June 29th, 2014

Beza PT3 dengan PMR

Tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kaedah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Mene­ngah Rendah (PMR). Ikuti temubual wartawan Harian Metro Rosyahaida Abdullah bersama Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Mene­ngah Rendah dan Rendah Lembaga Peperiksaan (LP) Johara Abdul Wahab mengenai PT3.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan PT3 dan bilakah ia mula diperkenalkan?

J: PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014. Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.


S: Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat?



J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan. Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.


S: Adakah PT3 turut menilai keupayaan murid dari segi jasmani, emosi dan rohani seperti di­nyatakan dalam PBS?

J: Melalui PBS, terdapat dua komponen dalam bidang akademik dan dua komponen dalam bidang bukan akademik. Dua komponen dalam bidang akademik ialah Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) iaitu PT3. Namun begitu, setiap pelajar akan turut diukur dari sudut jasmani melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta dari segi emosi dan rohani melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pada akhir tingkatan tiga, pelajar akan diberi empat pelaporan iaitu PT3, PAJSK, PPsi dan Pentaksiran Sekolah (PS).


S: Apa pula PS dan mengapa perlunya PT3 sedangkan pelajar turut melalui PS pada akhir ting­katan tiga?

J: PS mempunyai dua bentuk pentaksiran formatif (mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan bagi tujuan membaiki kelemahannya membuat penambahbaikan de­ngan serta merta serta sumatif seperti ujian dan peperiksaan bagi mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Makluman awal mengenai perkembangan dan pencapaian murid adalah penting bagi membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat merancang program pemulihan yang diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi murid.


S: Apakah peranan LP dalam pelaksanaan PT3?

J: LP menyediakan soalan untuk digunakan guru dalam menjalankan PT3 di sekolah masing-masing. Bagi ujian bertulis misalnya, pihak LP bertanggungjawab menyediakan item, format instrumen, panduan pemasangan instrumen, panduan penskoran item, peraturan pentadbiran dan format pelaporan PT3.
Manakala, bagi ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kajian kes Sejarah dan Geografi pula, LP akan menyediakan instrumen, panduan penskoran dan peraturan pentadbiran. LP juga menyediakan format pelaporan PT3.


S: Bagaimana pula dengan tang­gungjawab pihak sekolah dalam pentaksiran ini?

J: Pihak sekolah bertanggung­jawab dalam melaksanakan beberapa perkara antaranya memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen, memeriksa skrip jawapan murid dan menyediakan pelaporan.


S: Sebelum ini PMR digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kelayakan kemasukan pelajar lepasan tingkatan tiga ke sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan seumpamanya. Dengan PT3, bagaimana calon dinilai untuk kemasukan ke sekolah terbabit?

J: Di peringkat menengah rendah, murid akan menerima 4 pelaporan iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pelaporan PT3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.

Pelaporan-pelaporan ini memberi gambaran tentang perkemba­ngan , pencapaian dan potensi murid secara menyeluruh. Pelaporan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan murid ke aliran pendidikan peringkat menengah atas.


pt3 002a
Sumber: Harian Metro Setempat 30 Jun 2014 Muka Surat 9
pt3 003a
Sumber: Harian Metro Setempat 30 Jun 2014 Muka Surat 9
myMetro Setempat 29/06/2014

Lawan tetap lawan, senjata makan tuan

Ketika ini banyak pihak terutamanya ahli PKR sangat mengharapkan sentuhan emas maestro mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak pernah dalam sejarah 15 tahun PKR, parti ini terhina sebegini sekali.

Lebih teruk, yang menghina itu ialah ahli sendiri dalam saat-saat mereka sepatutnya menunjukkan tauladan amalan sihat meraikan demokrasi dalam parti.

Anwar yang dipuja-puja sehingga digelar sebagai 'anugerah Tuhan' dan diuar-uarkan mampu menyelesaikan apa juga masalah negara bahkan dunia seperti hilang punca. Beliau tercungap-cungap dalam kubangnya sendiri. Ahli-ahli PKR sendiri yang bertanya di mana Anwar?

Pemilihan PKR kali ini yang bermula 25 April dan sepatutnya berakhir 11 Mei lalu benar-benar telah memperlihatkan wajah PKR, membuka segala keburukan parti. Tiada lagi silap mata yang boleh menyelamatkan imej dan integriti parti ini. Sampah-sarap yang semakin menimbun di bawah permaidani PKR sudah tidak boleh disorok lagi. Apakah namanya semua itu jika tidak gila kuasa? Kerusi berterbangan, bertumbuk sehingga berdarah, maki hamun, dakwaan rasuah, manipulasi, salah guna kuasa bahkan bekalan elektrik terputus semasa kiraan undi mengiringi pemilihan PKR.

Barangkali Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung PKR pun tidak menjangka pemilihan kali ini akan memakan waktu sebegitu lama. Calon Timbalan Presiden ini yang tertinggal jauh berbanding undi yang diperolehi penyandang Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dilaporkan berada di London untuk mengikuti kursus dua bulan. Saifuddin seakan-akan tidak boleh menunggu lagi. Pemilihan ini seperti tidak boleh dikawal dan berlarutan terlalu lama. Mujurlah ada tarikh lupus iaitu sebelum Kongres PKR pada 22 Ogos ini. Keputusan rasmi dijangkakan pada 12 Ogos ini. Kita lihat sahajalah bagaimana pemilihan lintang-pukang PKR ini akan berakhir.

Dalam pemilihan PKR ini kelemahan pengurusan dan gila kuasa begitu terserlah. Terbukti orang 'sekaliber' Anwar yang dinobatkan sebagai Ketua Umum PKR gagal menanganinya. Parti ini seperti terkena sumpahan sendiri. Senjata yang dahulu digunakan untuk menyerang kerajaan mahupun membangkitkan semangat penyokong, kini makan tuan.

Dahulu mereka gunakan reformasi untuk menggerakkan terutamanya orang muda bangkit menentang apa yang mereka sifatkan sebagai kezaliman dan ketidakadilan penguasa. Kini, di laman-laman sosial penyokong PKR mempersenda reformasi sebagai 'reforkerusi'. Para pemimpin akar umbi PKR malah tanpa segan silu menzahirkan lelucon sinis itu secara terbuka. Reformasi yang selama ini telah menyatu dan menggerakkan jentera Anwar, kini hanya dianggap sebagai satu jenaka. Reformasi yang selama ini menggegar apa sahaja yang menghadang, tertunduk layu dilanyak oleh ahli sendiri. Reformasi tiada makna kepada parti ini. Reformasi dalam PKR sudah mati.

Kekecohan

Demonstrasi jalanan pula yang menjadi ikon PKR terbawa-bawa dalam urusan dalaman parti ini. Sepanjang pemilihan PKR ini, rasanya sudah tidak terhitung berapa banyak tunjuk perasaan yang diiringi dengan tuduhan dan maki hamun kepada pemimpin parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR. Diumum kalah sahaja terus kumpul penyokong untuk buat demonstrasi. Dipecat pun buat kekecohan dengan berdemonstrasi. Ada sahaja cara digunakan. Jika parti tidak melayan tuntutan, mereka akan sebarkan dakwaan dan pekung di dada dalam media sosial. Habis parti dibogelkan, tidak kira maklumat itu benar atau palsu. Dalam konteks nama baik negara dan pemimpinnya, inilah yang mereka lakukan dahulu. Pemimpin kerajaan dan agensi penguat kuasa bahkan produk kebanggaan negara seperti batik diperlekehkan di luar negara. Kata-kata azimat yang sudah menjadi jenama 'lawan tetap lawan' kini dijadikan senjata untuk menentang ketidakadilan penguasa dalam parti itu. Mereka yang dipecat, digantung dan dikenakan tindakan disiplin oleh parti, yang merasakan diri mereka dianiaya bertegas menggunakan slogan 'lawan tetap lawan' untuk menentang hukuman yang dikenakan.

Tidak cukup dengan itu, sudah ada yang menfailkan saman di mahkamah kerana tidak puas hati dengan keputusan parti. Setakat ini, Ahli Jawatankuasa PKR Ampang, Nasharudin Md. Isa dilapor telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membatalkan keputusan pemilihan PKR cabang itu. Siapakah yang mengajar semua ini? Pemimpin dan penyokong PKR sudah lama terdidik dengan budaya songsang ini. Merekalah yang mengamuk dan berdemonstrasi apabila kalah pilihan raya. Merekalah yang dahulu membuat bermacam-macam tuduhan kepada SPR, polis, tentera dan agensi kerajaan lainnya.

Bukankah kelompok ini yang tidak menghormati lawan yang telah diisytiharkan menang? Merekalah yang bergegas mengumpulkan rakyat agar membantah keputusan rasmi pilihan raya umum. Inilah demokrasi dan reformasi PKR yang sekarang sedang dilawan daripada dalam. ZULKEFLI HAMZAH Utusan/Rencana/20140629

Sikap udang di sebalik batu

Seperti yang saya katakan di bahagian terakhir coretan lalu, melalui persidangan parti di Chengdu pada bulan Mac 1958, Mao Tse-tung secara persendirian telah membatalkan semua keputusan Parti Komunis China (PKC) yang dibuat pada awal tahun itu yang bertujuan menghalang hasratnya untuk memulakan Great Leap Forward. Kecuali Chao En-lai yang telah tunduk kepada kehendak Mao, lain-lain pemimpin kanan PKC yang tidak sehaluan dengan Mao seperti Liu Shao-chi, Peng De-huai, Li Xian-nian dan Deng Xiao-ping tetap teguh dengan pendirian mereka.

