlu membayar. Semua orang mengimpikan air, elektrik dan tol percuma.

Air dikatakan sumber kurniaan tuhan yang tidak seharusnya dijual.

Tarif elektrik juga tidak harus naik kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak seharusnya mengutamakan keuntungan.

Begitu juga dengan tol kerana menyediakan lebuh raya adalah satu tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur.

Begitulah serangan yang dilakukan terhadap kerajaan berikutan beberapa cadangan untuk menaikkan harga bagi beberapa perkhidmatan tertentu.

Alasan mereka yang mudah itu menyebabkan kebanyakan rakyat terpengaruh dan mahu 'bangkit' bersama-sama untuk menentang kerajaan.

Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak dapat menerima hakikat kenaikan harga akan menuding jari kepada orang lain yang dikatakan menjadi penyebab kenaikan.

Apakah kenaikan kos sesuatu barangan atau perkhidmatan itu hanya disebabkan oleh individu tertentu sahaja? Apabila ada pihak memberi pandangan mempertahankan keperluan menaikkan kadar tarif atau harga perkhidmatan dan barangan, mereka ini akan 'diasak' habis-habisan. Alasan paling mudah ialah mereka mendakwa pendapatan orang yang bercakap mempertahankan kenaikan kos itu terdiri daripada golongan berpendapatan tinggi.

Tidak ramai yang melihat kenyataan itu dengan berkata: ''Kenapa pendapatan aku kecil tidak seperti dia yang bergaji besar?''. Mereka merungut kerana terpaksa melakukan kerja sampingan lain bagi menambah pendapatan sehingga mengaitkan dengan isu-isu sosial lain seperti tidak sempat bersama keluarga dan masyarakat setempat. Ada pula yang lupa bahawa mereka tidak dapat membendung tabiat berbelanja sehingga terikut-ikut dengan rentak perbelanjaan orang berpendapatan tinggi.

Golongan yang sering mengkritik ini juga tidak melihat bagaimana apabila gaji mereka dinaikkan, golongan yang bekerja sendiri atau tidak bergaji tetap turut tertekan. Berapa ramai yang merungut apabila kakitangan awam menikmati kenaikan gaji, elaun atau bonus? Begitu juga dengan kenaikan gaji pemimpin kerajaan negeri yang melaungkan 'slogan indah-indah' semasa berkempen. Berapa ramai yang menentang kenaikan gaji sehingga 300 peratus itu? Berapa ramai pula yang bangkit menentang pihak yang tidak menunaikan janji indah kepada rakyat semasa berkempen?

Lebih mendukacitakan, ada pemimpin yang sebelum ini begitu ghairah menabur janji kononnya untuk kesejahteraan rakyat sanggup mengakui dalam beberapa perkara, kenaikan pelbagai kos tidak dapat dielakkan. Adakah kerana semasa berkempen, mereka hanya mahu memancing undi untuk mendapatkan kuasa? Setelah kuasa di tangan, baru mereka tahu langit tinggi rendah dan ketika itu mengambil kesempatan 'cuci tangan' bagi mengelak segala janji yang dibuat. Begitulah jadinya apabila orang seperti jutawan air liur bercakap tanpa fakta. Ikut sedap mulut.

Selama mana, kita mahu mengekang kenaikan sesuatu kos? Kenapa tidak ada yang bertanya, haruskah nilai bantuan BR1M dinaikkan? Bagaimana pula jika nilai itu diturunkan? Apa pun yang akan berlaku esok, kita mengharapkan Malaysia akan terus berada dalam suasana aman dan harmoni pada 2014. Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014.



Hassan Mohd. Noor Utusan Malaysia Online Rencana 20131230

Bisik-Bisik Awang Selamat

PADA Awang, kemelut di penghujung tahun 2013 khususnya isu peningkatan kos sara hidup boleh diselesaikan. Jadi orang ramai tak perlu ikut serta perhimpunan Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam tahun baharu esok.

