December 31st, 2013

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.


“Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Langkah berkenaan ialah:

Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.

Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).

Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.

Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.

Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.

Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.

Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.

Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.


Veena Rusli | veena@bh.com.my Berita Harian Online Nasional 31/12/2013

Yuran khas perlu dipersetujui PIBG

Kuala Lumpur: Semua pentadbir sekolah perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa, sebelum membuat sebarang kutipan bayaran tambahan yuran khas bagi sesi persekolahan baru yang bermula esok dan lusa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata yuran tambahan khas itu tidak termaktub dalam pekeliling diedarkan kementerian kepada Jabatan Pendidikan seluruh negara.


“Setiap urusan pembayaran yuran tambahan perlu mendapat persetujuan ibu bapa dan Jabatan Pendidikan, sebelum pentadbiran sekolah boleh mengutipnya daripada pelajar masing-masing.




Sebahagian ibu bapa masih beratur bagi membeli buku-buku
serta perkakas sekolah menjelang sesi persekolahan yang akan bermula.

“Berdasarkan prosedur sedia ada, yuran tambahan itu perlu diluluskan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kemudian dimajukan kepada jabatan untuk kelulusan sebelum boleh dikutip daripada setiap pelajar,” katanya.

Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, turut menerima maklumat berhubung permohonan beberapa sekolah yang ingin melakukan kutipan yuran khas itu bagi menampung perbelanjaan kelas tambahan sebagai persediaan peperiksaan.

“Sekolah tidak akan membebankan ibu bapa dengan yuran tambahan khas yang tinggi. Ia biasanya diwujudkan hanya untuk menampung perbelanjaan kelas tambahan untuk peperiksaan besar,” katanya.

Tak benar kutipan tambahan
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata pihaknya tidak membenarkan sebarang kutipan tambahan pada awal persekolahan oleh mana-mana sekolah selagi belum mendapatkan kebenaran jabatan itu.

“Selain itu, sebarang kutipan yuran PIBG pula perlu mendapatkan persetujuan dan sokongan ketika mesyuarat agung persatuan itu,” katanya.

Persetujuan ibu bapa bagi sebarang bayaran tambahan itu perlu susulan arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan semua sekolah tidak mengutip yuran peperiksaan, kokurikulum dan kos kertas peperiksaan yang ditanggung sepenuhnya kerajaan menerusi bajet RM150 juta setahun sejak 2012.

Ahmad Tarmizi berkata, PIBG juga perlu berunding dengan ibu bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan badan itu kepada setiap pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah oleh kerajaan.

Beliau mengulas mengenai sungutan ibu bapa berpendapatan rendah yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kos perbelanjaan termasuk yuran hari pertama persekolahan anak mereka yang dianggap membebankan.

Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Azman, 42, berkata dia agak terkejut dengan jumlah pembayaran hari pertama persekolahan yang dianggapnya agak membebankan, tambahan beliau mempunyai dua anak yang baru masuk sekolah.


Petah Wazzan Iskandar dan Siti Sofia Md Nasir Berita Harian Online Nasional 31/12/2013

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ Jimat

AWANG rasa terharu dan bangga dengan keputusan kerajaan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam mulai esok, 1 Januari 2014.

Ini baru tindakan yang betul. Kerajaan sendiri tahu bahawa mereka juga perlu berkorban dan mengamalkan perbelanjaan berhemat.

Dengan cara begini, tak adalah rakyat terasa hati ketika kos sara hidup yang menghimpit mereka, saf Kabinet Persekutuan dan barisan pegawai tinggi kerajaan pula sedia menerima elaun keraian mereka dikurangkan sehingga 10 peratus.

Selain itu, pengurangan kos elektrik, bayaran tol, kos sambutan majlis atau persidangan, pembekuan pengubahsuaian pejabat, tiket penerbangan kelas ekonomi, dan mengguna sepenuhnya kemudahan di institusi latihan milik kerajaan sekurang-kurangnya dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Inilah contoh dasar kerajaan yang patut dilakukan pada masa semua pihak perlu berjimat cermat.

Awang harap semua anggota Kabinet dan pemimpin serta kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan usah merungut dengan langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Masa berbelanja besar hanya kerana peruntukan untuk kemudahan-kemudahan itu disediakan dalam perbelanjaan tahunan telah berlalu.

Berjuta-juta rakyat kita sedang mengeluh dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Jadi semua pihak kena mengamalkan langkah berjimat.

Awang yakin suasana yang ‘seimbang’ dan saling memahami antara kerajaan dengan rakyat ini dapat membantu kita mengharungi cabaran tahun baharu 2014 ini dengan tenang dan berkesan.

Tak perlu kita ikut rentak tari penyokong pembangkang yang hanya tahu buat kecoh dan menambah masalah. Sepatutnya mereka bantu cari jalan menyelesaikan masalah.

Awang - Melangkah ke tahun 2014.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan

DALAM satu program televisyen berbentuk temu bual, penulis ditanya mengapakah kerap berlaku perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan di negara kita? Penulis menyatakan bahawa memang benar ia berlaku kerana pendidikan bukanlah suatu yang statik atau beku tetapi ia hidup, bersifat dinamik dan berubah mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Oleh itu mungkin atas keperluan tersebut maka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II diperkenalkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid Tahun 4 di sekolah rendah pada tahun 2014.

Pelaksanaan kurikulum baharu atau KSSR ini telah diumumkan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Dr. Masnah Ali Muda baru-baru ini.

Pada pendapat penulis untuk memastikan kurikulum ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan maka ibu bapa perlu diberi kefahaman tentang perubahan tersebut. Sekurang-kurangnya melalui kefahaman itu akan dapat membantu dan membimbing anak-anak mereka ketika berada di rumah.

Perubahan ini juga adalah sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Soalan yang sering ditanya mengapakah KSSR ini diperkenalkan? Jawapannya, KSSR bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Pendidikan dilihat sebagai wahana yang dapat melahirkan insan dan warga yang berketrampilan, berkemahiran dan sedia menghadapi cabaran masa depan termasuk di peringkat global. Ini bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju dan menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Apakah bentuk kurikulum yang terkandung dalam KSSR itu? Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR merupakan kurikulum baharu yang telah diperkenalkan kepada murid Tahun 1 bermula pada tahun 2011. Mulai persekolahan tahun 2014 murid yang sama akan memasuki Tahun 4 dan mereka akan mengikuti KSSR Tahap II pula.

Seperti yang diumumkan bahawa KSSR melibatkan perubahan pendekatan pengajaran, organisasi, peruntukan masa, mata pelajaran, kaedah pentaksiran, bahan pembelajaran dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Beberapa mata pelajaran baru diperkenalkan seperti Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Subjek baharu Sejarah diperkenalkan melalui penggabungan beberapa mata pelajaran. Tujuannya adalah untuk menanam dan meningkatkan semangat kenegaraan, patriotisme dan memupuk nilai keperibadian mulia dalam kalangan murid.

Selain itu mata pelajaran elektif ditawarkan membabitkan bahasa ibunda seperti Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai termasuk Bahasa Arab.

Pendekatan baru dalam pelaksanaan KSSR adalah berasaskan ‘standard kandungan’ dan ‘standard pembelajaran.’ ‘Standard kandungan’ bermaksud pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid. Sementara itu‘standard pembelajaran’ pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran.

Pencapaian dan penguasaan murid dalam pembelajaran akan dinilai dan diukur. Dengan kata lain guru bukan hanya mengajar tetapi perlu ada kaedah pengajaran yang standard dan sentiasa menilai pencapaian serta kefahaman setiap murid selepas suatu unit pembelajaran itu dilaksanakan dalam bilik darjah.

Mungkin ada yang bertanya mengapa ditekankan komponen standard itu? Standard atau ukuran atau piawaian diutamakan dalam kurikulum ini bertujuan bagi memudahkan guru menilai pencapaian murid dan memastikan mereka melepasi standard yang ditetapkan.

Memandangkan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai boleh diukur maka melalui standard itu akan dikenal pasti strategi penambahbaikan dan berupaya pula mengatasi masalah kelemahan murid dalam pembelajarannya.

Apa yang menarik tentang KSSR ialah penekanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif atau pendekatan dua hala antara guru dan murid. Murid digalakkan bersoal jawab, memberi pendapat, melakonkan sesuatu, membincangkan idea baru, menjawab kuiz dan berbagai aktiviti pembelajaran yang boleh merangsang pemikiran serta mengembangkan bakat mereka. Dalam masa yang sama melalui pendekatan interaktif ini guru akan berupaya menerapkan kemahiran berfikir atas tinggi di kalangan muridnya.

Dari segi pentaksiran, KSSR Tahap I menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (DSK). Sementara itu KSSR Tahap II menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mana kurikulum dan pentaksiran dilaksanakan seiring bagi setiap unit pembelajaran. Ini bertujuan supaya murid berupaya menguasai ilmu dan kemahiran yang telah ditetapkan sebelum mereka melangkah ke tahun persekolahan seterusnya.

Pada dasarnya DSKP mengandungi ‘standard pembelajaran’ iaitu satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran. Sementara itu pencapaian ‘standard kandungan’ boleh diukur dan dinilai. Dalam masa yang sama ‘standard prestasi’ digunakan sebagai satu set kriteria umum yang menggambarkan penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk, konsep dan istilah yang telah dipelajari.