Manakala beberapa orang pemimpin lain seperti Lin Biau dan Kang Sheng menyebelahi rancangan Mao. Boleh dikatakan mulai penghujung tahun 1950-an membawa kepada awal tahun 1960-an, kepimpinan PKC telah terbahagi kepada dua: di satu pihak, mereka yang menentang dasar-dasar Mao yang dipelopori Liu Shao-chi, di pihak lain Mao sendiri. Oleh sebab jentera parti dalam cengkaman Mao, boleh dikatakan yang menyebelahi Mao bersifat oportunis dengan hasrat mengambil hati Mao dengan menyimpan udang di sebalik batu. Ini khususnya menyentuh diri Lin Biau yang akan lebih dikisahkan dalam coretan akan datang.

Lin Biau lahir pada 1907 di Huanggang, provinsi Hubei, bahagian Tengah China. Dia memasuki PKC pada tahun 1925 (Lima tahun selepas parti ditubuhkan) dan merupakan salah seorang dari sepuluh Marsyal tentera yang mula-mula dilantik sesudah republik komunis China ditubuhkan. Mereka adalah veteran Long March 1934-1936. Lin Biau yang bertubuh sederhana dikatakan ialah orang kepercayaan Mao sejak awal-awal perjuangan parti melawan Kuomintang dan kerana pembabitan mendalamnya semasa Long March. Dia masyhur sebagai tactician perang gerila melawan Jepun semasa peperangan China-Jepun 1937-1945.

Menyentuh tentang Long March 1934-1936: Pada awal 1930, PKC telah berjaya mengalahkan tentera Kuomintang di wilayah Jiangxi, di selatan China. Di timur Jiangxi terletak wilayah Fujian, di selatan ialah wilayah Guangdong. Berpusat di bandar Ruijin di bahagian selatan Jiangxi, Mao telah mengisytiharkan Jiangxi sebagai wilayah Soviet pertama di China. Mao dan parti mahu menjadikan Soviet Jiangxi sebagai permulaan dan asas (foundation) untuk kemudiannya mendirikan negara Komunis Soviet China setelah Parti Kuomintang dikalahkan di seluruh China.

Bagaimanapun, dalam masa empat tahun penubuhan pemerintahan Soviet Jiangxi itu, tentera Kuomintang telah melancarkan kempen ketenteraan sebanyak lima kali terhadap pemerintahan komunis di wilayah itu. Untuk kempen kali yang kelima, Presiden Chiang Kai-shek, sebagai Ketua Parti Kuomintang, telah ‘turun padang’ ke Nanchang, ibu kota wilayah Jiangxi, untuk mengepalai kempen menghapuskan pemerintahan Soviet Jiangxi. Semasa kempen pertama pada 1931, Kuomintang dengan kekuatan 100,000 tentera berhadapan dengan 9,000 tentera komunis buat ketika itu, tetapi dikatakan pihak komunis mendapat sokongan dua juta rakyat.

Kuomintang dikatakan kehilangan hampir 50,000 tentera semasa kempen pertama dan 30,000 orang lagi semasa kempen pada awal 1933. Untuk kempen kelima pada bulan Julai 1933, Chiang Kai-shek telah menghimpunkan bilangan terbesar tenteranya seramai 500,000 dengan menggunakan senjata api terkini yang dibeli daripada Britain, Amerika Syarikat dan Jerman. Mereka berperang selama hampir setahun di mana pihak komunis kehilangan 50,000 tentera. Menjelang pertengahan 1935, PKC membuat keputusan untuk ‘mengundur diri’ dari wilayah Shangxi. Ini untuk menyelamatkan parti daripada kemusnahan total. Menurut Jung Chang-Jon Halliday dalam buku mereka Mao, the Unknown Story, pada bulan Oktober, 1934, 80,000 gerila komunis memulakan langkah Long March menuju ke arah barat, bermula dengan memasuki wilayah Hunan sebelah barat Jiangxi. Kata Jung Chang-Jon Halliday: "The procession moved over a ten-day period in three columns, with the two oldest and core units under Lin Biao and Peng De-huai respectively, on each side of the HQ. The 5,000-strong HQ consisted of the handful of leaders and their staff, servants and guards. Mao was with the HQ (halaman 135)".

Perjuangan

Menjelang bulan Disember 1934, Long March telah sampai lebih jauh ke barat iaitu wilayah Guizhou. Dari situ mereka menuju ke utara sampai ke wilayah Shanxi iaitu di timur laut China pada penghujung 1935. Pada penghujung 1935, Mao akhirnya membuka pangkalan baru perjuangan parti di Yanan, ibu kota Shanxi. Menurut Jung Chang-Jon Halliday: "For the next decade, Mao lived in Yanan, the capital of the territories Chiang assigned to the Reds. He (Mao) moved into the city on New Year’s Day 1937 … which silently opened up the columns of the Red Army Soldiers, marching along the broad dirt road that stretched into the infinity of yellow earth … (halaman 200)".

Menurut penulis Sun Shuyun dalam bukunya The Long March: "Every nations has its founding myth. For communist China, it is the Long March, for us (generasi baharu China) on a par with Moses leading the exodus out of Egypt. Any Chinese can tell it: how the fledgling Communist Party and its Red Armies, some 200,000 strong, were driven out of their bases in the South (Jiangxi) in the early 1930's by the Nationalist government … they choose the only way out, to go where no one could follow, over mountains higher than birds could fly … After two years of incredible endurance ... and a march of 8,000 miles, the Red Armies reached the barren Yellow Plateau of north-west China. Only a fifth of those who set out arrived (halaman 1)."

Saya mencoretkan panjang sedikit kisah Long March Parti Komunis China ini untuk menunjukkan betapa "teman-teman" seperjuangan Mao semasa sama-sama mengharungi Long March bakal dikenakan tindakan oleh Mao di kemudian hari selepas dia berjaya memegang tampuk kuasa. Ini terutama semasa Mao merancang hendak melaksanakan dasar Great Leap Forward pada tahun 1958. Pemimpin-pemimpin PKC yang turut bersama-sama Mao semasa Long March ialah Liu Shao-chi, Chou En-lai, Peng De-huai, Wang Jia-xiang, Lo Fu, Zhu De, Po Ku, Chen Yun, Xiang Ying dan Lin Biao. Kebanyakan mereka bakal menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman semasa Mao melancarkan gerakan Cultural Revolution (Revolusi Kebudayaan) pada pertengahan 1960-an bertujuan apa yang dianggapnya untuk membersihkan parti daripada ‘petualang-petualang berhaluan kanan’. Ini akan dikisahkan lebih lanjut dalam coretan saya minggu hadapan. ABDUL RAHIM NOOR Utusan/Rencana/20140629

Demi memperkasa syarat kemelayuan

TIGA perkara yang sentiasa membidangi tamadun Melayu ialah agama, bahasa dan budaya yang di dalamnya terkandung adat. Jika diamati budaya dan adat, kedua-duanya saling berkaitan. Dalam erti kata sebenar budaya itu sedia berada di dalam adat; juga boleh dikatakan bahawa adat ada di dalam budaya. Lebih daripada itu, jika dikatakan bahawa mengamalkan adat atau 'adah' dalam bahasa Arabnya sekali gus seseorang itu mengamalkan budayanya.

Dalam memperkatakan hal-ehwal adat dan budaya inilah terbit beberapa aspek permasalahan kebudayaan Melayu, suatu subjek yang sering tidak dipedulikan oleh pelbagai pihak dalam sibuk dalam kehidupan moden kini.

Yang ternyata pada hari ini ialah berkurangannya perhatian dan perjuangan berkaitan budaya Melayu yang di bawahnya tercakup pelbagai macam kandungan warisan ketara dan tak ketara seperti bahasa, cara hidup berbudaya atau beradat. Pada masa sama, budaya atau kebudayaan itu sering bermain di bibir sekian banyak pihak termasuk pemimpin dan golongan yang dipimpin.

Semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu beberapa orang pegawai tinggi mereka dikhususkan mempelajari hal-hal berkaitan budaya Melayu termasuk bahasa, adat istiadat dan kedudukan masyarakat Melayu. Pembesar-pembesar-pembesar mereka seperti Sir Frank Swettenham, Hugh Cliffords, RJ. Wilkinson, Sir Richard Windstedt, JM Gullick dan Tan Sri Mubin Sheppard, begitu banyak mempelajari dan mempromosi budaya Melayu sehingga sebahagian daripada mereka lantas menjadi sarjana bertaraf antarabangsa.

Dalam Perlembagaan parti-parti politik juga, termasuk UMNO (Fasal 3) ada dimuatkan dengan perkara berkaitan kebudayaan kebangsaan, kedudukan bahasa Melayu dan lain-lain hal penting di sisi perjuangan berkaitan budaya. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM) perkara kebudayaan dimasukkan ke dalam perakuan jadualnya. Sebaliknya, istilah atau terma adat istiadat Melayu disebut dengan terang dan nyata - iaitu pada Perkara 160 PPM yang memperuntukkan:

Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957) di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Definisi di atas menimbulkan beberapa persoalan yang semestinya setiap yang dijeniskan Melayu harus berfikir dan berbuat sesuatu. Kaum-kaum lain memang mengetahui definisi ini dan cerdik pandai Perlembagaan mereka sering menyorot peruntukan ini sebagai khas bagi orang Melayu sahaja. Ini adalah kerana tiada diberi sebutan atau definisi tentang siapakah seseorang Cina, atau seseorang India dan siapa yang berbangsa lain-lain. Tentang Sabah dan Sarawak ada peruntukannya iaitu "Bumiputera mana-mana negeri Borneo" (lihat klausa (1) Perkara 153 PPM.

Setakat ini tiada lagi didapati mana-mana pihak yang mencabar siapa itu Melayu. Tetapi akan sampai masanya apabila seseorang yang menyatakan dirinya Melayu dipertikaikan di sisi undang-undang negara khasnya bila berkaitan dengan hak-hak istimewa kedudukan seseorang Melayu di bawah Perkara 153 PPM.

