June 30th, 2014

Benarkah etika sukan semakin dipinggirkan?

SUKAN boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama adalah sukan yang dipertandingkan, sementara yang lagi satu tidak dipertandingkan. Kebiasaannya sukan yang dipertandingkan akan melibatkan imbuhan piala, wang tunai atau cek dan barangan.

Bila sukan yang melibatkan pertandingan, ia sudah tentu menjadikan persaingan lebih sengit dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian. Sudah menjadi norma apabila bertanding, para peserta atau pun pasukan akan cuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan yang disertai. Kalah menang dalam pertandingan itu adalah perkara biasa dan adat pertandingan.

Semangat untuk menang itu memang patut digalakkan dalam sukan. Pernah seorang jurulatih pasukan American football yang terkenal iaitu pasukan Green Bay Packers bernama, Paul ‘Bear’ Byrant menyatakan bahawa, ‘Kemenangan bukanlah segala-galanya, tetapi ia penting’.

Dalam dunia sukan sekarang kemenangan akan membawa impak dan perubahan yang besar pada seseorang atlet dan juga pasukan yang menang. Dari kehidupan yang serba kekurangan seseorang atlet yang berjaya itu akan dilimpahi dengan kemewahan seperti wang ringgit, tajaan yang bernilai ribuan ringgit, disanjung dan dikenali ramai. Sebelum itu tiada siapa yang kisah dan ambil peduli akan mereka.

Dalam buku Michael Jordan and the New Global Capitalism, ditulis oleh Walter Lafeber menceritakan seorang anak muda Amerika, bernama Max Perelman mengembara ke kawasan pedalaman China pada Januari 1977. Beliau terkandas dan bermalam dengan beberapa individu Tibet dan salah seorang daripadanya bertanya pada Max Perelman, “Apa yang dibuat oleh Michael Jordan? “Bagaimana individu Tibet tadi dapat mengetahui akan Michael Jordan tidak berapa jelas. Yang pasti kemasyhuran Michael Jordan itu sendiri dalam sukan bola keranjang dan dikenali serata dunia yang berkemungkinan besar individu Tibet tadi dapat mengenalinya.

Ramai sudah atlet yang terkenal dan berjaya yang asal usulnya dari keluarga yang sederhana dan miskin. Antaranya Micheal Jordan, Maradona, Wayne Rooney dan ramai lagi. Hidup mereka kini senang tidak seperti dulu kerana berjaya dalam bidang sukan masing-masing. Ada juga atlet pada mulanya kaya tetapi mereka lupa diri; suka minum arak, kaki perempuan dan berjudi. Akhirnya kehidupan mereka dihimpit segala macam kesukaran akibat tindakan mereka yang tidak menguntungkan.

Dua aspek penting yang selalu dikaitkan apabila atlet bertanding adalah semangat kesukanan dan semangat permainan. Semangat kesukanan lebih dikenali sebagai sportsmanship, manakala semangat permainan diberi nama gamesmanship. Yang perlu dan sentiasa ditekan kepada setiap atlet yang bertanding ialah sportsmanship dan bukan gamesmanship. Sebab itu kita kerap lihat terutama dalam kejohanan besar bolasepak seperti Piala Eropah dan Piala Dunia sebelum para pemain kedua-dua pasukan memasuki padang, yang akan mendahului ialah perarakan membawa bendera berwarna kuning tertera perkataan Fair Play. Para pemain juga dikehendaki bersalaman sebelum dan selepas tamat pertandingan.

Kita percaya ramai atlet atau ahli sukan apabila bertanding mengamalkan sikap sportsmanship yang menjadi teras dan penekanan dalam sesuatu sukan itu sendiri. Tetapi ada juga atlet yang terus mengenepikan akan falsafah sedemikian tetapi memilih amalan gamesmanship semata-mata ingin meraih kemenangan. Mungkin juga ia dilakukan secara sedar dan tidak sedar. Gamesmanship bermaksud ingin meraih kemenangan dengan apa cara sekali pun; ini termasuk melakukan kekasaran dan juga penipuan semasa bertanding semata-mata ingin meraih kemenangan.

Peristiwa Mike Tyson menggigit telinga Hollyfield semasa bertarung dalam satu kejohanan tinju dunia suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang memalukan bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi sukan itu sendiri. Yang terbaru Suarez, pemain sensasi Liverpool dan juga pasukan Uruguay dikatakan menggigit telinga Giorgio Chiellini, pemain Itali dalam kejohanan Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung. Yang lebih memalukan adalah mereka ialah atlet profesional dan sepatutnya tingkah laku mereka tidak sebegitu.

Banyak faktor boleh dikaitkan kenapa atlet berkelakuan sebegini. Mungkin atas desakan atlet itu sendiri yang ingin menang dengan apa cara sekali pun, atas arahan jurulatih, media memainkan peranan sebagai ‘batu api’ dan faktor-faktor lain.

Sebenarnya asas pertandingan adalah memberi peluang ribuan para penonton yang hadir untuk menikmati pertandingan pada hari itu tanpa suatu insiden yang memalukan berlaku. Etika kesukanan perlu dijaga dan dititik beratkan oleh setiap jurulatih dan juga pihak pengurusan. Peraturan yang jelas akan peranan yang harus dilakukan oleh setiap pemain dalam gelanggang mesti sampai kepada semua pemain dan sesiapa dalam kalangan pemain melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, ia harus dikenakan tindakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Isu mendidik ini harus bermula di peringkat sekolah lagi supaya sikap yang baik sebagai pemain dapat diterapkan secara berterusan. Ibu bapa juga harus memainkan peranan yang sama dalam mendidik anak-anak mereka yang berkecimpung dalam aktiviti sukan.