Seramai 449,887 orang murid dijangka akan mengikuti pembelajaran menggunakan KSSR Tahap II bagi murid Tahun 4 pada tahun 2014. Untuk memastikan keberkesanan KSSR, guru akan terus diupayakan melalui kursus dan latihan. Tumpuan akan diberikan bagi subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Pada masa yang sama, difahamkan pegawai-pegawai Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memantau perkembangan pencapaian pengajaran guru dari semasa ke semasa. Ini bagi memastikan perubahan kurikulum ini dapat diterjemahkan dengan berkesan dalam bilik darjah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Masnah, pelaksanaan KSSR akan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa depan. Walaupun guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan namun kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak.

Sesungguhnya peranan ibu bapa tidak kurang pentingnya bagi membimbing dan membantu pembelajaran anak mereka. Setidak-tidaknya turut memantau serta menyediakan kemudahan, bahan bacaan dan peralatan pembelajaran bagi keperluan anak ketika berada di rumah.



Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UnisZA. Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Rasionalisasi ekonomi demi rakyat

PERNAH seorang bekas Menteri Persekutuan meluahkan isi hatinya kepada media massa sebaik-baik beliau tidak lagi menjawat jawatan menteri. Dengan rasa rendah diri, beliau menyatakan betapa peritnya menjadi rakyat biasa berbanding menteri kerana segala-gala kos terpaksa ditanggungnya.

Dengan kata mudah, menjadi rakyat biasa menyebabkan beliau terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi berbanding tatkala berjawatan Menteri Persekutuan.

Inilah gambaran sebenar kehidupan rakyat biasa. Yang terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang semakin mencengkam kehidupan mereka. Bagi mereka yang berjawatan tinggi, gaji berpuluh-puluh ribu, bahkan ratusan ribu dan jutaan ringgit sebulan, golongan ini tidak merasai apa yang dirasai oleh majoriti rakyat Malaysia.

Bilangan yang kaya-raya di Malaysia tidak begitu ramai. Yang ramainya, mereka yang begitu perit menghadapi kehidupan seharian. Keperitan ini dibimbangi menyebabkan pelbagai masalah lain seperti tekanan diri dan peningkatan kadar jenayah yang akhirnya lebih banyak masalah besar boleh berlaku.

Bagaimana mereka ini ingin meneruskan kehidupan yang semakin menekan? Adakah pihak yang bertanggungjawab benar-benar merasai kehidupan mereka? Atau setelah tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi barulah meluahkan isi hati seperti mana bekas Menteri Persekutuan berkenaan?

Rasionaliasi subsidi pada awalnya boleh diterima oleh rakyat. Namun, apabila tempiasnya amat terasa ke atas barangan dan perkhidmatan lain, maka sewajarnya bukan sahaja rasionalisasi subsidi, tetapi juga kerajaan perlu merasionalisasikan ekonomi negara pula.

Bagaimana untuk merasionalisasikannya? Kalau dalam konteks rasionalisasi subsidi, ia menjurus memberi subsidi kepada golongan sasaran dan golongan yang layak menerimanya. Masalahnya, golongan yang kaya-raya ini rata-rata ahli-ahli perniagaan dan mereka ini telah bertindak balas ke atas rasionalisasi subsidi dengan memindahkan peningkatan kos perniagaan ke atas pengguna.

Itu belum termasuk ahli-ahli perniagaan yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan tanpa sebab. Kesudahannya, majoriti rakyat juga yang menjadi mangsa. Yang kaya semakin kaya!

Di Malaysia, segelintir golongan ahli perniagaan inilah yang berkuasa menentukan harga. Inilah masalah utama dalam ekonomi negara. Tiada keseimbangan sebenar! Yang kaya ini segelintir sahaja dan menguasai kartel dan monopoli.

Nak salahkan peniaga-peniaga kecil seperti di pasar malam mahupun di gerai-gerai tepi jalan tidak boleh juga. Ini kerana mereka yang menguasai kartel inilah yang sanggup menaikkan harga sampaikan peniaga-peniaga kecil-kecilan pun terpaksa naikkan harga hanya kerana untuk mendapatkan keuntungan sedikit. Yang kartel ini untungnya usah cakaplah, lepas itu diuar-uarkan di media massa kononnya mereka melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Bagi menutup ketamakan dan haloba mereka, mereka merasionalisasikan kenaikan harga barangan kerana desakan pasaran. Kalau mereka boleh merasionalisasikan kenaikan harga, kenapa tidak pihak berkuasa merasionalisasikan ekonomi agar tidak ada lagi kuasa kartel dan monopoli? Mana lebih utama, kepentingan rakyat atau kepentingan segelintir golongan yang kaya raya ini.

Malangnya, kalau dilihat apa yang berlaku pada masa lepas, golongan kartel inilah yang nampaknya lebih berkuasa. Buktinya, mereka tidak peduli pun dengan arahan pihak yang mempunyai kuasa. Harga tetap naik. Bagi mereka, apa pihak berkuasa boleh buat?

Maka, kedengaranlah suara-suara yang ingin memberi amaran dan tindakan. Begitu juga, kedengaran juga suara-suara menyuruh pengguna boikot dan cari alternatif. Tidak kurang juga, dengan nada sama, harga barangan masih terkawal, inflasi masih rendah.

Sekali lagi, mereka yang memberi pelbagai alasan ini merupakan golongan yang berpendapatan tinggi berbanding rakyat biasa. Usahlah memberi pelbagai alasan yang mana rakyat bawahan sendiri pun boleh fikir alasan yang lebih baik.

Pak-pak menteri berkenaan turunlah ke padang. Jenguklah orang bawahan. Dalam setahun, tandakan dalam diari untuk memperuntukkan masa tinggal bersama-sama dengan orang bawahan. Usahlah harapkan sahaja, orang-orang kanan yang sentiasa menyampaikan kisah-kisah molek rakyat, seperti no problem bos, rakyat semua baik.

Tidak perlu lama pun, dua minggu setahun pun dah cukup. Tinggal bersama-sama dengan golongan yang susah ini. Janganlah ketika pilihan raya umum atau pilihan raya kecil baru nampak muka. Buatlah kajian sendiri tentang masalah dan kos kehidupan rakyat.

Rasai sendiri kepayahan rakyat dan bukannya selepas tidak menjadi menteri barulah terkeluar isi hati betapa susahlah hidup sebagai rakyat bawahan. Barulah sesuai dipanggil sebagai wakil rakyat yang membantu rakyat. Nescaya, rakyat akan lebih menyayangi wakil rakyat.

Ambil pengajaran seorang khalifah dahulu yang sanggup menyamar semata-mata ingin mengetahui dan merasai kehidupan rakyat biasa. Barulah, episod merasionalisasikan ekonomi boleh dijalankan dengan terperinci dan bukannya setakat diberikan tugas kepada pihak-pihak yang mereka sendiri tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang mereka tahu mengenai kesusahan rakyat?

Merasionalisasikan ekonomi juga perlu melibatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan kewangan negara. Dalam konteks ini pula, pembaziran sifar adalah terasnya.

Malangnya, umum mengetahui banyak pembaziran berlaku melibatkan pengurusan kewangan negara. Buktinya boleh dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kalau tiada pembaziran, wang yang dijimatkan boleh membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Malahan, wang tersebut juga boleh membantu rakyat bawahan menjana pendapatan sendiri seperti membantu mereka menjadi usahawan berjaya.

Umum mengetahui, ramai golongan bawahan ini bekerja secara sambilan seperti menjual pakaian di pejabat bagi memperoleh pendapatan sampingan. Mereka ini antaranya berkebolehan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Bantulah mereka ini. Usah hanya membantu mereka yang dikenali sahaja kerana yang susah ini majoritinya tidak mengenali orang-orang tertentu.

Yakinilah, isu kenaikan kos sara hidup rakyat akan menjadi isu utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti. Justeru, tindakan merasionalisasikan ekonomi adalah sejajar dengan usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela agar rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih tinggi.

Rohami Shafie ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Semua pihak berperanan perangi inflasi

Kini sekali lagi rakyat berdepan dengan gelombang kenaikan harga runcit barang dan perkhidmatan. Gelombang lebih besar sebelum ini ialah pada pertengahan kedua 2008.

Nampaknya rakyat amat marah terhadap Kerajaan BN, kerana pada persepsi mereka, kerajaanlah yang menjadi punca kenaikan harga ini iaitu disebabkan oleh pengurangan subsidi yang mendadak dan serentak seperti tepung, gula, petrol, diesel dan tarif elektrik. Tidak lama lagi, difahamkan, kadar tol dan tambang pengangkutan pula akan dinaikkan!

Tujuan artikel ini adalah untuk membantu menjelaskan isu ini secara mudah dan ringkas:

(a) memahami punca-punca inflasi dan

(b) peranan masing-masing untuk menanganinya.

Punca



Berdasarkan Carta 1, dapatlah kita perhatikan bahawa sebab inflasi atau kenaikan harga runcit itu adalah berbagai-bagai. Justeru amatlah tidak tepat jika punca kenaikan tersebut dibebankan ke atas bahu satu pihak semata-mata. Sebenarnya, diri sendiri turut menyumbang kepada inflasi atau boleh membantu mengurangkan tekanan inflasi.

