April 15th, 2014

Perbetulkan persepsi pelajar

Dari dulu hingga kini, tanggapan mengenai kesukaran menguasai subjek Sains dan Matematik tidak pernah hilang.

Berikutan itu, ramai yang tidak menunjukkan minat terhadapnya. Ada pihak berpendapat subjek berkenaan hanya sesuai untuk pelajar bijak manakala pelajar bertahap sederhana ataupun lemah memadai jika sekadar lulus.

Kita sedia maklum, pel­bagai usaha sudah dan sedang dilakukan, namun penolakan terhadap kedua-dua subjek itu masih ketara menyebabkan timbul suatu pertanyaan, apakah langkah yang harus dilaksanakan lagi?

Bagaimanakah caranya untuk menjadikan subjek Sains dan Matematik lebih seronok, sekali gus mengatasi masalah pelajar aliran sains yang semakin merudum bilangannya?


Koordinator Jari­ngan Industri dan Alumni, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Dr Zaibunisa Abdul Haiyee berkata, perasaan suka dan keseronokan itu perlu diterapkan dari awal supaya pelajar tidak terpengaruh dengan persepsi salah mengenainya.


Menurutnya, pemahaman yang terbentuk akibat persepsi salah boleh meninggalkan kesan jangka panjang menyebabkan pelajar membina jurang antara subjek berkenaan de­ngan subjek lain.

“Pengukuhan pemahaman awal boleh menjadi pemangkin untuk memperbetulkan persepsi berkenaan, selain mengelakkan pelajar daripada dibelenggu rasa terkejut.

“Ia bermaksud mereka tidak mempunyai atau membina tanggapan subjek Sains dan Matematik sukar hingga perlu dielakkan dalam proses pembelajaran.

“Apabila persepsi salah sudah diperbetulkan, penolakan tidak akan berlaku kerana pelajar turut menganggap subjek berkenaan sama seperti subjek lain yang mudah dipelajari,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak andaian bahawa subjek Sains dan Matematik agak kompleks sama ada dari segi pemahaman dan pembelajaran.

“Walaupun kompleks, jika kena gaya pengajaran, pembelajaran, penyampaian dan penerimaan, ia mudah dikuasai.

“Saya yakin jika hala­ngan ini diperbetulkan, masalah pelajar tidak berminat tidak akan timbul.

“Ketakutan terhadap subjek ini kerana mereka disogokkan dengan maklumat, cara pembelajaran mahupun pe­nyampaian maklumat yang salah hingga terbinanya tembok penolakan,” katanya.

Ditanya punca lain subjek Sains dan Matematik ditolak, katanya ini kerana pelajar tiada keseronokan belajar manakala sesete­ngah guru pula tiada inisiatif untuk menjadi lebih kreatif.


GURU perlu kreatif agar sesi pembelajaran lebih menyeronokkan. - Gambar hiasan

Menurutnya, cara me­ngajar dan penyampaian maklumat daripada guru sangat penting untuk memupuk dan membina minat golongan sasaran.

“Umum hanya mengait­kan subjek Sains dan Matematik dengan formula, angka dan pengiraan. Mereka tidak mengaitkannya dengan aspek persekitaran dan kehidupan, sedangkan konsep kedua-dua subjek berkenaan ada di sekeliling kita dan tidak semestinya bersifat angka atau standard semata-mata.

“Jika betul cara pe­nyampaian maklumat serta pelbagai medium digunakan, kita pasti dapat bayangkan betapa seronoknya pelajar mempelajarin­ya,” kata­nya sambil mengakui cara pembelajaran dan pengajaran penting untuk menjadikan Sains dan Matematik lebih ‘hidup’.

Dr Zaibunisa berpendapat, guru hari ini mesti lebih kreatif dan kritis untuk menarik minat serta perhatian pelajar.

“Gunakan kaedah pembelajaran menarik, pel­bagaikan ia dan jangan terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang membosankan.

“Sebaliknya gunakan ‘pengaruh’ alam dan persekitaran sebagai medium tarikan. Pelajar yang tertarik lebih mudah memahami,” katanya.

Antara pendekatan boleh dilakukan ialah melalui penerapan maklumat secara spontan, lawatan, sokongan teknologi maklumat dan me­nyertai pertandingan.