Kita percaya etika kesukanan itu penting dan tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua pihak terbabit. Maka, usaha berterusan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan perlu diteruskan agar semangat sukan itu sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kita tidak mahu masyarakat suatu hari nanti menjauhkan diri mereka dari menonton aktiviti sukan kerana merasa mual apa yang berlaku atas padang atau gelanggang dan merosotnya nilai etika atlet itu sendiri.

* HAMDAN AHMAD ialah bekas Pemangku Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam Utusan/Rencana/20140630

Nasib Khalid di hujung tanduk?

APAKAH dengan kekalahan mengejut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di peringkat Cabang PKR Kuala Selangor beberapa hari lalu menjadi noktah pengakhiran kedudukan jawatan Menteri Besarnya?


Sudah beberapa kali percubaan untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebelum ini namun masih gagal dan berjaya dipatahkannya. Tetapi dengan kekalahan mengejutnya di tangan bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang diselangi dengan kejadian pelik ‘blackout’ (elektrik terputus) hampir dua jam semasa pengiraan undi, apakah kali ini Abdul Khalid masih terselamat atau ‘bungkus’?

Walaupun percubaan terakhir untuk menyingkirkan Abdul Khalid dipercayai dilakukan menerusi ‘Langkah Kajang’ dengan di saat-saat akhir Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menjadi calon kerana berdepan kes mahkamah, kekalahan di Cabang Kuala Selangor itu dilihat ‘platform terbaik’ seperti mana diinginkan oleh pihak-pihak dalam PKR untuk mengundurkan Abdul Khalid.

Kini, nasib beliau seolah-olah di hujung tanduk. Kata Anwar, kedudukan Abdul Khalid akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi pembangkang melalui persetujuan ramai. Di satu sudut lain, kononnya tanpa persetujuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar itu, segala perancangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid tidak akan berjaya.

Mungkin Abdul Hadi sendiri merasakan beliau layak menjadi kata pemutus dengan kedudukan jumlah kerusi Pas di Selangor lebih satu kerusi daripada PKR. Namun berdasarkan sentimen tahun lepas di kala pelbagai pihak mendesak Pas supaya tekad mengambil alih kerusi Menteri Besar daripada PKR, hasilnya - wakil-wakil rakyat Pas menampakkan diri terlalu defensif. Walaupun pada peringkat permulaan tampak begitu meyakinkan tetapi apabila ‘disergah’ dan ditambah dengan kurang pengalaman dan keintelektualan seperti mana Abdul Khalid, Pas melepaskan begitu sahaja peluang yang terhidang dalam membuktikan kewibawaannya.

Ini ditambah lagi dengan kegusaran parti berteraskan Islam itu untuk berdepan dengan satu lagi sekutu pakatan, DAP yang menjadi ‘mastermind’ di Selangor.

Sabtu lalu, Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi. Abdul Khalid bagaimanapun berjaya mendapatkan undi lebih banyak berbanding penyandang, Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Pengundi Kuala Selangor memberikan Khalid 517 undi, Azmin 440 undi dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebanyak 50 undi.

Walaupun ada mengatakan Manikavasagam menang kerana beliau dilihat sebagai calon tertindas selepas digantung keahlian parti selama beberapa minggu ekoran beliau lantang bercakap tentang penentangan terhadap politik wang, namun isu ‘blackout’ semasa pengiraan undi tetap menjadi percakapan.

Abdul Khalid didakwa Manikavasagam sebagai seorang yang mengamalkan politik wang, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar Selangor itu. Walau bagaimanapun, penggantungan keahlian Manickavasagam kemudiannya dibatalkan untuk membolehkan beliau kembali bertanding dan muncul pemenang menentang Abdul Khalid yang merupakan penyandang jawatan di cabang tersebut.

Sebenarnya, usaha menyingkirkan Abdul Khalid dikatakan dibuat sejak setahun dua ini. Beliau ditempelak kerana kononnya gagal menguruskan wang kerajaan negeri dengan baik. Pencapaian beliau pernah dibandingkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sebelum ini, Abdul Khalid pernah berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Abdul Khalid juga pernah ditempelak di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Tanpa mengambi kira perasaannya, Anwar dikatakan memuji Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

“Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik, bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh", kata Anwar.

Tindakan Anwar mengkritik prestasi Abdul Khalid itu dilihat agak pelik kerana beliau sendiri ialah Penasihat Ekonomi kerajaan PKR Selangor.

Kelmarin, Abdul Khalid menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sekalipun kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR.

Malah, tegas beliau, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi ADUN Selangor.

“Bagaimana jika kalah sebagai ahli Parlimen, jadi tidak boleh menjadi menteri, itu okey. Tetapi jika kamu seorang ahli Parlimen, kamu akan kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sebelum ini Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong Abdul Khalid untuk terus menjadi Menteri Besar.

Kata Jaafar, sikap Abdul Khalid yang sering membuat keputusan bersendirian serta membelakangkan sekutu pakatan pembangkang membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini.

Malah, Jaafar berkata, gaya urus tadbir Abdul Khalid yang masuk penggal kedua di negeri itu tidak berubah biarpun ditegur beberapa kali oleh pimpinan akar umbi PKR.

PKR dan DAP Selangor sering mengkritik Abdul Khalid kerana dilihat tidak serius mengendalikan isu-isu hangat di Selangor. Antaranya, masalah bekalan air, serta yang terbaharu, isu rampasan kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Namun sehingga petang semalam, Abdul Khalid tetap tidak berganjak dan muktamad dengan pendiriannya mahu mengekalkan kedudukan Menteri Besar. Pastinya Anwar sendiri pening kepala, sekali gus mungkin sedang memikirkan ‘strategi terbaharu’.   Zulkifli Jalil Utusan/Rencana/20140630

Pertahan asas Islam, Melayu dan raja

SEMUA yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia itu realitinya adalah kontrak sosial, yakni ikatan janji kemasyarakatan.

