June 14th, 2014

Snapper Food Sdn Bhd

Snapper Food Sdn Bhd is located at 9G, Jalan Putra 5, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor. Owned by Tuan Haji Che Bahanuddin Che Yob  (019-2835757 ceo@snapperfood.com / snapperfood@gmail.com) . URL: http://www.snapperfood.com.my . Other products are NorwegianTilapia Deep Skinned, Norwegian Tilapia Shallow Skinned, Norwegian Tilapia Skin-On, Snapper Food Burger, Snapper Food Nugget, Snapper Fingers and Snapper Food Lekor.  I don't know what the dishes are really but those interested can browse the website given.

We were called for the 'promotion' as we went to the same college from 1973-1977 i.e. MRSM PC 73 (some prefer MRSM KB 73). The owner's a childhood friend from Putra English School, Kangar. I went with Tuan Azman md Yusoff (the transporter). We drove about 10.10pm to Kajang and finally reached there around 11.00 pm.

We met the owner Tuan Haji Che Bahanuddin Che Yob, Tuan Haji Mohammad Sobri Saad (the Baloonist). Tuan Haji Zainal Ahmad (Zainal Arkitek, Principal ), Tuan Mustapha Fathil (Heitech), Tuan Tok Wan Mamak Zahari, Haji Thomas Ashburn (Petronas Lubricant), Datuk Zulkifli Othman and Tuan ShahrulAman Mokhtar (Sime Tyres).

I wont say much as you can look at the website http://www.snapperfood.com.my (hope it works). But the pics can say it all for us.

snapper_20140614_000538
The Snapper Food (Courtesy of Azizi Ahmad)


snapper_20140613_231827 snapper_20140613_231808
Naming the dishes (Courtesy of Azizi Ahmad)
snapper_IMG-20140613-WA0029
Turu hadir memberi sokongan Datuk Zulkifli Othman, Tuan ShahrulAman (Sime IT) , Tuan Haji Mohammad Sobri Saad (CEO, Excellent Affairs), Tuan Haji Zainal Ahmad (Zainal Arkitek), Haji Che Bahanuddin Che Yob (CEO Snapper Food), Tuan Mustapha Fathil (Heitech), Tuan Mamak Zahari dan Tuan Haji Thomas Ashburn (Petronas Lubricant). (Courtesy of Zainal Ahmad)

snapper_IMG-20140613-WA0026
Jengok-jengoi tengok kamera ...  (Courtesy of Zainal  Ahmad)



Nak menyanyi ka nak buat apa tu ... ka nak bagi 'ucapan' ... teringat lagu 'Bring The WIne (Paul Anka) ...
— with Shahrul Mokhtar and Zainal Ahmad at Snapper Food.  (Courtesy of Azizi Ahmad)


Tok wan pun kena juga, pok cik pom kenek juga ... uuiit— with Mustapha Fathil Abu Hassan,
Tok Wan Zahari Mamak and Mr Transporter Azman Yusof at Snapper Food.  (Courtesy of Azizi Ahmad)


Gambar yang menimbulkan 'kontroversi'.
How do you say this ... barbi~can ? babi kan ? uiiit halal ka haram ni ...
perhati dan baca betui-betui ... jangan men tuduh terkam saja ... eerrkk

— at Snapper Food   (Courtesy of Azizi Ahmad)


Looks good, taste ok lah kut ... what is this ... barbi kan ?
— at Snapper Food.  (Courtesy of Azizi Ahmad)

Okay nak tengok World Cup 2014 , Sepanyol lawan Belanda ... ola alo ...
mrsmlo

Penting manuskrip Melayu sebagai sumber kajian sejarah

Kajian sejarah bergantung pada sumber yang pelbagai jenis. Pada asasnya, ada dua bentuk sumber utama dalam menggali sesuatu peristiwa sejarah iaitu sumber primer (primary sources) dan sumber kedua atau sumber sekunder. Sejarawan moden seperti Edward Gibbon berjaya mengkaji dan membandingkan dengan cermat semua sumber primer bagi menghasilkan karyanya The History of the Decline and Fall of the Roman Empire (Kemerosotan dan Kejatuhan Constantine Dalam Empayar Rom) sehingga dapat memberikan satu keterangan yang lebih lengkap dan menarik berkenaan dengan kejatuhan Constantine berbanding dengan keterangan yang ditemui dalam sumber primer, iaitu tulisan penulis purba yang dirujuknya seperti tulisan Eusebius dan Eutropiu.

