June 6th, 2014

Memberi kuasa undang-undang jenayah?

SALAH satu mandat yang diberi oleh pejuang kemerdekaan kepada penggubal Perlembagaan adalah untuk mewujudkan sebuah negara Persekutuan yang kukuh.


Oleh sebab itulah, antara lain, undangundang am yang terpakai kepada semua orang dan yang melibatkan ketenteraman negara seperti undangundang jenayah dijadikan undang-undang Persekutuan yang tidak terhad kepada orang Islam dan sempadan sesebuah negeri sahaja.

Untuk melaksanakannya dengan berkesan diwujudkan pasukan polis, Jabatan Penjara dan mahkamah sivil yang bidang kuasanya meliputi seluruh negara dan semua orang. Perjanjian-perjanjian antarabangsa mengenai kerjasama membanteras jenayah seperti Interpol adalah perjanjian di antara negara dengan negara. Undang-undang antarabangsa tidak mengiktiraf negeri seperti Kelantan. Ia mengiktiraf negara seperti Malaysia untuk menjadi pihak-pihak (parties) dalam sesuatu perjanjian. Undang-undang ekstradisi juga melibatkan negara, bukan negeri.

Kuasa membuat undang-undang yang diberi kepada negeri adalah yang terkandung dalam Senarai II Jadual Kesembilan (Senarai Negeri) hanya berkaitan undangundang diri dan keluarga orang Islam. Itu sahaja.

Sepanjang ingatan saya, pada masa Perlembagaan Persekutuan digubal, tiada pihak yang mempertikaikan pembahagian kuasa itu. Apabila mahkamah syariah ditubuhkan dan undang-undangnya digubal, mula timbul rasa tidak puas hati di kalangan hakim dan pegawai mahkamah itu.

Mereka membandingkan bidang kuasa mahkamah syariah dengan bidang kuasa mahkamah sivil, kedudukan mahkamah syariah dengan kedudukan mahkamah sivil, kedudukan mereka dengan kedudukan hakim dan pegawai mahkamah sivil. Mereka merasakan bahawa mahkamah syariah dan mereka berada dalam serba kekurangan. Maka, mereka menuntut bidang kuasa mahkamah itu diperluaskan.

Isu pembahagian bidang kuasa ini menjadi lebih serius apabila Kelantan hendak melaksanakan hudud. Pada 1993, Badan Perundangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. Kerana halangan keperlembagaan dan undang-undang, sehingga kini ia masih belum dilaksanakan.

Anehnya, setakat yang saya tahu, sehingga saya menyebutnya dalam syarahan saya anjuran Yadim pada 7 Januari 2014, tidak ada sesiapa pun, termasuk ahli akademik, yang mengatakan bahawa sebahagian daripada kesalahan yang terdapat dalam enakmen itu adalah "undangundang jenayah" yang terletak dalam bidang kuasa Persekutuan dan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenainya. Misalnya, menyebabkan kematian, merogol, merompak dan mencuri.

Ahliahli akademik, setakat yang saya pernah temui, berhujah bahawa oleh sebab kesalahan-kesalahan itu adalah "kesalahan-kesalahan hudud", hukum syarak, undangundang Islam, dan oleh sebab agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri, maka Badan Perundangan Negeri berkuasa membuat undang-undang mengenainya. Di samping itu mereka juga cuba memberi tafsiran yang lebih luas kepada katakata "Islam" dan "Islamic law" yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyokong pendapat mereka.

Biar apa pun, selepas syarahan saya itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, pada 2 April 2014, memutuskan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private member’s bill) di Parlimen untuk mendapat kebenaran Parlimen bagi Badan Perundangan Negeri membuat undangundang mengenai perkaraperkara yang terletak dalam bidang kuasa Persekutuan, seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan akhbarnya Menteri Besar Kelantan, antara lain, dilaporkan berkata:

"Sebahagian besar kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code)..."

Nampaknya, Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima pandangan saya itu dan mencari jalan untuk mengatasinya. Ini disahkan oleh Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Exco kerajaan negeri itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Ke arah Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993" di Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan anjuran Yadim pada 29 Mei 2014. Antara lain, katanya:

"Selain itu satu lagi rang undang-undang persendirian (private member’s bill) akan dibawa ke Parlimen bagi meluaskan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri Kelantan sebagaimana peruntukkan 76A(1)."