Jika itu pengertiannya, kita semua mesti mempertahankannya. Hak-hak istimewa dan khas orang Melayu/Bumiputera, hak raja (Perkara 38 dan 181), kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 159), kedudukan agama Islam dan lain-lain agama (Perkara 3), siapa itu Melayu di bawah Perkara 160 - semua ini dan lain-lain telah berakar umbi hampir 60 tahun.

Mentang-mentang anak bangsa yang pulang belajar dari Amerika, Asia Barat dan Eropah menggegarkan isu-isu berkaitan ‘nilai-nilai hak asasi’ sebagai gong politik mereka, maka kita pun khuatir dan takut. Kita segan dan mula tunduk.

Jangan lupa apabila pokok sudah condong, kura-kura pun naik - ular apatah lagi, biawak pun ikut.

Kenapa orang Melayu tidak bersatu dalam perjuangan agama, bangsa dan negara supaya kuasa politik mereka tetap kukuh dan berkuasa? Setiap orang bernama Melayu dan bumiputera harus memikirkan hal ini dan bertindak. Bila kita kuat, orang segan. Bila kita lembut, orang sudu.

UMNO, Melayu dan bumiputera harus jangan silu-segan mempelopori keutamaan perjuangannya, sekali pun berlainan agama. Justeru, fakta politik bilangan (politics of number) mesti dijuarakan. Iaitu, dengan kekuatan 60 peratus Melayu bumiputera di negara ini, di samping menghormati hak semua pihak, kita jangan takut memperjuangkan dan mengekalkan apa yang hakiki bagi kita.

Masyarakat bukan Melayu amat teguh budaya bangsa mereka sehingga memegang hampir 68 peratus kekayaan negara ini. Tetapi mereka bebas mengatakan pelbagai cercaan dan mendakwa mereka didiskriminasi, seolah-olah mereka menjadi warga nombor dua atau tiga. Padahal, kita mengetahui Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan semua warga Malaysia.

Tetapi hak-hak keistimewaan seperti yang terjamin di bawah Perlembagaan 153 jangan dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan negara. Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa dan galakkan ekonomi kepada orang Melayu dan bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan negara yang dipersetujui semua pihak pra 1957.

Itu sebabnya apabila Presiden UMNO yang pertama, Datuk Onn Jaafar mahu membuka penyertaan bukan Melayu ke dalam parti itu, tindakannya ditentang hebat oleh orang Melayu sendiri.

Dalam situasi sekarang, meskipun suasana politiknya berbeza, asas Melayunya tetap ada. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, asas orang kampung kuat memihak kepada UMNO yang menunjangi BN. Maka, UMNO jangan sesekali lari daripada perjuangan orang kampung. Jangan nanti dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.

Felda yang diuruskan dengan begitu baik oleh kerajaan sejak 57 tahun lalu membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN. Anggotanya iaitu peneroka merupakan golongan yang sentiasa dimomokkan oleh pembangkang sebagai tidak berpelajaran, sedangkan hakikatnya telah menceriakan suasana politik semasa.

Kepada pembangkang dek kerana cemburu sokongan hebat peneroka Felda kepada BN, maka ‘janganlah memandang orang kampung dan Felda kononnya tidak tahu berpolitik’.

Felda bersama golongan profesional anak-anak Felda diharap terus memberi penjelasan dan penerangan supaya tiada golongan generasi pertama dan kedua terkeliru dengan isu yang dimainkan pembangkang. Jangan juga tertipu dengan ‘Melayu liberal.

Di sebalik semua ini, asas Melayu sebenar era 50-an inilah yang dilihat terus bertahan sehingga hari ini. Ketika sebahagian orang Melayu dalam politik kelihatan mengejar suatu yang belum pasti, sedar tak sedar kita hanya kurang tiga setengah tahun sahaja untuk berdepan PRU-14. Sedangkan pembangkang, terutama DAP sedang mengaut kerusi sedikit demi sedikit.

Barang diingatkan mengenai Perkara 2(a) Perlembagaan Persekutuan mengenai penerimaan masuk wilayah-wilayah baharu ke dalam Malaysia yang cukup dengan sekadar majoriti dua pertiga.

Kalau ini terjadi - diperkuatkan lagi dengan kenyataan pengasas Singapura moden, Lee Kuan Yew sebelum ini yang berulang kali menyatakan tidak mustahil Singapura akan bersatu dengan Malaysia dengan beberapa syarat - maka bayangkan ‘implikasinya’ dengan Singapura yang memiliki 87 kerusi Parlimen termasuk dimenangi PAP (81). Yakni, 87 kerusi Parlimen Singapura + 222 kerusi Parlimen negara. Apa akan jadi kepada orang Melayu?

Ini cara paling mudah untuk gabungan PAP-DAP yang mendominasi pakatan pembangkang di sini dengan 38 kerusi Parlimen masa ini untuk menguasai Malaysia.

Kerana itu, pemimpin BN terutama UMNO kena menjaga tingkah-laku seperti mana ditegaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa UMNO bukan hanya perlu kelihatan bersih tetapi mesti bersih.

UMNO dalam skop ini perlu berpijak di bumi nyata bahawa parti ini berasal daripada masyarakat bawahan. Jangan nanti terus alpa, akan dicap ‘UMNO ini dari golongan bangsawan yang dibesarkan dari istana kemewahan’. Berdasarkan senario politik semasa, kepimpinan Negara diperlukan lahir dari mereka yang dibesarkan dari keluarga orang kebanyakan kerana mereka yang boleh memahami apa permasalahan masyarakat bawahan (marhaen) ini.