“Jika hanya menggunakan buku, pelajar akan bosan. Begitu juga jika guru memberi gambaran hanya melalui kaedah lisan.

“Pelbagaikan medium seperti visual dan audio. Aspek ini mudah menarik perhatian dan penyertaan aktif pelajar,” katanya.

Malah, jika minat pelajar semakin berkurangan, ia akan memberi kesan jang­ka panjang terhadap proses pendidikan peringkat tinggi, alam pekerjaan dan negara.

“Jika peratusan pelajar aliran sains semakin berkurangan, jumlah mereka memasuki institusi pengajian tinggi juga akan rendah.

“Institusi seperti kolej dan universiti tidak mampu melahirkan jumlah bilangan sumber manusia mencukupi untuk pasaran kerjaya.

“Akibatnya negara akan berdepan kekura­ngan kepakaran dalam sektor tertentu, sekali gus menyebab­kan masalah lain seperti terpaksa meletakkan kebergantungan pada tenaga kerja asing,” katanya.

Justeru, beliau berharap guru dan pihak terbabit dapat memberi sokongan selain memperkenalkan mekanisme bagi membantu pelajar meminati subjek berkenan.

“Masalah pelajar hari ini lebih kepada persepsi yang salah mengenai sains dan matematik, namun dari segi kemampuan, saya percaya mereka boleh.

“Sebab itu perlu ada usaha untuk memperbetulkan persepsi bagi tujuan menarik minat atau mewujudkan keseronokan ketika belajar.

“Jangan berterusan dihimpit persepsi yang akhirnya bukan saja akan merugikan pelajar tapi juga banyak pihak. Tanggapan baru yang positif kepada sains dan matematik perlu diberikan,” katanya.

Ruhaiza Rusmin myBestari  2014/04/07

Guru nilai prestasi pelajar

Ketika Penilaian Menengah Rendah (PMR) diperkenalkan pada 1993 bagi menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), ramai pihak memberikan reaksi berbeza.

Bukan saja masyarakat, malah pelajar dan pihak sekolah juga tidak ketinggalan kalut berdepan sistem peperiksaan nasional bentuk baru yang diperkenalkan pada waktu itu.


PMR dilihat lebih mesra kerana pelajar tidak berdepan masalah keciciran ­pembelajaran selepas ting­katan tiga manakala SRP pula memerlukan pelajar bersedia me­ngucapkan selamat tinggal kepada persekolahan andai kata tidak lulus subjek wajib.

Kini, senario sama sekali lagi melanda masyarakat apabila PMR ditamatkan ‘perkhidmatannya’ dengan pengenalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).



PT3 yang dianggap sentuhan terbaru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap sistem peperiksaan nasional terus dipersoalkan kemampuannya walaupun kejayaannya hanya boleh diperoleh sekitar akhir tahun ini selepas keputusan diumumkan.


Alasan diberikan ialah kebimbangan PT3 dikatakan mempunyai kaitan secara langsung dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang pernah dianggap satu sistem penuh polemik.

PT3 juga dikhuatiri akan mengulangi kembali sejarah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kecundang di tengah jalan sebelum kemampuannya dapat dibuktikan.

Justeru, tidak salah jika masyarakat melahirkan kebimbangan terhadap kemampuan dan keberkesanan pelaksanaan PT3.

Lebih mendatangkan persoalan, adakah PT3 mampu melonjakkan lagi kejayaan pelajar agar bersikap lebih global, mampu berfikir pada aras tinggi, selain mencapai matlamat mengembalikan semula kuasa autonomi guru yang sudah sekian lama hilang?

Pengarah Pusat Penasihatan dan Penempatan Kerjaya Graduan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Sahandri Gani Hamzah berkata, pengenalan PT3 bagi menggantikan PMR perlu dianggap fasa permulaan sistem peperiksaan nasional berorentasikan kepercayaan guru dan kemampuan guru-pelajar.

Menurutnya, jika sebelum ini semua kawal selia peperiksaan nasional terletak pada Lembaga Peperiksaan (LP), PT3 pula bakal menjadi simbol pengembalian semula kuasa kepada guru untuk menilai prestasi pelajar.