Penulisan sejarah banyak berasas sumber sekunder Karya beliau tinggi nilainya kerana sumber kajiannya berasaskan sumber primer. Namun, apabila pengkaji lain menggunakan karya beliau sebagai bahan rujukan, maka karya itu sudah dianggap sebagai sumber sekunder dalam klasifikasi sumber sejarah. Kebanyakan penulisan sejarah yang ada pada hari ini adalah berasaskan kepada sumber sekunder.


Kakitangan Arkib Negara merekodkan dokumen lama sebelum diimbas untuk dimuatkan dalam laman web.

Ada juga sumber sejarah yang bukan berasal daripada sumber pertama atau kedua, tetapi ia datang daripada sumber peringkat ketiga seperti buku teks, kisah-kisah ensiklopedia, makalah dalam majalah, novel, drama dan lain-lain sumber yang jauh daripada sumber primer walaupun sumber ketiga berasaskan pada keterangan sumber kedua yang bersifat autentik. Bagi sumber ketiga ini, penulisnya hanya mempunyai pengetahuan sedikit mengenai bidang disentuhnya itu.

Demikian juga sekiranya lebih kerap sesuatu peristiwa atau laporan itu diturunkan dari mulut ke mulut, maka semakin kurang ketepatan atau kebolehpercayaannya. Sumber seperti ini terdedah kepada penyelewengan atau mengandungi khabar angin atau cerita palsu dan perkara imaginasi yang diperbesar-besarkan.

Justeru, persoalan penting yang harus diketahui atau ditanya ketika menilai sebuah karya sejarah ialah dari mana penulis itu mendapatkan maklumat tersebut. Adakah penulis itu adalah benar-benar datang dari bidangnya dan telah biasa dengan penyelidikan sarjana terkemuka dalam bidangnya atau pun dia sendiri telah terbabit dalam penyelidikan itu. Pokoknya, dalam menghasilkan sesuatu karya sejarah mestilah ahli sejarah itu telah membuat satu kajian ke atas bukti asal peristiwa sejarah dibincangkan itu.

Contohnya, makalah mengenai ‘Pembentukan Perlembagaan Malaysia’ mungkin ditulis selepas meneliti dokumen berkaitan dengan subjek berkaitan serta membaca dan meneliti tiga atau empat buku serta jurnal sejarah mengenai subjek tersebut sebelum menghasilkan satu karya sejarah berkaitan Perlembagaan Malaysia.


Sejarawan boleh dipercayai memeriksa sumber dengan cermat

Hakikatnya, setiap sejarawan profesional dan berwibawa akan berusaha secara langsung untuk melihat sumber utama sejarah. Sejarawan yang boleh dipercayai adalah mereka yang memeriksa dengan cermat sumber itu serta mengambil faedah daripada keterangan, kritikan dan cadangan sarjana lain yang telah mengkaji sumber primer atau dokumen asli itu sebelum membuat kesimpulan sendiri berkaitan mauduk yang dikajinya.

Melihat begitu pentingnya sumber asal, maka baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyebut perlunya cendekiawan tempatan mempertahan dan memartabatkan manuskrip Melayu sebagai dokumen negara yang penting. Beliau mahukan usaha mengumpulkan manuskrip Melayu dilakukan secara agresif.

Saranan itu memang wajar sekali kerana dengan mendekati keterangan first-hand atau sumber pertama itu akan dapat memperkukuh lagi martabat sejarah, warisan dan budaya Melayu yang kini berhadapan dengan kritikan kononnya bangsa Melayu kekurangan dokumen asal.

‘Manuskrip Melayu’ bermaksud hasil karya penulisan tangan berskrip jawi dengan menggunakan versi Melayu yang dihasilkan sekitar abad ke 16 sehingga abad ke-19 (Perpustakaan negara 2002). Kajian terhadap manuskrip atau dokumen milik bangsa Melayu penting kerana sumber itu membolehkan kita meneliti kedudukan masa silam kita serta dapat membentuk pandangan mengenai citra bangsa masa kini. Usaha ini memerlukan kerja bersifat kesarjanaan.


Martabatkan manuskrip Melayu klasik

Oleh itu, tepat sekali saranan Muhyiddin agar sarjana tempatan mengkaji dan memartabatkan manuskrip Melayu klasik.

Dengan cara itu kita berharap akan mencapai satu titik keyakinan yang mantap sejarah bangsa kita dan dapat membentuk masa kini dengan lebih baik dan berhemah berasaskan kajian mendalam ke atas manuskrip atau dokumen-dokumen asal yang merakamkan sejarah dan warisan bangsa kita. Menurut Prof Ding Choo Ming dalam bukunya ‘Manuskrip Melayu Sumber Maklumat Pribumi Melayu’ (2008, penerbit UKM) bahawa kajian ke atas manuskrip Melayu membolehkan kita memahami falsafah, sejarah dan jati diri bangsa Melayu.