Sebab itu UMNO perlu kuat. Dalam PRU lepas, ahli UMNO sewajarnya tersedak apabila Johor yang sekian lama menjadi kubu kebal parti sudah semakin ditembusi. Ini apabila DAP khususnya dapat menguasai kerusi-kerusi penting di negeri kelahiran UMNO itu. Ini semacam ‘red alarm’ kepada kepimpinan UMNO. Jangan ambil mudah perkara ini. Orang Johor jangan sekadar berbangga dengan semangat orang Johor mereka sekiranya DAP semakin menjalar di negeri tersebut.

Institusi raja merupakan tunjang kepada UMNO. Institusi ini perlu dipertahankan. Ini menjadi benteng kesinambungan UMNO. Hubungan rapat dua institusi ini perlu terus dibina. Jangan pula kita menjadi sebahagian daripada golongan yang merosakkan institusi ini.

Berdasarkan statistik, berapa sangatlah sekarang kawasan majoriti Melayu yang ada. UMNO menang 88 kerusi, Pas 21 dan sebahagian kerusi PKR ada kawasan yang diduduki pengundi Melayu. Katalah kira-kira 120 kerusi Melayu. Itu jumlah yang kecil untuk mempertahankan status quo.

Pada PRU-13, sungguhpun BN hilang tujuh kerusi Parlimen lagi, namun UMNO meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

Realitinya, kemenangan pilihan raya BN diperoleh hasil dua cara, iaitu melalui UMNO yang menang di kawasan majoriti tradisional Melayu di Semenanjung dan melalui parti komponen BN yang mendapat kerusi majoriti di Sarawak dan Sabah.

Kebanyakan yang masih menyokong BN terdiri dari pengundi Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak di mana BN memenangi 22 kerusi Parlimen daripada 25 yang dipertandingkan di Sabah dan 25 dari 31 kerusi Parlimen (Sarawak). Jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN untuk dua negeri “deposit BN" ini adalah 47, mewakili 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen yang dimenangi BN. Kalau dilihat dalam konteks PRU-13, negeri-negeri seperti Johor, Pahang, dan Melaka masih majoriti pengundi Melayu berpihak kepada BN dan untuk negeri-negeri lain di Semenanjung, peratusan kaum Melayu menjadi 50:50 di antara BN dan pakatan pembangkang.

Justeru pada PRU-14 nanti orang Melayu perlu memastikan seluruh kawasan ini berjaya dipertahan. Jangan sampai terlepas seperti mana nasib malang yang ditanggung bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang kalah di kerusi Parlimen Batu Pahat. Mohd. Puad yang ketara perjuangan kemelayuannya tewas kerana ahli parti di Johor tidak ‘membelanya’.

Kita harapkan UMNO sekarang dan beberapa tahun mendatang ini menampilkan ciri-ciri yang kental dan stabil. Melalui UMNO yang lahir daripada masyarakat bawahan, parti ini perlu kembali lebih serius untuk merasai keperitan masyarakat di sana.

Pertahankanlah asas-asas Melayu, Islam dan raja-raja Melayu. Marilah dengan semangat Ramadan ini sebagai permulaan perjuangan kita.

* DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah Penganalisis isu-isu semasa Utusan/Rencana/20140630

Usah melatah tetapi bertindaklah

BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan jika ada mana-mana agensi penguat kuasa ‘melompat’ apabila akhbar Mingguan Malaysia semalam mendedahkan kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa dan berada pada tahap yang cukup luar biasa.

Ia mungkin kerana mereka merasakan sudah cukup dengan apa yang dilakukan bagi membanteras gejala itu khususnya melalui serbuan-serbuan ke atas premis-premis terlibat.

Penulis tidak menafikan kesungguhan ini dan menghargai segala perit payah yang dilakukan oleh agensi penguat kuasa bagi membanteras gejala itu tetapi apakah ia benar-benar berkesan?

Kalau benarlah serbuan dan operasi yang dilakukan memberi kesan positif kenapakah jumlah premis yang terlibat semakin bertambah? Kenapakah bermula dari bandar besar kini perjudian itu boleh menular pula ke bandar dan pekan-pekan kecil? Bagaimana pula di jeti nelayan pun boleh wujud permainan haram berkenaan?



KETUA Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob melihat sebahagian daripada mesin judi yang dirampas dalam beberapa operasi di sekitar daerah berkenaan pada April lalu.

Dan penulis juga mahu bertanya, kenapakah premis yang diserbu dan disahkan terlibat mengendalikan mesin judi haram masih lagi ‘berdiri teguh’ tanpa dilakukan penyitaan oleh pihak berkuasa?

Kenapakah premis mereka masih ada kemudahan bekalan air dan elektrik sedangkan mereka sudah melanggar undang-undang? Apa pula undang-undang yang digunakan oleh pengusaha mesin judi haram apabila mereka terlepas daripada tindakan apabila mengupah warga Bangladesh yang mempunyai permit bekerja di ladang untuk menjaga premis perniagaan di ladang? Malah kita juga mengetahui bagaimana sebuah premis yang baharu diserbu beroperasi semula selepas serbuan dilakukan?

Sebenarnya, terlalu banyak soalan yang boleh dilontarkan berhubung usaha membanteras gejala mesin judi haram ini. Tetapi sekarang bukanlah masa untuk mencari salah sesiapa atau menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya masa untuk bertindak dengan lebih berkesan lagi.

Janganlah membuang masa dengan berasa kecewa kerana seolah-olah segala usaha yang dilakukan selama ini tidak dihargai atau berasa bangga dengan statistik, tetapi soalnya sejauh manakah keberkesanan, itu yang lebih penting.

Penulis diberitahu, masalah mesin judi haram ini bukanlah perkara kecil malah boleh merosakkan bukan sahaja kehidupan rakyat dan masa depan negara. Ini bukan soal setakat meraih keuntungan dalam perniagaan tetapi juga memberi peluang kepada pihak lain untuk mengaut keuntungan jangka panjang.