“Bermakna, PT3 melakar sejarah sebagai satu sistem peperiksaan nasional yang menjadi perintis kepada guru menentukan pencapaian pelajar bermula dari tingkatan satu hingga menduduki peperiksaan.

“Jika dulu semuanya di bawah LP, kini guru dan sekolah sendiri yang akan memantau sebahagian besar perjalanan sistem peperiksaan itu.
“Dengan kata lain, kita memartabatkan kedudukan guru dan sekolah serta pada masa sama mengang­kat keupayaan pelajar dalam bidang akademik, jasmani, sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, walaupun PT3 terkait secara langsung dengan PBS, hakikatnya ia tetap mempunyai matlamat lebih besar untuk jangka panjang, selain memenuhi piawaian keperluan semasa.

“Contohnya SRP, ketika diperkenalkan pada 1960 bertujuan menggantikan LCE (Lower Certificate of Education) yang diperkenalkan pada 1957.
“Selepas itu PMR dan kini PT3. Setiap rentetan pengenalan sistem peperiksaan nasional mempunyai matlamat dan visi tertentu yang disasarkan bagi mengisi keperluan ­semasa.

“Cuma kemampuan PT3 dipersoalkan kerana ia ­diperkenalkan selepas ­konflik dan polemik PBS yang memeningkan ma­syarakat. Tiada kaitan lain,” katanya yang tidak menolak persepsi mengenai PT3 sukar ditepis.

Katanya, penolakan, pertikaian dan persepsi adalah perkara biasa jika pembaharuan terhadap sesuatu sistem diperkenalkan.
“Malah, ketika PMR meng­gantikan SRP, ramai mengandaikan ia tidak mampu bertahan kerana mereka sudah biasa dengan sistem peperiksaan sebelumnya.

“Namun, penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa mampu memantapkan PMR sehingga bertahan lebih dua dekad. Dan itulah juga yang harus dilakukan untuk PT3,” katanya.

Menerusi PT3, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan tiga seperti PMR sebelum ini.

PT3 membuka ruang lebih luas kepada pihak sekolah untuk mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan LP.

LP dan pentaksir luar yang dilantik akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Beliau berkata, PT3 masih menekankan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama seperti PMR.

“Manakala Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis saja.

“Sejarah dan geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes,” katanya.

Biarpun tidak wujud perbezaan ketara, instrumen pelbagai seperti bertulis, ujian amali dan projek memberi peluang kepada pelajar untuk mengembang­kan kemahiran sedia ada.

“Semua instrumen itu pada asasnya adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan saja memberi penumpuan pada akademik ­semata-mata, malah mempunyai kemahiran untuk mempelbagaikan kemampuan.

“Kemampuan setiap pelajar tidak sama. PT3 yang diperkenalkan adalah sebagai pemangkin kepada PBS untuk melengkapi keperluan tertentu yang mungkin tiada pada seorang pelajar dengan pelajar lain,” kata­nya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak andaian bahawa kepincangan masih boleh berlaku menerusi pemberian markah mahupun ketika membuat ­penilaian pelajar oleh guru.

Namun katanya, ia masih boleh diatasi dari semasa ke semasa di samping menyuntik elemen etika serta profesionalisme dalam tugasan.
“Ketidakadilan kerana sikap berat sebelah memang tidak boleh dielakkan, namun guru masih boleh dididik supaya berpegang pada prinsip ketelusan.

“Kepercayaan ma­syarakat kepada guru juga sangat tinggi dan agak mustahil seorang guru yang beretika mahu melangkaui profesionalisme perguruan.

“PT3 dan PBS ibarat mengembalikan semula kepercayaan kepada guru yang sudah sekian lama tercalar. Inilah masanya untuk membuktikan guru mempunyai ‘kuasa’ dalam hidup pelajar,” katanya.

PT3 juga memperlihatkan aspek pengukuhan pelajar dalam mempelbagaikan kemahiran ­menerusi proses pembelajaran.

“Jika PMR menilai kepandaian dan prestasi pelajar menerusi akademik semata-mata, PT3 mencakupi aspek menyeluruh.

“Prestasi pelajar dinilai mengikut tahap yang disokong melalui pencapaian ‘band’ juga kemahiran sosial tertentu seperti kemampuan komunikasi.