Suatu ketika dahulu, iaitu pada awal abad ke-18, petunjuk kepada sumber-sumber sejarah Eropah masih kabur. Manuskrip yang mempunyai kepentingan sejarah dikatakan bertaburan dalam bilik gelap, iaitu bilik bawah tanah terutama di gereja. Ketika itu, tidak wujud petunjuk jelas untuk memandu penyelidik kepada bahan yang diperlukan itu walaupun seawal abad ke-17 sarjana mereka telah membawa bersama-sama babad-babad zaman pertengahan dan mencetaknya dalam koleksi-koleksi tertentu.

Namun, pengkaji dan sarjana mereka terpaksa bergerak jauh dari satu tempat ke satu tempat dalam pencarian yang tidak pasti semata-mata untuk mendapatkan bahan asal diperlukan. Ini disebabkan mereka banyak menemui manuskrip yang disalin tanpa hati-hati penuh kesilapan serta banyak daripada dokumen itu memerlukan orang yang secara khusus berpengalaman dalam mentafsirkan rahsia tulisan tangan purba itu.

Usaha mengkaji manuskrip lama di Eropah melonjak apabila semangat saintifik mula mengambil tempat dalam sejarah peradaban Eropah pada abad ke-19. Semangat saintifik yang bersifat kritis itu telah mendorong sarjananya berusaha membongkar segala dokumen dan manuskrip asal yang merakamkan sejarah dan warisan mereka. Mereka berjaya mencetak semula sumber yang dahulunya tidak begitu sempurna sehinggakan beribu-ribu jilid bahan lama dan bersejarah itu dapat digunakan sehingga ke hari ini.

Contoh, koleksi penerbitan The Monuments Germanise Historica pada tahun 1826 yang bermula di bawah penyeliaan satu persatuan sejarah hinggalah masa kematian Pertz , editor asalnya. Kemudian ia diletakkan di bawah penyeliaan satu suruhanjaya kerajaan (tahun 1875). Demikian juga halnya di England yang mana berjilid-jilid bahan sejarah dikeluarkan sejak 1858 yang dipanggil Rolls Series.


Peranan sarjana, persatuan sejarah

Walaupun sesetengah usaha itu mendapat sokongan kerajaan, tetapi sarjana dan persatuan sejarah telah memainkan peranan yang lebih besar.

Sekarang ini, manuskrip itu berada dalam perpustakaan awam dan universiti serta arkib Eropah yang memudahkan pengkaji dan pelajar mereka melakukan penyelidikan selanjutnya. Malah, pelajar mereka juga boleh merujuk kepada beberapa buku panduan mengenai sumber primer seperti yang dihasilkan seorang penulis Perancis, Langlois, yang menerbitkan satu bibliografi sejarah, iaitu Manuel de bibliographie, Part I Instruments bibliographiques (1901). Ia mengandungi senarai terbaik sumber dan buku sejarah.

Hari ini pelbagai judul panduan dan katalog bibliografi sejarah berjaya diterbitkan di dunia Barat. Kita mengharapkan dengan kerja keras sejarawan dan sarjana tempatan kita mengkaji dan memartabatkan dokumen dan manuskrip Melayu lama maka akan terhasillah lebih banyak buku besar dan bermutu berkaitan sejarah dan budaya bangsa kita.

Mohd Ayop Abd Razid ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Berita Harian Kolumnis 2014/06/12 - 08:35:16 AM

Martabat bahasa Melayu mengikut pada ketulenannya

Martabat bahasa Melayu, sudah tentu yang mulia sifat dan tinggi kedudukannya, boleh wujud dalam pelbagai corak. Antaranya darjat terhormat yang diperuntuk dalam perundangan negara dan sanjungan luhur dalam kehidupan seharian masyarakat.


Ketulenan bahasa Melayu juga perlu diambil kira dalam hal ini. Sehubungan ini, ia menyangkut persoalan mengutamakan penggunaan bentuk asli dan mengurangkan penyerapan bentuk asing secara berwenang, baik dari segi perkataan, binaan ayat mahupun gaya wacana.

Selain ini, ia ikut membabitkan keazaman kaum Melayu selaku penutur jati bahasa Melayu, untuk memastikan bahasa Melayu yang kini menjadi bahasa negara, tidak terlalu mudah dan banyak sekali dikuasai bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia terpenting.