Awang sangat setuju dengan pandangan pemimpin Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa orang ramai mengerakkan semangat kepenggunaan bagi menangani peningkatan kos sara hidup.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman pula yakin ilmu kepenggunaan mampu membangkitkan kesedaran pengguna dan peniaga tentang peranan masing-masing di samping membantu kerajaan menyelesaikan isu kepenggunaan.

Cara paling mudah pada Awang ialah setiap orang perlu bijak menentukan barangan yang perlu dibeli mengikut keutamaan dalam senarai perbelanjaan seharian.

Masa untuk berbelanja pada perkara yang kurang utama seperti makan atau berhibur di luar rumah elok dikurangkan. Dengan cara berjimat begini, kita sendiri dapat mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup.

Sebenarnya mainan harga ini sudah Awang kesan lebih setahun lalu apabila mendengar keluhan peniaga bumiputera tentang harga barangan.

Banyak kalangan peniaga bumiputera tersepit akibat mainan pembekal dan pemborong bukan bumiputera. Selain harga bahan asas, kadar sewa premis perniagaan juga dinaikkan.

Awang ingin bertanya, punca kenaikan harga sebenarnya daripada pihak mana? Perkara asas seperti ini, tidak mahukah diperjuangkan oleh kumpulan yang menganjurkan himpunan haram pada malam esok?

AWANG - Sambut 2014 di rumah.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131230

Teaching kids good values

TO me parents are the best teachers and they should be instilling in their children the right values.

Children should be taught to respect their teachers, their elders and the rights and faiths of others.

They must exercise extreme patience when explaining the positive and negative results of a right and wrong action.

The effects of smoking, drinking and drug abuse must be thoroughly explained just as they must on the ill effects of lying, watching and playing excessively on the computer.

Children should be taught to realise that the friends they are with can either make or break them.

Being lazy and irresponsible and wallowing in self pity are traits that we should rid ourselves of. Children should be taught about God and divinity.

As a parent, always be alert to the times. Do not live in dream world, and do not assume things are same as when you were a child.

Parents must realise that today’s world is a fast-changing one.

Many children have a natural desire to conform and follow their peers in whatever they do.

Be informed about today’s youth, their concerns, likes and dislikes.

Talk to your child but parents must also talk to other parents, and teachers.

Keep your fingers on the pulse of the world. If you fail to understand the influences bombarding your child, you may be helpless to counter them.

Be on guard against their feelings of anger, selfishness, dishonesty and rebellion.

Inquire why your children feel they way they do. Guide and understand why such attitudes are harmful to themselves and others.

Encourage positive thoughts of love, giving, sharing, obedience and forgiveness.

Show your pleasure and apprecaiton when they act responsibly but be strict, when children disobey.

Parents need to be firm yet loving when helping children understand why their actions are wrong and why discipline is necessary.

Use wisdom when correcting a child and remember children are not adults. It is pointless to over-react.

Disciplining a child should never be done in anger. It is also important to reward good conduct.

Positive reinforcement for right actions is an effective teacher, as is discipline, for wrongdoings.

Praise your children when the situations requires you to do so. Commend them for their helpfulness, and consideration.

Praising children does work wonders. And above all, get to know your children, and understand them.

Bulbir Singh, Seremban The STAR Online Home News Education December 29, 2013

Goodbye to an eventful 2013

A year of catastrophic climate change, war, rebellion, whistleblowers and a poignant death slips by to shape 2014 and beyond.

ANOTHER eventful year is passing us by, choked full of environmental and political milestones, whistle-blowing revelations, confusing economic trends and more natural disasters.

The year 2013 is leaving us behind; its events will affect how the world is shaped in 2014 and beyond.

The global economy did not collapse; instead there was some good news in a nascent recovery in the United States whilst the economic powerhouse of China kept steady growth (although at a now lower path of 7% to 8%).

Most European countries remained mired in austerity-driven recession or slowdown, with deteriorating social conditions, but Germany continued its good performance and took increasing flak for its perceived self-centred policies.

It was in the developing countries that the economic tide was turning, and for the worse. Their exports softened, GNP growth rates fell, and many of them (including big countries like India, Indonesia, South Africa) became exposed to volatility in financial markets and currencies.