“Ini menjadikan PT3 satu sistem peperiksaan lengkap kerana semua kemampuan pelajar sama ada akademik mahupun kemahiran dirangkumkan menjadi satu,” katanya.

my Bestari 2014/04/14

9 Countries That Eat Cats and Dogs

The slaughter of dogs and cats for food or other purposes. Man best friend held captives in China.

“Dog does not eat dog, but the Chinese, Koreans and Vietnamese do”.

Oh, the joy and pain of stereotyping! Pain for those to whom it does not apply.
Why the others should resent it is unclear. Unless they feel that there is something wrong with it after all.

Some arguments in defense:


  1. People are poor and hungry

  2. Dogs and cats are considered to be similar to vegetables there, not companions

  3. “None has ever been able to give me reasons WHY NOT to eat dogs or cats"

  4. Why is eating dogs any different to eating cows, sheep, horses or rabbits?

  5. Dog and cat eating is cultural



Source: Animal Freedom Org



Country: Vietnam

Every year thousands of stray cats and dogs are snatched up from the streets of Ho Chi Minh City (and even from neighboring towns in Thailand) and sold to local restaurants and street food vendors in the Vietnamese capital. The demand for dog meat is, in fact, so high that it’s the center of a . Dog meat can sell for around $10 per kilogram and is used for dishes like dog stew, served warm in a soup of blood. Other dishes served are barbecued dog with lemongrass and ginger, steamed dog with shrimp-paste sauce, dog entrails sliced thin like sausage, and skewered dog, marinated in chili and coriander.


Country: Switzerland

The practice of eating cat and dog meat is surprisingly common amongst farmers in the Alpine nation — the preferred doggy meat is a relation to the Rottweiler, which is apparently quite “beefy” and a favorite in certain rural cantons of Appenzell and St. Gallen, among others. Consumption is also quite popular in the Rhine Valley where access to meat products is usually quite scarce. The dog lard is also used for medicinal purposes.

While eating cats and dogs is not illegal in Switzerland, the animals are still required to be killed humanely (the law doesn’t necessarily dictate was counts as “humane”).


Country: Tahiti

There have always been cats and dogs in Tahiti and on the islands of Polynesia, and they were used as a food source like any other for hundreds of years. Then the Europeans arrived in 1769 with their ideas that cats and dogs were really loveable household pets that shouldn’t be turned into stew. Yet the practice persists, particularly when there’s not enough meat available for more parochial fare (even Captain Cook and his men were reported to have eaten dog meat when they first arrived).


Country: China
Cat and dog meat can be found on plenty of menus across China — it is, in fact, a long standing culinary tradition in many parts of Asia. In southern Chinese cities like Guangzhou, dogs are kept in holding pens and supplied to restaurants for a variety of menu items like dog hot pot, dog soup, and dog steak. "Dog meat is good for your health and metabolism," . “In the summer it helps you sweat."
Historically, dogs were really bred for their meat by the Aztecs. For hundreds of years, eating dog meat has been a staple of the culinary culture of the Americas. In some parts of the country the pra
Country: Mexico
Historically, dogs were really bred for their meat by the Aztecs. For hundreds of years, eating dog meat has been a staple of the culinary culture of the Americas. In some parts of the country the practice is still going strong, particularly among the homeless, very poor, and destitute.

Country: South Korea
It’s the world’s 14th largest economy, yet every year around 2.5 million cats and dogs are in South Korea. While dog meat is consumed throughout the year, it is particularly popular in the summer. Known as “ ”, Koreans believe eating dogs on the warmest days of the year helps beat the heat. While animal rights groups are furious about the trend (the animals are usually electrocuted, beaten, or hanged to death) eating cats and dogs is a $2 billion a year industry in the country.

Areas near the Arctic Circle
We’re familiar with the idea of huskies pulling sled teams through the furious snow drifts of the Poles. The harsh weather conditions make it the sort of place where certain winter dog breeds thrive and humans couldn’t really get by without them. Yet, when the going gets particularly tough, the tough get going… all the way to the soup pot (the dogs are also used as a food source when there’s nothing else on the menu). Historically, dogs have been used as an emergency food source in Arctics, Siberia, Alaska, northern Canada and Greenland for centuries, so it’s really a tried and tested formula.