Secara kasar, kenaikan berkenaan, adalah kerana:

(a) Faktor domestik yang disebabkan pula oleh:

1. Kenaikan/ tolakan harga (cost push) - misalnya disebabkan oleh kenaikan kos input seperti baja dan upah buruh;

2. Dorongan permintaan (supply-driven) - misalnya kerana kekurangan bekalan yang disebabkan oleh cuaca buruk atau bencana alam seperti banjir besar di Pantai Timur Semenanjung sekarang, atau;

3. Dorongan permintaan (demand pull) - misalnya kerana permintaan yang tinggi seperti di musim perayaan dan impak pendapatan rakyat yang meningkat. Sebagai contoh, purata gaji bulanan pekerja sektor perkilangan telah meningkat kira-kira 10% antara 2012 (RM2,466) dan 2013 (RM2,710).




Carta 2

(b) Faktor luar (imported inflation) yang disebabkan pula oleh:

1. Kenaikan nilai mata wang asing seperti Yuan, Yen dan AS$ berbanding dengan nilai Ringgit kita. Contohnya, antara Mei 2011 (AS$1 = RM2.97) dan Disember 2013 (AS$1 = RM3.30), nilai AS$ telah mengukuh 11% berbanding dengan duit kita atau, sebaliknya, RM telah merosot 11%!

2. Kenaikan kos produk - misalnya kerana bencana alam, persaingan ekoran penggunaan alternatif seperti minyak kelapa sawit diguna untuk membuat biofuel. Banjir besar di Queensland tidak lama dulu telah menyebabkan kos tenaga di Malaysia meningkat kerana kos arang batu melonjak (telah naik daripada AS$107 setan kepada AS$145 setan dalam masa sebulan = 35.5%) disebabkan kekurangan bekalan bahan tersebut.

3. Larangan/ sekatan negara pengeksport - secara fisikal, pentadbiran ataupun menggunakan tarif. Misalnya sekatan eksport bawang oleh India.

Tahap kenaikan inflasi, secara mudah, terbahagi kepada 4 jenis (http://countryeconomy.com/cpi):

* Kenaikan yang rendah (low) - Perancis (0.7%)

* Kenaikan yang sederhana (moderate) - Malaysia (1.8%), Melaka (1.6%), UK (2.1%).

* Kenaikan yang tinggi atau hyper inflation - Mesir (12.9%), Venezuela (54.4%)

* Harga turun atau deflasi - Sweden (-0.1%), Greece (-2.9%).

Yang terbaik ialah kadar inflasi yang sederhana seperti Malaysia dan Denmark. Malangnya, rakyat Malaysia sudah histeria sekalipun bahang ‘kepanasan inflasi’ sekarang jauh lebih rendah berbanding tahun 1981 (9.8%), 1998 (5.2%) dan 2008 (5.4%)! Sila rujuk Carta 1.


Subsidi



Dalam tempoh yang panjang, kerajaan BN yang prihatin telah memperuntukkan subsidi yang besar untuk mengurangkan beban rakyat kerana kebajikan rakyat didahulukan. Pada tahun 2010, misalnya, sebanyak RM24.9 bilion dibelanjakan bagi tujuan subsidi; contoh di Carta 2.

Ekoran daripada pemberian subsidi itu, harga barang-barang runcit berkenaan (sebelum ini) di Semenanjung Tanah Melayu telah dapat dikurangkan. Sila rujuk Carta 3.

Kerana tindakan kerajaan BN yang mengutamakan prestasi (berjaya menguruskan ekonomi dengan cekap serta mampu mengawal kenaikan harga runcit barangan dan perkhidmatan dengan berkesan) maka kadar inflasi di negara kita dapat dikawal di tahap sederhana (seperti Carta 2).

Sukalah ditegaskan sekali lagi bahawa prakarsa kerajaan BN dalam memerangi inflasi tidaklah semata-semata tertumpu kepada pemberian subsidi sahaja.

Langkah-langkah lain juga dilaksanakan seperti mengawal harga barang-barang perlu, misalnya gula, tepung dan minyak petrol, menambah pengeluaran, melonggarkan sekatan import barangan terpilih dan memberi insentif.

Dalam pada itu, kerajaan telah mengkaji dan menilai keperluan serta kepentingan negara jangka panjang. Didapati, antara lain peruntukan subsidi yang besar dan berterusan adalah tidak sustainable; tidak tertampung oleh negara. Sebagai contoh, jumlah nilai subsidi (RM46.7 bilion) di bawah Bajet 2013 lebih besar daripada peruntukan untuk pembangunan (RM45.1 bilion)!

Lebih penting lagi, subsidi yang dimaksudkan untuk mereka yang berpendapatan rendah itu tidak pula menepati sasarannya.

Yang mendapat faedah lebih besar adalah golongan orang kaya! Sebagai contoh, 20% nelayan kaya menikmati 80% daripada jumlah nilai subsidi diesel manakala 80% nelayan miskin hanya mendapat faedah 20% daripada jumlah nilai produk yang sama.

Yang demikian, semakin terdesaklah skim subsidi ini dirasionalisasikan atau dirombak semula.

Rasionalisasi skim subsidi ini telah pun dimulakan dengan tepung, gula, petrol dan diesel. Dilaporkan akan diikuti oleh tarif elektrik dan tol.

Rakyat mula marah kerana merasakan bahang tekanan dan keperitan kenaikan harga runcit barang dan perkhidmatan itu walaupun kenaikannya tidaklah seberapa.

Apakah sepatutnya kerajaan terlebih dahulu buat sebelum melaksanakan rasionalisasi ini dan perlu pula buat untuk meredakan kemarahan rakyat sekarang?


Tindakan


Pertama, kerajaan hendaklah segera melaksanakan anjakan paradigma yang suka berlunjur dulu sebelum duduk! Ia sepatutnya memperlihatkan terlebih dahulu kepada rakyat keberkesanan hasil/ impak rantaian tindakannya yang ikhlas, serius dan telus dalam melakukan penjimatan, memerangi ketirisan dan penyelewengan serta mengurus value for money. Terdapat tiga kebaikan utama dari inisiatif ini:

i. Kerajaan mengetahui dan rakyat pula dapat melihat saiz penjimatan yang berjaya dicapai itu; justeru kerajaan tidaklah perlu merentap amaun subsidi yang begitu besar dalam masa yang singkat seperti sekarang;

ii. Kerajaan berpeluang memaklumkan faedah yang dinikmati oleh rakyat hasil daripada penjimatan dan pembanterasan ketirisan tersebut, dan

iii. Setelah melihat hasil kesungguhan dan keikhlasan usaha kerajaan itu dan faedah yang mereka nikmati maka dijangka majoriti rakyat lebih mudah dan rela berkorban demi negara tercinta.

Kedua, melaksanakan pengurangan subsidi semasa harga bahan mentah menurun. Yang demikian, harga yang sedia ada itu bolehlah dikekalkan tanpa dirasai oleh pengguna.

Sebagai contoh, harga kawalan minyak masak sebelum ini adalah sebanyak RM3.30 se/kg dan nilai subsidinya sebanyak RM2.10 se/kg.

Harga tersebut adalah berdasarkan harga minyak sawit mentah bernilai sekitar RM3,100 setan manakala harga sekarang berlegar sekitar RM2,300 setan; merosot 26%. Jika nilai subsidi dikurangkan proportionately maka harga runcit RM3.30 se/kg itu bolehlah diteruskan. Pengguna tidak akan terasa impak pengurangan subsidi tersebut.

Menyentuh isu subsidi minyak masak ini, kerajaan telah memilih mengurangkan harga runcitnya kepada RM2.50 se/kg tanpa sebarang ‘huha!’ Sepatutnya ia dihebohkan seantero dunia berserta dengan penjimatan yang diperolehi dan faedah yang dinikmati rakyat!

Ketiga, kerajaan sepatutnya terlebih dahulu membuat kajian impak dan simulasi akibat kenaikan harga barang yang subsidinya hendak dikurang/ dihapuskan itu. Pada masa yang sama, ia hendaklah mengambil langkah-langkah preventif untuk mitigate impak kenaikannya ke atas semua lapisan ekonomi dan masyarakat.

Keempat, memaklumkan terlebih dahulu kepada rakyat saiz penjimatan yang bakal diperolehi daripada pengurangan subsidi tersebut dan apa faedah langsung yang bakal mereka nikmati untuk compensate kenaikan harga yang bakal mereka tanggung.



Carta 3


Kelima, menarik nilai subsidi berperingkat-peringkat dalam amaun yang kecil-kecilan. Sebagai contoh, subsidi gula ditarik sebanyak 5 sen setiap 2 bulan; bukan direntap 34 sen sekali gus! Kerajaan tidak boleh dilihat begitu desperate, gelojoh dan rakus.

Keenam, menjelaskan dengan berkesan siapa yang bakal menerima kesan penarikan/pengurangan subsidi itu dan siapa pula yang tidak menerima tempias pun. Sebagai contoh, 70% pengguna tidak akan menerima kesan langsung kenaikan tarif elektrik. Tetapi mereka inilah yang terjerit terlolong.

Jika kerajaan kepanasan dengan bantahan rakyat ini lalu membatalkan rancangannya untuk menaikkan tarif tersebut maka yang untung besar tanpa mengangkat lidah ialah golongan orang kaya.

Lantaran sahlah golongan miskin terus menjadi seperti kerbau yang penat membajak di sawah tetapi kucing yang kenyang makan nasi di rumah!

Nampaknya kerajaan terus menerus gagal dalam PR dan komunikasinya sekalipun sudah menukar nama kementerian berkenaan kepada yang berbunyi lebih canggih lagi. Rupanya perubahan hanyalah dari segi nama/rupa (form) saja, bukan isi (substance)!