Mendiang peguam Karpal Singh pernah menyatakan kepada saya bahawa pada tahun 1990 beliau ada cadangan untuk mencabar kesahihan seseorang individu Melayu ketika itu yang menyatakan kepadanya bahawa dia bukan lagi seorang Melayu kerana, menurut kenyataannya, dia sudah tidak lagi mengamalkan adat istiadat Melayu dan juga tidak lagi lazim berbahasa Melayu. Kalau menurut kehendak Perkara 160 PPM kesahihan kemelayuannya sudah boleh dipertikaikan dan mahkamah boleh membuat penentuan status jika dipohon berbuat sedemikian. Kes tersebut tidak sampai ke tahap penghakiman kerana anak guam berkenaan dilaporkan meninggal dunia pada tahun 1991.

Penakrifan

Yang penting dan paling utama dimengertikan tentang siapa itu Melayu ialah hal yang berkaitan agama Islam, bahasa percakapannya dan adat yang diamalkannya. Sementara memang boleh dikatakan bahawa di bawah tajuk budaya - agama dan adat itu mungkin sahaja dianggap sebagai berada di bawah bidang budaya. Tetapi pendekatan dan penakrifan begini tidak wajar kerana agama Islam yang kerap juga dianggap sebagai cara hidup atau way of life, hakikatnya ialah lebih kemas dan teratur jika agama Islam sebagai anutan kepercayaan keagamaan diasingkan daripada penakrifan di bawah mauduk budaya.

Seterusnya ketiga-tiga syarat tersebut - Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat merupakan entiti tali tiga sepilin dalam ikatan erti dan definisi siapa itu Melayu. Perkara 160 tidak pula mensyaratkan peratusan amalan yang perlu ada bagi memuaskan klausa "menganut agama Islam", "lazim bercakap bahasa Melayu" dan "menurut adat istiadat Melayu". Dengan sifat yang agak 'am' sedemikian tentulah ada baiknya kerana dalam sesuatu peruntukan undang-undang yang bersifat 'am' atau genaris agak mudah seseorang itu membuat hujah mempertahankan sesuatu keadaan.

Namun begitu agak merunsingkan apabila difikirkan tentang klausa menurut adat istiadat Melayu di bawah Perkara 160 tersebut. Ini adalah kerana adat istiadat Melayu itu sendiri bersandar kepada kebudayaan atau budaya Melayu yang pada hari ini sudah cukup caca-merba keadaannya.

Tanpa menghiraukan aspek-aspek lain dalam hujah ini, apa yang harus dilakukan secara bersungguh-sungguh adalah bagi kerajaan dan rakyat untuk terus memperkukuh warisan, kebudayaan dan seni Melayu demi identiti dan keluhuran Melayu.

Melatih semula perkara-perkara berkaitan budi, nilai-nilai murni, menyusun dan mengamalkan semula petua-petua adat Melayu yang bersifat turun-temurun termasuk tamadun positif istana Raja-Raja Melayu yang tidak bercanggah Islam; memperkaya bahasa Melayu lengkap dengan peribahasa, perumpamaan, bidalan, pantun, seloka, teromba dan lain-lain cabang budaya berbahasa indah; menghidupkan semula amalan gotong-royong, adat resam berbudi luhur, perkampungan murni dan mengungkai semula kebijaksanaan orang Melayu berfikir dan bertindak.

Kesemua ini mesti diajarkan semula. Yang mula-mula harus diajar ialah guru, bukan murid. Juga yang perlu diajar semula ialah para pensyarah guru-guru. Mereka perlu dibedung dengan dasar pembelajaran yang kini sedang melalui fasa transformasi pesat.

Kita perlu bertindak sekarang demi mempertahankan budaya Melayu yang dalamnya terkandung adat dan adat istiadat Melayu. Tindakan harus disegerakan mewujud dan memperbesarkan kumpulan budayawan Melayu. Pusat-pusat pengajian Melayu mesti diperhebat dan digalakkan agar tamadun Melayu dapat digembleng menjadi murni, hebat dan disegani semula.

Itu pun kalau benar-benar tak mahu Melayu hilang di dunia. * TAN SRI DR. RAIS YATIM ialah Penasihat Sosio-budaya Kerajaan Malaysia. Utusan/Rencana/20140629

Bertimbang rasalah dengan pembayar PCB

Sebagai kakitangan awam dan swasta, jangan haraplah dapat lari daripada cukai pendapatan. Kalau nak ‘belit’ dalam penyata pendapatan pun susah. Kecuali golongan berkerja sendiri yang tak ada slip gaji.

Golongan makan gaji di sektor awam dan swasta yang termasuk dalam kumpulan pembayar cukai inilah yang setia bayar cukai dan diwajibkan membuat potongan cukai berjadual iaitu PCB.

Dahulu langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini diperkenalkan untuk memudahkan (bukan meringankan beban) potongan cukai. Selepas itu dikatakan PCB memudahkan pengiraan sebenar melalui e-filing yang biasanya diisikan pada Mac setiap tahun.

Sekarang ceritanya sudah lain. Bayar tetap bayar. Kalau terlewat atau terlupa isytihar pendapatan bercukai bagi tahun tertentu, tunggulah surat daripada LHDN - bukan setakat denda lewat, ditambah pula dengan potongan kiraan oleh pihak LHDN sendiri.

Kiraannya jangan harap serupa macam potongan PCB. Jumlah potongannya tak termasuk potongan untuk isteri dan anak-anak. Takkan data peribadi pembayar PCB pun tak ada dalam rekod LHDN. Mudah betul kerja. Jadi bayangkan jumlah potongan cukai itu. Saya akui hal ini sebab sudah ada pengalaman.

Sekarang LHDN bertambah pandai. Tak peduli pandangan pembayar cukai dan kesatuan sekerja. Sejak 16 Jun lalu LHDN mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji (Arahan CP38) ke atas pembayar cukai yang memperoleh pendapatan daripada sumber penggajian tetapi masih mempunyai tunggakan cukai.

Tunggakan cukai satu hal, tapi bagaimana dengan mereka yang tiap-tiap bulan gaji dipotong untuk PCB. Sesetengah pihak terutama bagi LHDN, arahan potongan gaji merupakan langkah yang betul dan kaedah terbaik bagi ‘mengajar’ sikap liat membayar cukai yang membelenggu masyarakat.

Bayar

Walaupun mereka liat, tapi mereka tetap bayar cukai melalui PCB.

Ada juga kata, arahan potongan gaji bulanan adalah kaedah terbaik bagi memastikan pembayar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan kewajipan membayar cukai.

Yang ini saya setuju. Namun pembayar cukai hanya boleh menggunakan e-filing untuk taksiran cukai dalam tempoh satu bulan sahaja (1-30 Mac). Pada LHDN, buatlah apa cara sekalipun sama ada guna e-filing atau datang ke kaunter mereka. Tak isytihar taksiran cukai, tanggunglah denda.

Mengikut rekod LHDN, sehingga 24 Mei lalu, dianggarkan 156,158 orang pembayar cukai individu menerima Arahan CP38 yang melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta. Wow, banyak jumlahnya. Tapi adilkah cara ‘mengejut’ LHDN mengambil tindakan pemotongan gaji terhadap pembayar cukai ini?

Tempoh masa kurang daripada sebulan selepas pengumuman arahan pada 2 Jun lalu, sedangkan arahan potongan gaji kepada majikan pada 16 Jun dilihat membebankan pembayar cukai dan merupakan satu tindakan tidak adil.

Adakah LHDN sudah terdesak untuk mengutip cukai sebagaimana disasarkannya sebanyak RM140.15 bilion tahun ini, berbanding RM128.9 bilion tahun lalu. Khabarnya sehingga 30 April lalu sebanyak RM41.5 bilion sudah dikumpul. Takut sasaran tak kesampaian maka pembayar cukai tetap PCB pula didera.

Hakikatnya mahu tak mahu LHDN tetap akan mendapat kutipan cukai mengikut jadual daripada pembayar cukai melalui PCB. Jadi apakah salah mereka hingga didera supaya membayar cukai mengikut kiraan suka hati LHDN. Kalau mereka masih tak isytihar taksiran, untunglah LHDN dapat cukai daripada potongan gaji bulanan dan PCB.

Hakikatnya pembayar cukai PCB sudah lama dipaksa membayar awal kepada LHDN tapi penyelarasnya dibuat kemudian. Kalau ada lebihan bayaran cukai, lambat pula dipulangkan. Tapi kalau pembayar cukai PCB lewat isytihar, denda tetap dikenakan.

Mungkin LHDN tidak buka fail betul-betul, golongan mana yang akan menerima kesan daripada pelaksanaan arahan potongan gaji kepada para majikan. Barangkali LHDN tak perasan bahawa golongan berpendapatan rendah yang menerima bebanan ini.

Tanpa rundingan dengan pembayar cukai terlebih dahulu, arahan sudah pun bermula bagi gaji bulan Julai ini. Tanpa perbincangan, LHDN tak peduli apakah masalah dan halangan utama yang menyebabkan ramai pembayar cukai gagal melunaskan baki tertunggak atau tak isytihar taksiran seperti yang diwajibkan.

Beberapa komitmen dan tanggungan lain pembayar cukai seperti tanggungan keluarga, ansuran kereta, rumah dan perbelanjaan harian, memang bukan urusan LHDN. Tapi LHDN perlu prihatin beban pembayar cukai yang semakin tinggi terutamanya kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Kalau LHDN dikatakan boleh memberi ‘layanan istimewa’ kepada syarikat korporat dalam bentuk pembayaran secara ansuran dalam tempoh tidak munasabah dan pemotongan melampau bagi penalti kerana mempunyai cukai tertunggak, jadi apakah pembayar tetap PCB tak layak mendapat layanan yang sama.