Dengan ini, ketulenan bahasa Melayu dihubungkan dengan usaha mengenal pasti bentuk asli untuk digunakan. Ini agar ia bukan sahaja mudah difahami masyarakat marhaen, terutamanya rakyat jelata yang bukan golongan elit berbahasa Inggeris.


Bentuk asli bahasa Melayu

Lebih penting lagi ialah bentuk asli bahasa Melayu ini, misalnya ungkapan hormat wanita dan bukannya respek wanita, dapat bukan sahaja memupuk dan seterusnya melestarikan jati diri bahasa Melayu. Ia juga didapati boleh menegakkan semangat kebangsaan yang berkait rapat pula dengan Kebudayaan Kebangsaan.

Sebaliknya, penggunaan bentuk bahasa Inggeris boleh menimbulkan masalah kefahaman dari segi maknanya. Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia, yang tidak cekap berbahasa Inggeris, tidak dapat memahami kebanyakan kata bahasa Inggeris yang digunakan kini, walaupun dalam wacana bukan ilmiah.

Dalam hal ini, sudah tentu perkataan perdamaian itu cepat difahami daripada rekonsiliasi yang dipadankan daripada bahasa Inggeris, untuk menggambarkan usaha menangani permusuhan politik yang masih menjadi-jadi setelah selesai Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kelebihan penggunaan bentuk asli bahasa Melayu lain ialah ia dapat mempertingkat keupayaan bahasa Melayu dan juga kewibawaan komuniti bahasa Melayu, dari segi perwatakannya. Bahasa Melayu dan komunitinya kental dan tidak mudah menggunakan bentuk asing dengan sewenang-wenangnya.

Penggunaan bentuk asli bahasa Melayu juga dapat terus mengekalkan struktur bahasa Melayu dari segi ciri dan sifatnya yang tulen. Dengan ini, bahasa Melayu yang sememangnya memiliki sistem yang baik lagi cekap, tidak perlu pun menggunakan ungkapan Sains Tauhidik untuk padanan bahasa Inggerisnya Tauhidic Science.

Sebaliknya, ia dengan mudah lagi tepat berdasarkan sistemnya yang mapan, boleh mengambil bentuk Sains Ketauhidan, yang menggunakan kaedah pembentukan kata kita sendiri yang tidak kurang pun keberkesanannya.


Melestarikan jati diri

Keperluan memupuk dan melestarikan jati diri bahasa Melayu melalui ketulenannya, ikut merangkumi bidang penyebutan, khususnya sewaktu kita menyebut kata dan ungkapan bahasa Inggeris yang telah diserapkan ke dalam sistem bahasa Melayu.

Dalam hal ini, kita seharusnya menyebut kata nasional misalnya mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Oleh itu, ia tidak boleh sekali-kali berbunyi ‘nesyenel’.

Penyebutan begini yang berleluasa kini bukan sahaja tidak mampu menonjolkan jati diri bahasa Melayu. Ia sebenarnya mengancam sistem bahasa Melayu.

Ini kerana dengan keengganan kita menyebut kata dan ungkapan itu mengikut sistem bahasa Melayu, bahasa Melayu kini sudah boleh dikatakan telah berubah sistem.

Perubahan ini adalah daripada yang asalnya yang menetapkan setiap bunyi bahasa Melayu mendukung hanya satu nilai bunyi, kepada yang membenarkan sesuatu bunyi bahasa Melayu itu mendukung lebih daripada satu nilai bunyi.

Dengan kata lain, sistem bunyi bahasa Melayu kini telah berubah untuk menyerupai sistem yang diamalkan oleh bahasa Inggeris. Fenomena ini bukan sekadar perubah-an status linguistik, yakni daripada yang tidak sama dengan yang bahasa Inggeris, kepada yang sama dengan bahasa Inggeris.

Ia juga tindakan tidak cerdik kita untuk mengikut-ikut secara melulu amalan komuniti bahasa Inggeris. Lebih mudarat lagi ia boleh disifatkan sejenis penaklukan budaya bikinan kita sendiri. Ini kerana kita sengaja memilih untuk mengamalkan cara pihak lain, walhal ia bertentangan dengan cara kita.