Peranan Pihak Lain


Dalam pada itu sukalah diingatkan bahawa pihak-pihak lain juga mempunyai tanggungjawab bersama dalam peperangan ini. Pihak-pihak itu ialah majikan, pekerja, peniaga dan pengguna/rakyat sendiri. Segeralah laksanakan peranan masing-masing dengan lebih gigih lagi untuk kebaikan bersama.

Untuk memudahkan kefahaman tentang peranan masing-masing, kembalilah melihat sekali lagi Carta 1 itu. Huraiannya, jika perlu, akan ditulis di masa lain. Pada hemat saya, para pembaca bijak memahaminya.

Sumbangan pakatan pembangkang?

Apakah pula sumbangan pakatan pembangkang atau mereka yang bijak berkokok itu dalam meredakan tekanan inflasi ke atas kehidupan rakyat?

Yang jelas, mereka turut menyumbang kepada kenaikan kos perniagaan dan sara hidup, seperti mana yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Baru-baru ini MBSA mengumumkan kenaikan kadar lesen perniagaan antara 20 hingga 180%! Siapa bising?



DATUK AKBAR ALI ialah penganalisis ekonomi dan juga Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Melaka. Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

A historical encounter

Datuk Shaari Harun gave me a glimpse into the Kuala Kangsar of old, and the country before and after ‘Merdeka!’

DATUK Shaari Harun is 93 years old. Sprightly, enthusiastic and inquisitive, he wields a walking stick though he doesn’t seem to need it.

He was my companion last week – and quite by chance – on a flight from Kuala Lumpur to Denpasar.

As a tukang cerita (or story-teller), I’m only as good as the stories I hear and with Datuk Shaari I was in Oscar-winning territory.

Imagine sharing two hours with a man whose recollections ranged over decades, eight decades to be exact – stretching from Kuala Kangsar in the 1930s to Ipoh during the Second World War, his work as an elite Malayan Civil Service (MCS, later known as PTD) officer, London in the 60s and the Treasury under Tun Tan Siew Sin.

As the son of a Perakian, I especially enjoyed his stories about the “Silver” state.

Datuk Shaari described how he first moved from Bota Kanan to Kuala Kangsar (my father’s hometown) in order to study at Clifford College.

“I have to thank my father, for his determination,” he explained: “He wanted me to have an English language education. Had I stayed in Bota, I would have lived and died a kampung chap!

“The Malays in those days were afraid of letting their children leave home – afraid to break up the family. Of course, many were worried that if you went to an English school you’d become a kafir!

“I was the first from my kampung. But after me, many young people wanted to follow my example.

“I’ve had a fantastic time. I’ve travelled the world, been invited to a Garden Party at Buckingham Palace, studied in Birmingham and all five of my children and 13 of my grandchildren are qualified. I’ve also got nine great-grandchildren.

“My only sadness is that I lost my wife earlier this year. We’d been together sixty-seven years.

“I’m proud to say that I worked under both Tun Tan Siew Sin and Tun Hussein Onn.

“The two men were tough taskmasters: honest and parsimonious. There was no room for error.

“Tun Hussein once said to us that if an uncle, brother or cousin of his were to come to the office we weren’t to entertain them. In fact he said he’d sack any of us, if he found out otherwise. I had great respect for Tun Hussein: he was a real stickler.”

The trim and smartly attired Perakian was travelling to Bali with his family.

“In the past, I would have take them on holiday; now they take me!

“Next month I’m off to Hong Kong and then to Seattle to see my newest cicit (or great-grandchild)”.

Luckily we were seated next to one another. As such we were able to spend almost the entire two-and-a-half hour flight in conversation, with me pulling out my notebook periodically to write things down.

The encounter was made all the meaningful (at least for me) when he told me how he’d started off in Kuala Kangsar at my great-grandfather’s house, opposite the Railway Station.

“Karim, the 1930s were tough economically. The price of rubber had collapsed: it was only one to three cents a kati or US$3 (RM9.80) a pikul.

“It had fallen so much that my family didn’t really have the money to send me away to school.

“Still, my father sorted out for me to stay with your great-grandfather, Tok Setia Mohamad Noordin, and study at Clifford College.

“Fortunately,” he added, “I was a hard-working boy and I managed to win a scholarship so I had US$10 (RM32) a month, a princely sum in those days. US$7 (RM23) was enough for my food and lodgings and I had another US$3 (RM9.80) for my pocket-money.”

“Back then, there was no electricity in KK and Sanitation Board labourers would go around town at dusk lighting the street lamps. Then when the Kinta Electricity Distribution Board came to town we had electricity. It was a marvellous moment.”

“The rivalry between Clifford and Malay College was legendary. But we had brilliant students such as Tun Suffian [Hashim] and a superb hockey team. Our headmaster, Mr Preedy MA (Oxon) was an excellent man.”

“Kuala Kangsar was a quiet town but I can still remember watching the Sultan playing polo and once there was a famous lady aviator (though I can’t remember her name) who landed her plane on the polo field!

“I was back in Kuala Kangsar about two months ago.

“The chicken chop at Yat Lai is the same now as it was when I was a young boy. Even the ambience is the same and the steamed pau is delicious.”

Datuk Shaari shook his head unhappily as I asked him what he thought of contemporary Malaysia, as if asking himself: ‘where are the Tun Husseins and Tun Tans?’

“I’m particularly unhappy with the way people talk about race. That wasn’t how we were back when I was a young man – we were all united.

“Why do people insist on saying ‘Malaysian Chinese’ and ‘Malaysian Indian’? Don’t they realise that they should be saying ‘Chinese Malaysian’ or ‘Indian Malaysian’?

“In the present formulation, ‘Malaysian’ is an adjective and ‘Chinese’ the object. It should be the other way around. They should all be proud of being Malaysian.”

Needless to say, Datuk Shaari was unimpressed when I interjected to say that few Malaysians would understand the grammatical nuances that he was pointing out.

So, as I took leave of Datuk Shaari and his exuberant family, I remembered thinking how privileged I’d just been to have travelled through time with such an entertaining and thoughtful ‘guide’: I’d sampled satay at two cents a stick, steamy pau and nasi kandar before being whisked off to a Japanese school, ‘Merdeka!’ and the 60s whilst also receiving a quick master-class on English language grammar – all part of an elite MCS civil servant’s arsenal of skills.

So, Datuk Shaari, enjoy the rest of your travels and thanks for sharing the time with me: I learnt a great deal.

Karim Raslan views expressed are entirely the writer’s own. The STAR Online Home News Columnist 31/12/2013

Raising bar on vocational training

CHALLENGES: It needs to be integrated into Education Blueprint to be truly accessible

THE year 2013 has been an extremely busy year for both the local and global Technical and Vocational Education and Training (TVET) community. With the past half a decade or so witnessing a period of weak economic environment, the youth labour market has been adversely affected. The upside to this, however, is the increasing awareness of the important role TVET can play in improving employment prospects for youth.

The International Centre for TVET (Unevoc), an institute within the United Nations' educational agency Unesco, had its hands full with numerous research and knowledge exchange projects throughout the year. Between August and November, it organised five regional forums, focusing on strengthening regional harmonisation of TVET transformation and seeking to promote a more sustainable TVET system in enhancing the skills of youth. The deliberation results are being used by Unevoc to draw up its plan of action for the next two years.

Another significant event for the global TVET community last July was the World Skills Competition (WSC), the biennial "Skills Olympics" where hundreds of young people from around the world compete to demonstrate their skills in various trades. This year, the competition was held in Germany, home of the model TVET system.

Our country also sent a delegation, where our youths bagged nine medallions of excellence in welding, plumbing and heating, electrical installation, hairdressing, fashion technology, cooking, restaurant service, refrigeration and air-conditioning, and IT network systems administration.

At the local level, 2013 has also been an eventful year. In preparation for WSC and the regional-level Asean Skills Competition, the Human Resources Ministry organised the annual national-level Malaysia Skills Competition in collaboration with the Works Ministry, as well as the MySkills Competition for trainers in TVET.

At the policymaking level, implementation of the Vocational Transformation Plan (VTP) by the Education Ministry has gone on in full gear, with the opening up of many new vocational colleges nationwide. The number of these colleges has now reached 79, with more in the pipeline.

Challenges abound as we enter the new year. Going by VTP's timelines, we should now be stepping into the second phase. The number of schools offering junior vocational education, where students enrol in the vocational stream from lower secondary level, should now reach 150, while there should be at least 83 and 48 public and private colleges respectively nationwide. While we are making good progress in the number of public vocational colleges, much still stands in the way of achieving other targets.

First, the number of schools offering the junior vocational education programme in 2014 is roughly half the target, although this may not necessarily be negative. Early streaming into the vocational path has its own opposition.

Perhaps much debate and study is still needed on the impact of early streaming before the programme is rolled out on a much larger scale.

Another glaring shortfall is the number of private vocational colleges. At only four, it is evident that the VTP, for the most part, remains driven by the public sector.

But with the existence of so many private skills training colleges nationwide, what actually prevents them from being part of the vocational college network?

Does it reflect the quality of these colleges? Is there a mismatch or incompatibility in the curriculum or standards? Has cost become a significant impediment?

Quantitative targets aside, a greater challenge for TVET is the harmonisation with the mainstream education system. While VTP is part of the National Education Blueprint, it remains unclear how VTP is integrated into the larger blueprint.

With many changes taking place in both systems, it would be a tough balancing act trying to align one with the other.