Country: US
Yes, even in some parts of the U.S. you’ll find people that are completely okay with eating puppies. There’ve been reports aplenty across the Aloha state about people eating stray cats and dogs for years. There’re also plenty of pets that are kidnapped for human consumption too. An eight-year-old Labrador was recently dog-napped from an equipment shack at a golf course (where his owner left him while he was teeing-off) by local landscape workers who butchered and ate him.

Hawaii’s house committee recently tried to pass a bill banning the eating of cats and on the island, but because there was too little concrete, legislative evidence for it (meaning that while it does happen a lot, not everyone goes to jail for it so there aren’t formal records). It takes the American “hot dog” to a whole new level, no?

Country: Taiwan
Eating cats and dogs is not only extremely popular in Taiwan but there is a prolific supplying strays to local restaurants and meat vendors across the country. The meat is usually added to other, more parochial meat dishes for added flavor. For the record, the government has passed the practice, but it still persists and is very popular particularly in smaller towns and villages.

Yahoo News Malaysia Sat April 12, 2014

Dahulu gereja kini masjid

MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini..." Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid.



Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama.

Ia juga sejajar dengan pertambahan jumlah penganut Islam, sama ada warga tempatan atau pendatang di sesebuah kawasan di UK itu sehingga sejumlah gereja yang ditinggalkan oleh penganut Kristian telah dialihfungsikan menjadi masjid.

Berikut beberapa bangunan yang dahulunya adalah gereja yang terletak di pelbagai bandar di UK yang telah ditransformasikan menjadi institusi masjid.

Masjid Zakariyya, Bolton

DI Peace Street 20, Bolton, berdiri sebuah bangunan besar berkubah dan dilengkapi dengan menara yang tinggi. Tempat itu dikunjungi ramai warga Bolton, terutama yang memeluk Islam bagi menunaikan solat, termasuk solat Jumaat dan bangunan itu dikenali sebagai Masjid Zakariyya.

Sejarah masjid itu bukanlah satu kisah yang singkat. Antara 1965 hingga 1967, penganut agama Islam di Bolton dan Blackburn tidak mempunyai tempat yang kekal untuk melaksanakan ibadah solat, termasuk solat Jumaat.

Sehinggakan untuk melakukan solat Jumaat, mereka terpaksa menggunakan The Aspinal, sebuah disko dan tempat majlis tari-menari yang 'hidup' pada sebelah malam. Namun, pada setiap Jumaat tempat tersebut akan dibersihkan oleh para sukarelawan untuk tujuan menunaikan solat Jumaat.

Menyedari peningkatan jumlah jemaah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa, maka sekumpulan penganut Islam telah memulakan langkah mencari bangunan yang sesuai untuk dijadikan masjid dan sekali gus sebagai pusat Islam di kawasan itu.

Maka pada 1967, ada penawaran bagi pembelian sebuah bangunan bekas gereja komuniti Methodist yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar GBP$2,750 (RM 14,780) hasil sumbangan daripada komuniti Muslim setempat, akhirnya bangunan bekas gereja itu telah menjadi milik umat Islam.

HASHNAN ABDULLAH Utusan Bicara_Agama 20140415

Profesor ulung dunia Islam

ABDULLAH bin Abbas atau Ibnu Abbas adalah antara beberapa orang tokoh Islam yang belum menjangkau usia dewasa ketika wafatnya Rasulullah SAW. Namun, ketika mencapai umur dewasa, beliau telah dapat menjadikan dirinya sebagai ilmuwan terbilang, setaraf dengan ilmuwan Islam lain seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan sebagainya.

Salah satu keistimewaan Abdullah bin Abbas berbanding para sahabat Nabi Muhammad SAW yang lain ialah tentang keluasan ilmu yang dimilikinya.

Ibnu Abbas terkenal sebagai tokoh yang menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan, antaranya ilmu sastera dan bahasa Arab, ilmu tafsir, ilmu matematik dan ilmu faraid. Justeru, keluasan ilmunya itu membolehkan beliau mendapat gelaran pendeta Islam atau profesor dalam konteks bahasa moden pada hari ini. Maka, Abdullah bin Abbas merupakan profesor ulung dalam dunia Islam. Kejayaan yang beliau peroleh salah satu puncanya adalah doa Rasulullah SAW.