We can expect greater vulnerability of developing countries in the new year to the “tapering” or reduction of government pumping of money in the United States.

The expected results, such as capital outflows, weakening currency and higher interest rates, can cause destabilisation or even new crises, in some developing countries.

On the political front, the big global news was the revelation by whistle-blower Edward Snowden about the mind-boggling widespread surveillance by the US National Security Agency not only of citizens around the world but also the phone calls and e-mails of prominent politicians like the German chancellor, the Brazilian president and the Indonesian president and his wife.

The story is not yet finished, as newspapers are still coming out with more revelations.

The fallout in terms of trust in the United States, and the need for global governance of the Internet, is still at its beginning stage.

The environment continued to deteriorate. The “haze” returned to Malaysia, revealing that there is yet much to be done in Asean cooperation on stopping forest fires.

Water shortages in Malaysia’s Klang Valley reminded us that a looming water crisis may rival climate change as the number one global ecological problem.

More extreme weather events marked 2013, especially Typhoon Haiyan that flattened big parts of the Philippines, but also rain and floods in India, China, Europe and also Malaysia and wild fires in Australia.

The UN climate convention (UNFCCC) gave recognition to the devastation, by setting up a global mechanism to deal with “loss and damage” caused by climate change, but how it will work remains to be negotiated.

It was a spark in an otherwise bleak climate scene.

The landmark 400 ppm (parts per million), measuring how much greenhouse gases are in the atmosphere, was crossed in some weather stations, showing how global emissions are continuing at record high levels.

The IPCC (Inter-governmental Panel on Climate Change) released the first of its three new reports, sounding yet another alarm bell.

But at the UNFCCC negotiations, progress was slow with continuing wrangling on how rich and poor nations should share the burden of emission reduction.

The year also saw heightened public concerns about free trade agreements and investment treaties.

In Africa, the African Union and many countries continued their fight against what they perceive as a lopsided Economic Partnership Agreement model put forward by the European Commission.

The TPPA became a lightning rod for public debate and protests, as pieces of the secret texts were leaked, causing grave concerns about the effects on national sovereignty, economic policies, domestic producers and state-owned enterprises, and access to medicine and food security.

Public interest groups and some Congress members in the United States itself made demands for more transparency, and raising all kinds of issues, including the need to curb currency manipulation through the TPPA.

But the opposition to TPPA was strongest in Malaysia, with many organisations representing business, health, consumer and environmental interests calling on the Government to provide more information and calling for the country to resist various aspects of the TPPA or to pull out altogether.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak himself raised concerns while at summit meetings in Bali in October about how some TPPA issues such as government procurement, state-owned enterprises, investor-state dispute system and intellectual property could affect national sovereignty.

The year-end deadline for signing the TPPA went by, and a new deadline for “early 2014” was set, but the continuing controversies may take the negotiations well into 2014 and perhaps beyond.

Back on the political front, there were events and trends such as the phasing out of US troops in Afghanistan, the intensification of the political and street battles in Thailand, the dramatic events in Egypt, the breakthrough in talks between Iran and the West, the coming into power of the new president and premier in China, and last but not least the general elections in Malaysia.

The year also saw the passing of Nelson Mandela.

That sad event fittingly saw a global reflection on the need for effective leadership in resisting and ending intolerable injustice and suppression such as apartheid represented, but also for national reconciliation once that battle is won.

Meanwhile, there is still little progress in the long battle of the Palestinians for statehood and justice, as the building of settlements and the many other acts of occupation continue.

May the new year bring some new positive developments to the Palestinian people and their struggles, but that is more of hope than expectation.

MARTIN KHOR The views expressed are entirely the writer’s own. The STAR Online Opinion 30/12/2013

Looking back at 2013

HERE we are again, at the end of another year. 2013 has been an interesting year for law nerds like this writer, so let us look back at some of the key events in the legal calendar.


In 2012, Parliament was kept busy with the repeals, amendments and enactment of a whole host of law.