The Education Ministry should consider coming up with a scorecard, not just to monitor VTP's progress, but also to highlight any shortfalls so that improvements can be immediately undertaken. This would maintain VTP's relevance in truly transforming TVET in the country.



Mazlena Mazlan New Straits Times Online Home Opinion Columnist 31/12/2013

New Year : 'Clean' heart a good start

DRAINS around the house are whitewashed, walls given a new coat of paint, repairs and renovations done and clutter cleared in and around the house.

It is a tradition to welcome the New Year by giving our homes a new and clean outlook. But equally, if not more important, is to cleanse our lives for the coming New Year.

We need to spring-clean our hearts. Let old things pass and the new year will bring a new and wonderful beginning.

Everything around us goes through a transformation, but we remain the same year after year.

The elements of hatred, jealousy, animosity, bitterness, bias, prejudice and unforgivingness still clutter our hearts and lives. It is still present in the corner of our hearts, and this clutter has to be removed.

Differences in opinions will certainly arise in our interactions as by nature, we are all born to be different. However, to err is human, to forgive is divine. So, forgive those who have wronged you and let your sulks become smiles.

It would be better to forget the past and start anew, because it is better to bury the hatchet than bury yourself in bitterness.

Your stress level will go down by 50 per cent if you drop a grudge against someone. Forgiving people is therapeutic and good for your mental health.

Refrain from gossip and unhealthy chatter, for it does so much damage and ruins relationships. Think good, do good, speak good and be good. Life is for laughing, loving and living. If you are blessed with good health, then that should be a passport to a really enriching and rewarding life.

Celebrate life and count your blessings and make the most of it.

Life is fragile and tragedy has been a humbling reminder of how ephemeral life is and how useless petty conflicts can be. Learn to accept differences and do not dwell on sensitivities and provocation.

If there is anything better than charity, fasting and prayer, it is keeping peace and good relations among one another as quarrels and bad feelings destroy each other. Learn to accept the unchangeable and change the changeable.

"Happiness is the meaning and the purpose of life, the whole aim and end of human existence." -- Aristotle



Samuel Yesuiah, Seremban, Negri Sembilan New Straits Times Opinion Letters to the editor 31/12/2013

Catatan bersejarah negara 2013

PILIHAN Raya Umum Ke-13 menjadi fokus utama sepanjang tahun 2013 apatah lagi disifatkan sebagai pilihan raya umum paling mencabar dalam sejarah demokrasi negara.

Di sebalik keyakinan tinggi pembangkang menawan Putrajaya dengan menggunakan pelbagai strategi termasuk fitnah yang disebarkan menerusi media sosial, Barisan Nasional (BN) tetap berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen.

Selain itu, beberapa catatan bersejarah tercatat dalam diari negara sepanjang 2013 antaranya lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin.

Lawatan itu merupakan peristiwa penting buat Najib apatah lagi beliau merupakan Perdana Menteri yang pertama dari Malaysia berbuat demikian.

Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sendiri turut mencatat sejarah penuh bermakna apabila secara rasmi beroperasi di bangunan korporat baharu selepas 55 tahun beroperasi di bangunan lama.

Pembubaran, pembentukan kerajaan baharu

3 APRIL - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

20 APRIL - Hari penamaan calon.

20 APRIL - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperuntukkan tempoh berkempen yang panjang iaitu selama 15 hari, bermula pada hari penamaan calon.

5 MEI - Pembuangan undi dilakukan sempena PRU-13 yang berlangsung di seluruh negara.

5 MEI - Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baharu pada PRU-13 apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

6 MEI - Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara.

15 MEI - Pengumuman senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018.

24 JUN - Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun, selepas PRU-13.



Perasmian bangunan Utusan

Tarikh 13 September merupakan hari bersejarah bagi warga kerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan Melayu) kerana pada tarikh itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan bangunan Ibu Pejabat baharu kumpulan itu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Peristiwa besar itu sekali gus menyorot kembali kenangan kira-kira 41 tahun lalu ketika bapa beliau yang juga Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak merasmikan bangunan tambahan Utusan Melayu pada 22 Jun 1972.

Detik penting itu juga membawa Utusan Melayu setapak lagi ke hadapan dalam industri penerbitan akhbar selepas 55 tahun beroperasi di bangunan lama yang terletak berhadapan bangunan baharu iaitu sejak berpindah dari Singapura pada 6 Februari 1958.

Selain Jabatan Pengarang Utusan Malaysia, bangunan moden setinggi tujuh tingkat yang menelan kos lebih RM90 juta itu turut menempatkan sebuah akhbar terbitan Kumpulan Utusan iaitu Kosmo!.



Pemilihan UMNO (12-19 Oktober)


(DARI kiri) Mas Ermieyati Samsudin, Khairy Jamaludin dan
Shahrizat Abdul Jalil bersama Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.

UMNO menempa sejarah dalam sistem pemilihan apabila proses pemilihan pemimpin melibatkan jumlah perwakilan yang amat besar berbanding sebelum ini.

Format baharu yang digunakan adalah berdasarkan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah mewujudkan pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem electoral college, di samping membasmi gejala politik wang.

Lebih 220,000 perwakilan daripada ketiga-tiga sayap UMNO memilih pemimpin mereka dalam pelbagai peringkat - pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa.

Transformasi yang dilaksanakan itu benar-benar meremajakan UMNO dan secara langsung menunjukkan parti tersebut bukan lagi sekadar kuasa di tangan segelintir perwakilan tetapi menunjangi demokrasi secara terbuka.

13 OKT. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin mempertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO manakala Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO baharu.

19 OKT. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Catatan menarik sepanjang 2013

22 JAN. - Malaysia dipilih sebagai venue pertama bagi kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen pada 2015. Kampus cawangan itu akan dibina di tanah seluas 60.72 hektar di Salak Tinggi dan dijangka beroperasi pada September 2015.

30 JAN. - Sebanyak 10 ekor gajah spesies terancam, Pygmy Borneo yang berusia antara empat dan 20 tahun ditemui mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau dipercayai akibat racun tikus.

3 OGOS - Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56.

27 OGOS - Universiti terkemuka Mesir, Universiti al-Azhar bersetuju membuka sebuah cawangan pertamanya di luar negara di Malaysia tahun hadapan. Cawangan pertama itu akan dibuka di Nilai dan dikenali sebagai Universiti al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

28 OGOS - Semua pawagam di seluruh negara akan memulakan tayangan filem dengan dua promo dan nyanyian lagu Negaraku sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.

20 SEPT. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tetap tidak membenarkan jasad bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng disemadikan di negara ini. Beliau berkata, mereka yang tidak berpuas hati boleh mencabar keputusan kerajaan itu di mahkamah.

10 OKT. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry hadir ke Malaysia bagi menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES). Beliau mewakili Presidennya, Barack Obama yang tidak dapat menghadiri persidangan itu ekoran berhadapan masalah dalaman AS.


8 NOV. - Balu pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah yang mengetuai lafaz taubat nasuha bersama kira-kira 400 pengikut pergerakan itu bertekad tidak lagi mengulangi perbuatan mereka mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

13 DIS. - Amerika Syarikat (AS) secara rasmi mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Dasar pacu kemajuan negara 2013

25 OKT. - Bajet 2014
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 bilion meliputi RM217.7 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bajet yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.

MANDAT sebagai pemerintah yang diberikan sekali lagi oleh rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai agenda transformasi negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Matlamat itu didorong dengan pelbagai pendekatan dan dasar baharu yang diperkenal kerajaan serta dasar yang ditambah baik serta dipertingkatkan. Selain mengkhusus kepada kelompok sasar tertentu seperti orang Melayu dan kaum bumiputera, dasar bersifat menyeluruh bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum, agama, latar belakang dan peringkat turut dirangka kerajaan.



6 SEPT. - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PPPM 2013-2025 merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

Menerusi pelan itu, kerajaan meletakkan harapan tinggi supaya pendidikan yang menjadi teras kepada pelan berkenaan berperanan sebagai tunjang kepada proses transformasi negara.

Pelan tersebut lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak sejak dua tahun lalu dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

16 JAN. -Bantuan Persekolahan RM100 seorang seperti yang dijanjikan oleh kerajaan dalam Bajet 2013 mula diagihkan kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara.

17 JAN. - Kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran bil elektrik RM20 ke bawah bagi pengguna domestik dilanjutkan sehingga Disember.

31 JAN. - Skim Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dilancar bagi membantu lebih ramai golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2 dengan mudah dan murah.

15 FEB. - Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) - inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

20 FEB. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen memerangi rasuah terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

19 MAC - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

16 MAC - Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

25 MAC - Penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

30 MAC - Kerajaan mengumumkan penambahan 1,000 lagi unit Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

19 MAC - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya dicapai).

25 MAC - Kerajaan meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS).

13 APRIL - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah generasi kedua Felda di bawah Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) dalam tempoh lima tahun.

18 APRIL - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia untuk fasa pertama membabitkan pembinaan 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, Putrajaya.

1 JUN - Nasib lebih 63,000 kakitangan kerajaan bertaraf kontrak dan sementara dalam perkhidmatan awam kini terbela kerana kerajaan mula mencarum untuk mereka kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

1 JULAI - Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Sumber Manusia tidak akan menerima lagi sebarang permohonan daripada mana-mana syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum kepada pekerja tempatan atau asing.

19 JULAI - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan shisha adalah haram.

11 OKT. - Penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) dengan matlamat merancakkan lagi kegiatan keusahawanan di negara ini.