Sebenarnya, apa yang hendak dilakukan oleh Kelantan itu dalam bahasa mudah, ia hendak mengambil bidang kuasa Persekutuan dalam perkara tersebut. Katakanlah Persekutuan yang hendak mengambil kuasa yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan kepada negeri Kelantan, bagaimanakah agaknya reaksi Kelantan dan Pas? Saya percaya, Persekutuan akan dituduh "merampas" hak negeri Kelantan, "zalim" dan lainlain.

Tetapi, oleh sebab apa yang hendak dilakukan itu kerana hendak melaksanakan hudud, maka ia dilihat sebagai satu perjuangan Islam dan Persekutuan sebagai mementang Islam. Orang ramai juga bersimpati dengan tindakan Kelantan itu atas nama Islam dan soal hendak mengambil hak orang lain tenggelam.

Biar apa pun, sekurangkurangnya Kelantan mengakui bahawa kesalahan itu terletak dalam bidang kuasa Persekutuan dan mencari jalan, mengikut Perlembagaan untuk mengatasinya. Dalam katakata lain, Kelantan bertindak dalam kerangka keperlembagaan dan bukan membelakangkannya. Kelantan bersandar kepada Perkara 76A(1) untuk menyelesaikan masalahnya.

Peruntukan itu memberi kuasa kepada Parlimen untuk membenarkan Badan Perundangan Negeri, dalam hal ini Kelantan, untuk membuat undangundang bagi kesalahan menyebabkan kematian dan kecederaan, merompak, merogol dan mencuri dan mengenakan hukuman hudud, qisas diyat. Beberapa persoalan timbul di sini.

Pertama, undang-undang itu kekal sifatnya sebagai undangundang jenayah atau ia bertukar menjadi undangundang yang dibuat di bawah Senarai Negeri? Pada pandangan saya, sifatnya kekal sebagai udang-undang jenayah. Saya berkata demikian kerana:

l Dari asalnya kesalahankesalahan itu adalah undangundang jenayah yang terletak dalam Senarai Persekutuan. Ia tidak termasuk dalam Senarai Negeri, sebab itulah Kelantan terpaksa meminta kebenaran di bawah Perkara 76A(1).

l Parlimen tidak meminda Perlembagaan untuk meletakkannya di bawah Senarai Negeri. Apa yang dilakukan oleh Parlimen hanya membenarkan Badan Perundangan Negeri membuat undangundang dalam perkara itu untuk dipakai di negeri itu. Sifatnya tidak diubah. Saya tekankan bahawa untuk meletakkannya di bawah Senarai Negeri memerlukan pindaan kepada Perlembagaan dan majoriti dua per tiga. Jika demikianlah halnya, apakah kesannya? Pada pandangan saya:

l Ia mestilah terpakai kepada semua orang Islam dan bukan Islam sebab ia adalah undangundang jenayah Persekutuan dan bukan undangundang yang dibuat di bawah Senarai Negeri. Jika tidak ia tak keperlembagaan (unconstitutional) kerana bercanggah dengan Perkara 8.

l Mahkamah mana yang mempunyai bidang kuasa membicarakan keskes itu? Jawabnya, mahkamah sivil. Sebabnya, pertama, ia adalah undangundang jenayah dan bukan undangundang yang dibuat di bawah Senarai Negeri. Kedua, mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan bukan Islam manakala mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam sahaja.

Semua ini bukanlah apa yang dikehendaki oleh Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan menyangka Perkara 76A(1) akan dapat menyampaikan hasratnya. Tetapi, hasilnya bukanlah apa yang mereka kehendaki.

Dalam perenggan kedua rencana ini saya memberi satu alasan mengapa undangundang jenayah diletakkan di bawah bidang kuasa Persekutuan. Kita akan namakannya alasan pertama.

Maka alasan kedua ialah, jika undangundang jenayah dijadikan undangundang negeri, besar kemungkinan, akan berlaku perbezaan undangundang itu dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Dalam undangundang yang ada sekarang pun sudah terdapat perbezaan di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri. Itu baru mengenai undangundang diri dan keluarga. Apatah lagi dalam undangundang jenayah yang lebih rumit dan serius. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakpastian undangundang.