Berlaku adil dan bertimbang rasalah kepada pembayar cukai PCB. Kementerian Kewangan kenalah ambil tahu terhadap perkembangan ini. Azman Anuar Utusan/Rencana/20140629

Politik masyarakat Cina

Pola pengundian masyarakat Cina adalah sesuatu yang amat sukar untuk diramalkan oleh mana-mana pihak.

Pada tahun 1998 ( Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10), masyarakat Cina menjadi benteng Barisan Nasional (BN) apabila majoriti mereka mengundi untuk BN pada ketika itu.

Pada tahun 2004 (PRU-11), sokongan Cina terhadap BN juga tidak banyak berubah dan akhirnya memenangkan BN dengan kerusi Parlimen yang paling banyak dalam sejarah negara.

Namun begitu, pada PRU-12 ramai penganalisis politik tidak meramalkan bahawa sokongan Cina beralih kepada pakatan pembangkang dan akhirnya pola pengundian pada PRU-12 sekali lagi memeranjatkan majoriti penganalisis politik tanah air berikutan ramai yang sudah beralih arah menyokong pakatan pembangkang.

Pada PRU-13 sememangnya sudah diramalkan bahawa sokongan kaum Cina terhadap pakatan pembangkang akan meningkat tetapi sekali lagi keputusannya memeranjatkan ramai apabila sokongan kaum Cina kepada pakatan pembangkang melebihi 90 peratus. Keputusan ini mengejutkan apabila penganalisis politik kedua-dua pihak hanya meramalkan sokongan sekitar 70 peratus atau 80 peratus.

Tidak lama kemudian apabila kedua-dua pihak sudah tidak lagi mempercayai bahawa kaum Cina akan menyokong BN, tetapi masyarakat ini sekali lagi memberi kejutan dengan sokongan 70 peratus dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Keadaan ini berterusan dengan peningkatan sebanyak 7 peratus dalam PRK Kajang dan 10 peratus di Teluk Intan baru-baru ini. DAP sehingga hari ini cuba mencari pelbagai alasan demi menutup realiti kekalahan mereka disebabkan para pengundi Cina sudah mula menghukum mereka.

Pemimpin DAP cuba menyalahkan rakan seperjuangan mereka iaitu Pas kerana memainkan isu hudud sehingga menyebabkan kekalahan mereka di Teluk Intan.

Namun begitu, dalam isu hudud Pas, masih belum lagi timbul suara sinis ketika berlangsungnya PRK Sungai Limau dan juga PRK Kajang, dan pengundi Cina sedikit sebanyak sudah beralih kembali sokongan mereka terhadap BN walaupun dalam skala yang kecil.

Masyarakat Cina sebenarnya hanya hendak menghantar mesej kepada kedua-dua pihak tidak kira pihak BN mahupun pakatan pembangkang, tiada mana-mana pihak yang sebenarnya mampu untuk memonopoli dan menguasai undi mereka.

Pola pengundian mereka boleh berubah pada bila-bila masa dan paling menggerunkan ialah ia berubah dengan mendadak mengikut kesesuaian dan cita rasa mereka.

Ada juga pengalisis politik tertentu yang menyatakan bahawa perlunya wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharulah dapat mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN.

Sebenarnya teori ini belum tentu ada kebenarannya kerana pada PRU-12 dan PRU-13 terdapat ramai wakil kaum Cina dalam Kabinet tetapi pola pengundian masyarakat Cina tetap tidak menyokong BN.

Teori ini walaupun ada kebenarannya namun ia masih belum cukup kuat untuk membuktikan bahawa masyarakat Cina akan kembali menyokong BN jika parti yang mewakili masyarakat Cina sendiri tidak berubah mengikut apa yang dimahukan rakyat.   Utusan/Rencana/20140629

MCA, Gerakan perlu pembaharuan

Kemasukan tiga wakil rakyat untuk menjadi menteri persekutuan daripada MCA (2) dan Gerakan (1) sudah dijangka oleh semua pihak. Nampak sangat politik Malaysia belum terlepas daripada kongkongan paradigma politik etnik atau politik perkauman yang diwarisi sejak 1960-an lagi. Ini adalah kerana kemasukan wakil Cina daripada MCA dan Gerakan mencerminkan pendekatan politik Malaysia bahawa semua kaum atau etnik utama 'mesti' diwakili dalam kerajaan, baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Oleh kerana selama ini tiada wakil kaum Cina dalam Kabinet Persekutuan, maka sering dikatakan bahawa masyarakat Cina tidak diwakili dalam Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN).

Kemasukan wakil MCA adalah berikutan pertukaran dasar tidak mahu bersama dalam Kabinet kerana prestasi buruk MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan dasar ini telah ditukar apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai naik menjadi Presiden MCA menggantikan Datuk Seri Chua Soi Lek yang bertanggungjawab terhadap tiada wakil MCA dalam Kabinet selepas PRU-13.

Sementara, kemasukan Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan pula adalah bagi memenuhi janji bahawa jika beliau menang di Teluk Intan, dia akan dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Ini janji pilihan raya tetapi terpaksa ditunaikan kerana jika tidak masyarakat akan kata, janji BN janji kosong.

Secara hakikatnya MCA dan Gerakan sudah ditinggalkan oleh masyarakat Cina. Ini cukup jelas pada PRU-13. Justeru, membawa masuk tiga wakil Cina daripada MCA (2) dan Gerakan (1) yang kalah teruk dikatakan tidak memberi kesan apa pun. Ini adalah kerana mereka tidak mewakili suara Cina.

Untuk mengembalikan suara Cina, MCA dan Gerakan perlu berkerja keras membawa isu dan masalah Cina ke meja rundingan BN. Jika tidak dalam Kabinet pun, MCA dan Gerakan sudah ada saluran berbuat demikian, iaitu melalui peranan kedua-dua parti itu dalam BN.

Apabila MCA dan Gerakan menaruh harapan bahawa dengan jawatan menteri baharulah parti itu bisa dan boleh berdepan dengan masyarakat, maka itu sudah silap dan salah dasar untuk memperjuangan kepentingan masyarakat mereka.

Justeru, MCA dan Gerakan masuk kembali ke Kabinet dengan melangkah (crowling) kerana kedua-dua parti itu masuk dengan kelemahan dan bukan masuk ke Kabinet dengan kekuatan

Saya tidak fikir bahawa MCA dan Gerakan diberi jawatan kerana mereka mampu menuntutnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebaliknya saya melihat itu ihsan Najib kerana berdasarkan kepada realiti kedudukan mereka sebagai parti politik dalam BN. Jadi apa kekuatan mereka untuk menuntut apa-apa daripada Perdana Menteri sedangkan mereka tidak ada apa-apa untuk diberikan.

Perdana Menteri membawa mereka masuk kerana Najib mahu menunjukkan kepada Malaysia bahawa dia mengambil berat nasib dan masa depan masyarakat Cina yang tidak ada wakil walaupun Najib tahu bahawa dia dan Kabinetnya bekerja untuk semua orang Malaysia dan bukan sahaja untuk masyarakat yang ada wakil dalam Kabinet beliau.

Oleh itu MCA dan Gerakan perlu pembaharuan. Kedudukan MCA lebih baik berbanding Gerakan kerana sudah ada orang baharu di puncak kepimpinannya. Tetapi ramai lagi pemimpin lama yang perlu digantikan dengan barisan wajah baharu untuk memberi tenaga dan nafas baharu yang mempunyai pandangan sama dengan masyarakat Cina sekarang.

Masyarakat sekarang mahu banyak perkara yang mencerminkan nilai semasa seperti ketelusan, kebertanggungjawaban, bersih, moral tinggi dan sebagainya. Dalam pembaharuan ini, perkara seperti ini perlu diambil kira kerana masyarakat moden tidak berdiam diri seperti zaman ibu bapa dan datuk nenek mereka.

Oleh itu, kedudukan dalam kerajaan ini tidak cukup untuk MCA dan Gerakan memainkan peranan dalam mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada parti itu dan BN. Kepimpinan kedua-dua parti itu perlu ada perancangan dan strategi yang lebih fokus, dan engaging dengan masyarakat Cina dan bukan dilihat sebagai parti tauke, dan parti yang berebut mahu jawatan dalam kerajaan semata-mata.

Politik Malaysia sudah maju dan berlainan daripada dahulu. Namun pemikiran orang dalam politik Malaysia agak ketinggalan kerana ahli politik kita masih terperangkap dalam paradigma bahawa semua kaum utama mesti diwakili dalam Kabinet untuk menjamin kerjasama dan kemajuan semua.

Paradigma ini diterjemahkan oleh BN yang ada 13 parti komponen, malangnya terdapat parti yang umpama parti 'nyamuk' (kecil). Sudah sampai masa untuk mengurangkan parti-parti kecil ini dan menyatukannya dalam ikatan yang lebih besar supaya perasaan kekitaan cepat dapat dibina.

Sudah sampai masanya untuk idea menubuhkan satu parti untuk semua, difikirkan semula. Idea ini bukan baharu kerana idea satu parti untuk semua mula diperkenalkan oleh pengasas UMNO sendiri yang pada masa itu dianggap terlalu ke hadapan pada zamannya.

MCA dan Gerakan sebagai sebuah parti mewakili masyarakat Cina perlu jujur dan ikhlas. Mereka perlu berterus terang dengan BN. Semua perkara yang penting dan menyentuh masyarakat Cina termasuk yang menyentuh sensitiviti kepada orang Melayu dan bumiputera, perlu disampaikan kepada pucuk pimpinan BN namun tidak semestinya disampaikan melalui pihak media.