Doa baginda SAW ternyata dimakbulkan oleh Allah SWT apabila Abdullah bin Abbas berjaya memiliki sifat-sifat tersebut, tatkala beliau mencapai umur dewasa. Abdullah bin Abbas tergolong dalam keluarga baginda dan beliau adalah sepupu Nabi SAW kerana ayah Abdullah, iaitu Abbas bin Muttalib adalah bapa saudara Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW wafat, Abdullah masih kecil lagi dan adalah diriwayatkan bahawa beliau telah melakukan solat di belakang baginda semasa umurnya tidak kurang dari lapan tahun. Semenjak kecil, Abdullah gemar bermain di rumah baginda dan pada suatu hari ketika Abdullah berlari menuju ke rumah baginda, beliau ternampak baginda Rasulullah sedang berwuduk, maka dengan segera Abdullah menghulurkan air wuduk untuk Rasululla h SAW.

Perbuatan Abdullah amat menggembirakan baginda Rasulullah dan setelah baginda selesai menunaikan solat, lantas baginda SAW memangku Abdullah sambil mengusap kepala Abdullah lalu baginda berdoa: “Ya Allah berikanlah keberkahan kepadanya dan berikanlah ilmu daripadanya."

Ibu Abbas pernah didoakan oleh Rasulullah SAW sebanyak dua kali, ketika dipeluk oleh baginda dan ketika melayani Rasulullah dengan mengambil wuduk. Doa Nabi SAW bermaksud: Ya Allah fahamkanlah (faqihkanlah) ia. (riwayat Muslim)

Terpandang Jibril

Satu lagi peristiwa yang diriwayatkan mengenai Abdullah ialah kisah beliau terpandang malaikat Jibril a.s.. Menurutnya, pada suatu hari ketika beliau memasuki rumah Rasulullah, Abdullah telah ternampak ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang bersama Rasulullah SAW.

Lantas Abdullah segera pulang akibat terlalu gementar dan terus memberitahu ayahnya Abbas bin Muttalib. Kemudian ayahnya berkata, “Wahai anakku, kau telah melihat Jibril yang kebetulan sedang bertemu dengan Rasulullah SAW?"

Ketika Abdullah bin Abbas meningkat dewasa, beliau telah mencapai kedudukan yang terkemuka dalam kalangan para sahabat Rasulullah. Beliau telah bekerja keras mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah SAW dan memahami al-Quran sedalam mungkin serta memberikan fatwa-fatwa kepada masyarakat berhubung dengan hukum agama.

Menjelang zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a, Abdullah bin Abbas telah mencapai pelbagai kejayaan, antaranya sebagai ahli tafsir dan hadis yang terkemuka sehingga orang ramai dari seluruh pelosok negeri berminat untuk menuntut ilmu dengannya.

Khalifah Umar r.a bukan sahaja sentiasa berada di sisi Abdullah bin Abbas, bahkan sentiasa bertukar pandangan dengan Abdullah sepertimana yang selalu Rasulullah SAW lakukan dengan para sahabat. Sebagai tanda penghargaan kepada Abdullah bin Abbas,

Sayidina Umar al-Khattab telah mengelarkan Abdullah bin Abbas sebagai, “Ibnu Abbas adalah seorang pemuda yang telah tua ilmunya, mempunyai lidah yang amat berharga dan mempunyai hati yang bersih."

Selain itu, Saidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata, “Sebaik-baik tafsir al-Quran adalah daripada Ibnu Abbas. Jika umurku masih panjang, nescaya aku akan selalu berdampingan dengan Abdullah bin Abbas." Di samping itu, Umar al-Khattab juga pernah berkata bahawa “Tidak ada fatwa yang lebih baik yang pernah aku dengar melainkan daripada fatwa Ibnu Abbas."

Demikianlah kebesaran Ibnu Abbas sebagai tokoh tafsir yang tiada tolok bandingnya. Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan doa Nabi SAW terhadap diri Abdullah bin Abbas r.a.