Ketiga, jika semua negeri melakukan perkara yang sama, kita akan mempunyai 15 set undangundang jenayah, satu undangundang Persekutuan dan 14 undangundang negeri, satu ditadbirkan oleh Persekutuan dan 14 ditadbirkan oleh negeri. Saya khuatir, ia mewujudkan keadaan yang kelam kabut.

Keempat, jika Parlimen membenarkan Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat undangundang mengenai undangundang jenayah Persekutuan dan ia membuatnya dan, di samping itu, ia juga membuat undangundang "jenayah syariah" mengikut Senarai Negeri, di Kelantan akan ada dua set "undangundang hudud". Set pertama ialah undangundang yang dibuat di bawah Senarai Negeri, misalnya bagi kesalahankesalahan berzina, menuduh orang berzina dan meminum minuman yang memabukkan.

Kesalahankesalahan itu hanya terpakai kepada orang Islam, disiasat dan didakwa oleh pegawai penyiasat dan pendakwa syariah dan dibicarakan oleh mahkamah syariah. Set kedua ialah undangundang yang dibuat berikutan kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A(1) itu. Undangundang itu terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam, disiasat oleh polis, didakwa oleh pendakwa raya dan dibicarakan mahkamah sivil.

Semua masalah ini timbul bukan kerana salah penggubal perlembagaan. Mandat yang diberikan kepada mereka adalah jelas bahawa Persekutuan mestilah teguh, bahawa undangundang am yang melibatkan ketenteraman awam hendaklah diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan dengan jentera pelaksanaannya sekali.

Segalagalanya berjalan dengan baik dan berkesan selama 56 tahun. Apa yang menimbulkan masalah sekarang ialah kerana Kelantan hendak mengambil bidang kuasa Persekutuan. Maka timbullah berbagai masalah. Sambil ulama mempunyai prinsip dan keadaan yang perlu ditimbang dalam menetapkan hukum, pemerintah pula mempunyai faktorfaktor tambahan yang perlu diambil kira dalam pelaksanaannya.

Tun Abdul Hamid Mohamad ialah Bekas Ketua Hakim Negara Utusan/Rencana/20140606

Keputusan PRK Teluk Intan - Rumah siap, pahat pula berbunyi

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata punca sebenar DAP tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini adalah kerana pengundi Cina memprotes pemilihan calon Melayu, Dyna Sofya Mohd. Daud bagi mewakili parti itu.

Kenyataan ini dibuat respons kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam kenyataan medianya meletakkan faktor hudud yang dibangkitkan oleh Pas sebagai faktor kekalahan DAP di Teluk ­Intan.

Sepatutnya kenyataankenyataan seperti tidak harus keluar sebelum "postmortem" dilakukan. Kenyataan Mohd. Amar jelas menunjukkan Pas Kelantan akan terus memperjuangkan hudud dan kenyataan Gobind adalah sebaliknya. Hudud dilihat oleh DAP sebagai liabiliti atau beban. Kelantangan ayahnya dulu Karpal Singh menentang hudud sedang diwarisi oleh anaknya.

Ibarat rumah siap, pahat berbunyi memperlihatkan sikap salah menyalah kepada punca kekalahan DAP. Perbezaan yang terdapat pada DAP dan Pas adalah perbezaan ideologi dan bukannya isu teknikal.

Mana mungkin Pas yang berhasrat memperjuangkan negara Islam dan hudud boleh berkawan dengan DAP yang hala tuju perjuangannya ke arah sosialis demokratik dan asas dukungannya monopoli satu kaum.

Khalayak jadi keliru bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh turun berkempen menyokong Dyana Sofya di Teluk Intan sedangkan amat jelas calon DAP itu menentang pelaksanaan hudud walaupun beliau seorang yang beragama Islam.

Tahalluf Siasi yang berjalan semakin bercelaru kerana ia tidak berasaskan ideologi yang boleh membawa persefahaman. Apa makna sebuah Pakatan Rakyat sedangkan DAP tidak faham akan aspirasi perju­angan Pas.