11 OKT. - Perkidmatan Teksi 1Malaysia, TEKS1M yang menggunakan kereta Proton Exora dilancar.

7 DIS. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang tunai RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir di Pantai Timur.

10 OKT. - Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Rang undang-undang akta itu diluluskan Dewan Negara sekali gus antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun. Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan oleh seramai 31 Ahli Dewan Negara selama dua hari walaupun dibantah anggota dewan propembangkang yang menggunakan alasan hak asasi manusia.

6 FEB. - Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga dari kiri) melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

23 OGOS - Projek hospital pakar kanak-kanak yang secara komprehensif memfokus kepada disiplin pediatrik atau kesihatan kanak-kanak dilancar secara rasmi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

14 SEPT. - Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu anjakan besar dalam agenda membela serta meningkatkan taraf kehidupan bumiputera dengan melancarkan strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Inisiatif itu merangkumi lima fokus utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Antara inti pati utama inisiatif itu adalah:

l Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

l Dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015.

l Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Sahabat AIM disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

l Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Tragedi menyayat hati 2013

1 JAN. - Seorang lelaki bukan sahaja membunuh diri malah ‘membawa’ bersama isteri dan anak lelaki mereka dengan melemaskan diri menggunakan asap di rumahnya di Kampung Jawa, Pengerang, Johor.

5 FEB. - Seorang ibu dan tiga anaknya mati rentung dengan dua daripadanya ditemui dalam keadaan berpelukan di rumah mereka yang terbakar di Taman Bukit Medan, Sungai Siput, Perak.

20 MEI - Tiga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu yang merancang kejutan buat guru mereka sempena sambutan Hari Guru maut setelah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 7.9, Jalan Hamzah, Kuala Kubu Bharu.

25 FEB -
Tiga Maut Kemalangan Bas Ekspres

KUALA LUMPUR: Tiga penumpang maut apabila bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara awal pagi Isnin.

Mereka yang maut dalam kemalangan pada pukul 3.10 pagi itu ialah Mohd Zamri Rani, 42, berasal dari Kedah, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor Baharu dan seorang penumpang wanita yang belum dikenal pasti.


KEMALANGAN maut yang meragut lima nyawa di Shah Alam.

28 MEI - Sebanyak 23 penumpang hilang dan dikhuatiri lemas manakala 181 lagi terselamat selepas sebuah bot ekspres yang dinaiki mereka untuk pulang menyambut perayaan Hari Gawai karam setelah terlanggar batu di Sungai Rajang, Belaga, Sarawak.

3 JULAI - Enam termasuk seorang kanak-kanak dan bayi maut selepas kereta Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap Toyota Hilux di Kilometer 117, Jalan Sibu-Bintulu.

10 JULAI - Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di Km56, Jalan Sri Aman-Sarikei.

31 JULAI - Hajat enam sahabat beraya bersama-sama tidak kesampaian selepas lima daripada mereka maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan ngeri di Johor.

1 OGOS - Empat pegawai agama Islam, tiga daripadanya wanita yang dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa maut di Jalan Sri Aman-Betong.

4 OGOS - Empat wanita maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kedah.

11 OGOS - Seorang kerani maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Sri Periuk, Tumpat.

27 OGOS - MELAKA: Seorang guru dan seorang jurutera maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 197.3 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Alor Gajah di sini, hari ini.


Mangsa dikenali sebagai Muhammad Farid Mazlan, 27, guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dan Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28.

29 OGOS - Tiga beranak termasuk bayi perempuan berumur dua tahun ditemui mati dibunuh dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk kelar di leher dalam sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil.

9 SEPT. Seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting.

14 SEPT. - Seorang lans koperal polis menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak diri sendiri di Ledang, Johor.

30 SEPT. - Empat maut manakala kira-kira 170 yang lain dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan dipercayai memakan ayam masak merah yang tercemar dalam majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah.

8 NOV. - Seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun, Freddie Joseph, anak seorang guru warga Britain, dilarikan oleh dua orang suspek yang menceroboh rumah mangsa di Jalan Temasek dekat Bangsar.

10 NOV. - Ketua Pegawai Penguat Kuasa di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Pahang.

15 NOV. - Sepasang pelancong suami isteri dari Taiwan menjadi mangsa kes bunuh serta culik sekumpulan penjenayah di sebuah calet atas air di Pulau Pom-Pom, Semporna.

1 DIS. - Tiga kanak-kanak perempuan ditemui mati dibunuh di kawasan sawah padi di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Kedah.

1 DIS. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghadiri majlis pertunangan saudaranya ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh sekumpulan 10 lelaki di tepi Jalan Kabong, Saratok.

17 DIS. - Enam maut selepas kereta jenis Nissan Skyline yang dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan ngeri berhampiran bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Tahun penuh peristiwa 2013

KONFLIK di rantau Asia Barat menjadi antara peristiwa hitam yang tercatat dalam sejarah dunia sepanjang 2013.

Selain konflik Palestin-Israel yang tidak pernah berpenghujung, negara-negara seperti Tunisia, Libya dan Mesir terus berdepan dengan masa depan tidak menentu ekoran pergolakan politik dan perang saudara.

Malah, episod paling malang dan menyayat hati berlaku di bumi Syria selepas puluhan ribu rakyatnya terbunuh manakala ratusan ribu lain menjadi pelarian kerana perang saudara.

Pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia memaksa Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan ancaman untuk melancarkan serangan ke atas negara tersebut.

Selain itu, Iraq dan Afghanistan pula terus menjadi papan catur kepada negara-negara Barat dalam mempamer kekuasaan politik dan senjata masing-masing dengan rakyatnya menjadi mangsa serangan yang membunuh banyak nyawa.

Dalam pada itu, seperti tahun-tahun sebelum ini juga, bencana alam yang mengorbankan ratusan nyawa dan kemusnahan dalam skala besar turut mengisi jendela dunia 2013.

Tahun ini, Filipina berdepan amukan alam yang cukup hebat selepas enam wilayah di negara itu dibadai Taufan Haiyan pada awal November.


KEMUSNAHAN akibat taufan Haiyan di Filipina.

Lebih 10,000 penduduk terkorban manakala puluhan ribu lain hilang tempat tinggal ekoran bencana alam tersebut.

Di republik Korea pula, kedua-dua negara Korea Selatan dan Korea Utara tahun ini semakin memperlihat perseteruan selepas masing-masing saling memperkenal dan melancar peluru berpandu baharu.

Di wilayah Asia Tenggara pula, pergolakan politik di Thailand semakin menuju jalan buntu selepas penyokong anti kerajaan, Kumpulan Baju Merah terus mengadakan demonstrasi sehingga memaksa Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra membubarkan Parlimen.

NEW DELHI 5 JAN. - Teman lelaki kepada mangsa rogol beramai-ramai di India, buat kali pertama muncul dalam satu temu ramah dengan sebuah saluran televisyen, mendedahkan sifat tidak berperikemanusiaan polis dan penduduk awam di bandar raya ini berhubung insiden itu.

RIYADH 12 JAN. - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah buat pertama kalinya mengeluarkan dekri membenarkan wanita di negara ini menduduki kerusi dalam Majlis Syura.

WASHINGTON 12 JAN. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, menolak satu petisyen aneh yang mendesak kerajaan AS membina Death Star, sebuah stesen angkasa pemusnah planet seperti yang terdapat dalam filem Star Wars.

MOSCOW 26 JAN. - Persidangan Parlimen Rusia, menyokong rang undang-undang yang mengharamkan ‘propaganda’ homoseksual dalam kalangan kanak-kanak, tindakan yang akan membolehkan golongan gay disaman kerana mempamerkan perbuatan mereka atau bercium di tempat awam.

KAHERAH 28 JAN. - Perintah berkurung dikuatkuasa di tiga wilayah di Terusan Suez, selepas Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengisytiharkan perintah darurat di wilayah-wilayah itu ekoran keganasan terus memuncak di negara itu.

COLOMBO 11 MAC - Pemimpin-pemimpin Islam Sri Lanka mengumumkan menarik balik label halal bagi produk makanan di negara ini ‘demi menjaga keharmonian antara agama.’

PERANCIS 12 MAC - Lebih 68,000 kediaman terputus bekalan elektrik, manakala beratus-ratus pemandu terperangkap dalam kenderaan masing-masing di Perancis, berikutan ribut salji dan salji tebal.

SEOUL 13 MAC - Korea Utara mengesahkan bahawa negara itu telah membatalkan gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea selama 60 tahun dan memberi amaran langkah seterusnya ialah tindakan balas ketenteraan ‘tanpa belas kasihan’ ke atas musuh.

MANILA 3 APRIL - Persidangan Biskop Katholik Filipina berjanji membantu ketua kumpulan pengganas, Jamalul Kiram III untuk membawa isu pelanggaran hak asasi manusia di Sabah, Malaysia ke Vatican City dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PARIS 10 APRIL - Dewan Senat Perancis meluluskan artikel pertama rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis.

RAMALLAH 14 APRIL - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad meletakkan jawatan sekali gus menamatkan hubungan tegang dengan Presiden Mahmoud Abbas.

CARACAS 15 APRIL - Pemangku Presiden, Nicolas Maduro diisytiharkan sebagai Presiden baharu Venezuela, menggantikan Hugo Chavez.

BOSTON 16 APRIL - Dua letupan bom menggegarkan kawasan berhampiran garisan penamat acara Maraton Boston, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih 170 lagi cedera.