Cara MCA dan Gerakan perlu berhemah. Bukan tikam belakang seperti bercakap melalui media dan sebagainya. Mereka perlu berdialog dengan semua sekutu dalam BN.

Lagipun apabila sudah masuk kembali dalam Kabinet, mereka kena faham konsep collective responsibility bahawa mereka perlu akur segala yang dilakukan kerajaan. Jika tidak mahu akur, tinggalkan Kabinet. Mereka tidak boleh bertindak sebagai atau seperti pembangkang ibarat "membasuh kain kotor di tempat awam" (washing dirty linen in public).

Namun begitu, kemasukan MCA dan Gerakan tidak menjejaskan peranan penting parti komponen dari Sabah dan Sarawak dalam BN. Pertama, peranan komponen Sabah dan Sarawak sudah tertulis dalam sejarah sebagai penyelamat BN kerana kerajaan BN hanya berjaya ditubuhkan dengan kemenangan besar daripada kedua-dua negeri tersebut.

Kedua, pertama kali dalam sejarah Malaysia, negeri Sabah dan Sarawak mempunyai wakil dalam Kabinet Persekutuan paling ramai, enam orang dari setiap negeri. Bagaimanapun, sentimen daripada Sarawak bahawa kebanyakan menteri dari negeri berkenaan tidak diberi portfolio penting.

Peranan MCA dan Gerakan tidak sama seperti peranan kedua-dua parti itu dalam Kerajaan Persekutuan sebelum PRU-13. MCA diberi satu kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan, sementara dua lagi menteri, 1 MCA dan 1 Gerakan, adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam bahasa Dayak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (atau menteri tanpa portfolio) atau diterjemahkan sebagai 'Menteri nadai batang kerja' (atau menteri tiada kerja).

Sebenarnya MCA dan Gerakan patut berdiri atas kaki sendiri, berdepan dengan masyarakat mereka sendiri tanpa ada sokongan di belakang oleh pemimpin lain. Mereka perlu tunjukkan usaha dan keikhlasan kepada masyarakat yang mereka wakili. Dengan cara itu sahaja masyarakat Cina akan menimbang untuk kembali menyokong atau tidak.

Bercakap tentang MCA dan Gerakan, perkara di atas secara langsung relevan untuk semua parti dalam BN yang kalah, termasuk UMNO yang sudah hilang separuh sokongan masyarakat Melayu. SUPP dari Sarawak juga dalam dilema yang sama. Seperti MCA, ia juga sudah tenggelam dan apakah mampu ditimbulkan kembali dengan separuh daripada pemimpin dan sokongan dalam SUPP sudah berpecah dan meninggalkan parti berkenaan. Bagaimana pula MIC? Parti ini juga sama. Cuma nasib MIC ialah wakil parti dikekalkan dalam Kabinet walaupun parti tersebut tidak berhak ke atas kedudukan itu kerana prestasi yang ditunjukkan juga kurang memberangsangkan. PROF. DR. JAYUM JAWAN: Utusan/Rencana/20140629

Analisis Mingguan: Bisik-Bisik Awang Selamat

Nasihat yang betul


Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 telah dua minggu dizahirkan tetapi ia meninggalkan kesan tersendiri dengan mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat akar umbi.

Atas sentimen tersebut, lebih-lebih lagi mahu mengambil kesempatan pada awal Ramadan ini, wajar rasanya sedutan daripada titah Sultan Nazrin dijadikan renungan. Kerana ungkapan yang begitu kuat nilainya, tidak perlu lagi Awang ulas panjang. Yang penting, falsafah, semangat dan pemikiran di sebalik titah itu boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja terutama yang memikul amanah besar. Berikut ialah sedutannya:

"Akan beta jadikan pedoman kata-kata yang terkandung dalam ucapan wakil Siswazah Kehormat yang dizahirkan oleh paduka ayahanda beta, ketika masih seorang hakim, dikenali sebagai Yang Amat Mulia Raja Tan Sri Azlan Shah semasa dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Sains Malaysia pada 28 Jun 1980, yang antara lain memberikan peringatan;

"...sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya, penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

"Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat-laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.

"Beta amat insaf dengan kata-kata yang terkandung dalam sumpah jawatan yang beta telah zahirkan; ia adalah ikrar perjanjian beta dengan Allah SWT. Ia adalah amanah dan tanggungjawab amat berat; meletakkan beta dalam akauntabiliti baik di dunia, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan Tuhan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di Mahsyar nanti.

"Beta mohon mendapat sebaik-baik nasihat dan panduan daripada ahli-ahli Dewan Negara untuk membolehkan beta menyempurnakan amanah dan tanggungjawab ini sebaik-baik mungkin. Sembah maklumkan kepada beta perkara yang benar, betapa pahit sekalipun dan betapa berat untuk lidah mengucapkannya.

"Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengetahuan beta. Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah; sedangkan realiti yang berlaku di kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan.

"Semoga ahli-ahli Dewan Negara akan membantu beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan adil lagi saksama.

Tebuslah malu

Awang mengambil pendirian untuk menyokong pelantikan lima pemimpin MCA dan seorang pemimpin Gerakan sebagai menteri dan timbalan menteri. Dengan kembalinya kedua-dua parti itu, ia lebih reflektif kepada Kabinet pelbagai kaum sebagaimana tradisi perkongsian kuasa yang dirintis Barisan Nasional (BN) sejak belum merdeka lagi.

Ternyata Perdana Menteri, Najib Tun Razak komited kepada semangat permuafakatan antara kaum biar apa pun cabarannya. Sebagai parti komponen, MCA dan Gerakan memang wajar diperkasakan untuk hadapi pilihan raya umum akan datang.

Selepas dimalukan, kedua-dua parti tersebut telah memberikan mesej jelas kepada masyarakat Cina apabila enggan menerima jawatan dalam kerajaan ekoran prestasi buruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 2013. Setakat ini, prestasi MCA masih hambar, tewas dalam Pilihan Raya Kecil Kajang sementara Gerakan dapat keyakinan baharu selepas menang di Teluk Intan.

Lebih setahun tiada penyertaan kedua-dua parti itu dalam kerajaan terutama Kabinet. Maka menjadi harapan dengan kembalinya MCA dan Gerakan, akan memberi dorongan kepada kedua-dua parti itu untuk menarik sokongan kaum Cina yang terikut rentak percaturan DAP pada 2013.

Salah satu cabaran MCA dan Gerakan ialah menerobos ke kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina dan tidak lagi hanya bergantung kepada sokongan pengundi Melayu. Itulah ujian dalam menentukan kekuatan sebenar mereka. Persoalannya mampukah MCA dan Gerakan ketika majoriti kaum Cina belum menampakkan petunjuk untuk beralih menyokong BN.

Awang tidak mahu berharap tetapi menanti kedua-dua parti itu untuk memberi impak terutama dari segi khidmat kepada rakyat. Cuma janganlah mudah mengalah sebelum berjuang habis-habisan di bawah panji-panji BN. MCA khususnya, tentu punya maruah bagi menebus malu yang terpalit hingga hari ini.

Nasib Khalid ...

Awang kasihan dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menghadapi ujian dan tekanan yang makin kuat dalam partinya sendiri iaitu PKR dan komponen pakatan pembangkang.

Bagaikan tidak percaya, seorang bergelar Menteri Besar boleh tewas kepada calon bukan pilihan, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Awang seakan-akan terdorong untuk percaya seperti ada yang tidak kena. Mungkin benar cakap-cakap dalam PKR, memang ada gerakan tersusun untuk menjatuhkan Khalid.

Agak aneh, Khalid menang bagi kiraan undi pencalonan Kuala Selangor untuk jawatan Timbalan Presiden mengalahkan Azmin Ali tetapi tewas bagi jawatan Ketua Cabang sedangkan pengundi adalah sama. Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR boleh memberikan apa sahaja alasan tetapi ia dilihat tidak meyakinkan. Persoalannya bagaimana bekalan elektrik boleh terputus secara kebetulan di seluruh blok Tropicana ketika kiraan undi sedang dibuat.

Ini bukan kali pertama bekalan elektrik terputus menjadi isu dalam pemilihan PKR.

Kontroversi di cabang Kuala Selangor adalah antara tumpuan perhatian pemilihan PKR yang makin panas di seluruh negara kebekalangan ini. Tidak putus-putus berlaku insiden keganasan dan pergaduhan dalam pemilihan PKR. Malah pemilihan semula di banyak cabang turut menyaksikan tumbuk menumbuk dan baling kerusi sebagaimana di cabang Kuala Langat dan Kota Raja.

Musim pemilihan 2010 juga begitu senarionya. Masa berlalu tetapi tiada perubahan. Wajah hodoh PKR terus terserlah pada pemilihannya yang penuh dengan dakwaan penipuan, pergaduhan dan ketegangan. Makin ramai kecewa sehinggakan berlaku seorang ahli di cabang Ampang memfailkan saman di mahkamah. Di sebalik semua itu, pemimpin utama PKR masih belum tampil memohon maaf atas segala kelemahan dan kepincangan seolah-olah ia memang resam dan budaya parti itu.

Lebih menarik untuk diketahui selepas ini ialah nasib Khalid. Dengan kekalahan di cabang Kuala Selangor, kedudukan beliau sebagai Menteri Besar cukup tergugat. Ini adalah kesempatan terbaik bagi musuh-musuhnya dalam PKR meningkatkan tekanan supaya beliau berundur. Khalid juga sudah hampir pasti tidak dapat menyaingi Azmin yang kini mendahului dengan selesa bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden. Lebih memburukkan, pemimpin-pemimpin DAP antaranya Jeff Ooi dan Pas Selangor khususnya Khalid Abdul Samad mahukan seorang menteri besar baharu di negeri itu. Bersediakah Khalid menyerah kalah begitu sahaja atau bangkit mengejutkan semua?