Pas tahu ia akan kehilangan pengaruh sekiranya perjuangan negara Islam dan hudud tidak dicanangkan semula. Negara Berkebajikan dan Buku Jingga sangat kekok untuk diperjuangkan oleh Pas. DAP menganggap perjuangan negara Islam dan Hudud adalah duri dalam daging dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya Pas berfikir semula mengenai tahalluf siasi ini. Dakwah dan maslahah Pas sekian lama terhadap DAP tidak memberi kesan. DAP tetap dengan fahaman cauvinis dan rasisnya. Cara saling mengguna pengaruh akan akhirnya membawa konflik. Tidak mungkin perjuangan Islam dan sosialis demokratik mampu mempunyai titiktemu kerana Islam sering menjadi agama yang disalahfahamkan.

Pas yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam seharusnya memperteguhkan strategi dakwah dan tarbiyyah menyantuni pihak lain. Orang Cina bertanggapan kalau sesama Islam Pas gagal menyantuni mereka bagaimana mungkin terhadap DAP ia boleh terjadi.

DAP tahu ia tidak selari dengan hala tuju perjuangan Pas. Tetapi mengekalkan Pas dan UMNO berbalah adalah strategi ampuh untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN). DAP tahu akan ada kesannya jika PasUMNO berbaik semula atau Pas menyisihkan diri daripada Pakatan Rakyat. Sepahit mana isu hudud yang dibawa oleh Pas, DAP terpaksa menelannya. Meski DAP tidak bersetuju Pas masih merasakan DAP adalah teman terbaik untuk menjatuhkan UMNO.

Pas masih bercitacita besar untuk menjatuhkan UMNO. UMNO dilihat sebagai musuh nombor wahid. Bila Kelantan ingin membawa enakmen hudud ke Parlimen UMNO mengambil pendirian menyokong. Pendirian UMNO ini bukanlah perkara baru.

Semasa Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan di DUN Kelantan pada 1993, dua ADUN UMNO turut menyokong. Peliknya Pas, UMNO yang menyokong hudud dianggap musuh ketat tetapi DAP yang menentang habishabisan hudud dianggap sebagai sahabat.

HamasPLO di Palestin adalah musuh ketat. Pernah berlaku pertempuran yang memakan korban hasil pertembungan ini. Orang Palestin menginsafi sekiranya umat Palestin tidak bersatu, perpecahan akan menjadi lebih parah dan pihak ketiga Israel akan menjadi lebih kuat sebagai tenaga pemecah.

Hal sama boleh berlaku di Malaysia, sekiranya Pas dan UMNO tidak berfikir ke arah wahdah atau kesatuan, pihak ketiga akan menggunakan kelemahan ini melakukan dominasi sebagai suatu strategi jangka panjang. PRU13 membuktikan tanpa Pas, UMNO masih mempunyai kerusi yang cukup untuk memerintah. PRK Parlimen Teluk Intan menjadi bukti betapa dulunya DAP memperolehi majoriti lebih 7,000 tibatiba kalah dan BN menang. Penulis yakin UMNO dan BN akan mencapai kemenangan lebih besar pada PRU14 nanti kerana muafakat PasDAP akan lebih mengelirukan rakyat.   DARI JENDELA TOK KIUtusan/Rencana/20140606

Apa lagi Samy Vellu mahu?

IA merupakan vintaj Datuk Seri S. Samy Vellu kecuali kali ini, dia tidak mengkritik dan menentang pemimpin yang difikirkannya sebagai 'musuh' politiknya dalam MIC tetapi pengganti yang dipilihnya sendiri sebagai presiden parti.

Penyokong Datuk Seri G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu lebih 20 tahun sehingga beliau mengambil alih pimpinan parti pada 2010 apabila ahli politik veteran itu berhenti selepas 30 tahun menjadi presiden.



S. Samy Vellu                                                                         , G.Palanivel

Ia merupakan kenyataan Samy Vellu yang di luar peraturan dan batas biasa yang menaikkan kemarahan penyokong Palanivel dengan sesetengahnya bertanya: "Selepas mentadbir parti dengan keras selama tiga dekad, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati".

Antara lain dalam temu bual itu, beliau mengecam Palanivel dan juga kesal kerana menentang bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri S. Subramaniam.

"Saya bawa seorang lelaki yang entah dari mana asalnya. Saya membentuknya; saya beri beliau keberanian, saya jadikannya seorang timbalan kerana pada masa itu kami bergaduh dengan Subramaniam.