We saw the a repeal of the Internal Security Act (ISA), amendments to existing laws such as the University and University Colleges Act and the Printing Presses and Publications Act and introduction of new legislations such as the Security Offences and Special Measures Act (“SOSMA”).

We did not see as many legislative developments in 2013, but one important amendment was made to an old, existing law caused controversy and had civil society up in arms.

In October 2013, the government introduced several amendments to the Prevention of Crime Act (PCA) purportedly in order to equip the authorities to combat organised crime.

These amendments include bringing back detention without trial of up to 2 years, renewable indefinitely, similar in spirit with the repealed ISA and the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance (EO).

We have seen both the ISA and EO abused in the past, and while the Government has assured us that the PCA will not suffer a similar fate, civil society is understandably less enthusiastic about this guarantee.

2013 will also be remembered as the year when a band of intruders under the command of self-proclaimed Sultan of Sulu, the late Jamalul Kiram III, occupied a village in Lahad Datu.

This sparked off the weeks-long conflict between the intruders and our security forces that officially ended in the middle of the year with the conclusion of Ops Daulat.

The conflict brought to fore several legal issues, one of which is the claim by the Sulu Sultanate of sovereignty over a part of Sabah.

There has been no official determination of this, as this particular question has not been place before the International Court of Justice for determination.

Yet to this writer at least, the right of self-determination of Sabahans should trump over any claims of sovereignty by those outside of Sabah, and this should be the starting point of any legal determination of this issue.

Ops Daulat also resulted in the detention of several individuals under the controversial SOSMA legislation which was enacted last year.

However, the first known SOSMA detainees were three individuals alleged to have been involved in ‘terrorism’.

They challenged the detention and while the High Court at first instance freed them and held that the use of SOSMA provisions in that particular instance was unconstitutional, the Court of Appeal subsequently reversed this decision.

In 2014, we will see SOSMA provisions used in the trials of some of the alleged Lahad Datu intruders such as those charged with waging war against the Yang di-Pertuan Agong, in particular, the more controversial provisions that go against established rules of evidence.

2013 was also the year of the most historic general election ever held in this country. It was the worst ever result for the ruling coalition; losing more seats as well as the popular vote.

It also saw the highest voter turnout of a general election in the country. The election was one of the highlights of 2013, and will shape the way this country is run for the next 4 or 5 years at least.

Some legal issues have been brought to the fore, such as those relating to the dissolution of Parliament and the State Legislative Assemblies as well as the ambit of a caretaker government, even though this was will be the 13th time the country will go through a general election.

The interest generated by these events bode well for the future; it shows that the people genuinely want to know more about how this country runs.

We also witnessed a host of election petitions filed by those dissatisfied with the results of the elections, probably the most number of petitions filed after a general election.

Most of these petitions have been dismissed at the preliminary stage due to technical objections, but some of them have been overturned by the Federal Court and are due to be tried in 2014.

In 2013, a dog trainer was arrested for a video she posted on Youtube many years ago. A resort manager was sent back across the Causeway for allowing a now-demolished surau to be used by non-Muslims. Two ‘sex bloggers’ are facing three charges in court for what they posted on Facebook.

These are instances of action being taken by the authorities against those who purportedly offended the religious sensitivities of the majority population.

Unrelated to these is the latest development in the Herald case, although some would argue that it stems from the same notion that the rights of the minority are exercisable only insofar as they do not offend the majority.

The decision of the High Court was unanimously reversed by the Court of Appeal in an astounding decision which included a finding of what constituted an integral part of the faith when no evidence was presented at the first instance to support this finding.

The Government found themselves scrambling to contain the fallout of this decision especially in Sabah and Sarawak, claiming that this decision only binds the Herald and West Malaysia, when clearly a precedent was set for the country as a whole.

These are just some of the important events that occurred in the law last year. These events will undoubtedly impact the future and 2014 is already looking like it will continue this ‘trend’ of interesting legal developments.



*Syahredzan Johan is a young lawyer, partner at a legal firm in Kuala Lumpur. He tweets at @syahredzan. Drop him a line at starec@thestar.com.my The STAR Online Opinion 30/12/2013