LHDN dan tarian

Beberapa teman menarik perhatian Awang tentang klip video dalam Youtube bertajuk Happy Cyberjaya Pharell Williams - Happy Parody: http://youtu.be/RzyOb-Dd1g.

Dalam klip video yang dihasilkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia, sekumpulan pengurusan kanan dan petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diketuai Ketua Pengarah menari-nari keriangan. Aksi mereka dirakamkan di lobi, ruang pejabat malah di tandas. Difahamkan, ia bertujuan meningkatkan semangat kerja dan keceriaan ketika bertugas. Awang sekadar tertanya-tanya apakah tanpa menari-nari, semangat kerja dan produktiviti tidak boleh dilonjakkan.

Tetapi jika itu yang diyakini oleh LHDN dan Yayasan Inovasi Malaysia, Awang tidak mahu membantah. Mana tahu, cara itu lebih berkesan. Harap-harap prestasi kutipan cukai akan naik mendadak (tanpa beri keistimewaan kepada bilionair), begitu juga khidmat cemerlang kepada orang ramai. Kita tunggu hasilnya nanti.

Ramadan dan jihad

Apa perkara paling mengganggu fikiran Awang dengan bermulanya puasa pada Ramadan kali ini?

Pertama, soal makan berlebih-lebihan dan pembaziran sehingga makanan berlimpah terutama pada majlis-majlis berbuka puasa.

Setiap kali Ramadan, itulah yang kita selalu saksikan. Walaupun kita di Malaysia diberi nikmat kemakmuran, janganlah sampai terlupa tentang kesederhanaan yang menjadi tuntutan Islam. Kedua, Awang mendapat tahu semalam, makin ramai orang muda Islam mahu ke Syria pada Ramadan ini untuk menyertai perjuangan bersenjata di sana atas nama jihad. Malah Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan penyertaan berpuluh-puluh rakyat Malaysia dalam perang saudara di Syria.

Nampaknya jihad terus disalah erti dan diambil dalam konteks yang merugikan. Awang setuju dengan Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman bahawa berjihad untuk ilmu dan ekonomi Islam di negara ini lebih menjadi keutamaan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Penuhi terlebih dahulu tanggungjawab kepada ibu, bapa dan masyarakat sekeliling kita sebelum berjihad". Sudahkan kita sempurnakan jihad itu? Utusan/Rencana/20140629

Jangan berhenti mengharap

JIKA diingati, pada 1999, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah meletakkan sasaran untuk pasukan Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia 2014 iaitu kejohanan yang sedang berlangsung di Brazil tetapi pencapaian pasukan negara masih jauh berbanding jaguh-jaguh Asia lain seperti Jepun, Korea Selatan, Iran dan Australia yang mewakili benua ini pada temasya kali ini.

Apa yang menariknya, dua negara miskin di Amerika Tengah iaitu Costa Rica yang hanya mempunyai populasi penduduk 4.8 juta dan Honduras (7.9 juta) berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.

Jika dibandingkan dengan dua negara ini, Malaysia yang mempunyai populasi penduduk sekitar 30 juta dan kemudahan sukan bertaraf dunia sepatutnya sudah mampu membentuk pasukan kebangsaan hebat yang boleh bersaing untuk merebut tiket ke Piala Dunia.

Malangnya kita masih terkial-kial serta menjadi pasukan belasahan yang berada di ranking ke-153 dunia. Pada tahun lalu, FAM bersama dengan beberapa buah negara ASEAN lain bercadang menempah slot automatik ke kejohanan tersebut untuk membuat bidaan bersama penganjuran Piala Dunia 2034. Namun, persoalannya adakah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan bersetuju memandangkan pencapaian pasukan di rantau ini masih belum bertaraf dunia.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID mewawancarai Menteri Belia dan Sukan, KHAIRY JAMALUDDIN bagi menjawab pelbagai persoalan berhubung bilakah impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia akan tercapai

MINGGUAN: Sehingga sekarang rata-rata rakyat Malaysia begitu kecewa dengan prestasi pasukan bola sepak negara. Sekurang-kurangnya perancangan perlu bagi memantapkan pasukan kebangsaan. Persoalannya sampai bila rakyat Malaysia nak mengharap impian pasukan kebangsaan dapat beraksi di Piala Dunia?

KHAIRY: Kementerian Belia Sukan (KBS) telah mempunyai perancangan untuk memajukan lagi sukan bola sepak dengan pelancaran Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang disempurnakan Perdana Menteri di Gambang, Pahang April lalu. Lebih bermakna, Perdana Menteri semasa pelancaran itu telah mengumumkan bahawa PPBN diangkat sebagai projek nasional yang didokong kerajaan serta tidak terhad kepada KBS, Kementerian Pendidikan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta para pemegang amanah yang lain. Melalui pelan ini, kita bakal mempunyai lebih 50,000 pemain yang mempunyai asas dan gaya permainan atau DNA bola sepak yang mantap berusia 7 sehingga 17 tahun menjelang 2020.

Kesemua mereka ini akan disaring lagi oleh FAM selepas menamatkan masa dalam PPBN, sama ada akan diserap ke kem kebangsaan atau sebaliknya. Dalam PPBN, KBS serta Kementerian Pendidikan dan pemegang taruh yang lain bertindak menyediakan seramai mungkin pemain remaja yang berkemampuan sebelum diserahkan kepada FAM selaku badan induk sukan tersebut di negara ini. Inilah perancangan yang sedang kita usahakan dalam PPBN. Setelah semua ini terlaksana, kita sama-sama tengok hasilnya dan insya-Allah akan berlaku perubahan dalam arena bola sepak negara. Sudah tentu saya dan seluruh rakyat Malaysia mahu menyaksikan pasukan kita beraksi di Piala Dunia satu hari nanti.

Apa sebenarnya silap kita kerana jika diukur daripada pelbagai sudut, negara ini telah mempunyai segala kemudahan, fasiliti dan keupayaan untuk melahirkan pasukan dan bintang disegani apatah lagi untuk layak ke Piala Dunia. Berbanding dengan negara Costa Rica misalnya yang hanya mempunyai 4 juta penduduk dan kemudahan yang menyedihkan, apa alasan kita masih belum berkemampuan untuk layak ke Piala Dunia?

KHAIRY: Dari segi kemudahan, saya fikir banyak lagi yang boleh dilakukan terutama dalam penyediaan lebih banyak padang latihan dan perlawanan untuk dijadikan pusat latihan kelab-kelab tempatan serta untuk dimasukkan dalam PPBN sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara. Kita juga perlu melihat kepada opsyen untuk membina lebih banyak padang sintetik bagi kegunaan latihan sepanjang tahun memandangkan cuaca yang mencabar bagi penjagaan rumput di negara kita.

Selain itu, kita juga mungkin ketinggalan dari segi perancangan pembangunan bola sepak yang berkesan selama ini. Diharapkan agar PPBN ini akan menjadi pemangkin kepada kegusaran dan kekurangan kita dalam bola sepak kebangsaan.

Tentang Costa Rica, kita boleh simpulkan bahawa mereka mempunyai sejarah bola sepak yang lebih panjang daripada kita dan pernah empat kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia termasuk kali ini. Costa Rica juga mempunyai gaya permainan tersendiri atau yang boleh kita panggil sebagai DNA bola sepak. Kita juga harus akur dan ingat bahawa Costa Rica bukan calang-calang pasukan apabila mereka merupakan pasukan ketiga terbaik di CONCACAF selepas Mexico dan Amerika Syarikat. Mungkin budaya bola sepak lebih besar dan hebat di sana berbanding Malaysia.

Setakat ini apa perancangan pihak KBS bagi memastikan impian rakyat Malaysia ini tercapai?

KHAIRY: Ia melalui perancangan jangka panjang PPBN yang sudah pun bermula. Kita akan memantau perkembangan pelan itu dari semasa ke semasa dan melakukan penambahbaikan di mana dirasakan perlu. Selain itu, KBS akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan dan FAM dalam memastikan ia bakal membuahkan hasil yang diharapkan.

Kepada rakyat Malaysia pula, kita perlu bersabar dan memahami realiti kedudukan pasukan kebangsaan dalam ranking antarabangsa. Di samping itu, berilah sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara setiap kali mereka tampil di pentas antarabangsa. Kita di KBS turut mempunyai impian yang sama dan semoga kita sama-sama mencapainya pada masa akan datang.

Kalau dilihat prestasi pasukan dari Asia sememangnya masih jauh ketinggalan dengan pasukan-pasukan lain. Malangnya prestasi pasukan kebangsaan sendiri masih jauh daripada menandingi pasukan-pasukan Asia yang bertanding dalam Piala Dunia kali ini. Apa yang perlu dilakukan?

KHAIRY: Seperti yang saya katakan, pembangunan akar umbi harus diutamakan dan bukannya solusi yang bersifat quick fix. Selain daripada struktur pembangunan itu sendiri sangat penting, pengisian ataupun intipati program pembangunan juga harus diambil kira. Kita harus tentukan apakah jenis pemain yang mahu dilahirkan. Pada hemat saya, kegagalan pasukan kebangsaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah kerana kegagalan pasukan kita untuk bermain mengikut kelebihan yang ada pada diri kita.

Jika dilihat kepada saiz bentuk badan pemain Asia, jarang sekali dapat kita lihat pemain tempatan yang mempunyai fizikal tegap dan ideal. Oleh itu, haruskah kita kekalkan cara permainan yang bersifat hantaran jauh? Ataupun kita jadikan kekurangan kita sebagai satu kelebihan? Ambil contoh pasukan Sepanyol dan Argentina, kuasai skil teknikal individu dan disertai taktikal yang mantap. Bola sepak bukanlah satu rocket science.