"Sekarang saya sedar tiada sebab untuk berlawan (dengan Subramaniam). Saya perkenalkan dia (Palanivel) ke mana sahaja saya pergi di seluruh negara. Saya buat semua kerja dan menaikkan pangkatnya. Beliau menjadi presiden. Dari hari dia menjadi presiden, saya tidak mempunyai apaapa kaitan dengan MIC. Beliau tidak bercakap banyak dengan saya atau menelefon saya."

Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata, beliau tidak menelefon Palanivel kerana dia kini adalah orang biasa.

Beliau terus mengungkit lagi dengan berkata: "Bagaimana saya boleh menghubungi orang yang sebegitu besar?".

Palanivel, merupakan rakan penulis ini selama lebih 10 tahun sebagai rakan editor di Bernama sehingga dia menjadi Setiausaha Akhbar, Samy Vellu pada 1987, enggan mengulas.

Tetapi anggota dalaman parti memberitahu Bernama dia amat kecewa berhubung "penghinaan paling pedih" dari bekas ketuanya sejak ia mengambil alih, beliau merupakan "operator berprofil rendah tetapi kuat dalam menggerakkan alasan" untuk mendapatkan semula sokongan kepada parti daripada anggota di peringkat akar umbi.

Mereka menyebut sebagai contoh Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan minggu lepas di mana Palanivel turun padang selama 13 hari menggerakkan undi kaum India dan membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampas semula kerusi Parlimen itu daripada DAP.

"Beliau sepatutnya tidak mengutuk presiden parti," kata seorang pegawai kanan MIC.

Gaya kepimpinan Palanivel begitu berbeza sekali dengan gaya Samy Vellu yang suka berkonfrontasi dan secara diktator yang berakhir dengan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum 2008 apabila Samy Vellu dan Palanivel hilang kerusiParlimen mereka.

Orang dalaman parti itu berkata, Samy Vellu sepatutnya berpegang kepada hakikat bahawa kepimpinan sekarang mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku semasa pentadbirannya.

"Sepatutnya, dia perlu memberikan sokongan terbuka beliau kepada Palanivel dan menerima kenyataan MIC tidak boleh terus beroperasi mengikut cara beliau mentadbir parti sebelum ini. Landskap politik telah banyak berubah berbanding semasa beliau memimpin," kata pegawai kanan itu.

Beliau menafikan sindiran Samy Vellu dalam temu bual itu bahawa parti itu mengabaikan beliau dan tidak tahu adat seperti yang layak diperolehinya.

"Malah pada majlismajlis MIC, yang dihadiri perdana menteri, Palanivel akan memastikan Samy Vellu duduk di sebelah PM," kata pegawai itu.

Sejak Palanivel mengambil alih, banyak pemimpin dan anggota yang meninggalkan MIC sebagai tanda bantahan ke atas kepimpinan Samy Vellu telah menyertai semula parti itu, katanya.

Seperti yang dilaporkan kolumnis The Star Baradan Kuppusamy, penyokong Palanivel mahu Samy Vellu berhenti daripada campur tangan dalam urusan MIC dan memberi perhatian kepada tugas baharunya sebagai duta perniagaan ke Asia Selatan.

Membandingkan gaya kepimpinan antara keduadua lelaki itu, Baradan menulis: "MIC tidak biasa dengan contoh gaya kepimpinan Palanivel mereka masih terbiasa dengan gaya naungan bergemuruh Samy Vellu yang memarahi, memeluk dan menyanyikan lagulagu dan secara terbuka mendisiplinkan anggota parti.

"Sebaliknya, Palanivel lebih sistematik, teratur dan cermat". Dan pegawai itu bertanya: "Apa lagi Samy Vellu mahu?" - BERNAMA DATUk SERI Azman Ujang Utusan/Rencana/20140606

Education: Poetry in Add Maths doesn't add up

MY daughter came home fuming and I can understand why. According to her, there is a new project for the Additional Mathematics Form 5 paper.

They have to answer a set of questions and finally answer so-called "reflection" questions. The questions are:

WHAT have you learnt while conducting the project?

WHAT moral values did you practise?

EXPRESS your feelings and opinions creatively through symbols, drawings, lyrics of a song or poem.

I like the direction we are taking but I am a little wary of the implementation.

We are told time and again how teachers are incompetent in the English language.