Sesungguhnya martabat bahasa Melayu boleh hilang apabila kita terus menggunakan bentuk asing sesuka hati. Untuk ini, ia perlu dielakkan tatkala padanannya boleh ditemui dengan senang dalam bahasa Melayu.   Teo Kok Seong ialah Profesional Bahasa Melayu Berita Harian Kolumnis 2014/06/12 - 08:40:01 AM

Perjuangan bukan sekadar ucapan

Usaha diiringi pengorbanan suci dituntut demi kesinambungan kemakmuran negara

Kebelakangan ini kita sering mendengar perkataan 'perjuangan' disebut dalam program realiti di televisyen. Perkataan 'perjuangan' itu diucapkan sama ada oleh ahli panel atau peserta beberapa program yang kini ditayangkan di beberapa stesen televisyen. Antara program yang 'berperang' antara satu sama lain itu ialah Kilauan Emas, Bintang Mencari Bintang, The Band, Bintang Kanak-Kanak , yang semuanya bercirikan hiburan.

Sebelum ini, program realiti yang popular termasuk Raja Lawak, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia dan sebagainya. Ada juga program bercirikan agama seperti Imam Muda yang sangat diminati. Disebabkan format program seperti ini mempunyai unsur penyingkiran, mereka yang terpaksa dikeluarkan sama ada atas keputusan panel atau undian khidmat pesanan ringkas (SMS), peserta sering diberikan kata-kata semangat.

Ketika membuat komen, ahli panel sering meminta peserta meneruskan perjuangan sama ada untuk menghadapi persaingan minggu berikutnya atau meneruskan perjuangan di luar setelah disingkirkan. Peserta program berkenaan juga sering membuat komen yang mereka akan meneruskan perjuangan dalam bidang mereka.

Sama ada perkataan perjuangan itu sesuai digunakan atau tidak bergantung kepada penilaian seseorang. Cuma, dalam konteks ini, perjuangan itu lebih bermaksud kepada usaha. Walaupun ini adalah persoalan semantik, adalah lebih baik jika mereka kata akan meneruskan usaha, bukan meneruskan perjuangan. Perjuangan dalam konteks yang lebih besar memerlukan pengorbanan. Perjuangan untuk menegakkan kemerdekaan sudah tentulah mempunyai nilai yang sangat tinggi berbanding dengan peserta program lawak jenaka yang tersingkir.

Fahami maksud sebenar

Perjuangan adalah satu perkataan besar yang sering dikaitkan dengan semangat patriotisme dan kenegaraan. Malangnya, hari ini perkataan perjuangan itu diucapkan dengan begitu mudah oleh sesiapa saja tanpa memahami maksud sebenarnya. Pemimpin politik sering menyebut perkataan perjuangan sewaktu berucap di khalayak untuk menaikkan semangat, memberi nasihat, meningkatkan keyakinan, membuat perbandingan dan sebagainya. Mereka mempromosikan ‘perjuangan’ sebagai sesuatu yang suci. Mereka yakin bahawa sesuatu hasil yang bermakna bermula daripada perjuangan. Perjuangan tulen memerlukan pengorbanan. Pengorbanan datuk dan nenek kita dahulu untuk membebaskan negara ini daripada penjajah British adalah pengorbanan sangat besar dalam sejarah negara ini.


Perjuangan biasanya mempunyai matlamat tersendiri. Sebagai contoh, usaha yang dijalankan oleh pimpinan kerajaan untuk memajukan negara adalah satu perjuangan. Mereka melakukannya kerana mahukan rakyat menikmati kehidupan yang sempurna. Usaha yang mereka lalui bukanlah mudah. Mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran terutama bagi menghadapi kerenah rakyat yang tidak semestinya menyokong mereka. Sesetengah rakyat pula terpengaruh dengan hasutan. Penghasut mempunyai agenda dan kepentingan sendiri dan sentiasa berusaha menggagalkan usaha kerajaan. Mereka menggunakan demokrasi sebagai alasan memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Dalam masyarakat berbilang kaum, kerajaan berjuang untuk menyatupadukan rakyat. Namun, perjuangan seperti ini sering mengalami jalan buntu. Jika masyarakat sebangsa dan seagama pun bersengketa inikan pula rakyat yang berbeza agama, kaum, bahasa, budaya, sosial, status ekonomi dan sebagainya. Walaupun pelbagai halangan terpaksa dilalui, malah sejauh mana sekali pun proses ini terpaksa ditempuhi, perjuangan ke arah mewujudkan rakyat yang bersatu padu terpaksa diteruskan. Inilah yang dikatakan perjuangan yang tidak kenal erti jemu. Bagi pemimpin parti politik pula, mereka berjuang untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap falsafah dan ideologi parti masing-masing. Sebaliknya, di kalangan parti khasnya yang berbalah, mereka menggunakan cara dan strategi masing-masing dalam perjuangan mereka. Biasanya mereka akan melihat kebaikan diri sendiri dan mempolitikkan kelemahan parti lawan.