TEHRAN 16 APRIL - Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh termasuk 13 di Pakistan, apabila satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah tenggara Iran yang bersempadan dengan Pakistan.

ISLAMABAD 18 APRIL - Mahkamah Pakistan mengarahkan bekas Presiden, Pervez Musharraf ditahan berhubung dakwaan mengkhianat.

TOKYO 30 APRIL - Gabenor Tokyo, Naoki Inose meminta maaf kepada dunia Islam selepas menyifatkan negara-negara Islam tidak mempunyai sebarang persamaan selain Allah dan `sering bergaduh antara satu sama lain’.

ARMSTERDAM 30 APRIL - Putera Mahkota Willem-Alexander ditabalkan sebagai Raja Belanda pertama sejak 1890, menggantikan ibunya, Permaisuri Beatrix yang telah memerintah selama 33 tahun.

LONDON 3 MEI - Ahli arkeologi menemui satu terowong kereta api berusia 220 tahun dan dipercayai paling tua di dunia. Terowong Fritchley yang ditemui di Crich, Derbyshire itu wujud sejak 1793, dua tahun lebih awal daripada pemegang rekod penemuan terowong kereta api paling tua di dunia sebelum itu.

WASHINGTON 10 MEI - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan tahniah atas kejayaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

ISLAMABAD 5 JUN - Nawaz Sharif mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan baharu di depan Presiden, Asif Ali Zardaridi, selepas dipilih oleh Dewan Parlimen negara ini, proses peralihan kuasa bersejarah bagi negara yang telah melalui tiga rampasan kuasa tentera.

RAMALLAH 6 JUN - Kerajaan baharu Palestin diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

JOHANNESBURG 8 JUN - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, 94, dimasukkan ke hospital selepas jangkitan paru-paru yang dialaminya berulang.

TEHERAN 15 JUN - Calon berhaluan sederhana, Hassan Rowhani menang pilihan raya Iran dan berjaya menggantikan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden.

RIO DE JANEIRO 20 JUN - Lebih sejuta penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di sekitar 80 bandar di Brazil, menggesa kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik dan menamatkan skandal rasuah.

SYDNEY 26 JUN - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tewas dalam pengundian menentukan kepemimpinan Parti Buruh, sekali gus mengembalikan seteru politiknya dan bekas pemimpin parti itu, Kevin Rudd mengetuai parti dan kerajaan.

KAHERAH 4 JULAI - Tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohammed Mursi dan menahan beliau selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh di negara ini.

KAHERAH 8 JULAI - Pergolakan di Mesir semakin membimbangkan dengan 51 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan pro-Mohammed Mursi.

SINGAPURA 9 JULAI - Polis Singapura mengambil tindakan ke atas 55 orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam demonstrasi membantah keputusan pilihan raya umum negara itu di Merlion Park, di sini pada 8 Mei lalu.

LONDON 22 JULAI - Isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary.

KAHERAH 14 OGOS - Kira-kira 2,200 maut, sementara lebih 10,000 yang lain cedera selepas pasukan keselamatan Mesir bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di sini.

AMMAN 21 OGOS - Syria digegarkan dengan kejadian pembunuhan ‘senyap’ besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian.

YANGON 24 OGOS - Keganasan agama tercetus semula di Myanmar apabila sekumpulan perusuh anti-Islam di tengah Myanmar bertindak membakar premis perniagaan dan rumah-rumah penduduk Islam dalam konflik terbaharu di negara ini.

SANAA 31 OGOS - Perdana Menteri Yemen, Mohammed Salem Basindwa terselamat dalam satu cubaan membunuhnya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari pejabat di sini.

MIAMI 11 SEPT. - Seorang paderi yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Terry Jones ditahan sebelum dia sempat membakar hampir 3,000 naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 11 September 2001, lapor media Amerika Syarikat (AS).

KAHERAH 13 SEPT. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengadakan tunjuk perasaan sebagai bantahan terhadap tentera, ketika pasukan keselamatan meng gempur kedudukan kumpulan militan di semenanjung Sinai.

BANGKOK 16 SEPT. - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand, meninggal dunia di sebuah hospital pada usia 95 tahun.

CANBERRA 18 SEPT. - Tony Abbott mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Australia yang baharu.

BANDAR SERI BEGAWAN 22 OKT. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mengumumkan penguatkuasaan hukum hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

ISTANBUL 26 OKT. - Lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen menamatkan zaman bujangnya selepas sering mengadu mengalami kesukaran untuk mencari teman hidup.

LOS ANGELES 28 OKT. - Doktor peribadi mendiang Michael Jackson yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi pop itu dibebaskan dari sebuah penjara di sini, selepas menjalani separuh daripada hukuman penjara selama empat tahun ke atasnya.

KAHERAH 4 NOV. – Selepas kira-kira empat bulan ditahan di lokasi rahsia, bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, dibawa ke sebuah akademi polis untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kaherah atas dakwaan mencetuskan keganasan dan pembunuhan.

NEW DELHI 5 NOV. – India melancarkan roket yang membawa misi pertama negara ini ke Marikh, dengan objektif mahu menjadi negara Asia pertama meneroka Planet Merah melalui program teknologi angkasa lepas yang melibatkan kos rendah.

BAIKONUR, 7 NOV. – Rusia melancarkan roket ke angkasa lepas untuk membawa tiga angkasawan dan obor Sukan Olimpik 2014 di Sochi.

MANILA 8 NOV. – Satu daripada taufan terkuat di dunia yang pernah direkodkan melanda Filipina menyebabkan sekurang-kurangnya 5,235 disahkan terbunuh, manakala 1,613 lagi dilaporkan hilang, manakala angin kencang dan ombak besar memusnahkan banyak kediaman penduduk.

MOSCOW 17 NOV. – Sekurang-kurangnya 56 orang termasuk enam anak kapal terbunuh selepas pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan tempatan Tatarstan Airlines terhempas.

LONDON 22 NOV. – Tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara ini.

NEW YORK 28 NOV. – Aktivis remaja, Malala Yousafzai dianugerahkan sebagai individu Asia paling berpengaruh tahun ini pada Anugerah Kepemimpinan dan Kepelbagaian GG2 2013.

SINGAPURA 8 DIS. - Kira-kira 400 pekerja asing dari India melakukan rusuhan kerana berang berikutan kematian seorang rakan mereka.

SEOUL 13 DIS. - Korea Utara menjatuhkan hukuman mati ke atas bapa saudara pemimpin negara itu, Jang Song-thaek, selepas berita penyingkiran mengejut pegawai berkenaan yang suatu ketika dahulu merupakan seorang yang sangat berkuasa, dengan melabelkannya sebagai ‘manusia keji’ dan ‘pengkhianat’.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Buku bertemu ruas ~ Jenayah 2013

2 JAN. - Polis menahan empat penjenayah termasuk dua wanita serta merampas tiga pucuk pistol berserta 68 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang.

22 JAN. - Polis berjaya menahan enam anggota Geng Chandra dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan ke atas sebuah setor yang dijadikan makmal mini memproses dadah di Jalan Masai Lama, Plentong, Johor.

18 FEB. - Ketua penjenayah curi kenderaan mewah bergelar Geng Farid yang bermaharajalela di Manjung sejak dua tahun lalu mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Ayer Tawar, Sitiawan, Perak.

30 MEI - Polis Kelantan merampas sebanyak 93,694 biji pil kuda bernilai RM2.97 juta selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Kebakat di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

30 JULAI - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah mati selepas berbalas tembakan dengan polis dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Kompleks Desa, Kepong.

19 OGOS - Polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

10 SEPT. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas sejumlah 7.4 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.48 juta dalam serbuan di kawasan pesisiran Sungai Batu, Teluk Kumbar.

12 SEPT. - Dua penjenayah dipercayai ahli Geng 36 mati ditembak polis di persimpangan lampu isyarat Jalan Cheng, Melaka.

21 SEPT. - Sembilan lelaki ditahan disyaki terlibat dengan penghasilan bom buatan sendiri di dua premis berasingan di Sungai Petani.

23 SEPT. - Suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi ditahan polis di Taman Larut Tin Taiping, Perak.

3 OKT. - Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati di Gerik, Perak dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki.

9 OKT. - Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berjaya menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Uu Kelang (DUKE), arah Gombak.


10 NOV. - Genap 19 hari pemburuan pasukan polis terhadap pengawal keselamatan yang membunuh seorang pengawai operasi AmBank di Subang Jaya, Selangor pada 23 Oktober lalu, suspek warga Indonesia itu, Ardi Hamza, 37, akhirnya berjaya ditangkap di Kota Tinggi, Johor.

20 NOV. - Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.

13 DIS. - Sebanyak 47 individu kebanyakannya dari benua Afrika ditangkap dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Imigresen di sekitar Taman Sri Kepong.

Lahad Datu bermandi darah

9 FEB. - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 FEB. - Sekumpulan nelayan terserempak dengan lebih 100 individu berpakaian tentera dan bersenjata api di Kampung Tanduo.

12 FEB - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mat Bom.

14 FEB - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan melakukan yang terbaik termasuk melalui rundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut.

26 FEB - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

1 MAC - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

2 MAC - Enam anggota polis terkorban ekoran pertempuran di Kampung Simunul, Semporna.

4 MAC - Kira-kira 40 orang penduduk ditawan kumpulan penceroboh dari Sulu bagaimanapun 16 berjaya lolos.

5 MAC - Op Daulat dilancarkan menyebabkan lebih banyak pengganas terbunuh sehingga kumpulan pengganas Kiram lumpuh sepenuhnya.