Teachers have fought against the teaching Maths and Science in English because of the inability of students to grasp the language.

But many schools have opted for Maths and Science in English. The administration of these schools are aware of benefits for students, but can we say the same for the Education Ministry?

Mathematics is not a language paper and this has been emphasised many times. Just look at the questions. Moral values used? Express in the form of song lyrics and poem? Artwork based on mathematical symbols?

Are Maths teachers trained to evaluate the lyrics of a song or poem? We want to improve the language but in the process, we want to kill the interest in other subjects.

Even if Maths and Science is done in Bahasa Malaysia, are the teachers trained to evaluate the students' language creativity?

Don't tell me we do not require language skills to write a song or poem.

Please do not let our children become victims of our overzealous ambition to implement ideas.

They have enough stress in school, so let us not add to their misery.

Revamp teacher training. Do not use the teaching profession as a dumping ground for incompetent graduates. Sarala Poobalan, Kuala Lumpur New Straits Times Letters to the Editors 4 June 2014 11:35PM

Creative Thinking: Unusual ideas must be relevant and useful

IN a timely contribution to the nationwide discussion on and drive towards excellence in education, Universiti Malaya's Asia-Europe Institute (AEI) recently organised a talk on "Creativity and Business: Lessons from the Advertising Industry". The lecture was moderated by AEI's Datuk Mat Amir Jaafar and delivered by Dr Mark Kilgour of Waikato Management School, New Zealand.

Kilgour illustrated constraints we face because of our fixed mental habits. A question like, "How much is one half of 12?" will rarely produce a creative response. The good news is, well-structured learning exercises that incorporate elements of play and imagination can lead our thinking habits away from this uncreative, automatic impulse.

In learning to be more creative, we are often told to "think outside the box". The reality is more complicated, however, because original ideas must be not only unusual but also relevant and appropriate. In our part of the world, can you imagine someone selling "beautiful accounting software"? Well, a New Zealand software company called Xero has just done that, earning US$60 million (RM193 million) in revenue worldwide.

The creative process in an industry, such as advertising, starts with knowledge that cuts across different domains of thought. Divergent (free-flowing, spontaneous) thinking is brought in to produce original ideas. Next, convergent thinking is needed to refine the ideas and place them in a structure. Finally, it takes strong expression capabilities, coupled with confidence, to bring a novel idea to its target audience.

In client interactions, marketing and advertising professionals have a juggling act on their hands as they are tasked with innovative ideas, which at the same time must build on and acknowledge the tradition and reputation of the client company. As a result, strong skills in relationship-building, rapport with customers and communicating new ideas will go a long way in "selling" the outcomes of a creative process.

Martin Kralik, former research director, centres of excellence, INSEAD Asia & Middle East, doctoral candidate (by research), Asia-Europe Institute, Universiti Malaya New Straits Times Letters to the Editors 4 June 2014

Creativity: It’s all about ideas

GOING DIGITAL: Technologically-enabled forms of learning can help the 21st century workforce acquire sought-after skills

CREATIVITY is all around us and is applicable not just to traditional fields such as design and the arts, but also to disciplines such as science, mathematics and business, regardless of rank or role. The need for creative ideas has never been greater when grappling with challenges of a global economy, the environment and social issues.

Business leaders recognise that creativity and creative thinking are one of the most crucial elements of success in the modern world.

The recent Adobe Education Leadership Forum in Kuala Lumpur highlighted creativity as a priority in education.

Educators from across Asia Pacific came together to discuss the future of education, and came to a consensus that creativity is vital to the success of students when they enter the workforce. Results from Adobe’s Education, Creativity and Employability study revealed that an overwhelming 97 per cent of respondents in Asia Pacific feel that creative tools help students to better grasp theoretical concepts and enhance their overall understanding in the classroom.

Findings from the survey reveal that nearly 60 per cent of educators across the region feel that basic digital media skills are essential for the 21st century workforce. On top of that, nearly 50 per cent of them feel that students proficient in digital media skills have a better chance of being recruited.

Meanwhile, 62 per cent of educators in Southeast Asia agree that the use of creative tools by educators improves and enhances a student’s conceptual understanding. This is higher than the Asia Pacific average of 54 per cent.