Usaha raih sokongan rakyat

Mereka sedar perjuangan parti mereka akan berkubur sekiranya tidak lagi mempunyai kredibiliti dan kehilangan pengikut. Untuk memastikan parti mereka terus relevan, pimpinan parti berjuang untuk memastikan parti mereka memberi impak kepada masyarakat. Rakyat tidak akan menyokong mereka jika parti yang mereka dokong sekadar memanaskan suhu politik tanah air sedangkan ia tidak membawa kebaikan kepada kehidupan rakyat dan masa depan negara.

Bagi parti politik yang menggunakan Islam, mereka kononnya berjuang menentang siapa juga yang cuba menentang hukum agama tetapi mereka bersekongkol dengan parti yang menentang Islam. Apakah ini boleh dianggap sebagai perjuangan tulen untuk menegakkan syiar agama, bangsa dan negara. Amat meragukan jika pengikut parti ini menganggap mereka berjuang demi kesucian agama. Hanya mereka yang taksub sahaja yang mengatakan perjuangan mereka sebagai merintis jalan ke syurga.

Pada satu ketika parti pembangkang berjuang menggunakan pentas di atas jalan raya. Mereka mengadakan demonstrasi jalanan kononnya untuk menuntut hak atas nama keadilan. Mereka juga berjuang tetapi dengan cara yang tidak boleh diterima oleh penduduk negara ini kerana ia menimbulkan kesusahan kepada rakyat.

E-mel ke rencanabh@bh.com.my Untuk berkongsi pendapat anda. Mior Kamarul Shahid Berita Harian Kolumnis 2014/06/13 - 00:14:18 AM

Isu lama perlu ditangani, janji mesti dikota

Mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam tempoh seratus hari pemerintahan Tan Sri Adenan Satem tentu tidak adil. Beliau perlu diberi masa yang mencukupi untuk merencanakan dan melaksanakan dasar sedia ada dan dasar baharu beliau. Sejak mengambil alih kepemimpinan akhir Februari lalu, satu daripada cabaran beliau adalah bagaimana keluar daripada bayangan Tun Abdul Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri selama 32 tahun. Semua mengharapkan beliau bukan sahaja meneruskan dasar yang telah mendatangkan kesan positif kepada 2.5 penduduk Sarawak, tetapi berani mengubah suai, malah meminda dasar yang tidak serasi dengan kehendak rakyat.


Penduduk Sarawak ingin melihat adakah beliau akan mengubah dasar Tanah Adat Bumiputera (NCR)? Meskipun kelulusan yang diberi kepada syarikat dan individu tertentu tidak mungkin dapat ditarik balik, harapan rakyat ialah permohonan mereka untuk mendapatkan geran tanah bagi lot kampung dan tanah yang telah diusahakan sejak turun-temurun diluluskan. Keazaman politik diperlukan untuk mengambil tindakan yang mengutamakan rakyat, agar kerajaan tidak dituduh memihak kepada syarikat dan individu tertentu yang ada kaitan dengan pemimpin negeri. Jika tidak, isu ini menjadi duri dalam daging setiap pilihan raya.

Ujian terbesar Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11


Namun, ujian terbesar kepada Ketua Menteri kelima Sarawak itu, tentunya bagaimana beliau menghadapi Pilihan raya Negeri Sarawak Ke-11 nanti. Mampukah beliau memperbaiki prestasi Barisan Nasional? Adakah masyarakat Cina akan kembali kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan menolak DAP? Beliau perlu terlebih dahulu menangani dengan pantas dan berkesan isu berkaitan penyertaan pemimpin tertentu ke dalam Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS). Suara siapakah yang mahu didengar: TERAS atau SUPP dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)?

Beliau perlu menanganinya isu itu dengan baik. Jika tidak, kerumitan yang lebih besar akan berlaku dan menyusahkan BN pada jangka panjang.

Untuk pilihan raya akan datang, Adenan tidak mempunyai pilihan, kecuali memastikan jumlah kerusi dimenangi BN meningkat atau sekurang-kurangnya mempertahankan jumlah sedia ada. Dalam pilihan raya negeri tahun 2011, BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi. Pilihan raya Sarawak dijangka diadakan pada suku akhir tahun depan. Apakah isu yang perlu ditangani oleh BN sebelum itu? Selain menyelesaikan rasa tidak puas hati SUPP dan SPDP berkaitan dengan TERAS, pelbagai isu lain perlu ditangani beliau. Isu lama pasti akan dimainkan semula, malah lebih hangat lagi, terutama membabitkan isu kalimah Allah dan NCR.