Apa yang mengecewakan, ketagihan bermain mesin judi haram mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada masyarakat sehingga ada antara mereka yang sanggup berhutang dengan ah long dan ‘menggadaikan’ isteri apabila kalah berjudi.

Oleh itu janganlah melihat pembanterasan mesin judi haram ini satu perkara kecil atau dilakukan secara bermusim atau terasa hati apabila ia didedahkan oleh media. Sebaliknya pihak berkuasa perlu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sehingga ke akar umbi.

Jangan biarkan mana-mana pihak mengaut keuntungan dengan merosakkan rakyat negara ini dan lebih malang lagi jika ia berlaku disebabkan oleh kelemahan agensi penguat kuasa kita.

Satu sumber memberitahu penulis, Malaysia adalah negara yang mempunyai undang-undang membanteras judi dan dadah paling lengkap di dunia. Oleh itu jika ia digunakan sepenuhnya sudah pasti isu mesin judi haram ini mampu dihapuskan bak kata orang seperti ‘mengunyah kacang’ sahaja.

Tetapi malangnya ia tidak berlaku kerana agensi penguat kuasa kita tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan peruntukan sedia ada. Akta Anti Penggubahan Wang Haram antara undang-undang yang boleh digunakan ke atas mana-mana pengusaha premis yang menjalankan mesin judi haram.

“Bagaimanapun undang-undang ini tidak digunakan, kalau setakat merampas peralatan komputer dan wang tunai ia tidak akan memberi kesan apa-apa kepada pengusaha. Sebab itulah pembanterasan perlu melibatkan operasi bersepadu semua agensi penguat kuasa termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),’’ kata sumber itu.

Justeru kenapakah semua agensi berkenaan tidak boleh bergabung tenaga memikirkan perkara ini? Kenapakah perlu diharapkan kepada satu dua agensi sahaja untuk bertindak? Apa guna serbuan dibuat, jika perlanggaran undang-undang lain tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa terlibat?

Sama ada hendak diakui atau tidak, gejala mesin judi berada pada tahap serius. Di sesetengah kawasan bukannya berpuluh malah beratus-ratus. Sebagai penguat kuasa di satu-satu kawasan, tak kanlah mereka yang terlibat tidak mengetahui perkara itu. Oleh itu sudah sampai masanya, pembanterasan mesin judi haram bukan lagi dilakukan secara bermusim atau sekali sekala sebaliknya secara bersepadu seperti mana Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Ops Cantas.

“Kalaulah dalam usaha membanteras kongsi gelap dan pendatang tanpa izin ia boleh dilakukan kenapakah untuk mesin judi haram tidak boleh dibuat? Saya yakin apabila operasi besar-besaran dilakukan sudah pasti gejala itu dapat dihapuskan,’’ katanya.

Bagaimanapun langkah pertama sebelum operasi itu dilakukan ialah memastikan semua anggota agensi penguat kuasa yang terlibat dibersihkan seorang demi seorang. Jangan ada ‘musuh dalam selimut’, ‘duri dalam daging’ atau mereka yang bersedia untuk makan duit haram dengan menyalurkan maklumat operasi kepada pengusaha atau sindiket.

‘Spesies’ yang sanggup mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang diberikan serta bersedia menyara keluarga melalui rasuah tidak boleh dibiarkan berada dalam mana-mana agensi penguat kuasa. Jika tidak segala operasi tidak akan berjaya, ibarat sekadar merampas peralatan komputer tetapi cipnya entah ke mana, sedangkan cip itulah memainkan peranan penting bagi mesin judi haram.

Begitulah juga dengan anggota agensi penguat kuasa yang sanggup menjadi ‘hamba’ kepada pengusaha-pengusaha mesin judi haram ini, mereka perlu dibersihkan dahulu supaya usaha kerajaan tidak akan menjadi sia-sia.

Apa pun adalah diharapkan kerajaan khususnya KDN akan memandang serius masalah mesin judi haram yang semakin menular. Tindakan lebih bersepadu perlu dilakukan kerana masalah ini sudah berlanjutan sekian lama. Bayangkanlah ketika orang lain mengutip jutaan ringgit setiap bulan melalui kegiatan haram itu, ada orang Melayu yang terpaksa bergolok bergadai kerana ketagihan berjudi.

Justeru jangan biarkan ia membawa implikasi lebih besar kepada orang Melayu kerana mesin judi bukan sekadar soal berjudi, apakah itu pasti ada pihak yang tahu jawapannya.

Yang penting sekarang bukannya melatah tetapi bertindaklah demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. Gunakanlah segala peruntukan undang-undang dalam usaha pembanterasan itu dan bukannya membiarkan ada pihak merasakan sudah ‘membeli’ undang-undang.



Zulkiflee Bakar: Utusan/Rencana/20140630

Selepas ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti sampah, kata PMUM

Pelajar Universiti Malaya menggesa Kementerian Pendidikan tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'.

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memberikan reaksi itu susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.



Pelajar Universiti Malaya turut memberi reaksi negatif dengan peletakan jawatan Pengarah UMcedel merangkap Dekan FSSS UM Prof Datuk Dr Redzuan Othman. Gambar fail The Malaysian Insider.
Presiden PPUM Fahmi Zainol berkata profesor itu berjaya meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di di negara ini.

"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.

"Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

"Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.

"Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?

"Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel," katanya.

Dalam kenyataannya, Fahmi mengesahkan alasan diberikan pengurusan UM ketika tidak menyambung tugasnya sebagai dekan adalah faktor usia yang dikatakan akan bersara tahun depan.

"Saya sendiri mendapat panggilan terus daripada naib canselor UM berkenaan isu pelantikan dekan FSSS di universiti.

"Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.

"Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan," katanya.

Fahmi berkata, jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.

"Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun," katanya. – Malaysian Insider 30 Jun, 2014.