“One of the most profound transformations in education is coming from the realisation that digital communication skills really do matter in everyday life; therefore, it is imperative that digital skills also matter in academic life. Creativity is not an elective, but rather, it is our future,” said Trevor Bailey, senior director, worldwide education and government, at Adobe Systems. “With the wide array of tools available today, a transformative change is needed to integrate creativity in education — for us to educate our future generations and prepare them for the road that lies ahead.”

Education, he added, plays a highly important role in moulding the young, and preparing them for the workforce. Thanks to the explosion of mobile devices, there is a need for today‘s educators to develop more engaging curriculum for digital-native students as the ways of teaching and learning have evolved drastically over the years.

“There are four major shifts we are seeing around the world today across campuses: they are experiencing a dramatic increase in the diversity of devices; they are constantly fostering creativity in teaching and learning; they are staying current and productive with the latest tools; and they are providing equity and access in a complex technology environment, which in turn level the playing field between the haves and have-nots,” said Bailey.

“With the introduction of digital tools in the classroom, we believe that this will bring about a positive impact, by not only fostering collaboration and innovation among students, but also enabling them to discover new ways of learning.”

He highlighted that there is a limitless number of tools which can stretch students’ imagination and enable them to create. Educators can leverage the tools to develop more engaging curriculum that builds digital experiences, increases interaction, collaboration and foster new ways of learning. Students can also use the tools to enhance their school projects and create engaging content that best showcases their ideas.

“Creative thinking is critical for problem-solving and our imperative is to foster creative thinking, collaboration and the development of digital skills. Today, it’s no longer about what you know, but what you make — it’s all about the ideas.”

TEACHING GEN-Y

Taylor’s Education Group chief learning officer Professor Daniel Tan is in agreement with Bailey.

Taylor’s approach to teaching and learning, he said, is best described as social learning which leverages on Gen-Y traits and their love affair with mobile technology.

“They are tech savvy, socially connected via devices continuously, have short attention span where they often skim through text and information quickly, achievement-oriented, they like feedback and recognition through things like thumbs up, team-oriented where they value teamwork and seek the input and affirmation of others,” said Tan.

“At Taylor’s, we are creating an environment where all that is happening. Since they are tech savvy, we make sure they can access their learning online. We try to synergise what they like to do into their learning — not as an afterthought, but part of their learning.”

Tan said the big picture for education has changed a lot from the traditional model where content or knowledge is controlled by teacher.

Technology, specifically the Internet, has rendered this scenario obsolete, as students now can find the latest and more comprehensive information on their own.

“The roles of teachers and students need to be rethought. Teachers/lecturers no longer know everything and they need to let students go explore and be content creators and let them be creative. For me, creativity is creating something that does not exist. Through tools available, students can create knowledge actively by exploring, discussing socially and sharing in groups. If they fail, they won’t feel bad because they fail as a group. Failure is an important process, one learns from failure and enabling one to build and grow upon its acceptance.”

Taylor’s has put in place facilities for this to happen.

Among them is Rewind @ Taylor’s, a technology that allows instructors to record what happens in their classrooms and make it available digitally to students.The source of the content is often a combination of audio, video, and content from the projector. Students can fast-forward, rewind or skip to particular segments they desire, therefore enabling them to learn in a self-directed and personalised manner, anytime, anywhere.

Another instrument is X-Space, Taylor’s Collaborative Classroom. It is designed to support students’ abilities in collaboration, problem-solving, creative thinking, interpersonal communication and ICT competencies.

“Students sit in groups and work together.

“Again this is social learning where they plug in their respective notebooks and share in both virtual and real-life discussions which are projected on big screen monitors for group members to see. Here they can build ideas and come up with different options where they brainstorm further for a solution. They learn very well this way,” said Tan.

There is also the clicker program which can be used in quizzes in class.

“Everyone is given a clicker and because it is anonymous, students won’t feel pressured or embarassed giving answers. It also allows lecturers to keep track of a student’s understanding of subject matter as results can be seen straight away.

“And, we go one step further: we could ask those who answer a certain way to find another who chose a different answer and discuss the reasons behind their choice. When they discuss, they will discover the right and wrong. This is also platfom to communicate, talk to somebody without the awkwardness.” ROZANA SANI | rsani@nst.com.my New Straits Times Learning Curve 25 May 2014