Sejauh mana kerajaan sanggup melaksanakan Perjanjian 10 Perkara berkaitan isu kalimah Allah yang diputuskan menjelang pilihan raya negeri lalu, akan menentukan sokongan pengundi bukan Islam terhadap BN. Rakyat mahu konsep 1Malaysia direalisasikan.

Perlu diingat, 44 kerusi ialah kerusi majoriti Cina dan Dayak. Penganut agama Kristian tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani isu ini, selain sekatan membawa masuk kitab Injil dalam bahasa Indonesia ke negeri ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan isu pengislaman kaum Dayak di pedalaman Sarawak. Bagaimana reaksi dan pendirian gereja terhadap isu ini penting dipantau dan ditangani.


Dasar selaras Perlembagaan

Kerajaan perlu dilihat sensitif dan adil dari segi tindakan dan layanannya terhadap kaum bukan Islam, sesuai dengan persetujuan menjelang pembentukan Malaysia dan kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan.

Memandangkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ada kaitan dengan kos sara hidup, jangan terkejut jika isu ini akan dimanipulasikan sepenuhnya oleh pembangkang untuk meraih undi terutama di luar bandar. Kerajaan perlu menggembleng tenaga membabitkan pelbagai pihak untuk memastikan penerangan secara bersemuka dilakukan dengan berkesan hingga ke akar umbi. Isu lama yang perlu terus ditangani adalah pembangunan di luar bandar iaitu pembinaan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik, serta kemudahan persekolahan. Segala janji berkaitan pembangunan sebelum ini perlu dikotakan. Jalan perlu diturap, klinik, sekolah dan asrama perlu dibina dan dinaik taraf atau diselenggara dengan baik dan bekalan air bersih dibekalkan, termasuk membina empangan.

Pengundi luar bandar, termasuk etnik minoriti terutama Orang Ulu terutama yang tinggal di pedalaman seperti Belaga dan Baram tidak harus dipandang ringan.

Suara mereka perlu didengar dan diberi tempat sewajarnya, termasuk dari segi ekonomi, pampasan dan pemberian tanah, serta peluang dalam sektor perkhidmatan awam. Tugas dan tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bukan hanya terletak pada bahu kerajaan pusat, tetapi juga kerajaan negeri dan agensi kerajaan terbabit. Kedua-dua pihak perlu dilihat komited, ikhlas dan sensitif. Sebelum sentimen kecewa dan tidak puas hati terus menggelegak dan nasi menjadi bubur, tindakan agresif serta proaktif perlu diambil untuk menangani masalah dan isu berkaitan.

Jeniri Amir ialah pensyarah Universiti Malaysia Sarawak. Berita Harian Kolumnis 2014/06/14 - 01:07:04 AM

Kroni atau tidak mereka kaya raya

Tauke besar kumpulan perniagaan YTL Corporation Bhd, Tan Sri Francis Yeoh Siok Ping, sangat marah bila, dalam satu majlis syarahan anjuran PEMANDU, dia ditanya sama ada betul dia kroni Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siok Ping, anak sulung pengasas YTL, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, adalah Pengarah Urusan kumpulan itu. Tapi dialah yang jadi taiko YTL sekarang. Ikut berita, dia bukan saja nafi dia bukan kroni Dr Mahathir sebaliknya dia tuduh kerajaan amal kronisme. Dia kata, amalan itu adalah punca Malaysia tak maju macam Singapura.

Dia juga kata kerana dasar kerajaan utamakan Bumiputera jadi punca usahawan kecil dan sederhana bukan Bumiputera susah dapat pinjaman perniagaan kerajaan. Setelah kena kutuk kau-kau oleh banyak pihak, termasuk media massa, dia minta maaf secara terbuka dan salahkan media massa kononnya silap tafsir dan salah lapor ucapan dia.


Bukan Siok Ping saja nafi jadi kroni Dr Mahathir atau mana-mana Perdana Menteri. Boleh kata semua usahawan akan nafi. Tapi orang yang faham politik, ekonomi dan perniagaan tahu yang boleh kata semua tauke besar di negara kita bergantung pada kerajaan.

Ada yang dapat kontrak, lesen dan konsesi kerajaan. Ada yang dapat pinjaman murah ratusan juta ringgit dari institusi kewangan kerajaan. Ada yang dapat komisen beratus juta ringgit jadi orang tengah dalam pembelian kerajaan.


YTL pun lebih kurang macam tu juga. Mulai zaman sebelum Dr Mahathir dah mula dapat kontrak kerajaan untuk buat makmal sains sekolah dan kerja-kerja pembinaan biasa.