Leave us alone, UM academics tell Putrajaya after professor’s removal

Academic staff of the University of Malaya today hit out at the Education Ministry over its role in the removal of Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, saying it was clear Putrajaya did not rate academic freedom highly.

Associate Professor Dr Azmi Sharom (pic), who heads University of Malaya Academic Staff Association (PKAUM), said if the ministry had leaned on Redzuan, then it is clear that decisions are made based on political importance and not academic reasons or interests.

"This is one of the reasons why Malaysian universities find it difficult to develop because there is political interference," he said.




Associate Professor Dr Azmi Sharom
"Leave the academicians alone, our studies and methodology are done according to academic standards. If the government is facing problems or has issues, it is not our problem."

The Malaysian Insider reported today that the Education Ministry had told Redzuan to quit as director of Universiti Malaya's Centre for Democracy and Elections (UMcedel), while his tenure as dean of the Faculty of Arts and Social Sciences in the university was also not renewed.

Azmi said Putrajaya should stop mouthing platitudes about academic excellence.

"Close your mouth and keep quiet. Do not dream of delusions of academic grandeur and Malaysian universities making the Top 100 institutions of higher learning in the world rankings," he said, adding that academic freedom was the basis of a top university.

"The top universities are free of political interference, especially in matters concerning research. However, the Education Ministry appears to have failed to understand this particular point," Azmi said.

On the issue of Redzuan's tenure not being renewed, Azmi said the UM's vice-chancellor had the full power to determine the most qualified individual to hold the position.

"Even if the votes are in Redzuan's favour, the V-C has the final say. The academic staff can only propose who they like. We do not know how many of the faculty staff supported Redzuan.

"Even if Redzuan wins the popular vote, the final decision lies with the V-C.

"However, if it is true that Redzuan won the popular vote but failed to retain his position, then it will be another example of Putrajaya's interference at play," he said.

The Malaysian Insider also reported that Putrajaya was uncomfortable with UMcedel's research which was seen as favouring Pakatan Rakyat during last year's 13th general election.

One such research was a survey which indicated greater support for PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, compared to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

The research conducted by UMcedel was later proven accurate when PR won the popular vote during the 13th general election.

Attempts by The Malaysian Insider to meet Redzuan was in vain as he was said to be busy in meetings and refused to speak to the media.

Following Redzuan's removal, former  higher education deputy minister Datuk Saifuddin Abdullah said he was quitting his post as a senior research fellow in the university. – JAMILAH KAMARUDIN Malaysian Insider  June 30, 2014.

Isu PISA dan TIMSS

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam.  Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).


Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali


Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut:


[Sumber ] :

2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)

2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)


Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan. [ Sumber ]


Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi masalah ini. [ Sumber ]


1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.


3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPM


Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA
Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.


Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya anda merasakan artikel ini dapat memahamkan orang lain juga mengenai Ujian PISA dan kaitannya dengan bakal sistem pendidikan negara kita, maka saya sangat mengesyorkan untuk anda kongsi artikel ini.  Terima kasih, semoga kita sama-sama mendapat manfaat!


Sumber: http://www.cikguhailmi.com/2014/03/apa-itu-ujian-pisa-dan-timss.html

Isu Panas Cikgu Malaysia

Isu Panas Cikgu Malaysia

Sesi persekolahan bagi tahun 2013 dah lama melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka duka yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Sama ada ianya kenangan manis atau kenangan pahit untuk anda pada tahun ini, sudah tentu ianya akan menjadi titik tolak kepada satu permulaan yang baru, ke arah yang lebih baik, inshaAllah. Jom saya bawa pembaca mengimbau kembali kontroversi dan isu-isu yang melanda pendidikan Malaysia sepanjang tahun 2013 ini. Semoga yang baik, kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan!

Isu Ibubapa vs  Cikgu

Isu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan amaran kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak murid. Maka ramai lah yang respon dengan perkara ini dengan menyuruh ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi muncul juga persoalan, benarkah mesej tersebut daripada ibubapa?


Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan kontroversi Dr Rubiah K Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau pelajar bermasalah. Dah tentu lah meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan yang camtu. Macam-macam komen juga keluar dari pelbagai pihak.

Kes bertambah serius lagi dengan isu makan pelajar bukan Islam dalam jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan yang sangat meluas di media massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan jamban! Tetapi bilik persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang sedang dibina semula. Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang mencetuskan huru hara kepada pihak sekolah!



Selain itu ada juga isu bapa pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak menyiapkan kerja rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi mengenai isu ini. Kesian cikgu.. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah. Pemasangan CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa.



Isu Cikgu

Kisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah mengenai seorang guru yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih, tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannya anak tersebut ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun taknak komen lebih-lebih.

Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat aktif dalam menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu Erin, dulu pondan sekarang pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan dengan insiden tembakan beberapa orang guru di Kelantan danKedah. Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama dalam dunia pendidikan di Malaysia seperti Allahyarham Ustaz Muhammad El-Muhammady, Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham Tan Sri Dr Awang Had Salleh. Semoga Allah merahmati mereka semua!


Isu Buli

Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onnsehinggalah isu buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak.



Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini sehingga ke tahap sifar!



Isu Cikgu Berpolitik

Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes macam Cikgu Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis dan KPM sendiri.



Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Musim politik, sila jaga diri yer..



Isu Cikgu Perkauman

Ini juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi Malaysia nih. Seorang cikgu perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi melampau terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang sangat tidak sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di PPD sementara menunggu siasatan.


Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh seorang Pengetua semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi apabila wartawan hanya melaporkan "balik ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar. Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang wartawan tuh pun satu hal..




Isu PPPM

Isu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan pendidik Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan pelaksanaan dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada pelbagai pihak. Ini termasuk kenyataan daripada Dr Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang dilihat menentang pelaksanaan dasar tersebut. Menteri Pendidikan pula tegas dengan kenyataan akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada bulan September 2013, PPPM telah selamat dilancarkan dengan jayanya.