Berbalik kepada persoalan yang saya lontarkan sebentar tadi, apakah kini skuad kebangsaan bermain sejajar dengan kelebihan yang ada pada diri kita? Dari situ timbulnya keperluan kita untuk mempunyai satu DNA bola sepak negara, yang juga sekarang ini sedang diterapkan di peringkat akar umbi.

Selain itu, kita harus learn from the best dari sudut pendedahan antarabangsa. Baru-baru ini, Skuad Projek 2019 telah dibawa ke Jerman, untuk menjalani siri perlawanan persahabatan menentang pasukan-pasukan seperti Bayern Munich B13, Red Bull Salzburg B13 dan beberapa pasukan yang lain. Pendedahan demi pendedahan juga sedang direncana untuk peringkat umur yang lain.

Melalui PPBN, para pemain bakal mendapat manfaat daripada tajaan Kementerian Pelancongan ke atas pasukan juara Liga Eropah, Sevilla, bagaimanapun perkara ini masih di peringkat perbincangan.

Program pembangunan kejurulatihan sehingga ke peringkat akar umbi juga penting dalam PPBN seperti diterapkan oleh Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim. Selain itu, jurulatih di bawah PPBN yang menyerlah serta cemerlang pula akan dipilih untuk menjalani kursus kejurulatihan dengan kelab England iaitu QPR selama beberapa bulan, penting untuk mereka mempelajari teknik-teknik baharu serta sentiasa berubah, selain sebagai rangsangan untuk mereka melakukan yang terbaik.

Bagaimana pula kerjasama dengan pihak FAM serta persatuan bola sepak negeri dalam memastikan impian ini menjadi realiti?

KHAIRY: Pada masa ini hubungan KBS dengan pihak FAM adalah baik khususnya melalui Jabatan Belia FAM yang mempunyai akses secara terus kepada persatuan-persatuan negeri. Tetapi apabila bercakap tentang pembangunan, ia tidak tertakluk kepada usaha satu atau dua entiti sahaja. Harus diingat, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Sukan Sekolah-sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam hal ini dari segi penyediaan fasiliti dan sebagainya. Setiap pemegang taruh mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan impian ini, serta memerlukan di antara satu sama lain dan tanpa kerjasama yang berterusan impian hanya akan kekal sebagai satu impian.

Rasa-rasa YB, mampukah untuk pasukan kita beraksi di Piala Dunia pada 2022 dan jika YB rasakan layak apa sebabnya?

KHAIRY: Secara realistiknya dan mengambil kira situasi semasa, tidak. Sistem pembangunan bola sepak negara kita perlukan perubahan secara menyeluruh, dan perubahan itu kini sedang dilakukan. Sebagai contoh, perkara ini kita nilai berdasarkan pada jumlah terkini pertandingan dan pendedahan yang ada dalam sistem pembangunan bola sepak negara iaitu 16 kejohanan untuk pelbagai peringkat umur. Apakah setiap satu kejohanan ini menjanjikan 30 perlawanan kompetitif kepada setiap pasukan? Apakah ia meliputi setiap peringkat umur?

Bagaimana pula dengan mentaliti? Adakah mentaliti pemain muda tempatan kini berada pada tahap yang terbaik?

KHAIRY: Semua ini harus diambil kira dan perkara ini sedang kita perhebat daripada semasa ke semasa melalui PPBN. Kita mahu lahirkan a winning generation dan bersifat jangka panjang dan bukan hanya lahirkan sepasukan pemain yang bila-bila sahaja boleh tercedera dan tidak ada pengganti.

Memandangkan standard pasukan kebangsaan kita masih jauh ketinggalan dan rakyat Malaysia sendiri sudah penat menjadi penyokong negara lain, mungkin ada perancangan untuk Malaysia sendiri menjadi tuan rumah Piala Dunia?

KHAIRY: Apabila kita anjurkan dan bersaing dalam sesuatu kejohanan, kita ingin jadikan status tuan rumah sebagai satu kelebihan. Tetapi apa gunanya sekiranya kita anjurkan tetapi masih menjadi skuad belasahan sekali gus memalukan negara. Kita harus realistik.

Tetapi sekiranya diambil dari sudut penganjuran sahaja, kemungkinan itu ada. Kerana Malaysia sendiri mempunyai beberapa stadium dan fasiliti yang bertaraf antarabangsa. Kita juga dikenali sebagai sebuah negara hos yang baik, dengan kejayaan beberapa penganjuran pertandingan seperti Sukan Komanwel 1998.

Apakah tidak mustahil bagi kita bekerjasama dengan negara ASEAN bagi melobi menjadi tuan rumah Piala Dunia seperti dilakukan oleh Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2002?

KHAIRY: Ya, perkara ini bukanlah satu perkara yang mustahil. Namun mekanismenya harus diperhalusi terlebih dahulu di peringkat menteri dan negara yang terlibat. Penganjuran Piala Dunia 2034 secara bersama oleh ASEAN kini masih dalam kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) dan keputusannya dijangka diumumkan tahun ini.

Seharusnya juga kita belajar daripada kesilapan penganjuran Piala Asia 2007 oleh 4 buah negara (termasuk Malaysia) dari segi kos penganjuran, promosi yang tidak menyeluruh dan tidak menarik perhatian umum, permasalahan logistik setempat dan beberapa perkara berkaitan seperti yang telah diutarakan oleh pihak AFC sendiri. Kita tidak mahu masalah penganjuran seperti ini berulang sekali lagi.



Utusan/Rencana/20140629

Blueprint cheer and blues



Education for all: Muhyiddin with a copy of the report posing with schoolchildren together with (from left) Idris, deputy education minister P. Kamalanathan and Education director-general Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

LAST week, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also Education Minister, released the first annual report that tracks the implementation of the Malaysia Education Blueprint 2013-2025.

The report outlines key achievements, challenges and future plans and targets in implementing the Blueprint.

We congratulate the Education Ministry for the successes they have achieved. Many of the Blueprint’s initiatives are innovative and are showing improvements.

For example, the District Transformation Programme in Sabah and Kedah seem to have delivered some improvements in school grade point average scores, an increase of 0.07 and 0.06 points respectively.

This means there is an improvement in education equity, as schools in rural areas are improving.

We are also happy to see increased innovation to ensure that all children can receive an education.

Over the last year, three more schools have been added into the School in Hospital (SDH) programme and a school for children without documents has been established in the Chow Kit area in Kuala Lumpur.

These are positive steps towards ensuring education for all.

However we are concerned that access at the preschool level fell well short of the targeted 88% for 2013, only managing to increase from 80.5 % in 2012 to 81.7 % in 2013.

We are also concerned about the literacy rates in our schools.

The government had targeted 67% literacy in English and 90% for Bahasa Malaysia for Year 1 students. But we only achieved 63.3% and 81.3% respectively.

In IDEAS’ nationwide education survey of the bottom 40%, we found that poor parents want their children to be proficient in English.

This is understandable because English proficiency could be a tool to move them out of poverty.

To ensure these children are proficient in the language, obviously we need teachers who are proficient in English.

But this annual report shows a worrying state. Only 8.2% of our English teachers achieved the top (C2) score in their English proficiency test, with the vast majority (64.23%) achieved only the middle level (B2) scores or below.

Unless something drastic is done to push up the proficiency of our teachers, children from poor families will not achieve their dreams.

We welcome the publication of the names of the 10 schools that performed best in the last Programme for Interna­tional Student Assessment (Pisa) test.

The ministry has not released the full list, but at least the release of the data indicates a change in attitude.

It is interesting to note that the best performer is a private school, and the majority are all schools that enjoy a higher degree of autonomy.

This confirms the observation IDEAS recorded in our Yayasan Sime Darby-funded research “From Average to Excellent” that autonomy is a key ingredient in school transformation.

In an interview before the release of the report, Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said that within two years, students from private schools will be returning to public schools.

If the Ministry wants to head in that direction, then it should look seriously at ways to devolve more authority to schools and also autonomy. WAN SAIFUL WAN JAN Chief Executive Institute For Democracy And Economic Affairs (IDEAS). The STAR Home News Education 29/06/2014

Back to tests to assess

It is a system that will gauge students on their higher order thinking skills, but apart from the increased levels of stress caused to all parties, not much has been gained from PT3.

PENTAKSIRAN Tingkatan 3 (PT3 or Form Three Assessment) is being used to assess Form Three students from this year.

However with the assessment literally just days away, students, their parents and teachers are no clearer on what it really entails.



Changes a-coming: Muhyiddin at an earlier meeting to discuss the problems teachers had with the PBS system. It was later decided that teachers would not have to key in data online.

What has been revealed to them is the examination will consist of case study instrument assessment, oral and written tests.

Natasha, whose daughter is about to “face” PT3, says a briefing was held in May by the school for parents but with little information revealed during the session.

The only response she had from teachers when questions were raised was: Ini arahan dari Lembaga Peperiksaan. Kita pun tidak tahu apa formatnya. Nanti. (These are instructions from the Examinations Syndicate. We also do not know the format. Wait)

“Many parents are simply tired of the frequent changes (made by the Education Ministry) that they have stopped asking questions. They know they’ve come up against a brick wall,” she says.



To the old ways? Like the days of the PMR, Form Three students will be sitting for written tests yet again. - File photo
The kindergarten teacher is thankful that there are still good teachers who are continuing their lessons in the way that they used to, but adds that there are others who were taking things too lightly by using the current situation as an excuse not to conduct lessons properly.

On her biggest worry about PT3, another parent Meena* says, “I am worried that the students might not be familiar and are confused with the PT3 format. Even the teachers seem to be clueless about preparing their students for the assessment.