Dalam zaman Dr Mahathir dapat kontrak bina hospital modular, lesen penjaja bebas elektrik (IPP), usaha sama perumahan dengan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara, projek kereta api laju KLIA, lesen telekomunikasi 4G dan paling baru projek komputer sekolah bernilai RM6.6 bilion.

Pandai cari peluang

Kalau kata nasib baik atau ong, YTL adalah antara empayar perniagaan keluarga Cina yang paling nasib baik dan ong. Asal usulnya mereka pandai cari peluang sentuh bahu dengan kepemimpinan kerajaan. Kunta Kinte minta maaf kepada keluarga YTL sebab Kunta Kinte kenal mereka lama. Kunta Kinte ucap terima kasih kepada mereka atas semangat setia kawan yang mereka tunjuk kepada Kunta Kinte.

Sebagai penulis ekonomi, Kunta Kinte dari awal lagi tertarik dengan intelek dan wawasan Siok Ping. Jadi Kunta Kinte sangat hairan dan terkejut pasal apa dia melenting teruk sangat bila peserta majlis tanya berkenaan hubungan dia dengan Dr Mahathir.

Adakah media massa benar-benar salah tafsir dan salah lapor atau pendirian Siok Ping telah berubah sebab Dr Mahathir bukan Perdana Menteri lagi atau kerana dia berasa syarikatnya tak perlukan bantuan kerajaan lagi?

Mustahillah sebab lepas zaman Dr Mahathir pun keluarga YTL terus rapat dan akrab dengan pengganti-pengganti dia. Mereka akrab dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dengan Datuk Seri Najib Razak. Mereka terus dapat projek raksasa kerajaan. Malah dalam ucapan dia, Siok Ping kata dia sanjung program transformasi Najib.

Tapi ada satu yang Kunta Kinte nampak. Sudah ada tauke dan usahawan yang mula jauhkan diri daripada kerajaan atau malu mengaku rapat dengan kerajaan.


Ini mula berlaku sejak Barisan Nasional tak lagi kuat macam dulu dan ada negeri-negeri maju tempat mereka berniaga, macam Selangor dan Pulau Pinang, dah jatuh ke tangan pembangkang.

Masa Pilihan Raya Umum tahun lalu terdengar desas-desus kata ada usahawan Cina yang bagi berpuluh juta ringgit kepada pembangkang. Nak tak percaya pun susah juga sebab sebaik saja habis pilihan raya, mereka mula dapat projek dan tanah di negeri-negeri yang pembangkang perintah.


Untung besar dan cipta nama

Bagi YTL, tak salah kalau Kunta Kinte kata, kerana lesen IPP lah ia buat untung besar dan cipta nama, dalam dan luar negara, sebagai syarikat infrastruktur berwibawa. Kerana imej itulah YTL boleh berkembang ke luar negara dan hutang berbilion-bilion ringgit. Kalau betul Siok Ping kata usahawan SME bukan Bumiputera tak dapat pinjaman kerajaan sebab kerajaan utamakan Bumiputera, maaflah kalau Kunta Kinte terpaksa kata dia tak cakap benar.

Dalam sebuah rencana yang disiarkan oleh surat khabar New Sunday Times 8 Jun lalu tulisan Dr Awang bin Puteh, ada disebut iaitu analisis Unit Perancang Ekonomi (EPU) dapati bagi setiap satu ringgit kontrak kerajaan, 80 sen dibolot oleh bukan Bumiputera.

Kunta Kinte rasa yang 20 sen Bumiputera dapat itu pun kebanyakannya oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bumiputera perseorangan dapat tahi gigi saja. Kata Dr Awang lagi, ikut perangkaan rasmi hanya 31% pinjaman SME dibagi kepada usahawan Bumiputera tahun lepas. Kalau tolak pinjaman mikro oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, pinjaman SME kepada Bumiputera hanya 15%.

Dia kata, kontrak komputer sekolah yang YTL dapat lebih besar daripada pinjaman SME yang dibagi kepada Bumiputera tahun lalu. Tapi pasal jahil, malas selidik dan mudah percaya cakap kosong, Bumiputera sangka mereka dapat banyak.

Jadi, dalam pada tauke-tauke besar bukan Bumiputera yang dapat habuan berbilion ringgit daripada kerajaan malu nak mengaku akrab dengan kerajaan, usahawan kecil dan sederhana Bumiputera nampaknya dilayan seakan-akan anak tiri. Tak patut dan tak adillah macam itu. Wallahuaklam.   Kunta Kinte Berita Harian Kolumnis 2014/06/14 - 01:12:15 AM