Isu PBS

Isu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun 2013 ini. Sampai ada yang buat luahan berkaitan dengan permasalahan yang timbul akibat PBS ini. Rungutan demi rungutan didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih kritikal apabila isu PBS dan sistemnya iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen. Kesannya, sistem yang banyak kelemahan tersebut telah ditutup bagi dibaikpulih selama sebulan.

Tokoh-tokoh akademik seperti Dr Mohamad Agus juga lantang dalam memperjuangkan nasib-nasib guru yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kesukaran. Kewujudan group-group di Facebook yang memohon supaya dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan pendidikan Malaysia.



Isu Profesionalisma Guru

2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem e- dalam dunia pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang bertindih fungsinya. Itu belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau cepat. Kemudian keluar pula kenyataan mengenai 70% guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai bahasa tersebut. Pelbagai maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris menerjah dunia blog.

Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada guru-guru sehingga memaksa untuk NUTP bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat guru dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar lagi untuk sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih berhati-hati dan jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak tertentu berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru yang tidak bersemangat mengajar dan pelajar ponteng kerana cikgu membosankan.



Isu Peperiksaan

Isu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai pemansuhan PMR dan digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih belum clear sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya tidak menjejaskan pendidikan generasi akan datang.

Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah sedih mengenai seorang anak OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang berlebihan. Namun yang paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.. Bestnya dia...



Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengan kisah sedih mengenai kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah tentu kisah ini mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat nak ambil SPM pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut.

Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu soalan Matematik yang dikatakan bocor. Memang hebat betul perdebatan yang berlaku kat ruangan komen di blog saya nih. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh dan memberikan bukti masing-masing. Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan kenyataan bahawa tidak ada isu soalan bocor. Selesai!



Isu Pertukaran Guru

Pertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri mengeluarkan kenyataan berita baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin.

Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan. Malah guru-guru semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil membersihkan diri dengan menjawab dakwaan pertukaran yang menggunakan duit oleh orang tengah.


Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih daripada kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga kurang boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang baru, iaitu Cikgu Idayu. Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam permohonan pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu Hailmi yang gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)


Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya yakin semua guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah dan jerih perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan dikurniakan dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa. Amin!

Sumber: http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html


Isu Dasar Pendidikan Malaysia

Dasar Pendidikan Malaysia 2013

Bagi sesi persekolahan 2013, nampaknya Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, betul-betul mahu mentransformasikan pendidikan di Malaysia. Banyak dasar dan perkara baru yang dilaksanakan pada tahun ini, selain daripada penambahbaikan kepada dasar yang sedia ada.

Tak kira sama ada anda adalah seorang guru atau ahli masyarakat, saya rasa kita semua patut ambil tahu mengenai perkara ini memandangkan bidang pendidikan adalah penting dalam menentukan hala tuju sesebuah bangsa dan negara. Jom kita tengok satu persatu semua transformasi tersebut (tidak mengikut susunan) 


1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Pada permulaannya, agak kontroversi  juga PPPM ini. Ini kerana ada pihak yang didakwa tidak berpuas hati dengan pelan pembangunan tersebut kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada pihak tertentu. Namun, PPPM tetap juga dilancarkan pada September 2013 setelah mengambilkira pendapat dan hujah semua pihak. Pelan dengan 11 anjakan utama ini sedang dalam pelaksanaan. Info Lanjut PPPM


2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR)

PBSMR adalah penilaian yang akan menggantikan PMR bermula pada tahun 2014. Secara ringkasnya boleh lah kita katakan bahawa bermula tahun depan, hanya ada lebih kurang 4 subjek sahaja yang akan dinilai di peringkat pusat, iaitu Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Tambahan juga jika sekiranya pelajar tersebut mengambil subjek bahasa yang lain seperti Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Arab dan lain-lain. Bagi subjek lain, penilaian akan dijalankan di peringkat sekolah dalam bentuk tugasan.
Info Lanjut PBSMR


3. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Ini adalah sistem online yang paling glamer dalam banyak-banyak yang ada. Penuh dengan kontroversi nya yang tersendiri. Sudah lah pelaksanaan PBS sendiri pun dikatakan bermasalah, SPPBS ini jauh lebih bermasalah lagi. Permasalahan ini juga merupakan masalah besar sehingga mendapat perhatian di Parlimen dan respon daripada menteri yang berkenaan. Kita doakan supaya semua masalah selesai menjelang 2014. Amin!


4. 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

Dasar ini juga banyak ditekankan sepanjang tahun 2013. Dasar ini kemudiannya diperkembangkan kepada lebih banyak lagi sukan, seperti sukan sofbol, ragbi dan gimnastik. Malah semua sekolah juga diwajibkan untuk mengadakan Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan bagi menggalakkan penyertaan murid dalam bidang sukan. Info Lanjut Kem Sukan 1M1S


5. Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Dasar MMI ini juga mencetuskan banyak polemik semasa dilaksanakan. Pelaksanaan yang tidak seragam di peringkat sekolah juga telah menimbulkan banyak masalah. Ramai guru yang menolak untuk menjalankan aktiviti luar disebabkan oleh dasar baru ini. Senang cerita, membebankan. Sudah lah keluar membawa pelajar, bagi tujuan rasmi, kelas pula terpaksa diganti dan dibebankan dengan tugasan lain lagi. Semoga ada huraian yang lebih jelas berhubung pelaksanaan dasar ini di peringkat sekolah. Info Lanjut MMI