“The news about the new format comes too close to the exam date. As usual, it shows that the Education Ministry is ‘playing’ with education policies and changing them according to the pressure from certain groups.”

Meena says her daughter, who being part of the first school-based assessment (PBS) cohort, has had no exposure to any written tests, now has to sit for five papers — Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Science and Living Skills.

PBS was introduced in primary schools for Year One pupils in 2011 and Form One students in secondary schools in 2012.



Data headache: The dilemma first started when teachers had to key in data on student achievement as part of the PBS, but even after its removal, teachers still face problems in preparing students for PT3. — File photo

Meena says parents are also questioning the marking system.

“Who is going to mark the papers for the core subjects? Will it be the school teachers or someone else who will gauge them?

“As for the oral tests for Bahasa Malaysia and English, will the school’s teachers conduct them or will they seek the help of teachers from other schools?” asks Meena.

“When it comes to dissemination of information, all that teachers can say is that they are taking it one day at a time, as there have been so many changes over the last two years.

“They are unable to tell the parents much and it is frustrating talking to the teachers.”

Parents who were irked by it all then turned to officers from the Examinations Syndicate who were equally in the dark and unable to answer the queries and concerns raised.

Under the circumstances, it is unfair to blame the teachers since briefings and training sessions on the PT3 format have only just begun.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced earlier this month that the PT3 would start in July.

timeline

He said the case study instrument assessment for history and geography would be from July 1 to 18, while the oral test (listening and speech) for English and Bahasa Melayu would take place between Aug 6 and 29.

The written tests for Bahasa Melayu, English, Mathematics, Science, Islamic Education, Living Skills, Arabic, Chinese, Tamil, Iban and Kadazandusun would be from Oct 12 to 17, he added. (see timeline)

Muhyiddin who is Education Minister, said in March that PT3 would be the test that assessed Form Three students from this year. There would be not be a centralised examination for Form Three students as in previous years, he added.

He said students would be measured from Bands One to Six with the former representing the weaker performance.

Form Three teachers from around the country have expressed concerns about the seemingly last minute announcements and limited information on the PT3 assessment.

A Negri Sembilan secondary school panel head of English language says the sessions to familiarise teachers with the new format are being conducted “at the last minute” as some assessments are due to begin later this week.

“I think the training is being conducted to pacify parents.

“The school sent a History teacher for training to familiarise himself on the type of instruments (form of assessment) used in the new format, but the teacher returned saying he was still uncertain,” she says, adding that while teachers will be able to “survive” the changes, it is certainly unfair to the parents and students.

“With all of us being in the dark, how are we to train our students on the PT3 format?”

“The problems will only arise next year when the students are placed in either the arts or science streams.

“I think PT3 shouldn’t be implemented right now when students are in the third year of secondary school. Maybe this format should be introduced to Form One students,” adds the teacher.

Meanwhile Johan*, an English teacher from Malacca, says students have not been trained to answer questions under the new format.

“More work and time will be needed to prepare the students.

“Hopefully, if teachers teach well, students should be able to answer the questions,” he says.

He is also concerned that teachers may not have enough time to mark the final papers.

“In the Penilaian Menengah Rendah (PMR), there were multiple choice questions and essays but in PT3, it will all be subjective.

“This will take a longer time to mark especially with the higher order thinking questions, where students must explain or apply concepts.”

To make matters worse, the Examinations Syndicate has declared that the results must be released by the end of the school term which leaves little time for the papers to be marked, Johan says, adding that this was not the case with PMR as its results were released during the year-end school holidays.

“These aren’t just normal exercises or homework. We need to be careful when marking assessments,” adds Johan.

Seremban teacher Shakina* says PT3 is “confusing” but she remains cautiously optimistic about the new format.

“Teachers have recently begun to learn more about the new format but we don’t have the real picture yet.

“We teachers are having a tough time preparing the students at the last minute,” she adds.

Shakina says she has not yet been called for training but that she and other teachers at her school are all set to attend training.

“I’m happy that there will be some method to continuously assess the students and help them along the way.

“All the teachers will also get experience marking assessments. Previously only the experienced teachers get to mark exam papers.

“I am looking forward to more information from the ministry,” she says.

Meanwhile, Geography teacher Aaron* from Selangor says his concerns were if his students would still be interested in the subject.

“PT3 is okay, at least it is less of a burden than PBS.

“Whatever plans they have, I hope it ensures the students’ interest in Geography continues at the SPM and STPM levels. Hopefully PT3 will benefit teachers and students in the long term,” he says.

Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim says parents are concerned about the discretionary powers of teachers in marking the examination papers.

“(During a PT3 briefing held at a school) the Examinations Syndicate officer who conducted the briefing could not answer questions posed to her. For example, she couldn’t convince parents that teachers would mark the exams fairly.”

She also questions the “check and balance” that has been put in place to ensure unbiased marking, as announced by Muhyiddin.

She says that there were allegations of teachers not checking the work of students.

“For example, students were asked to submit a presentation on CDs. Students who did their work and also those who handed in blank CDs received the same Bands.

“Is this fair?” she asks adding that it boils down to the integrity of the teacher.

Another issue was the selection of questions from the question bank of the Examinations Syndicate.

“Obviously teachers will choose the easier questions to maintain their school’s rankings,” says Noor Azimah .

“Overall, it’s great to come back to an exam-oriented system but then again, it comes back to the way it will be executed,” she adds.

Form Three students interviewed say they are “victims”.

The evolution of PBS to PT3 has left some wondering what becomes of their previous PBS coursework.

The late announcement of examination dates and formats have upset students who are tired of being lab rats for the Education Ministry’s “fickleness in decision-making”.

They also say that their biggest concern is the PT3 coursework that has to be completed in class for Geography and History.

Lack of clear explanations and instructions on PT3 has also affected the students.

A student from an urban school points out how her History teacher had instructed the class to visit the Examinations Syndicate’s website and get the information there as she was unable to guide her students.

National Union of the Teaching Profession (NUTP) Lok Yim Pheng has come to the defence of PT3.

“What we need is a shift from being exam-oriented to focusing more on higher-order thinking skills (HOTS),” she says.

“PT3 focuses more on HOTS. All questions in the tests are HOTS questions.

“To implement something new, there will always be teething problems,” Lok says.

“Generally, parents are not convinced teachers are prepared. They are still unclear on what should be done.

“At the same time, we are not blaming the teachers,” says Noor Azimah. Names have been changed REBECCA RAJAENDRAM, ANN-MARIE KHOR, AND CALVIN TAN The STAR Home News Education 29/06/2014

A gentle soul who walked this land

Peter Young devoted his whole life to the marginalised citizens of this country he calls his own.

HE was always in a batik shirt. Even at home. This tall Mat Salleh was a familiar sight in Section 5, Petaling Jaya, where he would take his two dogs out for a walk every evening. He was a simple man who lived a simple life.

Born in Cheltenham, England, on March 11 1926, he first set foot in this part of the world in 1954, when he arrived by ship in Singapore as a missionary, and immediately moved on to Perak to work in the new villages.

He loved the country so much he decided to stay. In 1958, he became a teacher at St Gabriel’s School after leaving the mission organisation. He taught for 10 years, and eventually became the headmaster.

But it was the setting up of Malaysian Care in 1979, with a small group of like-minded individuals, that would spark off the catalyst of change in how social work developed in this country.

His work with Malaysian Care, as its first executive director, and subsequently with United Voice and then Dignity and Services (two advocacy groups for people with learning disabilities) paved the way for many others to reach out to the marginalised.

He had already taken up Malaysian citizenship by then and though his work required him to interact with many people, he always shied away from any kind of publicity. He was a man of few words, but his deeds spoke volumes.

Many of his friends have felt that he, more than many others, deserved some form of award for his service to the community. He frowned upon such awards.

I remember how one time, despite his protestations, I was asked to submit his name for an award to recognise people in Malaysia doing humanitarian work.

The entry form required me to describe him in 100 words.

This was what I wrote: “Peter Young is more Malaysian than many Malaysians. He has devoted his whole life to the betterment of the marginalised citizens of this country he calls his own.

He does so in his quiet, humble way, mindful not to develop a cult personality to the greater cause he is pushing for.

“The paucity of articles about him in the mainstream press testifies to his approach in making sure the cause is always in the forefront. The attached material is a microcosm of how well regarded Peter is, the lives he has touched, and why he deserves the Lifetime Humanitarian award.”

Well, he did not win. And in a strange way, he was glad. I knew how uncomfortable he was just to attend the awards ceremony where the VIPs were out in full force.

I had already filed my article for this column when, early yesterday morning, I got a call that Peter had passed away, quietly, without any fanfare, as he would prefer.

I had been visiting him almost daily in this past week. He was frail but his wonderful smile, and last minute words of advice to me, were precious.

This is the man who always had time for me, no matter the situation. Peter and his dear wife Betty, who passed away five years ago, were the couple my wife and I turned to for good and Godly counsel.

He served the nation in his quiet, gentle and humble way. As a friend, and a mentor, he taught me to “live simply, so that others may simply live.”

He understood the value of speaking out for those who cannot speak out for themselves, but would gently remind me that our voice must never become more important than the cause.

He loved this country and the many friends of all races and religions, especially among the marginalised who called him Uncle Peter, are testimony to the legacy he has left behind. If he were alive, I know he would not approve of me writing about him.

I write this from the heart not to glorify him, but to put on the record that for a good 60 years, a man named Peter Young walked this land and touched many lives. Rest in peace, my friend.

Executive editor Soo Ewe Jin (ewejin@thestar.com.my) is reminded time and again about how ordinary people can live such extraordinary lives without seeking the applause of men. The STAR Home News Opinion Columnist Sunday 29/06/2014