7 MAC - Seramai 32 lagi pengganas Sulu ditembak mati dalam Op Daulat di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

8 MAC - Lebih 50 individu yang dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu ditangkap dalam operasi memburu saki-baki kumpulan itu.

12 MAC - Seorang lagi wira negara gugur dan seorang lagi cedera dalam pertempuran di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu yang turut menyaksikan dua pengganas Sulu mati ditembak.

20 OKT. - Ketua kumpulan pengganas Sulu di Filipina, Jamalul Kiram III dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ.

KEJADIAN pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada awal Februari menjadi peristiwa hitam dalam catatan sejarah negara sepanjang tahun ini. Pencerobohan kira-kira sebulan itu menyaksikan sebanyak 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala lebih 60 pengganas Kiram ditembak mati selepas enggan menyerah diri. Selain itu, Op Daulat yang dilancarkan bagi menamatkan pencerobohan tersebut turut berjaya menangkap lebih 100 anggota kumpulan pengganas berkenaan. Dalam pada itu, tahun 2013 turut menyaksikan komitmen tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras kejadian jenayah berat tertutama kongsi gelap menerusi Operasi Cantas Khas (Op Cantas) selain lumpuhnya beberapa kumpulan yang aktif menjalankan aktiviti-aktiviti jenayah di seluruh negara.


Op cantas

17 OGOS - PDRM lancar Op Cantas secara besar-besaran sebagai perang terhadap individu atau suspek jenayah.

29 OGOS - Kementerian Dalam Negeri mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara. Antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu. Kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hati.

9 DIS. - PDRM umum memeriksa lebih sejuta individu sepanjang Op Cantas dengan sebanyak 39,097 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan ditahan. Sebanyak 1,160 senjata api dan senjata berbahaya turut dirampas.

Utusan Malaysia Online Rencana 20131231

Keadilan terus ditegakkan ~ Mahkamah 2013

5 FEB. - Seorang perogol bersiri yang dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’, Rabidin Satir, 42, dari Tambunan, Sabah dihukum penjara 115 tahun dan sebatan 50 kali setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub, Pahang terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

19 FEB. - Seorang pembantu rumah Indonesia, Yuliana dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang selepas mengaku salah atas dua tuduhan mendera seorang bayi berusia empat bulan, Mohamed Hareez Mohamed Zamri pada 15 Februari lalu.

26 FEB. - Perogol bersiri, Amran Che Jaafar yang dikaitkan dengan lebih 20 kesalahan merogol di negeri Kelantan sekali lagi dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

14 MAC - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Rasah, Seremban daripada sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM20,000 atas tuduhan menerima rasuah lima tahun lalu.

14 MAC - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

17 MEI - Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 tanpa kebenaran.

20 MEI - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan dua rakannya, Muhammad Hilmi Hasim dan Halimah Husein daripada pertuduhan menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu.

22 MEI - Seorang wanita warga Indonesia, Dewi Nadia Alias dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru setelah didapati bersalah mendera anak tirinya yang berusia tiga tahun, Nur Dania Qistina Norafizan sehingga mati, dua tahun lalu.


23 MEI - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, R. Matan, dan R. Kathavarayan dijatuhi hukuman gantung setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

23 MEI - Penyokong tegar pembangkang, Adam Adli Abd. Halim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

29 MEI - Bekas Exco kerajaan negeri Perak, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Usaili Alias dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh daripada tiga tuduhan rasuah melibatkan projek pembangunan tanah bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, lima tahun lalu.

29 MEI - Selepas didakwa menyebarkan ajaran sesat dan mengaku sebagai tuhan, Harun Mat Saad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua tuduhan menerima deposit secara haram sebanyak RM40 juta daripada beberapa buah syarikat dan orang ramai.

5 JUN - Pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar dihukum penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur setelah didapati bersalah menulis surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain.

5 JUN - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan gagal memaklumkan polis berhubung penganjuran satu perhimpunan.

19 JUN - Seorang guru sekolah menengah, Daeng Norul Asyikin Bachok, 28, dan suami, Mohd. Shukur Suradi, 29, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas didapati bersalah mendera pembantu rumah warga Indonesia pada tahun lalu sehingga mangsa cedera parah.

20 JUN - Mahkamah Koroner Petaling Jaya memutuskan kematian William Yau Zheng Zhong, 6, yang mayatnya ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu dikategorikan sebagai nahas kerana mangsa didapati secara tidak langsung terjatuh ke dalam longkang berhampiran Jalan Putra Mahkota Heights, Subang.

24 JUN - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas, Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

27 JUN - Seramai 22 orang termasuk komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat ‘Jeneral’, Datu Amirbahar Hushin Kiram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu atas tuduhan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

28 JUN - Seorang kerabat diraja Johor, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, dan dua rakannya dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang petinju negara, Muhammad Farkhan Haron, 25.

28 JUN - Seorang buruh kontrak, Muidin Maidin dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang yang mayatnya ditemui rentung akibat dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

11 JULAI - Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan tersebut di perkampungan sukan, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

18 JULAI - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah dalam sebuah laman web.

22 JULAI - Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dilantik oleh Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwa raya dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

2 OGOS - Bekas Pengarah KPF Quality Foods Sdn. Bhd., Tan Han Kook, 59, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Datuk Sarchu Sawal, 64, masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan dana syarikat itu berjumlah lebih RM30 juta, dua tahun lalu.

6 OGOS - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

16 OGOS - Pegawai veterinar, Mohammad Affandi Ismail, 36, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan sengaja mencederakan isterinya di dalam lif sebuah hospital setelah rakaman video perbuatannya membelasah wanita itu tersebar di Internet.

23 OGOS - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan mereka daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

26 OGOS - Seorang suri rumah, Chong Mee Chin, 30 didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh anak perempuan kandungnya, Ho Yan Hui, 5, dengan menderanya dengan kejam.

27 OGOS - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, Che Rosli Che Daud, 29, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tumpat, Kelantan atas tuduhan membunuh kerani sekolah, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, dalam satu kejadian letupan bom yang diletakkan di atas sebuah kereta pada hari keempat sambutan Aidilfitri.

2 SEPT. - Tujuh lanun Somalia yang ditahan di Teluk Aden, dua tahun lalu dihukum penjara antara lapan hingga 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah melepaskan tembakan ke atas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kapal dagang Bunga Laurel dengan niat merompak di perairan Oman pada Januari 2011.

3 SEPT. - Seorang lelaki Bosnia, Ervin Ahbabovic menyaman bekas kekasihnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menuntut ganti rugi RM600,000 kerana mendakwa wanita tempatan itu mempergunakan spermanya bagi mendapatkan anak daripada genetik orang Eropah yang dikatakan berkualiti tinggi.

9 SEPT. - Seorang pakar patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah RM700,000 daripada pemilik syarikat pembekal peralatan perubatan.

12 SEPT. - Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad dihukum penjara enam bulan dan denda RM90,000 oleh Mahkamah Rayuan atas enam tuduhan rasuah melibatkan wang RM15,000, 10 tahun lalu.

27 SEPT. - Tiga pesalah muda yang mengaku bersalah merompak berkumpulan menerima hukuman dengan pendekatan berbeza apabila Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor menjalankan hukuman sebat sebanyak dua kali di galeri awam mahkamah tersebut sambil disaksikan oleh Hakim Manira Mohd. Nor, ahli keluarga dan orang awam.

27 SEPT. - Enam individu termasuk pengarah dan pengurus besar syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB) dan dua syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai hampir RM5.5 bilion, dua tahun lalu. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

30 SEPT. - Sepasang suami isteri, Hiew Yook Cheang dan Wong Yin Tinn dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh anak kandung mereka, Mabel Hiew Mun, 5, dengan cara melemaskan mangsa dengan asap arang.

3 OKT. - Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan, 44 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi di sebuah tokong Cina di ibu negara pada 29 Julai lalu.

7 OKT. - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Rompin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin atas tuduhan membunuh rakan pelatih kem tersebut, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 sementara lima lagi didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada 22 September lalu.

25 OKT. - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar berjumlah RM1.08 bilion bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

30 OKT. - Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don dihukum penjara enam tahun dan didenda RM300,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 berhubung kelulusan permohonan visa pekerja Bangladesh.

31 OKT. - Seorang penyelenggara bangunan, Poon Wai Hong, 23, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan membunuh kenalan perempuannya yang berusia 15 tahun, Ng Yuk Tim yang mayatnya disumbat ke dalam beg pakaian pada 21 Oktober lalu.

7 NOV. - Seorang pemandu van, Muhammad Zamri Yusof, 26, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan membunuh penjual alat tulis, Lee Kah Ghee, 48, dan penuntut kolej, Kwan Chun Thai, 25, di hadapan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati pada 24 Oktober lalu.

19 NOV. - Pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila, 36, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan terhadap pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, 37, semasa melakukan rompakan di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, 23 Oktober lalu.

19 NOV. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dihukum penjara satu hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung penyiaran satu artikel berkaitan seorang hakim dalam laman web Perkasa.

6 DIS. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee memfailkan saman terhadap DAP bagi memohon pengisytiharan keahliannya dalam parti itu dikekalkan setelah mendakwa pelucutan keahliannya itu adalah tidak sah.

17 DIS. - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan masing- masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang atas kesalahan berkhalwat di sebuah hotel pada September lalu.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131231