6. Logo, Misi dan Visi Baru KPM

Ke arah nak mentransformasikan pendidikan Malaysia, KPM juga telah melancarkan logo barubagi menggantikan logo yang sedia ada. Kiranya macam logo rasmi la. Lagipun kalau kita tengok program KPM sekarang nih, semuanya gunakan logo yang baru ini. Macam-macam pandangan. Ada yang suka. Tak kurang, ada juga yang tak suka. Tak lama lepas tu, KPM lancarkan pula visi dan misi KPM yang baru. Yang ini tak ramai komplen, sebab tak ada gambar. Ada perkataan jer. ;)


7. Ujian Kompetensi ICT

Ujian bagi menguji tahap kompetensi para guru dalam pentadbir dalam ICT. Ujian dibuat berperingkat mengikut zon. Mungkin juga bagi nak mengelakkan kesesakan sistem dalam talian. Ada juga beberapa kontroversi yang timbul macam, bentuk soalan yang ditiru daripada sumber lain (hanya ubah  nama dan tempat). Ada juga yang mendesak nak tahu markah. Ada yang mintak tolong orang lain jawab kan sebab tak nak pergi kursus pasal ICT lepas nih (mungkin). Info Lanjut Ujian Kompetensi ICT


8. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KBAT atau juga dikenali sebagai HOTS (Higher Order Thinking Skills) pada mulanya dititikberatkan pada subjek Sains dan Matematik. Bermula pada penghujung tahun 2012, aktiviti kursus dan bengkel KBAT hebat dijalankan pada 2013. Ini juga disebabkan oleh pencapaian Malaysia dalam ujian Sains dan Matematik antarabangsa TIMSS dan PISA yang jatuh merudum belakangan ini. Tapi sekarang, hampir semua subjek telah diKBATkan. Kita tunggu hasilnya nanti. Info Lanjut KBAT


9. SISC+ dan SIP+

Jawatan baru di PPD ini juga giat dipromosikan oleh KPM sekarang. Pada peringkat awalnya, jawatan ini dikatakan bakal mengambil alih tempat Guru Cemerlang. Jawatan Guru Cemerlang pula akan dimansuhkan. Tapi tak dapat nak dipastikan sejauh mana kebenarannya. Tugas SIC+ dan SIP+ nih adalah lebih kepada 'doktor' yang akan menganalisa dan merawat sekolah-sekolah yang 'sakit', iaitu sekolah band 6 dan 7 yang berprestasi rendah di seluruh negara. Baru dibuka untuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Info Lanjut SISC+ dan SIP+


10. VLE FROG -1BestariNet

Ini juga adalah medium yang banyak diperhebatkan pada tahun 2013. Virtual Learning Environment ini, secara teori nya memang hebat dan penuh berteknologi masa depan. Jika berjaya dilaksanakan, memang jimat duit kertas peperiksaan dan latihan. Tetapi hakikatnya? Mengambil konsep dashboard dan blog, warga seisi sekolah akan dapat berinteraksi secara maya dalam hampir semua aktiviti. Permasalahannya timbul apabila melibatkan pelaksanaan di sekolah yang tidak mendapat liputan internet jalur lebar. Acaner? Info Lanjut VLE FROG - 1BestariNet


11. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA. Penilaian ini adalah berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Info Lanjut PBPPP


12. Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)

Time-Based Berasaskan Kecemerlangan TBBK ini sebenarnya telah mula diwar-warkan kepada pegawai bermula daripada tahun 2011 lagi. Kemudiannya melalui fasa tempoh peralihan sepanjang tahun 2012 bagi membolehkan pegawai melakukan persediaan dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kepada kecemerlangan. Maka pada tahun 2013, bermula daripada 1 Januari bermulalah secara rasminya pelaksanaan TBBK ini. Info Lanjut TBBK



13. iTHINK

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Info Lanjut iTHINK


14.  Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)

Kursus CPD ataupun Continuous Professional Development Courses ini merupakan kursus 4 hari yang diadakan buat guru-guru yang dipostingkan bermula tahun 2009. Kursus ini adalah bertujuan memberikan input dan membangunakan secara berterusan profesionalisme guru baru. Kandungan kursus terdiri daripada banyak komponen, antaranya adalah inovasi, kajian tindakan, instruksional dan pencapaian.


15. Guru Muda 1 Malaysia (GM1M)

GM1M pula adalah ilham daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan yang bertujuan untuk mengumpulkan guru muda dalam menjayakan program transformasi pendidikan negara. Secara jujurnya, saya belum nampak ada aktiviti yang menguntungkan guru muda selain daripada dapat berhimpun. Mungkin boleh masukkan dalam aktiviti GM1M untuk menziarah rakan guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman pula lepas nih. Tak semua guru muda ada peluang sebegini. Info Lanjut GM1M


16. Professional Learning Communities (PLC)

Ini juga bakal menjadi pemacu kepada pendidikan Malaysia pada tahun mendatang. PLC ini adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai bagi semua komuniti yang berada di sekolah. Guru akan berbincang dan masuk mengajar sambil diperhatikan oleh rakan guru lain. Perbincangan selepas pdp akan diadakan dan penambahbaikan akan dilakukan bagi pdp seterusnya. Menurut mereka, sudah tidak relevan bagi satu kelas, hanya diajar oleh seorang guru. Perlu ada kerjasama daripada guru-guru lain dan membentuk komuniti yang berkesan.


Pendidikan Malaysia Sepanjang Tahun 2013
Nak marah pun tak jadiNak marah pun tak jadi sebab tengok baby yang kiut nih..
sebab tengok baby yang kiut nih..

Hmmm... camna? Dapat ikut tak dengan semua perkembangan dasar-dasar baru dan penambahbaikan ini? Semoga kita semua dikurniakan dengan sifat istiqamah dan berterusan yang tinggi dalam memastikan supaya kita tidak termasuk dalam senarai pendidik yang ketinggalan.

Selamat maju jaya buat semua guru-guru Malaysia! Kita boleh!

Sumber: http://www.cikguhailmi.com/2013/11/pendidikan-malaysia-sepanjang-tahun-2013.html