Utusan Bicara Agama 20140415

Hormati warga emas

ABU Saleh al-Ghifari bercerita: Umar bin al-Khattab berkhidmat kepada seorang wanita warga emas yang telah buta. Beliau duduk jauh di luar Madinah. Umar selalu datang ke rumahnya untuk menyiapkan air dan segala sesuatu yang diperlukan.

Namun begitu, setiap kali dia tiba di rumah wanita itu, Umar melihat seolah-olah sudah ada orang lain yang lebih dahulu datang. Orang itu telah melakukan apa yang hendak dia lakukan.

Pada suatu hari, Umar datang lebih awal daripada biasa. Beliau mengintai siapakah orang yang selalu mendahuluinya itu.

Ternyata orang itu ialah Abu Bakar a.s. Padahal pada masa itu Abu Bakar telah bergelar khalifah, iaitu raja bagi seluruh kaum Muslimin.

Umar lalu menemui Abu Bakar dan berkata: “Ternyata engkau lah orangnya!"

Kisah ini diceritakan oleh Imam al-Suyuti dalam kitabnya yang bertajuk Tarikh al-Khulafa.

Menilai manusia

Umat Islam ialah generasi yang suka mengenang budi dan membalas ihsan. Mereka melihat warga emas berbeza dengan pandangan sekular.

Masyarakat sekular menilai manusia mengikut aspek produktivitinya. Justeru, warga emas kurang mendapat tempat ekoran tingkat produktiviti mereka yang rendah. Bahkan, sebahagian juga yang melihat mereka tidak lebih daripada satu bebanan bagi masyarakat.

Seseorang yang berwawasan Islam melihat warga emas dengan penuh hormat. Semakin lanjut usia seseorang itu, maka semakin tinggi nilainya di mata generasi muda Islam. Warga emas tidak dilihat sebagai satu bebanan, akan tetapi satu peluang untuk meraih syurga dengan mudah.

Terlebih lagi apabila warga emas tersebut ialah ahli keluarganya sendiri seperti ibu, ayah ataupun datuk dan nenek. Anak-anak Muslim selalu berlumba-lumba untuk mendapatkan redanya. Bagi seorang Muslim, sungguh merugi jika ia tidak dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Rasulullah SAW bersabda: Sungguh merugi, sungguh merugi, sungguh merugi. Iaitu seseorang yang mendapati kedua-dua ataupun salah seorang ibu bapanya telah berusia lanjut, namun ia tidak masuk syurga. (riwayat Muslim)

Kebajikan

Penjagaan warga emas merupakan perkara yang sangat digalakkan. Dan Islam sangat mengambil berat berkenaan dengan kebajikan mereka.

Menjaga warga emas bukan hanya tertumpu pada makan minum mereka sahaja. Lebih penting daripada itu ialah pengisian nasihat-nasihat agama untuk memastikan tauhid benar-benar meresap ke dalam hati mereka.

Sangat penting mereka dikenalkan dengan Allah dan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna. Fahamkan kepada mereka bahawa Allah sangat kasihkan hamba-Nya, selalu mendengar doa-doa dan munajat mereka dan menyediakan syurga bagi siapa yang mengharapkannya.

Semakin sering mereka memperbincangkan tentang Allah SWT dan akhirat, semakin besar peluang mereka mendapatkan husnul khatimah. Sebab siapa yang akhir kalimatnya sebelum wafat ialah syahadat tiada tuhan selain Allah, maka ia pasti masuk syurga.

Selain itu, seorang anak atau penjaga wajib mengetahui hukum-hakam yang berkenaan dengan penjagaan mereka. Itu kerana kondisi mereka menuntut perbezaan dalam hukum-hakam tertentu, sama ada yang berkaitan dengan hukum bersuci, solat, puasa dan lain sebagainya.

Justeru, setiap anak dan penjaga wajib mengetahui apa yang disebut: Fikah Warga Emas. Iaitu sebuah perbahasan khas yang membincangkan hukum-hakam yang berkaitan dengan orang lanjut usia.

Balasan di dunia

Beruntunglah seorang pemuda yang menjaga kebajikan orang tua. Selain mendapat balasan di akhirat, ia akan menerima balasan kebaikan itu di dunia.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah telah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika tua nanti." (riwayat al-Tirmizi) Wallahu a’lam



Utusan Bicara Agama 20140415